HER GUARDIAN ANGEL

afiadz tarafından

185K 15.9K 1.4K

"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young... Daha Fazla

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
PROMOTE
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
EPILOG

BAB 25

3.1K 303 71
afiadz tarafından

"Niall, awak serius nak saya main benda ni?" Hannah mengangkat busur berserta anak panah yang berada di tangan untuk meminta kepastian. Dia memandang peralatan memanah dengan Rayyan bersilih ganti.

Rayyan angguk. Masih setia memeluk tubuh sedari tadi.

"Tapi saya mana reti main ni. Kalau benda ni terpatah dua macam mana? Mesti awak suruh saya ganti. Kalau awak suruh saya ganti, mana saya tahu nak cari jenama yang sama macam ni dekat mana. Kalau saya tak jumpa, nanti awak akan—"

Hannah senyap serta merta apabila jari telunjuk Rayyan hampir bersentuh dengan bibirnya. Kedudukan mereka yang rapat menambahkan lagi debar di dada. Hannah mendongak, mencari-cari sepasang mata helang Rayyan yang hazel warnanya.

Tawa kecil terletus dari bibir Rayyan. "Banyak cakaplah kau ni. Aku suruh main je pun, bukan suruh kau buat busur dengan anak panah ni."

Sekali lagi Hannah terkejut apabila perlakuannya berjaya menjentik hati Rayyan. Tanpa sedar, bibirnya turut mengukir senyum.

"Saya mana reti main." Rumput di tanah Hannah kuis dengan kaki.

Mereka kini berada di sebuah ladang yang begitu luas bagi mengisi masa lapang di hari minggu setelah sibuk bekerja. Hannah sendiri tidak dapat mengagak berapa ekar luasnya. Rayyan memberitahu bahawa ladang ini milik keluarganya. Terdapat beberapa buah chalet yang mempunyai seni bina moden, ada kandang kuda yang luas dan terdapat 3 ekor kuda yang dipelihara dengan begitu elok, Maximus, Juliet dan Apollo. Kuda-kuda peliharaan keluarga Rayyan kacak dan cantik belaka. Maximus berwarna putih, Juliet berwarna coklat dan anak mereka pula kuda betina berwarna putih bertompok coklat. Antara ketiga-tiga ekor kuda tersebut, Hannah paling tertarik dengan maximus kerana kuda itu merupakan kuda kepunyaan Rayyan dan kuda yang paling dia sayang. Kuda putih yang mempunyai bulu emas merupakan baka Akhal-Teke Perlino.

Rayyan memberitahunya bahawa kuda putih keemasan itu merupakan kuda yang berasal dari Turkmenistan dan menjadi kebanggaan rakyatnya. Golongan kenamaan dan kerabat raja berebut-rebut ingin memelihara kuda ini. Kuda baka Akhal-Teke sangat pantas, cerdik, unik, unik dan mempunyai bulu yang berkilat sehingga dia digelar kuda emas.

Banyak prosedur yang perlu dilalui untuk membawa kuda ini dari negara Turkmenistan masuk ke Malaysia. Hanya beberapa orang sahaja di Asia Tenggara yang memiliki kuda jenis ini dan Rayyan sangat bertuah kerana dia berjaya memelihara maximus.

Hannah diberitahu lagi bahawa hanya 50 ekor sahaja yang ada bagi jenis Perlino dan spesies ini dinobatkan sebagai kuda yang paling cantik dan amat jarang ditemui kerana mempunyai aura yang tersendiri. Bulu berwarna putih mutiara keemasan, matanya yang berwarna biru dan apa yang uniknya, peluhnya berwarna merah jambu.

Selain kandang kuda, ada juga kawasan di mana mereka menanam sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kaedah hidroponik. Contoh tanaman yang ada seperti tomato, tembikai, roselle, lettuce dan banyak lagi. Tak lupa juga kawasan yang mereka sedang berada sekarang iaitu kawasan lapang untuk memanah bersebelahan dengan kandang kuda. Jika hendak diteroka kawasan ini dalam masa satu hari, pasti tidak puas untuk berkenalan dengan dengan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan ternakan di sini. Rayyan tidak pernah memberitahu atau bercerita tentang latar belakang keluarganya. Jadi Hannah tidak tahu bahawa Rayyan sebenarnya berasal dari sebuah keluarga yang berada.

