Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

15.6K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B14

254 57 29
By smokymokivicococo

______________

True friendship is not being inseparable. It's being separated and nothing changes.

______________

"Aku tak tahu apa yang lain~
Dari mu hari ini~
Apa itu karena sepatu flatmu~
Atau wajah ketatmu yang langsung nggak mau senyum~" Anna tersengih-sengih ke arah Evel lalu nyanyian sumbangnya diteruskan.

"Pernahkah kau bertanya~
Seperti apa aku stress melihat wajahmu~
Pernahkah kau mengira~
Seperti apa–"

"Kau pehal? Tinggal tiga jumaat eh?" Potong Evel, dingin. Pandangannya masih melekat pada skrin laptop tanpa sedikit pun menoleh ke arah Anna.

Anna yang awalnya duduk di kerusi kerja Evel, mula melangkah mendekati katil. Duduk dilabuh ke sebelah gadis itu bersama wajahnya yang masih tersenyum sumbing.

"Kau buat apa tu? Layanlah aku weh. Aku bosan ni." Anna cuba mengintai ke arah skrin laptop Evel malangnya gadis itu lebih pantas menutup laptopnya.

"Takde apa pun. "

"Aik? Hari-hari aku tengok kau hadap laptop dengan muka cam nak makan orang. Pastu kau kata takde apa? Something fishing, hurm." Anna mengusap perlahan bawah dagunya tanda curiga terhadap Evel.

"Fishing? Kau nak memancing ke?" Evel cuba berlawak, malangnya,

"Ha. Ha. Ha. Kelakar banget sih." Perli Anna.

Evel pula hanya tenang menunjukkan riak kosong. Laptop diletak ke tepi lalu Evel membaringkan badannya. Matanya tunak memandang syiling bilik.

Sebaik sahaja Evel selesa, Anna pula meniarap di sebelah gadis itu. Tangan ditongkatkan ke dagu sambil matanya tak lepas memandang Evel. Evel yang mula rimas terus membuka mulut.

"Kau kenapa, bengong? Rimas ah."

"Takde lah. Akhir-akhir ni kau makin busy aku tengok. Kau buat apa, babe? Rini je nampak free sikit." Terang Anna.

Risau jugak dia tengok leader dia sekor ni macam tak rehat. Kadang-kala sampai pukul 4 atau 5 pagi pun dia perasan Evel masih belum tidur. Bila siang, biasanya Evel hilang tanpa jejak.

"Adalah kerja sikit."

"Kerja apa? Kerja kita sama tau. Asal kau busy lain macam sedangkan aku free je. Siap dapat pergi shopping lagi semalam." Bantah Anna, masih tidak mahu kalah. Jarinya dimainkan di rambut hitam bersinar milik Evel.

Lembut!

"Hurm."

"Apa yang 'hurm' nya?!" Anna yang mula bengang terus menarik sedikit kuat rambut Evel yang dalam genggamannya.

"Sakitlah, anat! Nak gaduh ke, hah?!" Marah Evel lalu kepalanya dijauhkan dari tangan Anna.

Kalau dibiar, boleh botak Evel esok.

Anna memusingkan bola matanya lalu dia turut sama berbaring di sebelah Evel. Lengan Evel dipeluk erat lalu kepalanya diletakkan ke bahu gadis itu.

Note : Bukan lesby, okey!

"Evelyn Helena..." Seru Anna perlahan.

"Hurm?"

"Kau banyak rahsia, kan?"

Evel tersentak. Liurnya ditelan kesat. "Mana ada."

"Kita dah berkawan sejak 18 tahun lepas, Lyn. Aku dah boleh baca bahasa tubuh kau." Sayu suara Anna. Matanya hanya melekat pada dinding, tetapi dia bukan bodoh untuk tak perasan getaran pada tubuh Evel. "Lyn, apa yang kau rahsiakan dari aku? Kau ada masalah ke?"

Evel mengemam bibirnya apabila nickname itu digunakan oleh Anna. Sudah lama gelaran itu tak diguna.

"Panggil aku Evel."

"Tak nak. Malam ni je, please bagi aku jumpa Lyn dalam diri kau. Aku rindu kau, Lyn. Aku rindu kau senyum, gelak macam dulu. Aku nak tengok kau gila-gila dengan aku macam dulu." Anna merenung tepat anak mata Evel dengan air mata yang mula bergenang. Bibirnya digigit perlahan, cuba menahan esak tangisnya dari terkeluar.

Evel yang mula lemah dengan pandangan Anna, terus melarikan mata ke arah dinding. Rahangnya diketap kuat. Dia tak boleh jadi Lyn. Cuma Evel yang boleh muncul.

Evel yang kejam, yang tak berhati perut. Semuanya untuk keselamatan mereka juga.

"Lyn..."

Anna cuba menarik wajah Evel untuk memandangnya kembali namun hampa apabila Evel mengeraskan badan. Dadanya mula terasa berat melihat reaksi Evel.

Tidak terkesankah gadis itu?

"Lyn, please..."

Evel terus duduk lalu pegangan Anna dilerai. Tanpa menoleh, dia laju bangun dari katil.

"Sorry, Anna. Malam ni aku nak keluar. " Mendatar suara Evel sebelum tubuhnya menghilang ke bilik air.

Anna yang sedari tadi menahan sebak, terus melepaskan tangisannya. Laju air matanya menuruni pipi. Tubuhnya pula bergetar kuat dek menahan sedu. Muka ditekap ke lutut dengan sebelah lengan menutup kuat mulutnya, cuba menahan esakannya dari kedengaran.

