Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

16.2K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B12

279 58 27
By smokymokivicococo


-You are too special till I can't find the perfect word to describe you. 'Cause you are 'YOU'.-

----------

        BONET  kereta ditutup setelah semua barang Alvin disumbat ke dalam. Kyle menggosok kasar kedua belah tangannya, tanda berpuas hati setelah berpenat lelah mengangkat beg Alvin yang berat serupa mengisi Hao didalamnya.

Jangan dia culik betul budak tu, bawak pergi Dubai. Naya kang jadi kes penyeludupan manusia. Kalau ye pun nak buat, bijaklah sikit potong-potong dulu badan budak tu, senang nak angkut.

"Weh, Alvin. Cepat ah sikit. Aku ada kerja lagi lepas ni." Teriak Kyle ke arah Alvin yang memeluk erat salah satu tiang di garaj itu. Siap angkat sebelah kaki lagi, bersungguh nak peluk.

"Sabarlah! Aku nak melepas rindu ni. Nanti aku dah takde kat Malaysia, mesti rumah ni rindu kat aku. Hikss." Bibir dicebik lalu pelukannya diperkemas. Perlahan dia membisik ke arah tiang itu. "Sayang jangan rindu daddy tau. Nanti daddy balik cepat-cepat untuk sayang."

#alvinsendu

"Ni rumah Ayd, pahal nak rindu kau pulak? Kalau rumah ni boleh bercakap, aku yakin dia pun tak nak kaki busuk kau jejak kat lantai rumah."

Kyle mengurut perlahan pelipis kepalanya. Kenapalah mesti dia yang kena hantar budak terencat ni pergi airport. Asal budak terencat, Kyle urus. Asal Kyle, mesti urus budak terencat.

Nanti tak pasal-pasal Kyle yang jadi terencat.

"HUWARGH! KYLE, AKU TAK NAK PERGI DUBAI!"

Terhinjut bahu Kyle apabila Alvin tiba-tiba sahaja melepaskan si tiang lalu melutut dihadapannya. Dengan pakej mata berair, muka merah. Macam mati bini pun ada.

Eh lupa, Alvin masih single.

"Kau apahal, gila? Bangun ah cepat. Aku takde masa nak layan drama kau ni." Selamba Kyle mengabaikan Alvin yang masing melutut, lalu masuk ke dalam kereta.

Alvin pula sudah terpinga-pinga. Asal lakonan dia tak jadi hari ni? Biasanya kalau nampak air mata dia, Kyle terus lembut hati.

Maklumlah, air mata berlian.

Alvin bangun lalu lututnya yang terpalit habuk ditepuk-tepuk sedikit. Bajunya turut diratakan sehingga yakin kelihatan segak. Kemudian, rambutnya pula dibelek pada cermin tingkap kereta Mercedes hitam milik Ayden di sebelahnya itu.

Yakin dirinya sudah sehensem putera raja dalam cerita Cinderella, ketiaknya pula dihidu. Fuh, sewangi kasturi. Purfect!

Buat kali terakhir, rambutnya diselak ke belakang penuh bergaya, lalu dia berjalan ke arah kereta yang dinaiki Kyle.

Jauh okay, garaj rumah Ayden ni besar sebab anak-anak ikan dia semua sibuk menyelit kereta kat sini. Sebagai leader yang baik, dia buat garaj besar khas untuk anak-anak ikan yang perangai cam setan ni.

Baru beberapa tapak berjalan, Alvin menghentikan langkahnya. Tiba-tiba, dia tersengih sendiri sambil mata melirik kembali ke arah kereta kesayangan Ayden yang dibuat membelek wajah kacaknya tadi.

Karma is real. Oyeah!

.
.
.
.
.
.

         IVY memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan lalu tangannya naik mengurut perlahan leher jinjang miliknya. Terasa lenguh satu badan apabila hampir tujuh jam punggungnya melekat pada kerusi tanpa bergerak seinci pun.

Kepala disandar lalu matanya ditutup seketika. Akhir-akhir ni, makin banyak pula kerja office yang perlu diuruskan. Belum lagi nak kena cover tugasnya sebagai orang atasan sebuah geng mafia. Naik pening rasanya.

"Babe!"

Ivy membuka matanya sebaik sahaja suara feminin itu menerjah ke halwa telinga. Kening diangkat tinggi ke arah gadis yang separa menunduk sambil menyedut nafas lelah di pintu pejabatnya.

Dah kenapa? Kena kejar mamat bangla ke?

Sarah berjalan ke arah meja kerja Ivy lalu selamba dia melabuh punggung. Telefon ditangan dihulur ke arah Ivy.

"Pebende ni?" soal Ivy hairan. Dahinya berkerut cuba menerima ke-tiber-an seekor Sarah.

