Cassandra Keddy. Seorang gadis Albino. Warna kulitnya, bulu matanya, kening dan rambutnya berwarna putih. Matanya berwarna biru. Cassandra sering diejek, dikutuk dan dihina kerana kelainan yang dimilikinya. Cassandra juga sudah tidak menerima lelaki di dalam hidupnya. Cassandra pernah bercinta dengan seorang lelaki yang amat baik dan mencintainya. Tetapi, setelah pemergian ayah Cassandra, teman lelakinya mula membenci Cassandra. Harta bapa Cassandra telah diambil oleh teman lelakinya. Cassandra hanyalah umpan untuk bapanya supaya harta Mr. Keddy menjadi miliknya. Carl Riven. Seorang yang amat kaya. Wajahnya amatlah tampan. Dirinya digilai wanita ramai. Carl juga sering menerima surat daripada wanita - wanita yang merupakan peminatnya. Suatu hari, Carl telah bertemu Cassandra dalam satu insiden kecil. Carl juga tidak tahu. Hatinya seakan - akan ingin Cassandra, si gadis aneh menjadi peneman hidupnya. Namun, Carl dianggap tidak lebih dari rakan oleh Cassandra akibat kejadian dahulu. Carl berusaha untuk mendapatkan Cassandra. Alex Zaphier. Seorang yang kaya. Sama seperti Carl, wajah yang tampan dan pastinya disukai ramai wanita. Zaph juga merupakan jiran kepada Cassandra. Zaph mempunyai seorang teman wanita, Jade. Zaph juga meminati Cassandra. Cassandra juga seperti menerima Zaph berbanding Carl. Tetapi, Zaph sudah mempunyai teman wanita. Zaph juga sering dijauhi Cassandra kerana Zaph mempunyai teman wanita. Zaph mencuba sedaya upaya untuk mengambil hati Cassandra. Cassandra harus membuat pilihan. Lelaki yang dia cintai, mempunyai teman wanita. Lelaki yang mencintainya, Cassandra tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Siapakah yang akan menjadi pilihannya? Amazing Cover By : @Fiixorra • Start : 25 Mei 2019 • End : 7 Jun 2019 • Status : Completed
19 parts