BAB 16

32 5 4
                                    

Petang itu terasa damai sekali, yang tidak damai adalah dirinya. Yang kusut adalah jiwanya dan yang kosong adalah hatinya. Hari ini dia mendapat cuti mengejut kerana majikannya perlu pulang ke kampung kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Kebetulan pula, petang semalam Maisara terlupa untuk memberikan kunci kedai kepadanya. Mengingatkan majikannya, dia seringkali resah kerana tidak meyangka dirinya juga akan terjebak dalam kancah kemelutan rumahtangga Maisara dan Norman. Dia sangkakan pasangan itu sangat bahagia bersama dan melihat senyuman yang sentiasa terukir dari bibir Maisara setiap hari menguatkan lagi telahannya bahawa majikannya itu berada dalam zon yang sangat selesa....

"Assalamualaikum"

Ada suara memberi salam. Dia manjawab dan mengangkat wajah...Saiful!

"Boleh saya duduk Tini?"

Hartini memandang ke arah adik-adiknya yang masih sibuk menyapu sampah di halaman rumah. Jarak antara mereka hanya beberapa meter sahaja. Dia perasan anak mata Hardina menjeling tajam kepada Saiful dan dia juga faham mengapa Imran tidak lagi berkejar mendapatkan Saiful untuk bersalam sepertimana selalu. Dia tidak menjawab, tetapi Saiful telah melabuhkan duduknya di situ. Bersebelahan dengan dia...dia atas pangkin rehat yang telah ada di situ sejak bertahun lamanya.

"Dulu, kita selalu lepak dan berbual kat sini kan?"

Hartini masih lagi diam. Untuk apa Saiful datang mencarinya dan membuka cerita lama? Tidak berperasaankah lelaki itu?

"Awak datang sini, nak apa?" dia bertanya dengan nada yang tidak terlalu tegas, tidak juga terlalu lembut.

"Kenapa Tini? Awak tak suka saya datang rumah awak?" Saiful memandang wajah yang sekian lama tidak dipandangnya dengan keadaan yang hampir dekat begitu. Wajah Hartini sudah banyak berubah, sudah hilang air wajah kebudak-budakkan di wajah hitam manis itu dan sudah diganti dengan wajah lembut lagi mempesoanakan. Keningnya yang hitam dan terukir cantik masih tetap sama seperti dulu.

"Secara jujurnya, saya memang tak suka bila awak sesuka hati mahu bertandang ke rumah buruk saya ni...Lebih-lebih lagi kita sudah membawa haluan masing-masing. Dan awak harus sedar Epul, yang awak ni dah jadi tunangan orang"

Ikutkan hati yang kecewa dan terluka, mahu sahaja dia hamburkan kata-kata sinis yang cukup menghiris hati kepada Saiful tetapi apa yang terluah adalah sebaliknya. Dia tahu, jalan di hadapannya semakin berduri...Dia tidak boleh lari dari kenyataan, dia tidak boleh lari daripada Saiful dan Adila!

"Tini, saya sebenarnya nak minta maaf daripada awak atas apa yang telah saya lakukan terhadap awak. Saya tahu, saya tak layak untuk mendapatkan kemaafan daripada awak dan saya tak mahu memaksa awak untuk maafkan saya"

"Tidak layak untuk dimaafkan dan tidak memaksa saya memaafkan awak? So, apa gunanya awak datang cari saya?"

"Sebab saya nak minta maaf!"

Argh! Berbelit-belit...Hartini tertunduk, cuba untuk mengalihkan pandangan mata dari terus bertatapan dengan mata Saiful. Hatinya berdebar. Perasaan yang cuba dipadamkan dari dalam hati kembali menerjah. Saiful cinta pertamanya dan dia selalu berdoa agar saiful juga adalah cinta terakhirnya tetapi siapa sangka apa yang berlaku sekarang...jauh menyimpang daripada apa yang dia harapkan.

Setelah agak lama tunduk, barulah Hartini berani untuk mengangkat wajah. Pandangannya bertembung dengan panahan anak mata Saiful yang masih lagi merenungnya. Ya Allah! Kenapa wajah ini masih berada dalam hati aku? Bukankah kau telah jauhkan dia daripada hidupku? Hati ini pula, mengapa perlu ada debaran menggila saat terpandang redup matanya??

"Epul, awak balik lah! Saya tak nak orang kampung bercakap bukan-bukan tentang awak dan saya. Kalau ada cerita tak enak, yang buruk dan busuk namanya adalah saya! Awak anak ketua kampung, tak ada sesiapa berani canang perkara buruk-buruk pasal awak!" Dengan susah payah, ayat itu terkeluar juga. Dia tidak mahu Saiful berlama-lama di halaman rumahnya. Dia tahu sangat sikap penduduk kampungnya yang suka menuduh dan membuat spekulasi sebelum kebenaran terdedah...

Tuhan, Izinkan Aku MenyintainyaWhere stories live. Discover now