Old Title : Instafamous Tu Aku Punya New Title : Aku, Rebutan Encik Instafamous Aku, ibarat puteri yang bernafas dalam kemewahan. Setiap udara yang ku hembus pasti ada tawa. Erti duka tidak pernah ditafsir oleh mindaku. Aku, gadis yang memegang gelaran 'sempurna'. Kebahagiaan sebagai penghias. Senyuman sebagai peneman. Begitu indah. Cinta. Kata orang, cinta itu indah. Aku mahu dapat keindahan itu. Namun... hidup ini ibarat roda. Cinta yang indah itu, mengajar aku kesedihan, kesakitan, tangisan, kehilangan dan erti kehidupan sebenar. Bukan kayangan yang indah. Kerana permainan cinta, aku menjadi taruhan. Aku... rebutan Encik Instafamous!