'Evelyn Helena dah berubah. Lyn... Betul-betul dah hilang.'

.

.

.

.

.

Kyle yang sedang fokus dengan suara cikgu di depan kelas, terus menoleh ke sebelahnya apabila kedengaran suatu bunyi sumbang.

'Grr... Grr...'

Kepala digelengkan apabila melihat Lia yang tertidur dengan mulut sedikit ternganga. Tak behave anak dara ni.

Wajah gadis itu ditatap seketika sebelum dia tersenyum nipis. Tak dinafikan, Lia ada kecomelan semula jadi. Tapi bila datang gilanya tu, Kyle pun sakit kepala melihat.

Baru sebulan lebih mengenali si gadis, dia sudah menerima bermacam-macam kejutan. Ada sekali, dia terkejut ketika masuk ke kelas dan matanya disambut dengan figura Lia yang berdiri di atas meja guru sambil berkaraoke. Classmates yang lain pulak boleh enjoy jadi fans kat bawah.

Dah macam konsert pun ada. Nasib baik suara sedap.

Ada pulak dia ternampak Lia menyembunyikan buku rakan sekelas yang lain semata-mata tak nak didenda sendiri. Kalut budak tu cari kerja rumah dia, last-last kena denda sebab tak jumpa.

Rasanya sampai sekarang Lia tak pulangkan buku tu.

'Grr... Grr... '

Kepala digelengkan lalu bahu gadis itu digerakkan perlahan. "Weh, Lia. Bangunlah. Kantoi kang kau tidur, kena denda lagi."

Lia membetulkan kedudukan kepalanya ke arah lain apabila terasa diganggu. Matanya masih terkatup rapat membuatkan Kyle mengeluh.

"Lia, bangun."

"Hurm." Gumam si gadis tanpa membuka matanya.

"Bangunlah, nanti kantoi susah."

"Hurm."

"Haishh, budak ni. Ada aku campak keluar tingkap karang." Geram Kyle.

"Mmmm... Mm! Mmmm... Hurm... "

Kyle semakin geram dengan Lia yang mula bergumam kuat. Mulut gadis itu lantas ditutup dengan tapak tangannya. Cemana nak kejut?

Seketika kemudian, Kyle tersenyum senget penuh makna. Wajah putih Lia dikerling sekilas lalu mulutnya didekatkan ke telinga gadis itu. Kyle berdehem sedikit sebelum mulutnya berbisik perlahan.

"Babe, bangunlah. Sampai bila sayang nak tidur ni."

"Eh– " Lia yang terkejut terus mengangkat kepalanya. Tanpa sengaja kepalanya melanggar kuat hidung Kyle yang tak sempat mengelak. "Argh, sakit!"

"Aku lagi sakit, gila! Darah hidung aku woi!"

Lia yang sedang memegang kepalanya tercengang melihat cecair merah laju keluar dari hidung Kyle. Baju putih Kyle turut tercemar dengan tompokan darah.

.

.

.

.

.

.

.

"Sorry, saya tak sengaja." Pohon Lia buat kali ke- err entahlah dah banyak sangat rasanya.

"Sorry, sorry. Penat aku dengar tau tak." Kyle yang sedang mendongakkan kepalanya sambil hidungnya ditekup dengan tisu, mula merungut. Parah jugak ni darah tak berhenti keluar. Kang kalau habis darah dia macam mana.

"Saya mintak maaf."

Mendengar ayat itu, Kyle menepuk kuat dahinya. "Apa bezanya? Sama je kan maksud ayat tu. Kau cakap guna seribu satu bahasa pun sama jugak, benda dah jadi. Lain kali jangan tidur dalam kelas. Penat aku nak kejutkan kau hari-hari."

Lia mencebik mendengar bebelan Kyle. "Saya tidur sebab mengantuklah. Kalau tak saya tak tidur dalam kelas."

"Tak tau pulak aku kalau ada orang tidur sebab sakit." Perli Kyle.

"Ada, orang koma."

Kyle mengetap kuat bibirnya dek menahan geram. Lia ni ada je jawapan dia.

"Awak nak balik kelas ke?" Soal Lia apabila suasana mula sepi. Dia yang duduk disebelah katil pesakit yang dihuni Kyle hanya tegak memandang lelaki itu sejak 15 minit lepas.

Mereka berdua ada di bilik rawatan. Alang-alang dah berdarah, cikgu suruh Lia temankan Kyle ke situ.

"Dengan terdongak macam ni? Memang taklah! Tak pasal-pasal aku termasuk longkang pulak." Kyle mengerling sekilas ke arah Lia yang hanya mengangguk. "Kau baliklah kelas dulu. Aku boleh sorang kat sini."

"Eh, mana boleh. Awak kan sakit, kena ada orang jaga." Pantas Lia membantah.

"Kau nak ponteng kan sebenarnya?" Soal Kyle, mendatar.

Lia sudah tersengih sumbing dengan kepalanya diangguk perlahan. "Hehehe... Tau-tau je awak ni, Steven."

Dapat ponteng pastu duduk temankan crush. Siapa je nak lepaskan peluang, kan? Boleh tenung abang crush, auch!

"Macam-macamlah kau ni, Lia."

• • • • • • • • • •

12/12/20
New chap! Happy reading! 😆

     




Continue Reading

You'll Also Like

72K 2.8K 56
| Spin-off Isi Hati Erina Wardah | Gara-gara roti Croissant, habis satu kedai di London itu ribut oleh mereka. Disebabkan itu juga, tercetusnya perte...
1.2M 60.8K 132
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
1.2M 55.5K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
5.6M 95.1K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...