" Aydeen, bangun makan bubur . Ibu dah siap masak " Bubur diletakkan atas meja. Betis anaknya ditepuk .
" Halyn , tolong suapkan bubur untuk Aydeen eh " bubur diatas meja diberikan kepada Halyn.
" Tak nak . Nak ibu suapkan "
" Ish dia ni . Dah besar ada isteri pun nak manja dengan ibu lagi . Halyn , kalau Halyn nak tahu . Aydeen ni kalau dia sakit mesti dia manja kadang manja dia tu tak bertempat " ujar Cik Raiziya. Halyn hanya tersenyum . Dia terasa cemburu melihat ibu dan anak itu . Dia juga ingin merasa moment seperti itu . Dimanjakan .
" Apa ibu ni . Jangan lah bagitahu dia "
" Ibu bagitahu apa yang betul pasal diri kamu tu . Dah nak ada anak pun masih manja dengan ibu " Sekali lagi Halyn mendengar perkataan anak dari mulut ibu mertuanya itu .
" Nanti bila Aydeen dah larat sikit . Pergi klinik dengan Halyn . " arah Puan Raiziya .
" Aydeen dah ok la buat apa nak pergi klinik " tutur Aydeen dengan malas . Kalau disuruh pergi seorang tak apa la juga ini disuruh pergi dengan perempuan itu . Itu yang dia malas .
" Kamu tu bila suruh pergi klinik je tak nak . Ibu suruh pergi dengan Halyn supaya kamu tu tak lari . Nanti kamu pergi berdua harap balik nanti dapat lah ibu dengar berita gembira ." tutur ibu mertuanya itu . Dia pun berharap dia akan gembira kalau dapat mendengar berita gembira itu .
Langkah dituju ke arah pintu klinik dengan malas . Aydeen menarik hujung baju Halyn sebelum memasuki klinik . Halyn hanya memberi pandangan ' apa ' .
" Kau masuklah . Aku tak nak masuk . Aku tunggu dalam kereta je. " tutur Aydeen .
" Aik . Siapa yang sakit sekarang ni ? awak ke saya. "
" Pergi je la check apa yang patut pasal diri kau tu . Aku tunggu dalam kereta . Dah blah. " Bahu Halyn ditolak perlahan tanda menyuruh perempuan itu masuk.
Kerusi hujung diduduknya Halyn . Hari ini ramai juga yang datang klinik . Mungkin akan mengambil masa yang lama .
Setengah jam menunggu , akhirnya nama Halyn dipanggil . Setelah di tanya apa masalah . Halyn menceritakan simptom yang dihadapi suaminya . Apa yang ditanyakan doktor, dijawabnya .
" Tahniah . Awak bakal jadi ibu . Sudah 2 minggu " ucap doktor yang bernama Amirah . Halyn hanya tersenyum . Betul apa yang dikatakan ibu mertuanya itu .
" Buat masa sekarang, jangan buat kerja berat . Kandungan masih baru . Jaga baik-baik . "
" Terima kasih doktor ". Lepas bersalam dengan doktor. Halyn keluar dari bilik itu. Dia nak bagitahu dekat Yaya dengan Erman berita gembira ini . Tak sabarnya .
Pintu kereta Aydeen dibuka . Baru mahu duduk Halyn disergah dengan soalan.
" So macam mana ? "
" Macam mana apa ?"
" Ish kau ni . Doktor cakap apa ?"
" Doktor cakap ok je sihat walafiat . Awak tu pergi check tak nak . Nanti nak jawab apa dengan ibu " Dia terpaksa menipu. Dia tak nak bagitahu lagi pasal kandungan ini . Dia tak nak dia je yang beria pasal anak ini .
Dia tahu yang Aydeen masih belum terima untuk menjadi seorang ayah . Tengok la masa dekat ruang tamu tadi . Bila ibu cakap pasal anak, lelaki itu tak buat tak tahu .
" Pasal ibu tu aku tahu la nak jawab apa . Nanti ibu tanya kau , kau cakap la kau dengan aku sihat tak ada apa-apa ." arah Aydeen.
" Hm ok "
Keadaan kembali sunyi . Dia ingat dia nak pergi cafe . Nak jumpa dengan Yaya dan Erman . Dia takut Aydeen tak benarkan . Tapi tak apa dia akan cuba minta izin dengan lelaki itu .
