Tuhan, Izinkan Aku Menyintain...

By AizaAidir

445 72 17

Cinta Hartini dipermainkan dalam diam oleh Saiful dan sahabat baiknya sendiri iaitu Adila. Hatinya luka parah... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
Bab 14
BAB 15
BAB 16
Bab 17
Bab 18
BAB 19
BAB 20

Bab 13

16 4 2
By AizaAidir

Maisara menyikat rambutnya perlahan. Dia merenung wajahnya dalam cermin yang berhadapan dengannya itu, mahu mencari kekuatan untuk dirinya sendiri bagi menghadapi suaminya malam ini. Dia sudah tidak mampu membiarkan permasalahan yang brelaku antara mereka berpanjangan dengan lebih lama lagi. Jiwanya juga semakin tidak kuat untuk melawan arus dugaan yang datang dalam rumahtangga mereka berdua.

"Kenapa Mai?" Norman menegur. Sejak daripada minggu lepas lagi dia perasan isterinya itu semakin berubah. Tidak banyak cakap dan suka menjauhkan diri daripadanya. Sepatah ditanya, sepatah dijawab. Kekadang, soalannya lansung tidak dijawab.

"Kenapa?" Maisara mengulang ayat yang sama. Dia hanya memandang gerak tubuh suaminya daripada ekor matanya sahaja. Mulutnya mahu bersuara dan hamburkan segala pertanyaan yang menyesakkan fikirannya tetapi secara tiba-tiba sahaja lidahnya jadi kelu.

"Abang tanya Mai...Kenapa pandang abang macam tu? Apa yang Mai fikirkan tentang abang? Emm..." Norman bergerak kearah isterinya. Dia menyentuh rambut Maisara yang panjang menyentuh pinggang. Serasanya sudah lama Maisara agak dingin dengannya.

"Abang dah banyak berubah"

Norman terpaku. Dia merenung mata isterinya dalam-dalam. Fikirannya buntu.

"Abang yang berubah?" Norman duduk bersila berhadapan dengan isterinya. Maisara masih tidak berganjak daripada kerusi kecil dalam bilik mereka. Mata mereka bertatapan buat seketika sebelum Maisara melarikan anak matanya ke arah lain.

"Kenapa Mai tak nak pandang wajah abang? Apa salah abang pada Mai...Kenapa Mai cakap abang dah berubah?" Bertubi-tubi soalan dia kepada Maisara. Sudah sekian lama dia nantikan saat ini. Saat untuk dia dan isterinya menyelesaikan segala kekusutan yang melanda rumahtangga mereka berdua sejak akhir-akhir ini.

"Saya tahu saya banyak kekurangan"

Airmata Maisara sudah mengalir membasahi pipinya yang gebu. Norman agak terkesima dengan ganti nama yang digunakan Maisara kepadanya. Isterinya itu tidak lagi menggunakan nama 'Mai' tetapi 'saya'....Dia cukup faham dengan sikap Maisara, kata ganti nama akan bertukar jika perasaannya terganggu. Dan sekarang, dia tahu isterinya itu dalam keadaan tertekan.

"Sayang, tidak ada manusia yang sempurna. Ingat tak? Mai pernah cakap dengan abang sewaktu kita sama-sama makan kat Kafe Muamalat dulu? Manusia tidak akan pernah sempurna sebab dia memerlukan orang lain untuk melengkapkan kekurangan yang dia ada..." Norman menyentuh airmata yang mengalir. Disapunya perlahan....

Maisara sayu...Suaminya itu masih lagi ingat kata-katanya sepuluh tahun yang lalu, saat dia dan suaminya itu sama-sama menuntut di Universiti Utara Malaysia. Kafe Mualamat menjadi tempat mereka bertemu sekali sekala kerana masing-masing sibuk dengan bidang pengajian yang berbeza....

"Saya masih ingat kata-kata saya tu, cuma sekarang saya sedar kekurangan saya terlalu banyak. Tidak mampu untuk melengkapi kekurangan yang ada pada awak....Saya..."

"Sayang cakap apa ni? Abang ada lukakan hati Mai ke? Mai terus terang dengan abang...." Norman dapat rasakan ada yang tidak kena. Tujuh tahun hidup dengan wanita yang dicintainya itu, serasanya belum pernah Maisara bersikap begitu.

