Izzati, sorang gadis yang mempunyai kehidupan yang biasa sahaja. Namun ada juga dugaan-dugaan yang sering menguji nya. Harinya yang tenang mula terganggu dek kemunculan dua orang jejaka yang tidak dia sangka akan memainkan peranan yang besar di dalam hidupnya. "Hang nak apa? Aku tau la yang muka aku ala-ala orang puteh gitu. Takyah dok tengok lama-lama. Kalau suka habaq ja. Aku kena tengok lu gena..." Hari- hari ada sahaja usikkan-usikan daripada seorang jejaka ini yang membuatkan yeti ni pening kepala dan tidak tahu bagaimana untuk mengawal perangai lelaki itu . "Dah la mula-mula biadab! Lepas tu kerja kacau orang. Lapar penampar kot lelaki ni?"-Yeti. Manakala kehadiran seorang lagi jejaka mula menambah debaran di dadanya. Dengan senyuman yang tahap potong kaki dia tayang tu. Fuhh! Tak lama dah... Kehadiran lelaki itu ke dalam hidupnya sejujurnya mencorakkan lagi bunga-bunga kehidupannya. Masing-masing memendam rasa. "Dia baik...sweet ,penyabar dan paling penting sekali senyum dia tu Yeti, takkan kau nak lepas macam tu je?"-Fina. Kebahagiaan mula datang di hatinya. Tetapi semua itu tidak lama selepas satu persatu hancur lebur . Satu demi satu perpisahan membuatkan dirinya tidak ingin mempercayai. Namun apakan daya apabila jejaka-jejaka yang telah memberikannya kebahagiaan dan luka itu muncul kembali.Dan kali ini mereka menuntut cintanya pula. Hati Yeti semakin berbelah-bahagi apabila dua orang yang dianggapnya tidak serius mula berlawan-lawan mendapatkan nya. "Bila you nk cintakan I , sweetheart?".-Faim "Bila nak kahwin dengan aku sayang?".-Den Siapakah yang ada di hati Yeti? Si Sewel Ganteng atau Si Shy Charming ya ? Dan siapa pula jejaka baharu yang sering membantu nya dalam diam?