Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

15.6K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B8

315 60 90
By smokymokivicococo

SUASANA sunyi menyelubungi mereka. Tiga lelaki dan dua gadis itu duduk saling menghadap, menunggu pesanan makanan masing-masing dihantar.

Si lelaki di belah kanan, manakala si gadis di belah kiri.

Anna selamba bermain dengan telefonnya. Sekali-sekala, mulutnya mengomel perlahan. Dia ada kat sini pun sebab terpaksa. Tiba-tiba je diheret oleh Lia.

Anna mengeluh perlahan apabila terasa bosan. Lia yang sibuk merenung wajah salah seorang lelaki disitu dikerling sekilas.

"So, kenapa kita ada kat sini?" Soal Anna agak kuat, mengharapkan mana-mana dari mereka akan menjawab.

Hao mengangkat kepalanya. "Untuk makan?"

"Bodoh!" Kepala Hao diketuk kuat oleh Alvin. "Semua orang pun tahu kita datang restoran untuk makan. Lain kali bodoh tu kau simpan sikit dalam almari."

"Dah dia tanya, aku jawab jelah."

Alvin memusingkan bola matanya. Kalau dah namanya Hao, tak menjawab tak sah.

"Gorgeous..." Seru Alvin. Bibirnya tersenyum penuh menggoda. Aww, mode buaya udara dia dah mai!

"Apahal?"

"What's your name? Aku Alvin."

"Hurm, nama aku Valencia." Jawab Anna pendek.

"Valencia? Bukan ke nama kau Amanda?" Sampuk Kyle, pelik. IPadnya yang sedari tadi dipegang, diletakkan ke atas meja. Hal ni lagi menarik dari kerja bertimbun dalam benda alah segi empat tu.

"Eh!"

Lia dan Anna berpandangan. Adeh, salah nama. Mission mana yang dia guna nama Valencia tu eh? Ah, lantak!

"Apa Amanda, apa Valencia ni?" Soal Alvin, tidak faham.

Hao hanya mengangkat bahu, tanda tidak tahu. Kedua lelaki itu mula fokus ke arah Kyle dan Anna.

"Valencia Amanda. That's my name." Jawab Anna mudah. Matanya dilarikan dari menatap wajah kacak Kyle.

"Hurm, okay." Kyle kembali meneruskan kerjanya yang tergendala. Dalam diam, dia tersenyum sinis.

Huh, dah lama kantoi identiti dua gadis itu.

"Kejap, aku bukan nak busybody ke, jadi makcik onion ke apa. Tapi, itu je? Korang takde nak terangkan apa-apa kat kitorang ke?" Soal Hao tak puas hati sambil jari telunjuknya dihala ke arah dirinya dan Alvin.

Memang mereka berdua sahaja yang masih blur.

" Not your bussiness." Jawab Lia pendek. Matanya melirik tajam ke arah dua lelaki itu, sekali gus membuatkan kedua-duanya terdiam.

"Sombong sial betina ni." Rungut Alvin perlahan.

"Tulah, nenek aku pun tak sesombong dia." Tambah Hao, turut berbisik.

"Masalahnya, sejak bila kau kenal nenek kau? Kau kan anak yatim."

"Ceh, mestilah aku kenal. Aku bukan macam kau, lupa family sendiri. Nama penuh aku pun belum tentu kau ingat." Bidas Hao sambil matanya dijulingkan.

"Jangan pandang rendah kat aku. Setakat nama kau, petik jari je boleh jawab ah." Riak Alvin. Bibirnya tersungging sengihan sinis. "Nama kau...--"

Hao sabar menunggu jawapan dari Alvin yang tiba-tiba sahaja menghentikan kata-katanya. Anna dan Lia juga turut sama mencuri dengar perbualan dua lelaki itu. Kyle pula awal-awal dah tersenyum sinis.

"Siapa nama dia?" Soal Anna apabila Alvin jeda terlalu lama.

"Nama dia... --"

"Nama aku?" sampuk Hao.

"Nama dia... --"

"Cakap jelah nama aku apa."

"Nama kau... --"

"Apa nama aku?!" Geram Hao.

Alvin tersengih. "Alah, kau ni tak relaks ah. Gelabah sangat. Patutlah Ayd tak nak bagi kau makan ayam."

