Daniel Iskandar

By SisiGelap9

179K 3.1K 384

Daniel Iskandar, seorang remaja yang baru sahaja berpindah ke sekolah baru. Terjebak dalam 'sisi gelap' kehid... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21 (Finale)
Selingan

Chapter 7

10.1K 160 7
By SisiGelap9

"Aku rindu kau... Jom keluar esok?".

Daniel Iskandar membaca whatsapp yang dikirim oleh Khairul Asyraf. Sudah 3 hari mereka tidak berjumpa sejak cuti pertengahan tahun bermula.

"Malam ni aku roger balik, nak mintak kebenaran dari mak ayah aku dulu."

"Okay, malam ni aku call ye budak kecik"

Daniel Iskandar membiarkan tv yang terpasang dan matanya terpaku ke arah gambar profil whatsapp Khairul Asyraf.

Sehingga ke hari ini, dia masih sangsi dengan perasaannya sendiri. Adakah dia menyayangi Khairul Asyraf sekadar seorang sahabat... atau lebih dari itu?

*****
"Aku kat entrance taman"

Daniel Iskandar membaca text terakhir yang dihantar oleh Khairul Asyraf dan bergerak ke tempat tersebut. Dia terlewat tiba di taman tersebut kerana pemandu Grab yang dinaikinya sesat!

Sebaik melihat kelibat Khairul Asyraf, dia melambai tangannya dan tersenyum lebar. Hatinya berbunga melihat wajah sahabatnya... atau crush nya?

"Sorry lambat, driver grab tadi sesat jalan"

"Sokay budak kecik, baru 10 minit. Kalau sejam pun aku sanggup tunggu kau lah"

Khairul Asyraf menjawab dengan nada yang seakan bergurau.

"Jom duduk kat sana, boleh tengok sunset kejap lagi. Aku bawak pisang goreng dengan air sekali"

"Leggo boi... btw kau dah lama sampai ke? Kau datang dengan apa?"

"Takde la lama sangat pun, ayah aku drop tadi"

Mereka berbual kosong sambil berjalan ke bangku yang berada di tepi sungai. Taman yang berada di ambangan sungai Kuala Berang itu memang sesuai untuk dijadikan port melepak orang muda.

"Aku... rindu kau ah budak kecik"

"Ahh kau, mengada je lebih... dah text aku tiap tiap hari kan"

"Aku tahu... tapi still tak sama dengan jumpa kau depan depan"

"K k dah, aku dah ada depan mata kau ni. Haha"

Mereka menghabiskan masa dengan berborak kosong... dan bergosip. Emosi Daniel Iskandar agak terganggu apabila Khairul Asyraf tiba tiba bertanya mengenai apa yang terjadi di bilik warden sebelum itu.

"Aku nak tanya something boleh, khai?"

"Yup..."

"Pasal bilik warden tu... Apa yang terjadi? Kau okay? Can we talk about what happened?"

Daniel Iskandar tertunduk apabila Khairul Asyraf bertanya mengenai kejadian tersebut.

"I... dont know. I'm okay now, but what he did to me was not okay. Aku pun tak tahu kenapa aku dalam ramai ramai orang... Macam mana kau tahu aku pergi bilik warden malam tu?"

"Aku terbaca surat bawah meja kau... I was looking for my pen yang jatuh. Then aku ternampak surat tu."

"Kau cakap kau pun pernah jadi mangsa dia, khai?"

"Kau ingat tak aku pernah bad mood few times? Tu semua sebab dia. Aku tak berani nak bagitahu kau, sebab tu aku larikan diri dari kau. I'm sorry, Daniel!"

Kedua mereka diam tanpa bicara. Mereka merenung jauh ke arah sungai.

"Budak kecik, I love you... lebih dari seorang sahabat..."

Khairul Asyraf memecah keheningan dan Daniel Iskandar terperanjat mendengar confession darinya.

"Tapi... aku lelaki Khai... We can't be together, right? How are we gonna tell the world?"

"Emm, aku tak tahu kenapa aku boleh rasa macam ni kat kau. I'm sorry if i make you uncomfortable... Sorry kalau kau tak rasa benda yang sama kat aku... Aku balik dulu..."

Khairul Asyraf terus bangun meninggalkan Daniel Iskandar di bangku tersebut. Dia berasa malu kerana confession nya tidak dijawab oleh Daniel Iskandar.

Daniel Iskandar pula hanya terpaku selepas mendengar jawapan terakhir dari Khairul Asyraf. Beribu soalan bermain di kepalanya. Adakah dia meminati orang yang sama jantinanya? Bagaimana pula dari segi agama...

(Bersambung)

Continue Reading

You'll Also Like

50.7K 3.2K 44
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
115K 5.4K 32
Menceritakan kisah Harris, si ulat buku yang dingin.. dan Khairul, si budak popular yang annoying nak mampus... Semuanya bermula daripada pergaduhan...
40.6K 1.8K 40
[cover drawn by me] "Kau nak aku buat apa?!" Aisy menjerit, suaranya menjadi nyaring sebab dia terkejut dengan permintaan kawannya. "Shh, eh kau ni...
4.1K 182 29
Cerita ini ada yang reka...ada yang author pernah kena... mungkin ada yang anda pernah baca Mungkin tak seram tapi berhati -hati ... ada yang sedang...