Our Fate

By shashim_

43.3K 4.1K 854

Jika dulu timba cari perigi, sekarang sudah terbalik. Perigi cari timba. Jika dulu dia dikejar, sekarang dia... More

Prolog =)
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Announcement
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37

Bab 18

2K 132 46
By shashim_

Hayyan membetulkan urat lehernya. Sengal rasanya apabila salah tidur dekat sofa. Hayyan segera bangkit daripada baring dan terus menoleh ke kanan apabila terasa seperti ada manusia lain di sisinya.

Que? Buat apa dia tidur dekat sini? Ralit Hayyan memerhatikan isterinya, tiba-tiba dia ternampak marker pen di tangan wanita itu.

Marker pen? Buat apa si Que ni pegang marker pen sampai tertidur dekat sini? Hayyan mula rasa tidak sedap hati. Dia menggosok mukanya dan langsung melihat tapak tangannya. Bingo! Kau conteng muka aku ye?

Hayyan mengambil marker pen itu dan mula membalas dendam. Selesai menconteng Hayyan tersengih. Dia segera bangkit untuk menyambung tidur di bilik. Namun langkahnya terhenti apabila melihat Qalisya.

Hayyan berfikir sejenak. Apa patut dia buat? Kejut isterinya atau didukung sahaja naik ke bilik? Mahu dikejut macam kesian pula. Nampak pulas sungguh tidurnya.

"Mujur aje aku baik hati sekarang. Kalau tak memang aku biar je kau tidur macam ni." Hayyan mengomel sebelum tubuh isterinya yang tidur sambil bersimpuh itu didukung ke bilik.

"Ish berat nok.. Nampak je kecik berat macam anak badak!" Hayyan mengomel sekali lagi. Dia masih gagah mengendong Qalisya.

Sebaik sahaja dia sampai di bilik, tubuh kecil Qalisya dicampak ke atas katil. Opps bukan sengaja nak campak tapi dah tak mampu nak dukung lama-lama nak tercabut pinggang aku. Lagipun bukan kuat sangat pun aku campak.

Telefon bimbit yang sudah selamat keluar daripada poket seluar wanita itu menarik perhatian Hayyan. Ni mesti terkeluar sebab aku campak perempuan ni tadi.

Hayyan mengambil telefon itu dan dia terkejut melihat lockscreen wanita itu. Kau conteng muka aku macam ni? Macam badut sarkas? Mujur kacak juga.

Hayyan meletakkan telefon bimbit Qalisya ke atas meja sisi. Dia mengambil pula telefonnya. Masa untuk balas dendam. Kalau Qalisya ada gambar dia diconteng, dia juga kena ada gambar Qalisya yang diconteng. Baru adil.

Hayyan segera baring bersebelahan dengan isterinya. Kepalanya dirapatkan dengan kepala milik Qalisya. Dia mahu berselfie bersama isterinya yang cantik sangat tu.

Hayyan tersengih melihat gambar-gambar itu. Dia mengambil keputusan untuk melihat wajah Qalisya itu buat kali terakhir sebelum dia tidur. Dia segera menoleh ke arah Qalisya.

Mata Hayyan tidak berkelip memandang Qalisya. Satu persatu diperhatikan. Kening, mata, hidung dan bibir wanita itu sempurna. Elok sahaja terletak. Cantik juga isteri aku ni walaupun muka dah diconteng.

Tanpa sedar, tangan Hayyan sudah merayap di muka Qalisya. Pipi wanita itu diusap perlahan. Tangannya menyentuh rambut pula. Lembut. Rambut itu dibawa ke hidung dan dihidu. Semerbak haruman syampoo Sunsilk itu menusuk hidung Hayyan. Wangi.