Tiber~

Satu meja memandang aneh ke arah Alvin. Dengan selamba, lelaki itu hanya mengangkat bahu tanda tidak kisah.

"So, apa nama dia?" Soal Anna secara tiba-tiba.

Alvin menjungkitkan sebelah keningnya sambil memandang tepat ke arah Anna. "Nama dia Hao."

"How? Bagaimana eh?" pelik Lia.

"Woi, agak-agaklah mak aku nak bagi aku nama tu. Hao! H. A. O! Hao!" Sampuk Hao, membela dirinya.

Haih. Punyalah penat mak bapak dia 7 hari 7 malam tak tidur, tak makan semata-mata nak cari nama untuk dia. Tup-tup orang main translate jadi malay pulak.

Eh, jap! Lupa pulak diri anak yatim. Haihh siapa bagi nama dia pun dia tak tahu.

Takpelah, tak nak sendu-sendu. Cukuplah 22 tahun lepas dia menyendu. Tahun ke-23 ni meh la happy. Lagipun dia dah ada Ayden nak jadi ayah dan Raven nak jadi mak. Ehh!

"Ouh, Hao. Patutlah muka nampak macam chinese." Ujar Anna teruja. Tiba-tiba sahaja muka Hao dibelek-belek.

"Aku pure chinese." Jawab Hao lagi. "Eh janganlah tarik-tarik pipi aku woi!"

Tangan Anna ditepis. Sakit woi dia cubit. Tahulah Hao ni cute.

"Sorry, pipi kau chubby sangat. Aku geram. " Anna tersengih. Dah buat anak orang sakit boleh pulak dia sengih-sengih macam takde salah.

"By the way, nama penuh kau apa? Takkanlah cuma Hao je?" Soal Lia pula.

"Entah. Kau tanyalah budak ni. Aku pun nak tahu dia ingat nama aku ke tak." Mulutnya dimuncungkan ke arah Alvin yang sedang tersengih-sengih sambil melihat skrin telefonnya sendiri.

" Woi kau dengar tak?" Bahu Alvin ditumbuk kasar apabila lelaki itu masih diam tersengih sendiri.

"Apa? Apa? Ada apa?" Soal Alvin sambil telefonnya disimpan ke dalam poket seluar.

"Nama aku apa?"

"Hao lah nama kau. Takkan nama sendiri pun kau dah lupa."

"Just Hao?" Sampuk Lia.

Alvin menggeleng.

"Habistu apa nama dia?" Soal Anna pula.

"Nama dia... "

Semua fokus menunggu jawapan daripada Alvin.

"Nama dia... Hao can I get your number, sweety?"

Alvin tersenyum manis ke arah Anna yang duduk berhadapan dengannya. Tangan sebelah kanan dijulur keluar sebagai tanda meminta nombor telefon gadis itu.

Alaa, sebenarnya dia memang tak ingat nama penuh Hao. Nama sendiri pun dia boleh terlupa, apatah lagi nama budak sekor ni.

Anna ternganga. Lia pula sudah menepuk dahi melihat adik tak seberapa angkatnya itu di'ayat' oleh lelaki.

"Number aku... 999. Kau trylah call. Mana tau boleh sumbat dalam hospital sakit jiwa." Bidas Anna geram.

Buang masa dia tunggu jawapan dari tadi. Last-last, orang mengurat je.

Alvin tersengih manakala Hao pula menepuk lembut bahu lelaki itu. Sempat Hao berbisik perlahan ke telinga Alvin,

"Reject itu indah."

Lalu, keduanya sambung meneruskan drama sendu mereka.

Lia mengetuk jari-jemarinya perlahan, seumpama memainkan piano dengan sebelah tangan. Tanpa sedar, dia mulai hilang dalam buaian perasaan sendiri. Matanya pula tunak memandang ke seluruh pelosok wajah milik Kyle.

Hurm, betullah. Dia dah terpikat dengan lelaki ini. Lelaki yang baru dia kenal di sekolah, tapi nampak matang bila diluar. Lelaki misteri, yang jauh lebih muda daripada dia.

Ah, lupakan soal umur! Cukuplah dia boleh tersenyum bila melihat wajah lelaki ini.

Jatuh cinta?

Entah. Dia pun tak pasti. Mungkin terlalu awal untuk digelar cinta. Mungkin dia hanya terpikat kerana personaliti lelaki itu.