" Awak "
" Apa "
" Boleh tak hantar saya pergi cafe ? saya nak jenguk cafe saya " Permintaan Halyn tergantung sepi . Halyn memusingkan wajah ke arah luar tingkap . Mesti Aydeen tak bagi dia keluar .
" Tunjuk jalan dekat aku mana cafe kau " arah Aydeen.
" Yeay terima kasih awak " tangan Aydeen dipegang tanda dia gembira dengan jawapan lelaki itu .
" Tangan tu boleh tak jangan pegang aku sesuka hati kau. "
" Ok ok sorry. "
Parking yang bertanda ' Pengurus Hlyn Cafe ' diparkingkan kereta . Halyn cepat-cepat mahu keluar dari kereta . Tak sabarnya nak jumpa dorang .
" Amboi kau mentang-mentang aku bagi pergi laju kau eh keluar " Halyn hanya tersengih .
" Nanti balik pepandai kau lah balik sendiri . Aku malas nak ambil ." Halyn hanya membuat tangan berbentuk ' ok ' . Kaki cepat-cepat membawa langkah ke arah cafe itu. Bahagian belakang dituju .
" Yaya! Erman! " jerit Halyn dengan ceria.
" Halyn! " panggil Erman dan Yaya serentak .
" Cop . cop . Kau datang dengan siapa ni ? suami kau izinkan kau tak datang sini ? kan ada karang singa datang bomkan cafe ni " Halyn tergelak mendengar.
" Aku datang dengan dia la ni. Dia izinkan "
" Baik pula dia izinkan " Halyn hanya tersenyum.
" Aku ada berita gembira untuk korang berdua ! "
" Apa yang gembiranya itu ? " Soal Erman. Jarang dia boleh dengar berita gembira dari kawannya itu.
" Korang bakal jadi makcik dan pakcik! "
" Apa yang makcik pakciknya Halyn ? kau ingat kitaorang ni tua dah ke " tangan Halyn dipukul perlahan .
" Ish korang ni slow la . Aku mengandung. " tutur Halyn.
" Apa ? Mengandung ? "
" Omaigod Halyn . Tahniah sayang. " Halyn dipeluk Yaya . Dia turut gembira mendengar berita itu .
" So suami kau, keluarga kau dan mertua kau tu dah tahu ke pasal ni ?" soal Yaya .
" Tak "
" Kenapa tak bagitahu? "
" Aku pun baru tahu tadi masa pergi klinik . Aku ingat aku nak rahsiakan dulu pasal kandungan ni ." Dia belum rasa mahu menyampaikan berita ini dekat mereka lagi. Dia takut akan penerimaan mereka terhadap anaknya itu .
" Sampai bila Halyn ? lambat laun dorang akan tahu juga " kata Erman.
" Nanti bila waktu itu akan tiba . Aku just takut nak tengok penerimaan mereka "
" Kalau itu yang kau mahu . Ikut kau lah " kata Erman. Yaya hanya mengangguk kepala sahaja.
" Nanti korang berdua hantar aku balik ok! "
" Ok! "
" Jom buli boss! "
Pintu rumah ditutup Aydeen . Ibunya yang berada di dapur ditujunya .
" So macam mana? "
" Ok je . Sihat walafiat doktor kata . Kan Aydeen dah cakap dekat ibu yang Aydeen sihat . Doktor pun cakap macamtu dekat Halyn " jawab Aydeen. Gelas kosong diambil lalu pintu peti sejuk dibuka .
" Betul ke ni ? Ibu tak percayalah . Ke korang ada rahsia apa-apa dari ibu? " soal Cik Raiziya.
" Ya ibu. Aydeen tak ada rahsia apa-apa dari ibu "
" Halyn mana ?"
" Cafe " jawab Aydeen lalu membawa langkah keluar dari dapur itu tapi sebelum itu dia mahu memberitahu keinginan dia dekat ibu dia.
" Ibu . Tolong masakkan tomyam . Aydeen rasa nak makan tomyam ." arah Aydeen lalu berlalu pergi meninggalkan ruang dapur itu. Bilik dituju.
Cik Raiziya yang berada didapur berfikir sejenak.
" Pelik . Takkan tak ada apa - apa " tutur Cik Raiziya sendiri. Lampu dikepala bernyala . Cik Raiziya tersenyum dengan rancangannya.