MELAMARMU

By nizzty

8K 1K 84

Siapa kata aku jatuh cinta? Merepeklah! More

Prolog
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43

BAB 1

354 33 0
By nizzty

"Apa ni, Qaiser?" Heidi meletakkan surat perletakan jawatan itu ke atas meja Qaiser dengan kasar.

"I need some fresh air. Some new environment." Qaiser menjawab tenang.

"Tapi bukan dengan letak jawatan as a CEO."

"Now what?" Qaiser sebenarnya dah malas nak kisah. Heidi ni satu je masalah dia, pok pek pok pek dah macam perempuan. Benda kecik pun dia besarkan. Sementara aku, benda besar pula aku kecikkan. Kecik habis sampai tutup kes.

See? Aku ni mudah dijaga.

"Macam ni lah, kau lagi layak..." Qaiser memberanikan dirinya memandang ke dalam anak mata Heidi.

"Masalahnya anak syarikat ni diamanahkan untuk kau."

"Tak boleh ke kau yang tolong jaga?"

"Qai... Kau ingat jaga apa? Jaga kereta ke? Nanti kalau papa tahu, kecewa dia." Heidi cekak pinggang. Macam nenek-nenek ye kau, Heidi.

"Dia faham jelah. Kau tu yang tak faham." Qaiser menghela nafasnya.

"Okay. Suit yourself." Heidi terus keluar menghempas pintu bilik dengan kasar.

Tak usah cakap apa, dah agak dah. Mesti beberapa minit selepas Heidi keluar, papa akan call.

"Qai, are you okay?" Papa dah bersuara dalam talian setelah panggilan dijawab.

"Okay je, pa."

"Boleh papa tahu kenapa?"

"Qai ingat nak cari environment baru. Pengalaman baru."

"Tak cukup ke pengalaman kat syarikat ni?"

"Sebab tu lah, Qai nak cari pengalaman. Kalau sini, dari Qai sekolah rendah papa dah latih kat sini." Aku tergelak kecil. Ini bukan pengalaman, pa. Ini anak tauke syarikat.

"Betul ni?"

"Ye, pa. Kalau papa nak cari pengganti tempat Qai pun, Qai tak kisah."

"Qai pergilah cari apa yang Qai nak. Tapi one day Qai kena ingat ya, Qai ada tanggungjawab yang Qai perlu galas. Qai masih anak papa, penerus syarikat papa."

"Ye, pa. Okay. Qai cuma nak cuba hidup sendiri."

"Baiklah, Qai." Papa selalu memahami. Tak macam Heidi, selalu marah-marah. Sama je macam aku, suka juga marah-marah orang.

----------------------

Barang-barang dah dimasukkan ke dalam kotak. Satu per satu. Nak pindah la katakan.

"Dramalah kau. Kau bukan ada benda penting sangat pun." Heidi yang berdiri di muka pintu, bersuara dengan senyuman segaris.

"Pagi tadi mengamuk, sekarang sengih. Apahal kau?"

"Aku nak ucap farewell la kat adik aku. Itu pun salah ke?"

"Tak payah nak farewell sangatlah. Macam la dah tak jumpa langsung." Qaiser masih merajuk.

"Qai, kau okay ke? Takkanlah patah hati sampai letak jawatan?" Heidi menghampiri Qaiser lalu menepuk lembut bahu adiknya.

"Aku memang nak cari fresh air la. Aku nak hidup sendiri. Aku nak hidup macam orang biasa."

"Apasal selama ni supernatural ke?" Dia loya buruk pulak.........

"Tender sana sini, projek sana sini. Keluar universiti kau dah jadi CEO. Aku nak mula dari bawah, macam orang lain."

"Nak sangat ke? Meh la aku letak nama kau as despatch." Heidi mulalah tu...

"Dalam company ni? No no. Semua orang hormat kau sebab semua kenal kau. Kau suka ke macam tu?" Qaiser masih menegakkan nekadnya. Tak mahulah. Tak tahu kenapa dia bukannya tidak bersyukur, tapi sesekali dia ingin tahu bagaimana rasanya menjadi seorang yang bermula dari bawah. Bagaimana papanya dulu bermula dari bawah. Dia ingin tahu semua itu.

"Nak buat macam mana? Kita ada pilihan ke?" Heidi hanya mencebikkan bibir.

"You know, right?"

"Aku tahu kau bukan macam tu. Tak pe lah. Kau usahalah dengan apa yang kau suka, satu masa kau kena kembali."

"Ye aku tahu. Papa pun dah guna ayat tu tadi. Aku ingat, okay?"

"Alang-alang kau nak jadi bayi baru lahir kan...." Heidi tersenyum senget.

Qaiser kemudian memandang abangnya dengan renungan pelik.

"Ha apa?"

"Hahahahah. Tak de apalah!" Heidi tergelak.

"Kau nak suruh aku tinggalkan semua benda kan? Termasuk kereta, penthouse. Ha apa lagi?"

"Hahahaha. Aku beri idea."

"Memang aku tinggallah."

"Kau ni dah macam kena halau." Biar betul Qaiser nak tinggalkan semua tu.... Nekad betul adik aku ni. Dah kenapa dia ni?

"Oh anyway aku nak mintak tolong."

"Tolong apa?"

"Nanti aku buat baru resign letter aku, bukan as a ceo. As an architect biasa. Kau sign tau."

"Ingatkan nak cakap kau fresh grad."

"Fresh grad susah dapat kerja."

"Tahu pulak kau!" Heidi dah suara geram. Kemain nak bermula dari bawah. Ini bukan bawah, Qai. Ini dah naik suku!

"Tahu la. Kau sign jangan lupa. Esok aku nak."

"Mengarah aku pulak tu!" Heidi makin geram.

"Ala ni la pertolongan terakhir kau untuk aku. Kau bukannya berguna sangat pun."

"Ada ni budak nak kena tumbuk dengan aku." Heidi tergelak. Dah terbiasa dengan cara gurauan mereka adik-beradik yang agak kasar. Bukan agak kasar, sangat kasar.

Tapi sebenarnya, mereka saling menyayangi.

Continue Reading

You'll Also Like

408K 15.2K 70
𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her the way she deserves, an...
18.2K 2.5K 37
3rd Tengku The Series Dua Hira. Anak yang 'tidak bertuah' yang menjadi cinderella tanpa rela dalam keluarga. "Kau ingat aku tauke balak ke apa? Asal...
2.9M 149K 84
β€’ romance β€’ ; 1ST SERIES OF MISTER SYED DARIEL HAKIEM Γ— MEDINA AZYARA sebuah karya yang sudah tamat tapi masih perlu diubah jalan cerita. namun belum...
24.9K 2.5K 49
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...