Rayyan memetik jarinya betul-betul di hadapan Hannah. Sedari tadi dia memanggil-manggil nama wanita di hadapannya itu, tetapi langsung dia tidak pandang.

"Dah sampai mana termenung? Paris? London?" Ujarnya sinis.

"Baru sampai Perlis." Hannah menjulingkan mata ke atas, sempat lagi Rayyan memerlinya.

"Aku ajar kau main." Rayyan memberi kata putus

"Awak reti main ke?" Sangsi.

"Bila aku main nanti, jangan ternganga sampai lalat masuk dalam mulut sudahlah." Ujar dia sambil mendabik dada. Huh, berlagak betul!

"Allah tak suka orang yang riak tau." Hannah memberi peringatan.

Rayyan sekadar mengangkat keningnya bersama bibir yang disengetkan, "We'll see, Tengku Hannah Medina."

Jeda.

"Betul ni awak nak ajar saya?" Soal Hannah meminta kepastian. Tawaran menarik ni. Zaman sekarang ni, siapa je yang nak ajar memanah secara percuma. Dapat cikgu lelaki yang kacak, bergaya dan maskulin pula tu. Rayyan memakai t-shirt polo, dipadankan dengan sneakers nike dan rayban yang digantung di bajunya. Serba hitam semuanya. Amboi, nak ajar memanah macam nak mengorat anak dara.

Dia angguk.

"Okay, jom!!" Ujar Hannah penuh bersemangat.

Mereka menghayun langkah ke shooting line yang terletak beberapa meter daripada target board.

"Baris, baris sedia!" Rayyan memberi command.

Terkekek-kekek Hannah ketawa sampai terduduk di atas rumput. Rasa macam perut ni dah nak pecah aje! Rayyan ni bila dia serius, serius betul. Bila sampai masa dia buat lawak hambar dan loyar buruknya, geli hati Hannah dibuatnya.

"Dah puas ketawakan aku?" Dia tayang muka tak puas hati bersama tangan kanan yang dicekak di pinggang.

"Awak sebenarnya nak suruh saya berdiri tegak je kan, tak payahlah bagi command macam nak berkawad." Tawa masih bersisa.

"Aku kira sampai tiga, kalau kau tak bangun, aku tak nak ajar." Rayyan mengugut. Tidak puas hati apabila dia menjadi bahan ketawa.

"Satu..."

"Dua..."

"Ti—"

Alamak, dia seriouslah pula! Hannah cepat-cepat berdiri tegak.

"Tahu takut." Dia senyum sinis.

"Tak langsung." Hannah jelir lidah.

"Okay, be serious. First, your foot position." Rayyan berdehem lantas membetulkan kedudukan kaki Hannah dengan menggunakan kakinya.

"Left foot slightly behind right foot. 45 degress from the shooting line." Dia tekun memberi arahan.

"Right foot parallel with the shooting line." Setiap arahannya Hannah dengar dengan teliti dan patuh.

"Okay, good!" Rayyan memberikan pujian.

Wah, Rayyan puji! Hannah tersenyum sendiri.

"Ambil anak panah, pasang pada busur." Anak panah di tanah Hannah ambil dan pasang pada kedudukannya.

"Tarik tali busur ke belakang." Rayyan berdiri di belakang Hannah. Kedudukan mereka sangat rapat sehingga hembusan nafasnya dapat dirasai pada pipi Hannah. Cologne wood and earth milik Rayyan menerjah masuk ke dalam rongga hidung Hannah membuatkan dia rasa terbuai buat seketika. Tangan Rayyan berada hampir dengan tangan Hannah kerana ingin mengajar posisi memanah yang betul. Jantung mula memainkan rentak dengan lebih laju.

Oh My Allah! I need oxygen!

Hannah pejam mata dan menarik nafas dalam bagi menenangkan diri. Tidak betah apabila berada begitu hampir dengan lelaki yang dicintainya itu.

"Aim." Suara semangat Rayyan membuatkan Hannah kembali fokus ke hadapan. Tepat memandang bulatan kuning yang berada betul-betul di tengah target board.

"And..."

"Shoot!" Tali busur dilepaskan.

Tap!

9 mata. Sikit je lagi.