Personaliti penuh misteri dan sombong. Pendiam tapi tajam pendengarannya. Sentiasa peka dengan apa yang berlaku di sekeliling. Dia... istimewa.

Tapi, dalam sisi cool itu terselit juga sisi keanak-anakannya. Bila si dia turut gelak apabila mengenakan dua lelaki tadi. Bila lelaki itu tersenyum sendiri melihat rakan-rakannya bergurau.

Itu semua yang dia perhatikan sejak mengenali lelaki itu.

Tapi yang dia tahu, dia nakkan si dia. Mahukan lelaki itu menjadi teman dia. Mahu lebih daripada sekadar kenalan.

Adakah permintaan dia dikira melampau?

Dia cuma nak bahagia. Nak rasa bergelak tawa dengan orang-orang yang dia sayang. Nak rasa hidup normal tanpa gangguan dan kerisauan.

Cukuplah... cukuplah empat tahun hidupnya bagaikan mayat hidup. Empat tahun, senyumnya bagai tiada makna. Empat tahun, dia asyik melarikan diri. Bersusah-payah hanya untuk kekal hidup.

Tanpa sedar, satu keluhan berat terlepas dari bibir Lia.

Dia sedar siapa dia. Identiti sebagai seorang mafia perlu dirahsiakan. Hidupnya bahaya, dan tiada siapa yang patut dilibatkan. Lebih-lebih lagi bila nyawa lelaki itu turut boleh tergugat.

Mata Lia terasa panas. Cepat-cepat kelopak matanya dikelipkan berkali-kali untuk menghilangkan sisa air mata yang bagai ingin terkeluar.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan, cuba menstabilkan semula emosinya. Bukan sekarang masa untuk terbawa dengan perasaan. Bukan di tempat awam seperti ini, dan bukan di depan lelaki yang buat dia jatuh hati.

"Kenapa lambat sangat makanan kita nak sampai? Lapar dah aku."

Rungutan dari Alvin menyentakkan Lia. Gadis itu mengalih pandang ke arah kanannya. Cuba menghilangkan segala yang difikirkan tadi.

"We need to go." Kata-kata dari Kyle menarik perhatian seluruh penghuni meja itu. Kyle memasukkan iPadnya ke dalam beg galas kecil yang dibawa sedari tadi.

Alvin dan Hao pula hanya turut ikut berdiri, menunggu Kyle.

"Tapi makanan belum sampai." Bantah Anna.

Kyle menyelak perlahan rambutnya. "Sorry, kitorang ada urusan. Lain kali kalau ada peluang, kita jumpa lagi."

Anna mengangguk sedikit tanda setuju. Dia sudah mulai selesa dengan mereka, lebih-lebih lagi dua malaun gila itu.

"Lia, see you next monday." Kyle tersenyum lembut ke arah Lia.

Lia terpaku. Bibirnya sedikit terbuka melihat senyuman lelaki itu yang kelihatan begitu menawan. Dasar angau!

Tanpa menunggu balasan dari Lia, Kyle terus melangkah keluar dari restoran.

Hao melambai teruja ke arah Lia dan Anna. Manakala Alvin pula sempat mengucapkan selamat tinggal bersama sekeping kertas bertulis nombor telefonnya. Khas untuk Anna.

Malangnya, Anna tak nak ambik. Sombong budak ni. Jual mahal gitew.

Takpe-takpe, mahal pun nanti Alvin beli jugak okay. Apa? Ingat Alvin ni miskin ke tak mampu beli cinta hati dia.

Ceh, melalut dah.

• • • • • • • • • • • •

Love is complicated
I don't even know how it really feel.
• • • • • • • • • • • •

7'th - 6/12/20

Continue Reading

You'll Also Like

663K 27.5K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
21.2K 1.3K 6
Selepas setahun dititahkan untuk kembali ke United Kingdom, Qirana mula sebati dengan kehidupannya sebaik seorang puteri diraja. Teringat kembali ka...
3.9M 3.4K 1
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai...
174K 11.7K 15
Qaib Naufal, bukanlah seorang lelaki yang tahu untuk mencairkan hati wanita kecuali mummynya. Dia yang bakal menjadi seorang doktor pakar bedah adala...