ʙɪᴅᴀᴅᴀʀᴀ ᴋɪʀɪᴍᴀɴ ᴅᴀʀɪ sʏᴀɪᴛᴀɴ...

By KOOKIEXCHANYEOL-

6.5K 2.1K 1.6K

Old Title: Dia Suami Durjana [ Siri Durjana 01 ] ( Separuh Re-edit ) [ Siri Sad Romance Fanfiction ] +Dia ego... More

Intro + Cast
#02#
#03#
#04#
#05#
#06#
#07#
#08#
#09#
#11#
#14#
#15#
#16#
#17#
#18#
#19#
#20#
#21#
#22#
#23#
#24#
#25#
#26#
#27#
#28#
#29#
#30#
#31#
#32#
#33#
#34#
#35#
#36#
#37#
#38#
#39#
#40#
#41#
#42#
#43#
#44#

#10#

163 68 258
By KOOKIEXCHANYEOL-

PERTEMUAN TAEKOOK❞

"WHAT!" Taehyung amat terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh Haerin.

Mulutnya ternganga sedikit. Mata terbuntang besar melihat wajah Haerin yang sudah bergelar seorang ibu.

"Tae, kenapa muka awak terkejut sangat ni? Awak terkejut ke saya sudah ada anak?" tanya Haerin.

"N...Noona bohong kan? Tak noona tak kahwin lagi kan! Tu bukan anak noona kan? Noona gurau je kan?"

Taehyung cuba mengganggap ia hanyalah gurauan sahaja. Dia pasti Haerin saja bergurau dengannya seperti zaman sekolah dahulu.

"Apa kamu ni, Tae? Ni anak noona lah. Noona yang bersalinkan dia. Dan ya, noona dah kahwin? Kenapa Tae terkejut sangat ni? Patutnya Tae gembiralah noona dah kahwin." ujar Haerin dengan nada serius.

Ingat main-main ke tentang anak? Haerin memandang wajah Taehyung yang mula berpucat. Dia amat terkejut hingga wajahnya berpucat.

"Jadi betul lah noona dah kahwin dan tak tunggu Tae pulang?" Taehyung memegang kedua belah bahu Haerin. Dia masih tidak percaya kataan dari si wanita itu.

"Kenapa Tae ni? Noona kahwin sebab noona sukakan suami noona. Tae okey tak ni?"

Haerin cuba leraikan tangan Taehyung yang masih memegang bahunya itu. Bukan apa tidak baik seorang lelaki memegang isteri orang.

Belum sempat Taehyung sambung apa yang ingin ditanyakan, seorang lelaki datang menyerangnya secara tiba-tiba sahaja.

"YAHH!" jeritnya kuat.

Kebetulan tidak lah ramai orang lalu lalang.  Lelaki itu terus mendekati Taehyung selangkah demi selangkah. Matanya tidak terkelip-kelip sejak dari tadi.

"Jungkook?"

Haerin menoleh ketepi dan terlihat wajah Jungkook lah yang penyerang yang ingin menyerang Taehyung secara tiba-tiba sahaja.

"Siapa kau hahh tiba-tiba saja terjah masuk sini!" bentak Taehyung. Haerin di tepi terus tidak dilayan langsung.

"Kau lah siapa! Kau ni mesti Jin kan! Kau ni saja eyy!" balas Jungkook dengan nada agak marah. Tuduhan mula dilontarkan.

Taehyung mula menggaru kepalanya yang tidak lah gatal itu. Tiba-tiba lelaki itu tuduhnya dengan nama dia yang tidak kenali pula tu.

"Jin mana ni? Jin syaitan ke?" tanya Taehyung. Dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh lelaki gila itu.

"Jin setan kepala bana kau! Kau ni saja je!"

Jungkook mula mencengkam baju Taehyung lalu wajahnya agak serius bagaikan ingin memulakan pergaduhan bersama lelaki itu.

"Omma kenapa tu?" tanya Namjin masih melihat pertengkaran dua orang dewasa yang boleh dikatakan seperti orang yang tidak matang langsung.

Namjin memandang wajah ommanya untuk mendapat jawapan.

"Entah lah? Jom balik. Namjin tak elok tengok pergaduhan ni." ujar Haerin lalu memimpin Namjin pulang ke rumah dengan senyap tanpa menegur dua insan yang bakal menimbulkan pergaduhan di tempat tersebut.

Jungkook dan Taehyung langsung tidak perasan bahawa Haerin dan Namjin sudahpun hilang meninggalkan mereka berdua.

"Kau siapa hahh! Tiba-tiba je serang aku! Gila ehh!" bentak Taehyung cuba menolak Jungkook dari mengcengkam bajunya itu.

Ingat murah ke baju yang dibeli oleh seketul Kim Taehyung itu? Bajunya berjenama Polo itu mencecah 250 ringgit tahu sehelai sahaja. Kalau rosak siapa nak ganti?