Kedudukan kembali dijarakkan.

Rayyan tepuk tangan. "Great!"

Hannah tepuk tangan bersama. Not bad! Tak sangka best juga memanah ni.

"Nak main lagi tak?" Soalnya. Matanya tunak memandang mata Hannah sehingga akhirnya Hannah yang mengalihkan pandangan kerana malu apabila dipandang sebegitu.

"Rugilah kalau saya lepaskan peluang ni." Hannah senyum. Kali ini lebih yakin hendak membidik sasaran.

Mereka berada pada kedudukan seperti tadi.

"Hannah..." Panggil Rayyan. Bauan Rayyan serta suara husky miliknya yang mengkhayalkan menyebabkan Hannah sukar untuk fokus.

Ish, tak boleh jadi ini.

"Niall, sekejap. Awak nak goda saya ke apa?" Hannah menjarakkan kedudukan mereka. Sepanjang mereka berkenalan, jarang Rayyan bersikap pelik seperti ini.

"What?" Suara Rayyan lantang kerana terkejut dengan penyataan yang baru sahaja dikeluarkan oleh Hannah.

"Duduk jauh-jauh." Hannah tidak mahu terbuai dengan perasaannya sendiri. Mahu gugur jantungnya jika Rayyan bersikap seperti ini. Dia risau andai dia tidak dapat mengawal dirinya lalu dia meluahkan perasaannya kepada Rayyan. Tidak mahu dia jadi seperti perigi mencari timba.

"Why? You can't resist me, aren't you?" Rayyan berjalan mendekati Hannah. Tangan diletakkan di kedua-dua belah poket seluarnya dengan gaya santai.

"Ma... mana ada..." Tergagap Hannah jadinya. Rayyan seperti dapat membaca apa yang ada dalam minda dan hatinya.

"I look so damn sexy and hot. Am I?" Tangan kanannya menyebak rambut ke belakang membuatkan dia bertambah kacak di mata Hannah.

Rayyan berdiri betul-betul di hadapan Hannah. Dia menundukkan kepalanya ke bawah.

Terlepas busur di tangan Hannah saat sepasang hazel itu menikam matanya memberikan rasa euphoria. Adrenaline menghentam pembuluh darah dan rentak sistolik diastolik jantung menjadi tidak sekata, "A... awak kenapa ni?"

Reckless.

Rayyan tersenyum senget. Suka dia melihat Hannah yang gelabah dan serba tidak kena seperti ini. Dia membawa tangannya untuk menyentuh ubun-ubun Hannah.

Hannah memejamkan matanya bersama debaran di dada. Rayyan bersikap pelik dengannya saat ini, tetapi Hannah tidak tahu mengapa dia hanya membenarkan segala perbuatan Rayyan.

"Ada semut." Pantas dibuang semut yang berada di kepala Hannah sebelum dia kembali menjarakkan kedudukan mereka.

Hannah membuka matanya dan melihat Rayyan sudah berada di tepi shooting line.

"Cepat mula, Hannah." Tegas bunyinya.

Hannah menarik nafasnya untuk bertenang kemudian dia mengambil busur yang berada di atas tanah dan kembali kepada kedudukan yang diajarkan oleh Rayyan sebentar tadi. Dia melupakan segala perangai pelik Rayyan tadi dan menyambung semula latihannya yang tergendala.

Setiap tunjuk ajar yang diberikan tadi Hannah ikut satu persatu dengan teliti. Rayyan hanya berdiri di tepi sambil memeluk tubuh.

First shoot!

10 mata...

Second shoot!

10 mata...

Third shoot!

10 mata...

Punggung dilabuhkan di atas rumput bagi melepaskan lelah. Riak wajah Rayyan terkejut kerana tidak percaya.

"Kau nampak macam Katniss Everdeen tapi versi muslimah." Hujung ayatnya disusuli dengan gelak.

"Siapa tu?" Dahi Hannah berkerut.

"Tak kenal?" Soalan dibalas dengan soalan.

Geleng.

"Heroin dalam filem The Hunger Games."

"Sorry. Saya tak layan cerita tu " Ujar Hannah tanpa selindung.

Rayyan mengangguk.

Jeda.

