Isteri Teristimewa

Autorstwa DyannRose

335K 21.5K 6.7K

Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam huj... Więcej

DLM : 1
DLM : 2
DLM : 3
DLM : 4
DLM : 5
DLM : 6
DLM : 7
DLM : 8
DLM : 9
DLM : 10
DLM : IT
DLM : 11
DLM : 12
DLM : 13
DLM : 14
DLM : 15
DLM : 16
DLM : 17
DLM : 18
DLM : 19
DLM : 20
DLM : 21
DLM : 22
DLM : 23
DLM : 24
DLM : Bantu Saya
DLM : 25
DLM : 26
DLM : Aidan
DLM : 27
DLM : 28
DLM : 29
DLM : 30
DLM : 31
DLM : 32
DLM : 33
DLM : Teaser 34
DLM : 34
Love, IT
Happy Or Sad Ending?
DLM : 36
DLM : 37
DLM : 38
Trailer IT
DLM : 39
Pendapat
DLM 2 : 40
DLM 2 : 41
DLM 2 : 42
DLM 2 : 43
DLM 2 : 44
DLM 2 : 45
DLM 2 : 46
DLM 2 : 47
DLM 2 : 48
DLM 2 : 49
DLM 2 : 50
DLM 2 : 51
DLM : 52

DLM : 35

5.1K 331 34
Autorstwa DyannRose

SETELAH dua jam berlalu polis menjalankan siasatan di rumah banglo Aidan, namun tidak menjumpai sebarang cap jari ataupun kesan di mana-mana bahagian di dalam rumah itu. Mujur Aidan mempunyai bahan bukti yang dapat membantu pihak polis.

“Saya syak pen ni perakam suara Tuan Isma.” Aidan bersuara seraya menyerahkan pen tersebut kepada pegawai polis itu.

Pen itu bertukar tangan, Tuan Isma menekan butang di pen itu. Bunyi gangguan suara tapi beberapa saat kemudian kedengaran satu suara.

“Perjanjian ketiga adalah aku...” Suara itu kurang jelas oleh kerana diselangi gangguan suasana.

Tuan Isma angkat mukanya pandang Aidan.

“Awak tahu apa yang dimaksudkan oleh rakaman ni?”

Aidan membisu lama.

“Isteri saya tahu, Tuan.” Aidan berdiam lama tapi selepas itu dia bersuara.

“Saya harap isteri Encik Aidan boleh bekerjasama dengan pihak polis, Encik Aidan tak perlu risau, kami cuba menanyakan beberapa soalan untuk siasatan lanjut,” terang Tuan Isma.

“Tapi Tuan, keadaan isteri saya sedikit terjejas sebab hal ni.”

“Tak apa Encik Aidan saya faham dan saya nasihatkan Encik Aidan dan isteri Encik Aidan tidak tinggal di sini lagi buat sementara waktu sehingga siasatan dan kes ni selesai sebagai langkah berjaga-jaga.”

“Baiklah Tuan, saya faham.”

“Mari Encik Aidan.” Aidan mengangguk.

BADAN terasa hangat membuatkan Daneen terjaga dari tidurnya. Tekaknya terasa perit dan sakit. Matanya pula berair. Sejurus itu dia dapat rasa kondisi tubuhnya dalam keadaan tidak sihat.

Daneen cuba melihat keadaan sekeliling namun penglihatannya kelihatan kabur. Tangannya segera naik ke kepala yang tiba-tiba pening.

“Ab... abang...” panggil Daneen perlahan. Suaranya seakan tersekat dan tidak boleh dikeluarkan saat ini, dia rasa lemah dan sakit.

Daneen meraba-raba mendapatkan air yang berada di sisinya atas meja. Tapi oleh kerana penglihatannya terbatas, cawan jatuh berderai dan tangan tidak sempat berpaut. Terdorong ke depan dan hilang pertimbangan membuatkan dia terjatuh.

“Arghh sakit!”

Terkejut Puan Sri Hana yang baru sahaja melintasi depan bilik dan mendengar suara Daneen menyeringai sakit. Segera dia ke bilik itu, pintu dipulas.

“Sakit, arghh sakit.”

Membulat besar mata Puan Sri Hana bila buka sahaja pintu matanya disajikan darah yang mengalir keluar dari tangan Daneen.

“Mak! Daneen jatuh mak! Cepat mak!” laung Puan Sri Hana yang sudah mulai cemas. Dia cepat mendapatkan menantunya.

Puan Sri Hana lantas menarik Daneen jauh dari kaca-kaca yang bertaburan di situ.

“Allahu Daneen, macam mana cawan boleh jatuh ni?” Cemas Puan Sri Hana bertanya. Dia sendiri seriau melihat tangan menantunya melekat kaca.

“Sakit, mama.”

“Ya Allah! Apa jadi ni?” Terus Nek Dara menolak kerusi roda Andara masuk ke dalam bilik itu dan merapati Daneen.

“Mak, tengokkan Daneen. Hana call ambulans.”

“Cepat Hana!” gesa Nek Dara segera.

“Mama? What's happened mama?”

“Kak Long, Angah. Dia jatuh, tangan dan kaki dia termasuk kaca.”

“Tak payah call, biar Angah bawa Daneen. Mama ambil kunci Angah, start kereta dulu. Angah naik ambil Daneen.”

“Angah tolong Kak Long Angah!”