"Kau itu yang siapa! Kau nak noona aku kan!" ujar Jungkook masih bertengkar dengan lelaki itu. Dia masih tidak sedar bahawa itu bukanlah Kim Seok Jin yang dia tercari.

"Kalau ya apahal! Kau ada hak ke?" Taehyung tersenyum sinis. Ingat dia penakut lagi ke seperti dahulu. Tidak, dia sudah berubah!

"Kau tanya soalan eyy kau saja nak aku bunuh kau ke hahh!" jerit Jungkook bergema satu taman mendengari pergaduhan tersebut.

Seorang lelaki sedang berjalan berhampiran dengan taman tersebut. Figura seseorang yang dia amat kenali menarik perhatiannya. Lebih mengejutkan orang yang dia kenali itu sedang bergaduh dengan orang yang dia langsung tidak pernah berjumpa.

"Kejap macam abang je! Abang Kookie!" lelaki itu berlari ke arah kedua lelaki yang masih belum habis bertengkar hingga Jungkook sudah menunjukkan buku lima pada Taehyung.

"Kalau berani bunuh lah!" tutur Taehyung mencabar kesabaran Jungkook. Jungkook tidak dapat menahan lagi, kaca di poketnya cuba dikeluarkan namun...

"Kau mencabar aku..."

"ABANG!" laung seorang lelaki berusia 21 tahun itu pada abangnya yang tidak jauh darinya.

Jungkook menoleh mencari pemilik suara empu yang memanggil namanya itu.

"Jongho kau buat apa dekat sini?" tanya Jungkook sebaik saja melihat adiknya, Jeon Jongho datang ke arahnya.

"Abang jom balik. Abang ni mesti tak makan ubat lagi! Jom balik." pujuknya ingin membawa pulang abangnya itu.

Jika dibiarkan, ia boleh mengeruhkan keadaan dengan keadaan Jungkook yang tidak stabil lebih-lebih lagi emosinya selalu terganggu.

Jongho terus menarik baju abangnya itu. Nasib baik dia agak kuat untuk menariknya.

"Yahhh! Jangan tarik aku lah! Kau tunggu mamat! Aku ada dekat mana-mana saja! Kau tunggu! Jongho jangan tarik aku lah bangang!"

Jungkook cuba memarahi adiknya itu namun gagal. Jongho tidaklah mudah untuk melepaskan abangnya itu kerana dia tahu akan keadaan abangnya yang agak teruk sejak akhir-akhir ini.

Jungkook memberi amaran keras pada Taehyung. Taehyung menjeling pada lelaki itu lalu memandang semula ke tepi untuk berkomunikasi dengan Haerin semula.

"Bela lah kau! Halamak! Eh noona?"

Taehyung tercari-cari bayangan Haerin yang sudahpun menghilangkan diri. Pasti dia sudah meninggalkannya sewaktu dia dan lelaki gila itu sedang bertengkar.

"Aduhai terlepas dah aku nak ambil nombor noona. Tak guna punya jantan! Kacau line je! Siapa pun suami Haerin noona, aku tak akan mudah berputus asa untuk mendapatkan cinta aku walaupun aku terpaksa runtuhkan rumah tangga orang." Taehyung bermonolog sendirian. Satu senyuman sinis mula terukir di bibir merah cairnya itu.

Dia, seorang lelaki yang bukan mudah untuk berputus asa. Dia akan pastikan rumah tangga Haerin dan Seokjin runtuh supaya dia dapat menagih cintanya pada si wanita itu.

☁️☁️

Haerin dan Namjin baru saja tiba di lif. Langkah mereka agak perlahan apabila hampir tiba di rumah neraka tersebut.

"Omma, siapa mereka sebenarnya?" tanya Namjin dengan petahnya.

"Mereka?"

"Alah yang dua abang handsome tu?"

"Oh, tu kawan omma. Dah sampai pun. Jom masuk." ujar Haerin. Password rumah ditekan lalu pintu terbuka.

Tidak sangka tidak jauh dari pintu, seorang lelaki sedang duduk bersilang kaki di atas sofa mula menanya wanita itu.

"Kau pergi mana tadi sampah?" tanya Jin yang tidak jauh dari mereka. Bibirnya dari tadi tidak terukir langsung sebuah senyuman.

"Saya bawa Namjin keluar pergi bermain dekat taman sekejap." balas Haerin menyatakan perkara sebenar.

"Siapa benarkan kau keluar dari rumah ni? Kau tak minta izin dekat aku ke sebelum keluar hah? Kau ni nak jadi isteri derhaka ke?" soal Seokjin berpadu-padu. Nadanya agak dingin ketika itu. Wajah Haerin dipandang sekilas.