"Awak tak buat salah dengan saya, cuma saya yang belum mampu bahagiakan awak. Dan saya tak salahkan awak kalau kekurangan saya tu yang buatkan awak berubah. Awak..." Maisara nekad. Hatinya telah bulat. Dia menggemgam erat tangan suaminya itu.

"Saya izinkan awak berkahwin lagi"

What? Norman melepaskan tangan Maisara. Dia bangun dengan mendadak. Apa kena dengan Maisara?

"Boleh tak jangan merepek?!Ok, abang mintak maaf kalau ada sikap abang yang Mai nampak macam dah berubah tapi abang tak bermaksud dan abang tak sedar bila abang berubah. Abang akan cuba baiki kelemahan abang....Tapi, tolong Mai...Tolong jangan cakap perkara yang bukan-bukan!"

"Saya tak boleh bagi awak zuriat!" Norman beralih kearah katil. Dilabuhkan duduknya disitu. Dia ingatkan isu tentang zuriat tidak akan dibangkitkan oleh isterinya lagi kerana beberapa tahun sudah mereka berdua telah mengambil kata sepakat mengenainya. Sudah beberapa kali diterangkan kepada isterinya yang dia tidak kisah dan sanggup menunggu seberapa lama sekalipun. Tetapi, kenapa isu itu harus disuarakan kembali malam ini? Norman bingung.

"Saya ada tanyakan dengan Tini..."

"Tini?"

"Kalau-kalau dia sanggup bermadu dengan saya..."

"Mai buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengan abang? Mai tanya Tini sanggup atau tak bermadu dengan Mai...Tapi, Mai ada tanya abang sanggup tak abang nak ambil Tini jadi isteri kedua abang?!"

"Tini gadis baik"

"Sejak bila pulak Mai yang kena buat keputusan dalam rumahtangga kita?"

Norman menggemgam tangannya erat. Rasa amarahnya semakin tinggi tetapi sedaya mungkin cuba ditahan. Dia tahu, dalam saat-saat begini syaitan mudah benar mahu merasuk. Andai dia tersilap percaturan, dia bimbang keadaan akan menjadi bertambah parah.

"Saya mahukan yang terbaik untuk awak...Untuk keluarga awak..." Maisara sudah mula menangis. Rasa ngilu dalam hati apabila mendengar percakapan ibu mertuanya dengan kakak iparnya masih lagi terasa...Norman kembali beralih arah mendapatkan isterinya. Perasaan marah dan ego dia mahu ketepikan jauh-jauh. Dia sayangkan isterinya itu, malah rasa sayangnya tidak pernah berubah sejak bertahun yang lalu.

"Sayang, ada sesuatu yang Mai sembunyikan daripada abang kan? Mak abang cakap apa...." Norman seakan dapat menangkap duduk cerita sebenar. Dia tahu ibunya seringkali persoalkan tentang zuriat kepadanya dan masih lagi terusan bertanya tanpa jemu walaupun telah diterangkan bahawa itu semua adalah kehendak Allah.

"Awak sanggup ambil Tini sebagai isteri?" Maisara mengesat airmatanya sendiri. Dia tidak boleh menunjukkan yang dia lemah di hadapan Norman. Dia mahu Norman tahu bahawa dia benar-benar bersedia untuk dimadukan.

"Saya tak akan madukan awak! Tidak akan! Awak tahu kan sayang...Saya hanya sayangkan awak!" kesabaran yang ditahan seakan sudah sampai ke kemuncak apabila Maisara seakan tidak mahu mengerti hati dan perasaanya. Bukankah isterinya itu seorang yang paling memahami dirinya?

"Awak kena jugak! Sebab mak awak mahukan cucu...Awak jangan pentingkan diri sendiri. Kalau saya sanggup berkorban, awak pun mesti sanggup!" Suara Maisara sudah meninggi.

"Pengorbanan yang saya tak suruh!"

"Awak tak perlu suruh sebab saya tahu saya mesti lakukan sesuatu untuk selamatkan rumahtangga kita. Saya tak nak mak awak carikan saya madu yang saya tak kenal. Awak lelaki! Sedalam manapun rasa sayang awak pada saya, awak masih tidak dapat menidakkan bahawa ibu awak adalah yang pertama dalam kehidupan awak! Dunia akhirat!"

