Árulás [Betrayal]

By smokymokivicococo

15.6K 2.5K 2.2K

Tiga gadis yang menerajui satu kumpulan mafia yang sudah nyawa-nyawa ikan, pastinya tidak mudah. Pelbagai cab... More

Árulás[Betrayal]
Award❣️
B1
B2
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62 [FINAL]
Special Chapter

B3

390 70 23
By smokymokivicococo

"Fay!"

'BANG! '

"Arghh!"

Lia membuka matanya luas. Perkara pertama yang dia nampak adalah seorang lelaki di sisinya yang sibuk mengacu pistol ke arah depan. Baru dia perasan sebelah tangan lelaki itu melingkari pinggangnya.

Lia mengecilkan mata, cuba melihat wajah lelaki itu. Malangnya topeng muka penuh yang dipakai lelaki itu menghadkan pandangannya.
Bau maskulin yang agak kuat menerobos ke lubang hidungnya.

"Focus, little girl. Kau nak mati malam ni ke?" Ujar lelaki itu tenang.

Lia yang bagaikan tersedar terus memandang sekeliling. Ramai konco-konco Zech sudah memenuhi kawasan itu. Ada yang sudah bergelimpangan mati.

Beberapa orang lelaki turut menentang konco Zech. Mudah sahaja Lia membuat kesimpulan lelaki disebelahnya dan lelaki-lelaki yang sedang bertarung itu berada di pihaknya.

Tak jauh dari mereka, Evel sedang bertungkus-lumus berlawan tanpa senjata. Lebih kurang lapan orang lelaki menyerang serentak. Pistol Evel yang tercampak di jalan tar dipandang tajam. Mudah sahaja dia mengenali pistol merah putih milik Evel.

Pistol dipinggang ditarik keluar. Musuh-musuh yang mendekat ditembak tepat. Ada yang terus mati apabila tembakannya mengenai kepala dan jantung.

Lia pantas bangun lalu dia berlari laju ke arah pistol Evel. Sambil itu, lelaki tadi menjadi back-up nya. Setiap musuh yang cuba menyerang Lia ditembak mati.

Tepat dikepala.

Pistol Evel dicapai. "Hell! Sambut!"

Lemparan pistol itu diterima mudah. Evel mula bertarung menggunakan pistolnya. Lia pula melarikan diri ke hujung lorong.

Lia menunduk di sebalik dinding. Poket yang tersembunyi di sebalik hoodienya dibuka. Sebuah plat berwarna perak dikeluarkan lalu plat itu diubah suai. Sekejap sahaja, ia membentuk sebuah kereta kecil.

Lia tersengih.

"Now, kita uji."

Telefon pintarnya dibuka. Sejenis aplikasi yang terpapar gambaran anak panah ditekan selamba. Kereta kecil itu mula bergerak.

Mata Lia fokus pada kedudukan musuhnya, Zech. Kereta kecil itu laju bergerak ke arah Zech yang sedang bertarung dengan seorang lelaki.

Lia menyasarkan pada kaki Zech. Punat berwarna merah pada skrin telefon pintarnya ditekan.

Serentak itu, kereta kecil itu mengeluarkan sejenis jarum halus yang menikam kaki Zech. Tak sampai sesaat, Zech terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan tar.

"Yes! Menjadi pun kali ni!" Sorak Lia sendiri.

Kereta kecil itu cuba dipandu semula ke arahnya namun sedikit pun tidak bergerak di skrin telefon. Lia mengerut kening, pelik dengan situasi itu.

Tak tunggu lama, dia keluar dari tempat persembunyiannya lalu memasuki kawasan pertarungan. Setiap serangan musuhnya dielak. Matanya tajam memerhati sekeliling, cuba menjejaki kedudukan kereta kecilnya itu.

Langkah Lia terhenti. Dia memandang tepat pada lelaki bertubuh tegap yang berdiri di hadapannya. Tangan kanan lelaki itu naik, menunjukkan kereta kecil yang dicari sedari tadi.