Hannah berdiri tegak. Pandangan ditalakan pada sebiji buah epal merah yang terletak di atas pangkin yang berada 10 meter dari mereka. Entah macam mana buah itu berada di situ, Hannah pun tidak tahu.

"Nampak epal tu?" Hannah mengerling pada Rayyan.

Pandangan dia talakan pada buah epal tersebut. Angguk.

"Wait and see." Ujar Hannah dengan begitu yakin.

Hannah menarik nafas perlahan dan dengan lafaz bismillah, dia membidik epal tersebut. Dan tap! Tepat mengena sasaran! Anak panah berada betul-betul pada epal tersebut.

Kemudian dia meletakkan busur dan anak panah di atas tanah. Hannah memandang Rayyan dengan muka bangga.

Rayyan kagum. Tangan ditepuk berkali-kali sambil dia berjalan mendekati Hannah. Terbalik pula, dia yang ternganga dengan aksi yang dipertontonkan oleh Hannah.

"Seems like this is not your first time playing archery." Dia mengherotkan bibir.

"How did you know?" Soal Hannah ingin tahu.

"Cara kau main. Cara kau pegang busur. Kau macam—" Ayat tergantung.

"Dah biasa." Sambung Rayyan.

"Yup! Dulu waktu kecil-kecil saya selalu main dengan kakak saya." Hannah mengiakan kenyataan yang baru sahaja keluar daripada mulut Rayyan.

"Siapa ajar?" Soalnya.

"Daddy." Hannah menekur lantai. Tiba-tiba teringat pada daddy, arwah mummy dan kakaknya. Dulu mereka sering bersukan bersama-sama. Daddy dan mummy mengajar mereka adik beradik memanah dan berenang. Seawal usia 10 tahun, mereka sudah mahir dalam kedua-dua sukan tersebut.

"Sorry." Pohon Rayyan. Dia tidak berniat untuk membangkitkan isu tentang keluarga terutama sekali mengenai daddy Hannah.

"It's okay. Saya yang terlalu emotional." Hannah memandang Rayyan lantas memberikan satu senyuman. Tawar.

"Aku tahu kau kuat." Rayyan memberikan semangat kepada Hannah. Tidak betah apabila melihat wanita di hadapannya sering menangis dan bersedih apabila mengenangkan keluarganya.

Hannah diam.

"Janji dengan aku kau akan kuat?" Suaranya penuh pengharapan.

Hannah mengangguk lambat-lambat.

"Tengku Hannah Medina." Suara sexy Rayyan memanggil Hannah membuatkan jantung Hannah berdegup laju.

Dia memaksa Hannah untuk memandangnya.

"Bear in your mind, I will forever be your guardian angel. My duty is to make you happy and to protect you at all costs." Sepasang hazel bersinar saat membias pancaran cahaya matahari memberi pandangan hangat lalu menghasilkan rasa euphoria yang mengkhayalkan dalam jiwa Hannah.

'You are so damn hot and sexy. Please don't stare at me like that, you make me breathless.' Ingin sahaja dia berkata kepada Rayyan seperti itu, tetapi dia tidak mempuyai keberanian untuk meluahkan rasa cintanya kepada Rayyan yang telah lama dipendam sejak pertemuan kali pertama mereka.

Oxytocin dan dopamine dirembes keluar dengan banyaknya, membuatkan Hannah terasa di awang-awangan.

"Mi amor, we will go through this together, okay?" Jari kelingking dihulur kepada Hannah.

Mi amor? Hannah tidak faham.

"Okay!" Hannah turut menghulurkan jari kelingkingnya. Satu janji termeterai antara dua jiwa.

Apabila hampir bersentuhan, mereka berhenti.

"Haram." Serentak Hannah dan Rayyan bersuara.

Tawa bahagia bersatu dengan alunan melodi yang sangat indah. Oh Tuhan, indahnya rasa ini!


BERSAMBUNG...

Saya busy sikit, jadi maaf sangat kalau lambat update. Terima kasih sebab sudi baca!

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

425K 30.4K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...
262K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
1.8M 62.3K 73
Scenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ❤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read...
2.2M 86.2K 57
(Fully Completed✔) Sleeping Prince Love@Novel Ke-2 @Chocolyn@WATTPAD Nurul Zyara Qairah- Sejak berusia lapan tahun, dia sudah diduga pahit kehidupan...