"Betul ke Kyle nak fly Dubai? Weh, kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal. Kalau tak mesti aku sempat ucap goodbye." Rungut Sarah dengan bibirnya yang tercebik-cebik tak puas hati.

Pujaan hati nak fly ke Dubai tapi kau tak tahu. Hiks, sedih ah cenggini.

"Sejak bila pulak Kyle yang pergi?" Soal Ivy, pelik.

Telefon Sarah dirampas kasar lalu skrinnya belek. Dari whatapps, telegram, insta dan turut tak boleh dilupakan, sudah tentu aplikasi Wattpad. Semua dia bukak secara diam-diam. Bukan selalu dapat ceroboh privasi orang macam ni.

Terpampang satu post milik Alvin sebaik sahaja ikon Instagram ditekan. Kening Ivy berkerut membaca post milik budak terencat itu.

'On my way to send my ugly bigbro to airport. Muah, Dubai!😘 My brotha is comebing!🐐'

Gambar selfie Alvin yang menutup wajahnya dengan mask hitam serta Kyle yang sibuk memandu terpampang di skrin telefon.

Habis terkeluar gelak Ivy apabila membaca salah satu komen oleh Kyle, 'Jangan sampai aku suruh Rav hijack flight kau nanti!'

Dan seterusnya Alvin meminta maaf, lalu membetulkan caption di post nya itu pada ruang komen, 'I'm gonna stay at Dubai for 2 weeks guys. And, my handsome😵 brothers being mean to me! Don't miss me. But, if you did, you can santau-santau my bigbros. Adios, my kipas-kipas!'

Ivy menghulur kembali telefon milik Sarah itu lalu meminta gadis itu membaca komen. Sebaik sahaja habis membaca, Sarah tersenyum lega. Uhuk, pujaan hati masih disini ah. Tak jauh dari titew.

"Thanks, Vy. Hehe, aku pergi sambung buat kerja dulu la eh." Ivy mengangguk bersama senyuman manis.

"Eh, jap. Weh, nanti ambik barang kau kat receptionist tau. Tadi macam ada orang hantar barang kau." Peringat Sarah sebelum dia melangkah keluar dari pejabat Ivy.

"'Eh untuk aku? Nanti-nanti ah baru ambik." omel Ivy sendiri.

Malas melayan, Ivy meneruskan kembali kerjanya yang tertangguh.

.

.

.

.

      KAKINYA laju melangkah dalam kesesakan manusia di tingkat satu mall itu. Beg hitam yang tersilang di badannya dibetulkan kedudukannya. Cap hitam yang menutup kepalanya pula ditarik sedikit ke bawah.

Dalam diam, mata Lia melilau melihat sekeliling. Mencari-cari kelibat mencurigakan di sekitar itu. Apabila yakin tiada yang mengikuti langkahnya, Lia menghembus nafas lega.


Sedari tadi dia dikejar oleh musuh. Mujur saja dia terlepas ketika melalui kerumunan manusia di depan mall tadi.

Cip di telinga ditekan lalu dia berbisik perlahan, "Aku kat Onez Mall."

"Okay, take your position. Kejap lagi Fidz sampai bawak barang kau."

Mendengar arahan Evel, Lia terus bergerak ke arah tangga kecemasan lalu tangga itu didaki.

.

.

.

.

.

           IVY memeluk tubuh sambil matanya memerhatikan nombor yang tertulis di atas kotak lif itu. Lambat sangat nak sampai tingkat tiga ni.

Dari tadi stuck kat nombor 5 je. Rosak ke lif ni?

Kaki dia dah lenguh berdiri terlalu lama. Tambah-tambah lagi dia memakai kasut tumit tinggi bertapak nipis setinggi 3 inci.

Pegangan kotak segi empat berbalut cantik dengan pembalut hadiah berwarna merah diperkemas. Beg tangannya dan beg kertas berisi barangan shopping juga digenggam erat tanda geram.

Malas menunggu, Ivy terus berpusing lalu tangga kecemasan dituju. Baik guna tangga je. Boleh balik awal, baring pastu tidur. Fuh, nikmat.

Baru sahaja separuh badannya melolosi pintu, seorang gadis yang berlari dari tingkat bawah melanggar kuat badannya. Habis terlepas semua barangnya ke lantai. Kotak hadiah tadi turut sama tergolek kuat menuruni tangga.

Lia terpaku. Tak tunggu lama, beg tangan yang sudah bersepah itu dikemas lalu ucapan maaf keluar dari bibirnya. Ivy pula sudah turun ke arah kotak tadi lalu diangkat.

