Bab 17

11 1 0
                                    


Irfan mundar mandir di luar rumah. Hatinya cukup gelisah biarpun malam itu terasa sejuk sekali. Sesekali telinganya dapat menangkap suara ketawa kerluarganya yang masih berkumpul di ruang makan. Hatinya tidak tenteram. Sukar mahu memulakan kata dihadapan keluarganya untuk menyatakan hasrat di hatinya untuk melamar gadis kesayangannya. Argh... bagaimana jika keluarganya tidak bersetuju? Seperti tahun-tahun sudah, kesemua pilihannya ditolak mentah-mentah oleh keluarganya. Pilihannya sebelum ini terlalu banyak kekurangan atau piawaian yang ditetapkan mama dan papa yang terlalu tinggi? Bingung dia mahu memikirkannya. Sudahlah mahu menawan hati Hartini tertalu sukar, sekarang apabila sudah dapat... Tak mungkin dia mahu melepaskannya begitu sahaja?

Baginya berjaya memiliki cinta Hartini merupakan anugerah terindah yang pernah dia miliki. Walaupun dia sedar, dia sebenarnya tidak layak langsung untuk menawan gadis tersebut tetapi dia tetap percaya terhadap jodoh yang telah ditentukan oleh tuhan. Dia masih percaya, jodohnya memang tertulis bersama Hartini.

Gadis itu terlalu istimewa di matanya dan juga dihatinya. Hatini tidak terlalu cantik malah dia merasakan jika mahu dibandingkan Hartini dengan bekas teman wanitanya sebelum ini, Hartini memang jauh ketinggalan kebelakang. Tetapi, hati gadis itu terlalu cantik! Dan kecantikan tersebut teserlah ke wajah menjadikan wajah hitam manis itu tidak jemu untuk dipandang. Semakin dipandang, semakin damai rasa hatinya dan semakin membuatkan jiwanya tidak keruan. Lambaklah seramai mana jelitawan di hadapan matanya sekarang tetap tidak dapat membuatkan matanya beralih arah daripada wajah Hartini. Aduh! Sungguh parah perasaan cinta yang dialaminya sekarang. Belum pernah dia rasakan sebegini seumur hidupnya.

"Irfan"

Encik Farouk menegur. Dapat dia rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tingkah Irfan sejak akhir-akhir ini. Biarpun hubungan mereka berdua tidak terlalu rapat tetapi sebagai seorang ayah, dia dapat merasakan ada sesuatu yang meresahkan jiwa anak terunanya itu.

"Pa..." Lemah Irfan menjawab.

"Irfan ada masalah?"

Wajah anaknya ditatap. Jelas kelihatan anaknya bagaikan sedang menanggung masalah yang sangat berat.

"Pa...Irfan ada perkara penting nak bincang dengan papa"

"Apa dia? Irfan cakap...papa dengar" Encik Farouk mahu menenangkan jiwa anak lelaki bujangnya itu.

"Irfan...Em...Nak kahwin pa..."

"Kahwin?"

Irfan mengangguk. Matanya tajam merenung anak mata Encik Farouk. Mahu mencari jawapan daripada pandangan mata papanya itu.

"Kali ni kamu betul-betul serius Irfan?"

Sekali lagi Irfan mengangguk. Laju.

"Emm...Siapa?"

Encik Farouk cuba mengawal rasa terkejut yang menyerang. Dia cuba mencari kesungguhan di wajah Irfan dengan apa yang telah dilafazkan sebentar tadi. Bukan tidak percaya dengan perubahan dilakukan Irfan sejak akhir-akhir ini tetapi dia harus berwaspada. Takut jika sejarah lalu kembali berulang. Dia tidak mahu anak lelakinya memusnahkan masa depan mana-mana wanita yang didampinginya.

"Hartini pa..." Perlahan nama itu dilafazkan tetapi bibirnya seakan tersenyum tatkala sebaris nama itu muntah daripada bibirnya.

"Hartini? Yang pernah datang melawat kamu waktu kamu demam?"

Irfan mengangguk.

"Family dia sukakan kamu?"

"Suka pa... Irfan ni anak angkat ayah Tini..."

Tuhan, Izinkan Aku MenyintainyaWhere stories live. Discover now