Norman diam. Dipandangnya wajah Maisara yang sudah basah dengan airmata. Dia tahu isterinya banyak memndam perasaan, dia tahu hati isterinya sudah tercalar teruk tetapi dia juga tidak tahu apa yang harus dia lakukan....Sudah puas dia berusaha dan berdoa,namun Allah masih mahu mengujinya dan dia terima semuanya dengan redha.

"Abang terlalu cintakan Mai...Abang tak pernah terlintas mahu menduakan Mai! Abang sudah anggap Tini macam adik abang. Abang sayangkan Tini macam Mai sayangkan dia. Mai tak boleh paksa abang macam ni, hati abang sakit Mai..."

Norman cuba untuk memegang tangan Maisara tetapi telah ditepis lembut. Ya Allah, nekadkah Maisara?

"Saya bagi masa untuk awak fikir....Keputusan awak akan membahagiakan semua orang, saya tidur dulu..." Maisara merebahkan tubuhnya diatas tilam. Dia menutup wajahnya dengan bantal, mahu menghamburkan segala airmatanya disitu. Keputusannya ini sangat kejam, tetapi dia sudah tidak punya cara. Apa yang dikatakannya malam ini sudah difikirkan sejak berminggu yang sudah. Walaupun Hartini menolak tetapi dia yakin dapat melembutkan hati gadis itu....

Dia dapat merasakan kehangatan tubuh suaminya yang memeluknya erat. Dia tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia mahu bersendirian malam ini. Mahu melayan kesedihan yang merobek-robek tangkai hatinya.

"Sayang, i love u so much....more than that word can say" Norman mencium lembut rambut Maisara. Dia mahu Maisara tahu cintanya tidak pernah berubah sejak sepuluh tahun yang lepas. Dia tidak pernah terlintas mahu menduakan Maisara malahan dia sangat bersyukur kerana Allah menghadiahkan seorang isteri yang sangat memahami dirinya. Maisara adalah segalanya....Isterinya itu sentiasa ada waktu dia susah mahupun senang.

"Abang tak akan fikirkan tentang cadangan Mai, abang nak Mai tahu yang abang akan ada dibelakang Mai...Saat Mai susah atau senang....Please sayang...Jangan buat abang macam ni, abang merayu pada Mai..."

Jantung Maisara seakan mahu meletup. Rasa cinta terhadap suaminya semakin mendalam. Dia tahu Norman terlalu baik...Lelaki itu penuh dengan pengertian, sangat kaya dengan kasih sayang. Dia rasa baru semalam dia mengambil keputusan untuk menerima Norman sebagai suaminya dan seperti baru semalam airmatanya menitik saat dia menyalami Norman buat pertama kali sebagai suaminya. Hakikatnya, sudah hampir tujuh tahun dia menjadi isteri kepada lelaki yang dicintainya itu.

"Abang...." Dia membuka bantal yang menutupi wajahnya. Dia melihat mata Norman yang merah, sedang menahan kesedihan.

"Syy...Jangan cakap apa-apa, abang tahu sayang cintakan abang" Maisara hanya mengangguk. Pelukan Norman dibalasnya erat. Dia seperti tidak mahu melepaskan Norman pergi kemanapun. Norman adalah nyawanya, Norman cinta hatinya...Ya Allah, bantulah aku....

"Abang yakin, satu hari nanti...Allah akan berikan kita zuriat. Mai tahu sebab apa? Sebab kita berdua sabar dengan ujianNya. Soal zuriat tidak akan melunturkan kasih sayang abang pada Mai. Cuma abang minta daripada Mai, terus sayang dan cintakan abang....Abang tak mintak banyak"

.....................................................................................................................

"Akak!"

Hartini terjaga. Dia beristifar sambil mengurut dadanya. Badannya berpeluh. Ya Allah, apakah petanda mimpi tadi? Dalam mimpinya tadi, dia melihat Maisara menangis teresak-esak dalam sebuah perigi,apabila ternampak dia, Maisara menghulurkan tangan kepadanya tetapi dia hanya mampu memandang, tidak mampu berbuat apa-apa dan lama-kelamaan lambaian tangan itu menghilang.... Hartini melihat jam loceng yang berada di sisinya. Hampir ke angka 3 pagi....