"Kau punya?" soal lelaki itu.

Lia berundur setapak. Aura dingin yang dikeluarkan oleh lelaki itu serta-merta membuat dia gerun.

"Ss.. Siapa kau?" Soalnya perlahan.

Lelaki itu menjungkit kening. "Kau tak kenal aku? Sure?"

Lia terdiam. Wajah lelaki itu ditatap lama. Apabila otaknya kembali berfungsi, dia segera mengacu pistol ke arah lelaki itu.

"Woah easy, girl. Aku bukan nak serang kau." Lelaki itu mengangkat tangannya ke udara.

Seorang lagi lelaki yang memakai topeng muka mendekat. Lelaki itu yang menjadi back-up untuk Lia tadi.

"Apahal ni?" Soalnya pelik.

Pistol Lia yang mengacu tepat ke arah ketuanya dipandang. Pegangan gadis itu pada pistol dibetulkan selamba.

"Kalau kau salah pegang boleh terkehel." Ujarnya ringkas.

Lia sedikit ternganga melihat perbuatan selamba lelaki itu namun cepat-cepat dia mengembalikan fokus.

"Kau leader group Exfire. Apa kau nak?!" Tegas Lia.

Lelaki yang memegang kereta kecil tadi tersenyum sinis. "Kenal aku rupanya."

"Well, aku cuma nak tahu kalau kereta ni kau yang buat." Kereta kecil itu dilayangkan didepan mata Lia.

"If yes, why? And if no, why? Give me a reason." Soal Lia.

"So, I guess it's a yes?" Tebak lelaki itu lagi. Dia hanya tersenyum apabila Lia masih berdiam, tidak membuka mulut.

"Kalau kau yang buat, aku nak ambik kau ja-"

"Stop the bullshit!" Jerkah Evel. Tangan Lia ditarik supaya gadis itu berdiri di belakangnya.

Sebaik terpandangkan wajah si lelaki, Evel terdiam. Bahunya menegang dan giginya diketap rapat.

"We need to go!" Tegas Evel.

Tanpa sempat Lia membalas, Evel sudah mengheret dia ke kereta. Langkah laju Evel cuba disaingi. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikerling sekilas. Tiada satu pun yang dibiarkan hidup.

"Evel, kereta aku..."

"Nanti kau buatlah baru."

Lia diam mendengar suara keras Evel. Kepalanya diteleng menghadap dua lelaki tadi. Lelaki yang memegang kereta kecilnya mengangkat tangan tanda selamat tinggal. Manakala, seorang lagi berdiri tegak tanpa reaksi.

Namun beg besar yang disandang oleh lelaki itu terus membuatkan mata Lia membesar. Itu...

Kyle Asher Fleex!

Headhunter group Exfire yang digeruni ramai.

.

.

.

.

.

.

"Siapa perempuan dua orang tadi?" Soal Alvin, pelik.

Mana tak peliknya kalau baru semalam ketua dia kata boleh cuti tiga hari, tetapi malam ini sudah di panggil bertarung. Sudahlah tergesa-gesa.

Badan dihempas ke sofa. Alvin menggeliat malas.

"Aku ternampak lambang tattoo kat pergelangan salah seorang dari diorang tadi. Kalau tak silap aku, itu lambang group Amonic," balas Ming Hao, si lelaki berbangsa cina.

Tubuh Alvin ditendang ke tepi lalu dia selamba duduk disitu.

"Dasar budak bodoh! Small small not die, big big trouble people!" Marah Alvin. Kepala Hao ditunjal kasar lalu dia pun sama join Hao di atas sofa semula.

"Tapi en..." Alvin menjeda. Melihatkan Hao yang memandang pelik ke arahnya, ayat kembali disambung. "Baru aku tau ada group nama Anoic wujud."