"Maaf, cik. Saya tak perasan ada orang tadi. Maafkan saya sebab cu-"

Kata-kata Lia terhenti apabila kotak di dalam pegangan Ivy terkoyak lalu sebiji bom masa tergolek keluar dari kotak itu. Kedua-dua mereka bagai terpaku melihat bom itu.

"Kenapa kau bawak bom? Kau nak letupkan tempat ni ke?" Soal Lia serius. Wajahnya menegang dan suaranya serta merta berubah dingin.

Bayangkan ah kalau meletup tadi, tak ke arwah jugak budak Lia ni. Kang menangis berlagu-lagu Anna dengan Evel nanti.

"No! Ss.. Saya tak tahu pun ada bom dalam ni. Kotak ni pun ada orang yang kirim pada saya." Pertahan Ivy. Wajahnya turut sama gelabah melihat bom itu.

Terasa bunyi dentikan bom bagai terlalu kuat di telinganya. Tadi masa tak nampak takde pulak dengar eh.

Lia memicingkan matanya. Boleh caye ke pompuan ni. Muka dah cantik-

Eh jap! Cantik?!

Lia merenung tajam wajah gadis itu. Sesaat kemudian, terkejut beruk bila dia baru dapat mengecam gadis itu. Gadis sama yang berkepit dengan 'Steven' waktu disekolah.

Dia yakin sangat! Lagi-lagi melihat iris mata berwarna jade itu. Sah, musuh cintanya ada didepan mata!

Malas nak membuang masa, Lia menunduk lalu bom masa berbentuk silinder itu dibelek. Keningnya terangkat. Masih berbaki 12 minit? Lama jugak orang yang hantar ni set masa.

Zip begnya dibuka lalu pemotong wayar dikeluarkan. Penuh berhati-hati wayar yang berselirat dipotong satu persatu. Mujurlah dia ada sikit ilmu mematikan bom ni.

Siapa ajar? Arwah abang Lia, Ferriz Darrickson.

Lima minit kemudian, sisa bom dimasukkan ke dalam kotak tadi lalu dihulur ke arah Ivy.

Dengan tangan terketar-ketar dan dahi yang basah dengan peluh dingin, Ivy menyambut huluran Lia. Nafasnya turun naik sambil memegang benda alah itu.

Lia mengerutkan keningnya. "Kau ni apahal? Parkinson ke? Kesian ah muda-muda dah ada penyakit."

Sempat dia menganjing ye anak-anak. Dah matikan bom pun, dendam sebab nampak Ivy dengan 'Steven' tu masih ada.

"Err, tt... ttakk. Ehem... tthanks sebab tolong." Ujar Ivy lalu kepalanya ditundukkan sedikit.

Lia sekadar mengangkat bahu lalu tangga terus didaki. Dia ada mission nak settlekan. Kang terlepas, ada yang kena penggal oleh Evel.

Sebaik sahaja kelibat Lia hilang, kotak tadi terus dilepas ke lantai. Kakinya secara tak langsung terundur beberapa tapak dengan degupan jantung tak sekata.

Baru saja terasa ingin pitam, satu tangan kekar menangkap bahunya.

"Kau okay?" Soal si dia.

Ivy mengelipkan matanya berkali-kali sebelum mengangguk lemah. Kalau ikutkan, memang dia pengsan terus dalam dakapan lelaki itu.

Kyle yang memerhati Ayden dan Ivy sebentar tadi terus menunduk ke arah kotak merah itu. Bom dikeluarkan. Apabila pasti bom itu sudah tidak aktif, nafas lega dihela.

"Siapa yang bagi kau bom ni, Ivy?" soal Kyle.

Belum sempat Ivy menjawab, Ayden sudah memintas, "Wait. Kita bawak Ivy balik dulu. Lepas ni baru settlekan."

Kyle mengangguk lalu dituruti sahaja langkah ketuanya dan kawan sepermainannya sejak kecil itu.

Apabila langkah Ivy kelihatan terlalu lemah, Ayden pantas mencempung tubuh kecil itu. Ivy hanya merelakan, tangannya naik merangkul leher Ayden.

Di belakang pula,

Kyle sudah menjulingkan matanya. 'Oh please, janganlah acah sweet!'


• • • • • • • • • •

~9/12/20~
Vote n comment! 💞









Continue Reading

You'll Also Like

814K 46.9K 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mat...
5.6M 95.7K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
87.7K 4K 50
Third book of BAD GIRL. "Dah la beku! Tak nak cakap. Sombong. Tak nak senyum. Suka cari pasal." - Syifa Jannah. "Suka sangat senyum. Banyak mul...
5.7K 139 32
Seorang jejaka yang bernama Shawn lebih di kenali Shawn Marcus Lee adalah seorang anak angkat pertama kepada keluarga Tuan Mikail Andre . Sejak kemat...