Dada Hayyan berombak. Wajah Qalisya diperhatikan semula. Bagai dipukau, Hayyan terus merapatkan wajahnya dengan wajah Qalisya. Dahi dan hidung Qalisya dikucup, sebelum diikuti oleh kedua belah pipi Qalisya. Bibir Qalisya ditenung seketika. Hayyan nekad mahu melabuhkan bibirnya pada bibir isterinya. Dia menutup mata...

"Awak buat apa ni?"

Mendengarkan itu, serta merta mata Hayyan terbuka. Dia menggeleng kepala sebelum menjauhi isterinya.

Gila! Kau dah gila ni Hayyan. Bantal segera diambil dan Hayyan mengambil keputusan untuk tidur di lantai. Dia terus meniarap dan menekup muka pada bantal. Malu yang dirasakan sekarang ni. Telinga dan mukanya terasa bahang.

Qalisya yang terkejut dengan keadaan tadi masih kaku. Matanya terkelip-kelip. Dia sedang memproses apa yang sedang berlaku.

Bukan ke tadi aku dekat ruang tamu? Conteng muka dia lepas tu tertidur. Macam mana aku dengan dia boleh ada dalam bilik?

Qalisya berguling hingga ke hujung katil. Hayyan yang berada di lantai diintai. Dah tidur ke dia?

"Awa... abang." Nak tergeliat lidah Qalisya memanggil Hayyan panggilan abang. Mahu tak mahu dia kena biasakan diri panggil Hayyan begitu. Demi mencuri hati suami tercinta dia sanggup. Misinya baru sahaja bermula.

"Abang." Qalisya memanggil Hayyan sekali lagi apabila Hayyan tidak memberikan respons.

"Abang."

"Abang."

"Abang."

"Abangggg." Qalisya hampir terjerit. Penat dia panggil banyam kali terapi tidak dilayan.

"Ish kau nak apa ni? Bisinglah. Aku nak tidur. Abang, abang. Siapa abang kau? Aku bukan abang kau." Hayyan membebel sejurus dia menoleh memandang Qalisya di atas katil. Geram betul. Tak tahu ke aku ni tengah malu gila.

"Eh lupa ke abang yang panggil diri abang macam tu masa sayang call pagi tadi. Tak suka ke sayang panggil abang? Kalau macam tu sayang panggil baby nak?" Qalisya menyoal sambil tersengih.

"Aku panggil kau sayang dan gelarkan diri aku abang pagi tadi sebab ada student je. Kau nak panggil aku baby pula kenapa? Gila? Kena sampuk ke masa tidur tadi?" Hayyan menyoal hairan. Dah kenapa perempuan ni?

"Haah. Kena sampuk. Kena sampuk cinta bila buka je mata muka abang betul-betul depan muka sayang."

Hayyan terdiam. Telinga dan mukanya berbahang. Perasaan malu mula menyerang dirinya. Kejadian tadi bermain-main diminda.

"Diamlah!"

Qalisya tersengih.

"Malu ke?"

Soalan Qalisya membuatkan wajah Hayyan semakin bahang. Bukan sikit-sikit punya malu ni. Selama ni punyalah berlagak takkan tergoda dengan minah tomboi, tup tup terkantoi. Bodoh Hayyan, kau bodoh. Macam mana kau boleh tergoda lepas bau rambut dia?

"Baik kau diam dan pergi tidur sebelum aku sekeh kau." Hayyan memberi amaran. Dia kembali ke posisi asal iaitu meniarap.

"Abanggg.." Qalisya memanggil Hayyan sekali lagi dengan suara yang sengaja dileretkan. Menggedik dengan suami sekali sekala tak apa kan?

Melihat Hayyan yang tiada respons itu, Qalisya menarik baju Hayyan berulang kali sambil memanggil lelaki itu dengan suara yang meleret.

Hayyan merentap bajunya dan berpusing. Tanpa amaran Qalisya yang berada di hujung katil itu terus terjatuh ke atas lantai.

"Berapa kali kau nak goda aku dengan taktik ni? Mujur jatuh dekat lantai." Hayyan tersenyum jahat.