Hatinya bercelaru. Fikirannya kusut. Petanda apakah ini Ya Allah....Janganlah kau uji aku melebihi kekuatan yang aku ada. Dia bergegas turun daripada pembaringan, dia mahu melakukan solat sunat. Dia mahu menenangkan kembali keadaan dirinya...Dia mahu mengadu kepada Yang Esa.

Lama dia berteleku di atas tikar sejadah, lama dia termenung. Mengingat kembali perkara yang berlaku dalam kehidupannya sejak akhir-akhir ini. Semuanya disimpulkan menjadi satu. Kekecewaan,kemanisan dan kegembiraan...Segalanya bertukar ganti dalam dirinya. Namun, disebalik semua yang berlaku, dia tahu segalanya telah ditentukan. Sebaik manapun perancangan yang telah dia atur, pasti tidak dapat menandingi perancangan yang telah Allah tuliskan untuknya. Dia mengaminkan doa bersama sejuta harapan agar kehidupannya akan dipermudahkan dan semakin diredhai.

Sebelum memejamkan mata, tangannya masih sempat mencapai handfhone yang tetap setia disebelahnya. Ada 3 missed call dan 1 message...Kesemuanya daripada Irfan.

'Tini, saya dah sihat. Esok saya jumpa awak! Saya rindu awak...Have a nice dream, nite...'

Dia kembali meletakkan handfhone ke tempat asal. Bibirnya sempat mengukir senyum. Irfan memang nakal! Ada sahaja tingkah lelaki itu untuk menyakatnya. Sekarang ini dia sudah tidak kisah dan dia semakin boleh menerima perangai Irfan yang gemar mengusik cuma hatinya terselit perasaan tidak enak. Dia teringat bagaimana pertanyaan Pakcik Osman siang tadi kepadanya.

"Balik kerja Tini?"

Dia cuma mengangguk. Tangannya sibuk memilih serai yang nampak masih elok tersusun dalam bakul yang dikhaskan oleh Pakcik Osman untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan.

"Budak tu tak hantar kamu?"

Budak? Hatinya sudah tidak enak...

"Ala...Budak lelaki yang pakai kereta besar tu! Orang kampung dah mula bercakap Tini...Katanya itu bakal menantu ayah kamu, untunglah Tini..."

"Irfan tu anak angkat ayah je pakcik!"

Malas dia mahu menerangkan panjang lebar.

"Mula-mula anak angkat, lepas tu jadi menantu la" Pakcik Osman sudah ketawa. Suka benar dia membuat andaian sendiri.

"Berapa ni Pakcik?" Hartini sudah mengeluarkan duit lima ringgit. Tidak mahu dia lama-lama disitu.

"Seringgit je Tini. Apa salahnya kalau ayah kamu dapat menantu. Kamu tu bukan budak bawah umur. Lagipun kawan kamu Adila tu, dengar-dengarnya dah nak kahwin..."

Dah nak kahwin? Al-hamdulillah....

"Pakcik ingatkan Saiful akan kahwin dengan kamu Tini! Iya la, kata Nasrul, ayah si Saiful tu...Yang kamu berkawan dengan anak dia"

"Kawan-kawan je pakcik, kawan satu sekolah"

Hartini mengambil duit baki yang diberi dan terus keluar daripada kedai. Dia takut, andai lebh lama dia disitu, lagi banyak perkara yang mengguris hatinya. Dia kuatkan semangat untuk terus pulang ke rumah walaupun dipersimpangan jalan, dia seakan ternampak kelibat Saiful dalam sebuah kereta Kancil berwarna merah. Serasanya kereta itu milik Adila....

'Allahhuakbar....' Azan subuh brekumandang memecah kesunyian pagi dan membuatkan dia tersedar!

Ya allah! Sudah subuh rupanya...Masya-allah....Masya-allah, terlalu jauh dia melayan perasaan...

Continue Reading

You'll Also Like

10K 1.7K 51
Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikgu Wan, makhluk berupa harimau dan berger...
1.7M 13.6K 11
<2nd Novel> Highest Ranking- #1inAction(23/2/2021) [Completed] Known as Healing Love. "Di saat awak tahu siapa diri saya yang sebenarnya, yo...
170K 11K 33
Adam Hirdy | Azalea
1.4M 53.3K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...