Sebenarnya aku dah lama dipermainkan perasaan, kononnya aku disayangi. Rupanya aku sekadar tempat untuk berteduh atau lebih tepat sebagai batu loncatan semata-mata. Terasa diri diperbodohkan dengan lakonan kasih sayangnya. Hinggalah tuhan memberi petunjuk pd September 2019. Bukan sekali dia menipu dan mencurangi aku, tapi aku yang berkali-kali memberi peluang padanya, sehinggalah dia menjalin hubungan dengan seorang perempuan yang masih isteri orang. Inilah permulaan bergoncangnya tiang rumahtangga aku. Perempuan yang masih isteri orang yang pada mulanya berani mencurahkan masalah rumahtangganya pada suamiku, akhirnya menjadi punca rumahtangga aku bermasalah hingga sekarang. Mereka yang sama-sama ada rumahtangga sendiri, sanggup mengetepikan yang halal dan mengutamakan yang haram, semuanya berpunca dari nafsu yang ditiup oleh syaitan. Mereka keluar seperti pasangan kekasih, berhubung seperti remaja bercinta sahinggalah aku menghidu perhubungan mereka, malah diakui sendiri oleh suamiku yang dia menunggu perempuan itu dilepaskan suaminya. Semuanya aku catatkan dalam diari supaya aku tak akan lupa. Kerana aku tahu sikap suamiku yang suka mengubah cerita. Hampir setahun aku dalam keadaan tersiksa, dia masih tak mahu lepaskan aku walau sekarang hubungan seperti gantung tak bertali, tidur asing sejak Oktober 2019. Suami aku juga menutup kecurangannya dengan kesalahan aku yang kononnya mengaibkan dirinya pada teman sekerjanya. Bermacam-macam tuduhan dia campakkan pada aku demi menutup kesalahannya. Sekarang pada dia aku yang bersalah, hingga kecurangan dia makin cuba ditenggelamkan. Curang dengan isteri orang, itu yang dia cuba kuburkan. Dan kesalahan aku yang cuba ditimbulkan agar semua nampak keruntuhan rumahtangga ini adalah berpunca dari salah aku. Tapi jangan lupa, semuanya aku telah catatkan, malah bukti kecurangan mereka juga aku simpan.. In sya Allah tuhan tahu kebenaran sebenar, itu yang lebih penting. Kebenaran akan muncul juga satu hari nanti, cuma tunggu masa!