Mendengarkan kata-kata Alvin dengan wajah blur itu, tangan Hao terus bergerak memukul kuat kepala lelaki itu. "Bukan Anoic, bangang! Amonic! Kau ni memang bodoh sejak azali ke apa? Baru dua hari lepas Ayd ajak bincang pasal enemies kita. Kan ada sebut pasal Amonic jugak."

"Sakitlah! Kau ni, fikir otak aku komputer ke? Manalah aku ingat." Bela Alvin.

"Kau, Alvin. Mana ada apa-apa yang kau ingat. Tak taulah otak kau tu fungsi nya apa. Nak kata bijak, bodoh memanjang je aku tengok." Kyle yang baru tiba menyampuk perbualan mereka.

Belum sempat Kyle melabuh duduk di salah satu sofa, sebiji bantal mini tepat mengenai mukanya. Secara tak sengaja, air yang dia pegang tertumpah ke lantai.

Terdiam Kyle apabila air kopi panas itu sudah mengalir mengenai kakinya. Wajah Alvin dipandang geram. "Woi, anak haram! Kau sehari tak buat hal tak boleh ke, huh!"

"Yang kau tak pegang cawan tu betul-betul, kenapa? Nak salahkan aku pulak."

Hao yang melihat bunga-bunga pergaduhan itu, terus mencapai remote televisyen lalu punat on ditekan. Malas dia terlibat dengan pergaduhan dua orang itu. Baik layan drama 'Suamiku, Suamimu jua'.

"Woi, mamat-mamat merempat! Asal ada air tumpah? Kemas sekarang. Dahlah duduk rumah aku, buat sepah pulak tu." Ayden yang baru keluar dari bilik terus menjerkah anak-anak buahnya yang berkumpul di ruang tamu. Tangannya dipenuhi dengan fail-fail kerja yang perlu diselesaikan malam itu juga.

"Kau pergi ambik mop, Alvin." Arah Kyle. Dia terus duduk selamba di atas sofa. Alvin pula hanya menjeling dan terus bergerak mengambil mop.

Baru beberapa minit keadaan aman tanpa suara Alvin, teriakan lelaki itu terus membingitkan satu rumah.

"Weyh! MOP KAT MANA?!"

"Ada dekat dalam stor tu!" Jerit Ayden, membalas soalan Alvin.

"Takde pun!"

"Tengoklah betul-betul!"

"Weyh, sakit duh telinga aku kau jerit-jerit macam ni." Rungut Kyle. Telinga kanannya diusap-usap perlahan, menunjukkan betapa terseksa telinga kesayangannya itu.

"Kau-"

"Weyh! Kat mana?!" Sekali lagi suara Alvin bergema.

Ayden mengeluh lalu wajah Kyle dipandang. "Tu, kau pergilah tolong budak terencat tu. Cari mop pun tak jumpa."

"Asal aku pulak?" Bantah Kyle.

"Saja nak layan kau macam hamba."

Balasan Ayden membuatkan Kyle mendengus tak puas hati. Dalam separa rela, dia gagahkan jua untuk bangun.

Baru separuh jalan ingin ke stor, dia ternampak kelibat Alvin di atas tangga. Berkerut dahinya memandang Alvin yang sedang tersengih. "Kau buat apa kat atas tu? Stor ada kat bawahlah."

"Eh, kat bawah? Tapi aku baru je masuk stor kat atas ni," jawab Alvin dengan mata terkelip-kelip.

Kyle menggaru kepalanya, pening dengan kenyataan Alvin. Terus sahaja dia berteriak ke arah Ayden di ruang tamu. "Ayd! Rumah ni ada stor kat tingkat dua ke?"

"Sejak bila woi! Stor aku ada satu je, kat tingkat bawah!"

Kyle menjungkit kening lalu memandang aneh ke arah Alvin. Alvin pula terus menuruni tangga dan berlari anak ke ruang tamu. Mahu tak mahu, Kyle hanya mengekor.

