BAB 6

17 4 0
                                    


" Terima kasih dik...datang lagi..."

Hartini memaniskan muka. Pelajar sekolah seramai lima orang itu berlalu setelah membuat pembayaran. Dia agak keletihan. Awal tahun memang dia akan terasa cepat letih kerana ramai pelajar sekolah yang akan ke kedainya untuk membeli buku rujukan tambahan dan buku latihan. Kedainya memang menjadi tumpuan pelajar kerana harga yang diberikan berpatutan. Malahan, ada sesetengah buku telah diberikan potongan sebanyak 10%.

Dia membuka botol mineral yang dibawanya daripada rumah. Mahu melepaskan dahaga yang semakin menyiksanya. Fuh...lega!

Eh...mcam pernah nampak je mamat ni? Tapi kat mana ya...dia cuba untuk mengingati wajah pemuda yang baru memasuki kedai dengan pandangan yang penuh tanda tanya.

" Kau lagi? Maisara mana?" Tanpa salam, tanpa senyuman...Pemuda di depannya menerjahnya dengan soalan begitu. Sombongnya...Sombong? Oh...Pemuda itu!

" Awak nak apa? Maisara tak ada. Dia keluar"

Hartini menjawab ala kadar. Malas mahu berbahasa dengan orang yang tidak tahu menjaga hati orang lain.

" Oo...Maisara tak ada, so...Kau boleh curi tulang la yea..."

Kurang ajar!

Sabar Tini...Sabar...Jangan naik angin dengan orang sebegini. Dia cepat-cepat beristifar di dalam hati.

" Awak nak apa? Ada urusan yang penting ke dengan Maisara? Bila dia balik nanti, saya akan sampaikan pesanan"

Dia masih lagi mahu berbaik. Risau juga kalau-kalau pemuda sombong ni tetamu istimewa Maisara. Lagipun pemuda ni macam kenal je ngan Maisara...Dia masih lagi mahu membuat andaian...

"Berangan!"

Dia terperanjat. Pemuda di depannya itu menumbuk kuat meja di depannya.

" Awak ni kenapa?" Hartini sudah mula rasa panas...

" Kau tu yang 'kenapa' ...Bukan aku! Aku panggil banyak kali tapi kau boleh tenung je aku macam kerang busuk!"

What??

" Awak panggil saya?"

Masakan aku tak dengar? Hartini berkata dalam hati.

" Habis tu, kau ingat aku panggil meja?kerusi?or...Bunga yang dah nak mati depan kau ni?"

Hartini hanya terkulat-kulat mendengar omelan pemuda sombong tersebut yang dengan sengaja mematahkan bunga ros yang berada dalam botol kecil yang diletakkan di atas meja. Bunga itu tidak mati tetapi sedikit layu...Mungkin aku terlupa mahu mengantikan air dalam botol itu pagi tadi.

" Maafkan saya..." Dia mengalah. Tidak mahu memanjangkan cerita. Apa yang lebih penting,  dia perlu menjaga nama baik kedai buku Maisara tanpa perlu menghiraukan  bagaimana sakitnya hati dan perasaannya sekarang.

" Nah!"

Pemuda tersebut menghempas kuat kertas kecil yang berada dalam gemgaman ke atas meja. Dia mengambil kertas tersebut dan sekali lagi dadanya sesak...Pemuda ini...

Seketika, dia teringat perbualannya bersama Maisara semalam....

Tengahari semalam dia tidak keluar untuk membeli makanan. Dia ada membawa bekal dari rumah. Bulan ini dia memerlukan duit yang agak banyak daripada biasa kerana kedua adiknya Hardina dan Haryani perlu membayar yuran peperiksaan minggu depan. Nampaknya, tak boleh lagilah aku nak beli handfhone bulan ni..dia senyum sendirian...Insya-allah...ada rezeki aku bulan depan...dia menahan sabar.

" Tini...kenapa tak keluar makan?"

Maisara selaku bosnya menegur ramah. Mengambil tempat di sebelahnya.

Tuhan, Izinkan Aku MenyintainyaWhere stories live. Discover now