30 days : Don't Sleep.

By crushleus

59.8K 44.2K 11.2K

❝ Unethical Human Experimentation | Sleep Experiment ❞ Park Jimin, Kim Taehyung dan Jeon Jungkook. Tiga or... More

30 days : Don't Sleep.
prologue.
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28

13

1.6K 1.5K 269
By crushleus

"J-jenayah apa yang hyung dah buat?" gugup Jungkook menyoal. Nampaknya dia sudah tersalah anggap memikirkan bahawa hubungan mereka akan menjadi lebih akrab hanya kerana Taehyung dan Jimin mempercayainya tetapi Jungkook lupa akan satu perkara.

Taehyung dan Jimin amat dikenali dalam kalangan banduan kerana mereka merupakan penjenayah yang paling digeruni di situ. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa mereka berdua merupakan kannibal iaitu pemakan manusia. Entah betul atau tidak cerita itu, Jungkook tidak pasti.

"Kau tak pernah dengar ke cerita dari banduan lain yang kitorang ni kannibal?" soal Taehyung cuba menduga dengan wajah yang begitu serius.

Ingin tampak yakin, Jungkook terus menggelengkan kepalanya dengan mata yang terbuka separuh luas. Perasaan cemas mula menguasai dirinya. Sungguh waktu itu dia terasa seperti hendak terkucil.

"T-tak. Saya tak pernah dengar."

Jika benarlah apa yang diperkatakan orang, maka itu bermaksud Jungkook sedang berhadapan dengan dua orang pemangsa ketika ini.

Seakan baru tersedar jaraknya begitu hampir dengan Jimin, Jungkook lantas berganjak ke tepi sedikit. Enggan bersentuhan bahu dengan Jimin yang kelihatan begitu tenang di sebelahnya.

Jauh di sudut hati, Jungkook menyesali niatnya yang ingin berkawan dengan mereka berdua. Bagaimana dia boleh terlupa yang Jimin dan Taehyung merupakan banduan paling berpengaruh di penjara Seodaemun-gu?

Itu bermaksud mereka adalah banduan yang melakukan jenayah paling kejam dan berat!

Sedang dilanda perasaan takut, Taehyung tiba-tiba menghamburkan gelak membuatkan Jungkook terus menoleh. Wajah Jimin yang sedang menahan senyuman diperhati dengan kerutan di dahi.

"Dia cuma berguraulah, Jungkook. Kitorang bukannya kannibal." senyuman di bibir Jimin tidak dapat disembunyikan lagi. Lelaki itu akhirnya tersengih melihat wajah cuak Jungkook.

"Walaupun ada yang mengatakan daging manusia adalah daging yang paling sedap, tapi agak-agaklah kitorang sanggup makan. Aku dengan Jimin ni masih waras lagi."

Jungkook terus menghelakan nafas yang terasa begitu sesak di dada. "Oh.." jelas terpapar riak kesal di wajahnya apabila mengetahui bahawa dia baru sahaja ditipu.

Tetapi mujur sajalah cerita itu tidak benar. Menjadi seorang kannibal adalah perkara paling keji bagi Jungkook.

Mereka membunuh orang yang tidak bersalah hanya untuk mendapatkan kepuasan diri. Tidakkah mereka tahu bahawa sesuap makanan yang memasuki tubuh manusia akan menjadi darah daging dan kekal di situ buat selama-lamanya?

"Tapi.."

"..aku betul-betul maksudkan yang kau mungkin akan takut dengan kitorang lepas ni. Terpulang kepada kau nak percaya yang kitorang dah berubah ke belum."

Tiada lagi gurauan yang diselitkan dalam bicara, kini Taehyung mula mengingatkan kembali pesanannya kepada Jungkook.

Lelaki berusia 19 tahun itu memandang ke arah mereka berdua dengan perasaan tidak yakin. Ada rasa gelisah yang melilit tangkai hatinya namun dia cuba untuk mententeramkan diri. "A-apa yang hyung dah buat dulu?"

"Jenayah yang aku buat ni agak berat. Tak, maksud aku memang berat dan sangat kejam. Aku menculik orang dan ambil semua organ mereka. Kemudian, kawan aku akan jual organ-organ tu di luar negara."

Mendengarkan kata-kata Taehyung, Jungkook terus tergamam. Lidahnya jadi kelu untuk membalas.

Dia akui yang Taehyung sememangnya digeruni di penjara Seodaemun-gu, tapi tidak pula dia menyangka yang jenayah Taehyung lakukan amat kejam.

Oh t-tak. Dia tak sepatutnya menilai orang hanya disebabkan kesilapan mereka yang lalu. Taehyung juga sudah beritahu bahawa dia sudah berubah. Itu bermakna, dia tidak akan melakukan perbuatan yang sama lagi.

Jadi, Jungkook tidak boleh menilai Taehyung hanya disebabkan kekhilafannya yang lalu kerana tiada satu pun manusia di muka bumi ini yang sempurna.

Jika seseorang mempunyai kekurangan dan melakukan kesalahan, begitu juga dengan kita. Apa yang membezakan adalah sama ada kita sudah benar-benar menginsafi kesilapan lama.