"Weh, Ayd. Bukan ke bilik biru tua tu stor?" Soal Alvin, sebaik sahaja sampai ke ruang tamu.

"Tu bilik akulah!" Hao melenting apabila sedar biliknya yang disebut-sebut oleh Alvin. Berkerut kening Hao memandang Alvin itu.

"Oh, bilik kau rupanya. Bersepah macam apa. Aku fikir tu stor."

"Anatlah mamat ni! Kau yang sepahkan petang tadi kan! Aku dah suruh kau kemas, mesti kau tak kemas lagi." Bebel Hao. Dia tersandar lemah melayan kerenah abang tak seberapa nak angkatnya ini. Tak nak angkat, nak humban sahaja rasanya.

"Bilik kau, kaulah kemas. Bukan bilik aku. " Ujar Alvin, selamba lalu bergerak ke arah stor sebenar.

"Bilalah aku boleh bunuh mamat ni. Haihh." Hao membaringkan badannya ke atas sofa semula. Habis tenaga dia disebabkan Alvin seorang.

Selepas siap membersihkan lantai, Alvin kembali duduk di sebelah Hao. Melihatkan semua sibuk dengan kerja masing-masing, Alvin mencebik. "Weh, pasal group Nanonic tadi-"

"Amonic." Perbetul Hao.

"Hah, group Amonic tu apa? Hebat ke? Asal kita kena tolong dia pulak tadi?" Soal Alvin bertubi-tubi.

Kyle mengerling sedikit ke arah Alvin. "Group Amonic dah lama bersembunyi tapi diorang still terkenal dalam kalangan legend mafia. Akhir-akhir ni, banyak group-group kecik yang hancur disebabkan Amonic. Tapi, setahu aku, ahli diorang dah ramai yang mati dalam perang tiga tahun lepas. Dan sejak tu juga group tu takde terima ahli baru. Leader diorang perempuan dan cuma seorang lelaki je yang menjadi orang atasan. Yang lain didominasi oleh perempuan. Dan disebabkan itu, leader diorang selalu buat mission sendiri. She is quite scary tho."

Wajah Alvin yang ternganga Kyle pandang pelik. "Apa lagi yang kau tak faham?"

"Yang aku tak faham en, kenapa... "

"Kenapa apa?" sampuk Hao.

"Kenapa... Kau terangkan macam pembaca berita eh? Bahasa kau baku gila! Ahahahahahhaha!"

"Aku setuju dho! Ahahahahahahah!"

Alvin dan Hao ketawa kuat. Kyle memusingkan bola matanya tanda meluat. Malas melayan gila dua ekor manusia ni.

"Woi! Senyaplah! Dahlah merempat rumah aku lepas tu buat bising macam ni rumah kau!" Sampuk Ayden.

Alvin dan Hao berhenti ketawa. Serentak mereka menoleh ke arah ketua mereka, Ayden.

"Eh kau dah order makanan ke belum, Ayd?" Soal Hao. Perut dia dah berkeroncong tak diisi sejak petang.

Ayden menjuih bibir. "Nak harapkan kau yang order memang kebulurlah kita semua nanti. Entah apa-apa kang kau order."

Ada sekali, Hao ditugaskan memesan makanan. Tapi at last, dia order untuk diri dia sendiri saja. Kasihan member lain kena tunggu lagi setengah jam. Sejak tu memang semua tak percaya nak suruh Hao order makanan.

"Aku tengok perangai kau ni dah macam mak-mak jaga anak. Dasar pondan!" Alvin pula menyampuk. Serentak itu tangannya naik ke udara lalu berlaga dengan tangan Hao.

High five!

Ayden hanya memusingkan bola matanya tanda menyampah. Malas nak melayan Alvin. Makin dilayan makin menyetan je budak tu.

"Weh, anak setan." Panggil Alvin.

Ayden menoleh. "Pahal?"