"Saya ada mesej tuan lah tadi." ujar Haerin. Jin mula berdiri dari sofa tersebut lalu selangkah demi selangkah mendekati wanita itu.

"Kalau aku tak balas maksudnya tak bolehlah!" bentak lelaki itu dengan kuat sekali hingga satu ruang tamu bergema dengan suaranya itu.

"T... Tapi..."

Haerin cuba pertahankan diri namun Jin tanpa belas kasihan terus memarahinya.

"Kau ni tak faham bahasa ke hahh?" jerkah lelaki itu sekali lagi.

Tanpa belas kasihan terhadap isteri sendiri, tiga balingan buku yang berada di atas meja yang hampir dengannya terkena tepat-tepat pada badan Haerin. Haerin mengadu kesakitan.

"Tuan sakitlah!" Haerin cuba lindungi diri dengan tangannya berlindung badannya yang sudah dibaling hampir tiga buah buku yang berada di tangan Jin sebentar tadi.

"Buang masa aku saja bebel dekat kau!"

Buku setebal buku sekolah itu dicampakkan kebawah. Nadanya tidak dapat dikawal lagi. Angin si lelaki itu tidak baik pada hari ini.

Namjin melihat Haerin sudah pun mengalirkan air mata suci. Namjin agak marah dengan kelakuan papanya itu.

"Omma! Papa jahat!" Namjin terus memukul peha Seokjin tanpa rasa takut akan lelaki itu.

"Aku jahat? Aku lebih baik lah dari bapak kau yang dah mampus tu! Kau ni kecil-kecil dah pandai melawan eh!" bentak Jin memandang si kecil itu sekilas. Badannya ditunduk sedikit.

"Appa tak jahat! Papa jahat!" ujar Namjin mempertahankan maruah appanya yang selalu dicalar oleh lelaki tidak berguna itu.

Satu tolakkan kecil cuba untuk menolak badan lelaki itu kerana ingin melepaskan kegeraman namun akhirnya satu tamparan terhinggap pada pipi gebu Namjin.

"Kau ni memang saja naikkan darah aku!"

Pang! Bunyi tamparan selamat mendarat pada pipi gebu si kecil yang baru saja berusia lima tahun itu. Namjin memegang pipinya yang terasa sakit kerana tamparan tersebut.

"Tuan!" Haerin agak terkejut dengan kelakuan Jin. Sanggup dia menampar anaknya yang masih kecil itu.

"Huwarghhh!" Namjin mula menangis teresak-esak. Jin tersenyum sinis.

"Bagus! Kau dah rasa kan! Berani lawan aku, hahh sekarang kau tahan lah kesakitan! Ni baru sikit! Aku lempang kau tu kira bagus lah! Belum aku pukul kau sampai berdarah!" tutur Seokjin sempat melanggar badan si kecil itu dengan kasar. Dia terus mengatur pergerakkan menuju ke arah pintu keluar.

Pintu dihempas kuat bagaikan ingin memecahkan pintu tersebut. Akhirnya, lelaki sejahat syaitan itu keluar dari rumah itu namun ia sempat meninggalkan kesakitan pada dua insan yang tidak bersalah.

Namjin memeluk Haerin dengan erat dengan tangisan masih menuruni dari kornea matanya itu. Sungguh boleh dijadikan trauma pada si kecil itu. Haerin turut menahan kesakitan yang dia alami.

TO BE CONTINUE...

AMACAM HARINI PUNYA? SEDIH TAK?

BAIKLAH HARINI ADA TAEKOOK HAHAHA! ENTAH KENAPA AKU RASA LAWAK PERGADUHAN TAEKOOK TU!

JIN JAHAT TAK HARINI? KORANG SEDIH TAK BACA STORY NI? KALAU SEDIH JADILAH SAD ROMANCE AKU BUAT KALI PERTAMA HAHAHAHHA!

SIAPA JONGHO? DIALAH ADIK JUNGKOOK. BY THE WAY AKU TUKAR NAMA KELUARGA DIA PATUTNYA CHOI JONGHO TAPI AKU TUKAR KE JEON JONGHO HALAH-HALAH TAK SALAH PUN KAN?

NI LAH ADIK JUNGKOOK! JEON JONGHO!

DUA WATAK YANG SUKAKAN HAERIN DAN SANGGUP BERBUAT APA UNTUK MENDAPATKAN CINTA MEREKA! MEREKA BUKAN KAWAN TAHU ATAUPUN GENG!

Continue Reading

You'll Also Like

28.3K 1.6K 49
Mengisahkan Alicia yg merupakan seorang anak yatim piatu. Dia tlh kehilangan G. Rama dn uncle2nya disbbkan terkorban dlm satu misi. Sjk dripd hri itu...
1.2M 87.5K 50
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
397K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
109K 3.3K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...