Daniel Iskandar

By SisiGelap9

179K 3.1K 384

Daniel Iskandar, seorang remaja yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Terjebak dalam 'sisi gelap' kehid... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21 (Finale)
Selingan

Chapter 11

8.2K 155 26
By SisiGelap9

"So ustaz, saya nak tunjukkan something. Maaf saya bawak phone datang asrama"

Hari itu terasa panjang. Waktu berakhirnya sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) seakan berterusan tanpa penghujung.

Daniel Iskandar hanya diam sepanjang hari itu. Beberapa rakan sekelasnya sedar akan perubahan tersebut dan mengambil kesempatan untuk bertanya khabar. Namun, Daniel Iskandar hanya menjawab ringkas, bimbang soalan yang akan ditanya berlanjutan.

Sebaik sahaja sesi P&P tamat, Khairul Asyraf dan Daniel Iskandar terus bergerak ke bilik pengetua seperti yang dipersetujui pagi tadi.

"Okay, tak ada masalah. Saya yakin kamu berdua ada sebab yang kukuh untuk membawa telefon ke asrama dan sekolah"

Ustaz Harun masih lagi tertanya tanya, apa yang ingin dimaklumkan oleh mereka berdua.

"Gambar yang akan saya tunjukkan nanti pun sangat explicit, saya mohon maaf. Tapi yang hantar gambar tu salah seorang guru dan warden sekolah ni"

Muka Ustaz Harun berubah kemerahan. Telahan dari Daniel Iskandar dan Khairul Asyraf, pengetua sekolahnya dalam keadaan marah atau terkejut dengan pendedahan tersebut.

"Bak sini phone kamu... Daniel"

Ustaz harun juga mengambil telefon miliknya, lantas menyalin nombor telefon tersebut. Terpapar nama Cikgu Hafiz di skrin telefonnya.

"Boleh kamu explain pasal gambar ni dan kenapa Cikgu Hafiz text kamu macam ni?"

Daniel Iskandar menceritakan apa yang terjadi secara terperinci. Tidak seperti pagi tadi, kali ini, giliran Khairul Asyraf pula yang hanya berdiam di sisi Daniel Iskandar.

"Dan bukan tu jugak ustaz, Khai pun pernah ada pengalaman yang sama dengan Cikgu Hafiz"

"Betul apa yang Daniel bagitahu ni Khairul?"

Ustaz Harun bertanya, untuk mendapatkan kepastian.

"Betul Ustaz, tahun lepas dia mintak tolong untuk susun kertas bantuan mengajar kat bilik warden. Bila siap, dia ada sediakan minuman dan lepas minum tu, saya pening. Saya tak ingat secara detail, tapi bila bangun tu, saya tak pakai apa apa. Cikgu Hafiz pun terbaring kat sebelah saya."

"Dia ada ambil gambar kamu juga?"

"Dia cakap, ada. Tapi dia tak pernah hantar kat saya macam dia buat kat Daniel"

"Parents kamu berdua tahu?"

Mereka berdua menggeleng kepala secara serentak.

"Kami taknak parents dan orang lain tahu, ustaz"

Khairul Asyraf menjawab soalan tersebut bagi pihak mereka berdua.

"Kalau macam tu, jom kita buat report polis dulu. Lepas tu kita fikirkan cara untuk taknak orang lain tahu. Saya pun taknak benda ni dibesar besarkan, nama kamu berdua dan nama sekolah jadi bualan nanti"

***
Hari terakhir persekolahan untuk minggu tersebut menjadi kecoh dengan isu penahanan Cikgu Hafiz.

Tiga orang polis menaiki kereta peronda datang ke sekolah untuk membuat penahanan. Pelbagai andaian berlegar di mulut para pelajar dan guru guru di sekolah tersebut. Perkara sebenar masih lagi tersimpan kukuh.

"So... what now?

Daniel Iskandar bertanya kepada Khairul Asyraf.

"Hope everything will goes fine and nobody gonna know what actually happening"

Daniel Iskandar menjawab ringkas dan kembali menikmati hidangan tengahari nya.

"Our parents?"

"Hope they will never know, polis pun cakap benda sama kan"

Pihak polis berjanji untuk menjalankan siasatan dengan terperinci tanpa mendedahkan maklumat yang boleh dikaitkan dengan mereka. Undung undang Malaysia juga memperuntukkan identiti kanak kanak di bawah umur perlu dirahsiakan jika terbabit dalam kes kes jenayah.

Usai sahaja mereka melaporkan kepada pihak polis beberapa hari yang lepas, mereka berdua diarahkan untuk mendapatkan sesi kaunseling daripada pakar kementerian wanita dan masyarakat, bimbang kejadian hitam itu akan memudharatkan masa depan mereka berdua.

Ustaz Harun pula berjanji untuk mengambil dan menghantar mereka berdua ke sesi kaunseling wajib mahupun jika mereka dipanggil ketika sesi pendakwaan kelak.

(Bersambung)

Continue Reading

You'll Also Like

3.5K 60 8
Kisah pelajar yg memiliki trauma dan traumanya diubati dgn kehadiran seorang guru yg pandai mengambil hatinya.πŸ’“ Boys loveπŸ³οΈβ€πŸŒˆ
182K 9.1K 85
[Completeβœ”οΈ] Idk just read. God really bless me. Kita soft-soft je. Yang rasa suci sangat tu jangan baca k. I swear this story gonna be so long. An...
8.6K 284 29
[BxB] Book 3 'promise we will always together' Sambungan dari story 'WEIRD CAMPING' Tak tau nak buat sinopsis macam mana.. Kalau nak tau ape jadi ba...
2.9M 109K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...