"Eh kau mengaku anak setan?" Hao ketawa lalu diikuti oleh Kyle dan Alvin.

"Ha gelaklah lagi, gelak." Ayden tersengih nipis.

Pantas ketiga-tiga jejaka itu berhenti ketawa. Kang kena halau dari rumah Ayden ni, naya je.

"Hehe, aku nak tanya ni. Asal kau suruh kitorang tolong group Amonic tadi?" Tanya Alvin.

Ayden menjungkit kening lalu tersenyum sinis. "Kau tanyalah Kyle."

Serentak itu, Hao dan Ayden memandang wajah tidak bersalah Kyle.

"What? Kita buat charity sekali sekala apa salahnya." Jawab Kyle selamba.

Hao mengetap giginya kuat. "Charity abah kau! Aku dahlah cuti hari ni, senang-senang je kau panggil berlawan! Pala kau!"

"Wait, wait, wait. Kau kena cerita balik pasal tadi tu." Desak Alvin.

"Apa? Aku just kena perhatikan Zech tapi alang-alang tu boleh tolong orang dalam kesusahan jugak."

"Eh kau! Kalau nak tolong sangat tak payahlah panggil kitorang sekali. Aku tak puas lagi buat dosa." balas Hao.

"Go to hell!"

"By the way, tadi tu leader diorang, Hell. She owes me something." Ayden tersenyum sinis.

Yang lain pantas berdiam diri, memerhati tingkah aneh ketua mereka.

"And, one more thing. Aku nak dapatkan gadis hacker tu." Sambung Ayden lagi.

"What do you mean?" Soal Kyle tegang. Mata kokonya tajam menikam wajah Ayden.

Ayden tertawa kecil. "Don't worry, Kyle. Aku cuma nak dapatkan dia as our group hacker. She can help Rav."

Kyle berdehem sekali. Wajahnya kembali tenang seperti tadi.

"Kenapa kau pilih dia?" soal Hao.

"Dia buat gajet. Based on electric and I'm interested." Jawab Ayden ringkas.

"Gajet apa?"

"A small car with the power to shoot 10mA of electricity. Tu sebabnya Zech kejung sebelum aku bunuh dia tadi." Balas Ayden lagi.

Kyle tersengih. "Rasanya dia memang minat dengan elektrik. I found this."

Gelang perak yang dihiasi batuan berkilau berwarna merah itu Kyle letakkan ke atas meja. Dia terjumpa gelang tersebut ketika gadis itu sibuk membantu Evel.

"Apa ni?" Soal Hao.

"Another gadget maybe. Aku pun tak tahu tapi seems like ada tenaga elektrik."

Alvin tayang wajah teruja. Gelang tadi diambil lalu batu merah berkilau yang paling besar ditekan.

'Klik.'

"Auch! Sakit!"

Gelang itu dibaling jauh lalu tangannya dikibas. Fuh, rasa macam baru lepas kena gigit jerung!

"Aku dah cakap ada arus elektrik. Yang kau pergi kacau tu kenapa?" Kyle menggelengkan kepalanya. Pening betul dengan perangai bodoh si Alvin ni.

"Aku excited nak tahu pasal benda tu."

"Apa-apa jelah, Alvin." Geleng Ayden lalu meneruskan kerjanya. "Budak takde otak memang macam tu."

"Apa kau kata?!"

"Dasar pekak."


















Continue Reading

You'll Also Like

174K 11.7K 15
Qaib Naufal, bukanlah seorang lelaki yang tahu untuk mencairkan hati wanita kecuali mummynya. Dia yang bakal menjadi seorang doktor pakar bedah adala...
132K 4.5K 40
By: yanaablossom Take note! -Imaginasi semata-mata -asli dari otak saya -jangan lah tiru,karya saya mana lah hebat mana sampai orang nak tiru -baca j...
771K 45.8K 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mat...
670K 27.8K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...