"Jahat! Sakit tahu tak?" Qalisya menarik wajah masam.

"Kau yang menggedik tarik baju aku kenapa?" Hayyan segera bangkit dan mahu beredar.

"Jangan ikut aku!" Hayyan terus keluar daripada bilik itu setelah memberikan amaran kepada isterinya. Dia rimas.

Qalisya hanya mampu memandang pintu bilik yang sudah ditutup rapat oleh suaminya setelah keluar.

Apa salah aku? Aku nak manja-manja je. Cuba kalau dia layan aku, tak adalah aku nak tarik baju dia. Huh! Dasar sewel. Isteri nak menggedik pun tak boleh!

Qalisya segera bangun dan membetulkan tulang. Sakit belakang badannya akibat mencium lantai sebentar tadi.

Dia kembali ke atas katil. Akibat belakang badannya yang sakit dia terpaksa tidur secara mengiring.

Keesokkan paginya, hanya sepi yang menemani pasangan suami isteri itu. Selalunya setiap kali mahu pergi kerja mesti bergaduh mulut dan berebut tandas.

Sebenarnya Hayyan masih malu dengan kejadian semalam.

"Qalisya." Panggil Hayyan. Jarang Hayyan panggil nama ni.

Qalisya yang sedang menyikat rambutnya itu terus menoleh ke arah Hayyan dengan perasaan kosong. Sudahlah dia tiada mood disebabkan malam tadi.

"Aku nak kau lupakan fasal semalam. Anggap benda tu mimpi untuk kau. Aku.. aku khayal."

Ujaran Hayyan itu menimbulkan kerutan di dahi Qalisya.

"Kenapa dengan semalam? Tak fahamlah." Qalisya kembali bersiap setelah menuturkan itu. Beg-beg plastik berisi pakaian yang dishopping semalam ditenung. Baju mana satu yang nak dipakai eh?

Jenuh dia angkut semua beg tu daripada kereta, bawa naik ke bilik awal pagi tadi. Sempat juga la dia diperli oleh ayah tercinta kerana membeli macam tiada hari esok.

Qalisya mula khayal. Fikirannya melayang. Nak pakai baju yang mana ni pergi kafe?

"Semalam tu. Aku rapat-rapat dengan kau masa kau tidur tu. Kau lupakan je. Anggap mimpi."

Melihat Qalisya yang tidak memberikan respon itu pada bicaranya itu menimbulkan kegeraman di hati Hayyan.

"Kau dengar tak?" soal Hayyan sambil menarik sedikit rambut Qalisya.

Qalisya yang khayal itu menoleh semula ke arah Hayyan.

"Haa? Abang ada cakap apa-apa ke tadi?" Qalisya menyoal Hayyan dengan riak wajah yang tersangatlah blur.

Hayyan mendengus. Geram betul! Aku bercakap dengan dia, dia boleh tak dengar? Bazir air liur aku je.

"Eh tak adalah. Aku tak ada cakap benda penting pun. Lagi satu, kalau kau suka sangat tengok beg-beg plastik kau tu macam nak tembus, silakanlah sambung. Tak payah pergi kerja." Hayyan terus meninggalkan bilik itu.

Qalisya hanya mengangkat bahu sendiri. Pening melihat perangai Hayyan. Macam perempuan datang bulan. Qalisya akhirnya memilih untuk menyimpan segala beg plastik itu dan memakai pakaian lamanya sahaja.

Continue Reading

You'll Also Like

32.6K 2.6K 52
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
55.3K 5.3K 22
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง "๐“๐š๐ค๐ก๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ ๐ ...
1M 32K 56
Also known as MRS. GARANG Genre: Romance Comedy Aisya Humaira, gadis kampung yang ditawarkan menjadi setiausaha kepada Tuan Rayyan Zafriel selepas b...
812K 32.8K 93
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...