Ya, memang diakui perbuatan jenayah adalah suatu tindakan yang sukar diterima dan juga sukar dimaafkan tetapi tidak salah untuk kita berlapang dada dan berfikiran positif.

Mereka juga berhak mendapat peluang kedua untuk berubah. Jungkook memang yakin, Taehyung dan Jimin benar-benar sudah menginsafi kesilapan mereka.

"Kau takut?" soalan Taehyung dibalas dengan gelengan.

"Kau nak tahu bagaimana kegiatan membunuh aku bermula? Ia bermula selang beberapa hari selepas aku bunuh bapa aku."

Taehyung masih ingat, detik-detik di mana dia menamatkan riwayat bapanya sendiri dengan menusuk perut lelaki itu menggunakan sebilah pisau. Bagi Taehyung, dia merasakan bapanya layak dibunuh kerana asyik menyusahkan hidup dia dan ibunya.

Dia tidak sanggup lagi melihat ibunya dibelasah teruk oleh lelaki durjana itu setiap hari. Lebih teruk lagi adalah dia dan ibunya terpaksa mencari lebihan wang untuk melunaskan hutang bapanya yang bertimbun.

Jadi, untuk menamatkan segala kesengsaraan yang dialaminya, Taehyung telah bertekad untuk membunuh bapanya tanpa pengetahuan sesiapa termasuklah ibunya.

Tetapi tidak pula dia menyangka yang tindakannya itu telah menjadi satu ketagihan yang tidak dapat dikawal.

"Sejak dari tu, aku perasan yang aku tak dapat kawal ketagihan untuk membunuh jadi kawan aku cadangkan untuk bekerja dengan dia. Tugas aku senang saja. Cari mangsa, dan ambil semua organ mereka. Kemudian, kawan aku akan jual organ-organ tu ke luar negara."

"Apa jadi pada kawan hyung? Dia.. kena tangkap juga?"

Taehyung menggeleng. "Tak. Dia selamat daripada disyaki polis. Ini semua sebab aku tutup mulut. Kalau tak, memang meranalah lelaki tu duduk dalam penjara dengan aku sekarang ni."

Dahi Jungkook berkerut mendengarnya. Pelik dengan tindakan Taehyung yang memilih untuk tutup mulut daripada mendedahkan identiti rakan subahat. Siapa saja yang sanggup buat begitu?

"Tapi kenapa—" belum sempat ingin bertanya lebih, Taehyung sudah memotong percakapannya.

"Eh sudahlah, banyak tanya pula. Cuba kau tanya Jimin ni apa yang dia dah buat sampai tercampak dalam penjara."

"Aku pula?"

"Yelah, sebab kau belum cerita lagi kat dia. Jungkook, kau nampak je Jimin ni macam baik, kan? Huh, tapi sebenarnya jenayah yang dia buat dulu pun teruk juga." ujar Taehyung sekadar ingin bergurau.

Namun, dia tidak sedar yang kata-katanya itu sudah mengguris hati Jimin. Kerana bagi Jimin, semua jenayah yang dilakukan adalah sama kejinya. Tidak kira sama ada membunuh, merompak atau jenayah apa sekalipun, ianya tetap dinamakan jenayah.

Sememangnya, kalau seseorang itu melakukan kecurian, adakah pelaku itu akan nampak seperti seorang yang murni dalam kalangan penjenayah kerana membuat jenayah yang ringan?

Jawapannya tidak. Kerana jenayah adalah perbuatan yang melanggar undang-undang. Salah tetap salah. Jimin akui semua itu kerana dia sudah pun menyesal akan perbuatannya.

"Tapi sekurang-kurangnya aku dah berubah, Taehyung." intonasi suaranya kedengaran perlahan.

Taehyung yang berada di sisi mula rasa serba salah. "Er, maaflah, aku cuma bergurau." ikhlas Taehyung berkata sambil menepuk bahu Jimin. Dia lupa yang sahabatnya itu masih sensitif apabila bercakap mengenai kisah lampau.

Jimin hanya tersenyum pahit. "Tak apalah." dia berpaling ke arah Jungkook yang sejak tadi menjadi pendengar setia.

"Jungkook, kau nak dengar cerita aku pula?"

"Ah? Tak apalah kalau hyung rasa benda ni patut dirahsiakan. Saya hormat keputusan hyung sama ada nak cerita ataupun tak."

Jimin tersenyum nipis mendengar kata-kata Jungkook yang penuh dengan kesopanan itu. "Tak apa, biar aku ceritakan pada kau."


❏❏❏

Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 143 13
{ 1st Fanfiction } Kerana satu ikatan , mereka dipertemukan dalam perjumpaan yang tidak tersangka. Si lelaki yang masih dengan dendamnya dan si gadis...
3.3K 287 19
cinta. love. sarang. Mahal kita. Te amo. aishiteru. Wǒ ài nǐ
140 72 5
𝐇𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐤𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐞𝐲𝐤𝐡𝐚𝐬𝐲𝐚𝐚 𝐤𝐞-2 • 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐔𝐪𝐚𝐲𝐥 𝐓𝐡𝐚𝐪𝐞𝐞𝐟 || 𝐌𝐢𝐫𝐚𝐥𝐲𝐧 𝐅𝐥𝐨𝐫𝐚 • Sudah bermusuhan dari kecil l...
385K 34K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...