Haruskah aku memberikan peluang kedua itu? Sesungguhnya hatiku sungguh terluka. Sudah puas untuk menahan rasa sakit di hati. Sinopsis 💜 Tiara Alena, Seorang gadis kampung yang hidupnya sentiasa dirundung duka. Hidupnya sekelip mata berubah setelah ibu bapanya meninggal dan harus menumpang kasih terhadap Makciknya iaitu adik kepada ibu tiara. Banyak derita yang harus dia tempuhi. Tiara dijodohkan dengan seorang lelaki bernama Haqief Aryan. Walaupun di hati tiada cinta, Tiara terpaksa menerima. Sungguh tak terduga bahawa hidup bersama Aryan lebih banyak kisah duka daripada manisnya. Pernikahan tanpa cinta itu betul-betul membuatkan Tiara derita. Dalam diam, Tiara menyimpan perasaan terhadap Aryan kerana sikapnya yang begitu bertanggungjawab dan ambil berat. Namun, Hubungan sebuah ikatan yang suci sebagai suami isteri menjadi huru hara dan satu keadaan telah menyebabkan tiara menjauhkan diri. Hatinya begitu terluka dan terus membeku. Saat itu, ungkapan cinta dan sayang dari Aryan sudah tidak bermakna lagi. " Tiara....Abang sudah jatuh cinta pada tiara sejak pertama kali kita berjumpa. Tolong beri abang peluang untuk perbaiki semua kesilapan abang..." ~ Haqief Aryan. " Maaf Aryan, Hati aku sudah penat untuk lalui hidup bersama kau. Pergilah! Ceraikan aku!! " ~ Tiara Alena. Apakah kesudahan kisah rumah tangga mereka? Masih adakah ruang untuk Aryan di hati Tiara? Adakah Aryan mendapatkan kemaafan dari Tiara? Ketahui kesudahan kisah mereka dalam Peluang Kedua versi Sabahan.