BAB 2

23 5 2
                                    


" Tini...ada stok baru sampai. Kamu susun ikut rak yea.."

Dia hanya mengganguk. Faham dengan tugasan yang perlu dilakukanya. Itulah rutin seharianya, menyusun buku dan menjadi jurujual. Jika tidak ada pelanggan, masanya banyak dihabiskan dengan membaca novel dan majalah yang terdapat di kedai tersebut. Dia amat suka membaca dan itu menjadi satu sebab mengapa dia memohon kerja di situ. Serasanya sudah hampir tiga tahun dia bekerja di situ, bukan tidak ada tawaran kerja yang lebih baik tetapi dia lebih senang di situ. Dekat dengan ayah dan adik-adik. Sekurang-kurangnya, dia masih boleh menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan kakak.

" Cik, saya nak tahu..apa buku keluaran terbaru NB KARA?"

Dia menoleh apabila terasa yang suara tersebut begitu hampir denganya. Dia tersenyum walaupun senyumanya tidak disambut oleh pemuda di hadapannya ini. Uih..sombong! hatinya mengutuk...

" Kat sini adalah buku-buku keluaran terbaru Alaf 21 dan NB KARA... saudara boleh pilih sendiri. Stok baru sampai pagi tadi"

" Saya tak pandai nak pilih..sebab tu saya tanya awak. Kalau tak, apa guna awak jadi pekerja kat sini"

Dia terkejut. Sinis. Tajam. Dia menahan sabar..pemuda itu adalah pelanggan..pelanggan sentiasa betul...Mukanya masih lagi dimaniskan.

" Saya rasa elok encik cuba baca buku ni..dengarnya sambutan yang diterima amat memberangsangkan...karya Norhayati Berahim..."

Dia menghulurkan salah satu buku yang berada di rak tersebut. Buku yang dihulur tidak disambut. Dia hanya menahan sabar dengan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh pemuda tersebut. Apa lah malang nasib, baru sekerat hari bekerja dah jumpa manusia macam ni...Hebat sangatkah kau manusia sehingga boleh belagak sombong macam ni?

" Kenapa bagi kat saya? Bungkuslah! Itu pun nak kena ajar ke?"

Dia terkejut. Terasa ayat yang diluahkan oleh pemuda yang berlagak di depanya ini terlalu kasar. Darahnya naik sampai ke kepala..ada jugak aku hempuk je buku ni kat kepala mamat ni..baru dia tau langit tu tunggi ke rendah.

"Berapa?"

"Rm 24.90"

Dia menjawab ala kadar. Malas mahu melayan karenah manusia yang tidak pandai untuk berbudi bahasa. Bukankah rakyat Malaysia kaya dengan budi bahasa..budi bahasa budaya kita..kononnya! Seboleh mungkin dia cuba berlagak tenang dan berusaha untuk tidak mamandang wajah pemuda tersebut.

" What? Buku macam ni pun mahal?" Ada nada ketidakpusan dalam suara pemuda sombong itu.

Ish..ini dah melampau. Dia mengetap bibir..tadi berlagak, tak kan sebuah buku yang tak sampai lima puluh ringgit dah komlen....apa punya manusia la mamat ni...

" Awak nak beli ke tidak?" Dia seperti sudah kehilangan sabar.

" Eh..awak jangan nak perli saya lak..saya ada duit tau!" Pemuda itu membulatkan mata. Dia hanya membalas. Apa? Ingat aku takut?

" Ada saya cakap awak tak ada duit? Saya Cuma tanya awak nak beli ke tidak buku ni?"

" Tapi pertanyaan awak macam perli saya..." Pemuda tadi masih mahu melancarkan peluru terhadapnya.

" Awak jangan nak memanipulasikan ayat saya..."

Hartini dah mula rasa nak muntah. Dia sebenarnya cukup pantang bila berdepan dengan manusia yang sombong tidak bertempat.

" Awak jangan nak belagak dengan saya, boleh tak?"

Dia mengurut dada. Matanya tercari-cari kemana menghilangnya Maisara iaitu bos dan merangkap pemilik kedai buku Maisara Enterprise.

Tuhan, Izinkan Aku MenyintainyaWhere stories live. Discover now