Tanpa membuang masa, Hayden tangkas mendapatkan Daneen. Tubuh Daneen dicempung berhati-hati. Matanya meliar-liar di tangan dan kaki Daneen, kaca masih terlekat. Dia tak ada kepakaran untuk membantu, cepat-cepat dia mengatur langkah keluar dari bilik.

“Hati-hati Angah,” pesan Andara sebelum Hayden menuruni tangga.

“Mama bukak pintu,” arah Hayden dari tangga. Mujur staminanya kuat, kalau tidak memang mustahil dapat angkat kakak iparnya ini walaupun berbadan kecil.

Hayden bergegas ke kereta setelah menyarung kasutnya. Daneen yang berada di dalam cempungan dirasakannya sudah pengsan.

Gagah juga Hayden menapak dengan laju ke kereta. Matanya menjamah seraut wajah Puan Sri Hana yang sangat cemas.

“Mama pangku Daneen kat belakang, Angah drive,” maklum Hayden seraya tubuh Daneen dibaringkan di tempat duduk belakang.

“Okey Angah, cepat Ngah,” gesa Puan Sri Hana sambil masuk berhati-hati di dalam perut kereta.

Hayden mempercepatkan langkahnya dan masuk ke dalam kereta sebelum laju kereta itu bergerak. Dia sendiri panik, tak pernah lagi menghadapi situasi begini.

BERGEGAS Aidan ke hospital sebaik sahaja menerima panggilan daripada mama. Mujur jarak balai polis ke hospital dekat, oleh itu dia tidak ambil sebarang kenderaan bergerak ke sana dan dia terus berlari ke sana. Tapi sampai berpeluh juga satu badan.

Tercungap-cungap Aidan setibanya di pintu kecemasan hospital. Tangannya berpaut di dinding.

“Daneen.” Hanya nama itu disebutnya. Dia dah risau sangat-sangat. Dapat panggilan tadi pun mama cuma beritahu yang Daneen di hospital.

“Encik perlukan bantuan?” Satu suara menegur. Segera Aidan mengangkat wajah meskipun dia rasa penat.

“Nurse, mana pesakit nama Daneen? Daneen Inara,” tanya Aidan kemudian terus melorot jatuh.

“Baru sahaja kami bawanya ke wad, dia baru dimasukkan ke wad,” balas jururawat tersebut. Tak ada la jururawat itu risau bila Aidan bangun semula.

“Tolong tunjukkan saya wadnya,” pinta Aidan.

Jururawat itu mengangguk.

Aidan membuntuti jururawat itu tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling. Mana mereka tidak melihat Aidan dengan keadaan berpeluh, jatuh dan bangun balik. Hendak dipendekkan demi kefahaman semua, manusia suka memandang sesama manusia tidak kira apa-apa pun alasan.

Sebaik sahaja keluar daripada lif dan berjalan melalui ruang jalan ke bilik wad, mata Aidan menangkap susuk tubuh dan raut wajah Hayden tidak jauh jaraknya dengan tempat dia berdiri.

“Tak apa nurse, saya dah nampak adik saya.”

“Baiklah encik, hati-hati. Saya minta diri dulu,” pinta jururawat itu lalu beredar.

Sempat Aidan mengucap terima kasih sebelum jururawat itu beredar. Aidan mengalih ke arah tujuannya, kakinya diatur laju ke arah Hayden.

“Angah, apa jadi? Macam mana keadaan Kak Long?” Sebaik tiba, Aidan terus menyoal.

Hayden memalingkan tubuh. Dia lantas menjauhkan telefonnya dan menutup sedikit pendengaran di telefon sebelum menjawab pertanyaan Aidan.

“Okay, cuma Along pergi tengok sendiri, aku tengah on call,” balas Hayden kemudian melangkah ke arah bilik tangga kecemasan.

Aidan terus masuk, kelihatan mama sedang mengemaskan kedudukan bantal di kepala Daneen.

“Mama, apa yang jadi?” Aidan datang dekat. Dia tertanya apabila melihat tangan dan kaki Daneen yang berbalut.

“Daneen jatuh terkena kaca cawan minuman,” jelas Puan Sri Hana seraya menunjukkan punca Daneen luka. Plastik yang terdapat dua kaca bersaiz sederhana diserahkan pada Aidan.

“Ya Allah.”

Wajah Daneen dipandang. Pucat lesi muka Daneen terpancar di ruangan mata.  Lepas satu, satu lagi ujian isterinya. Dari awal sepatutnya dia mengenali diri sebenar Daneen, kehidupan Daneen serta keperitan yang dilalui oleh Daneen. Pasti jika dia tahu dia akan jaga Daneen sebaik mungkin. Namun ini semua kehendak Allah, pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

SEJADAH dilipat lalu digantung di bahu sofa kemudian badan didaratkan ke atas sofa. Dia mengiring menghadap Daneen. Daneen masih belum sedar, kesan bius membuatkan Daneen berehat lama.

Aidan memejamkan mata. Namun tidak sampai tiga minit dia mendengar suara Daneen mengaduh sakit. Segera matanya terbuka luas.

“Sakit...” Tak kuat suara Daneen mengaduh sakit tapi suara dia menangis membuatkan Aidan kelam kabut bangun.

“Sayang, abang ni abang. Jangan gerak, nanti lagi sakit,” pesan Aidan dalam keadaan panik.

“Tangan Daneen dan kaki, sakit.” Daneen bersuara lagi. Perlahan sahaja dan jelas tak bermaya.

“Sabar, diam dan jangan bergerak. Dah, dah jangan menangis. Lagi sakit kalau sayang menangis dan bergerak,” pujuk Aidan sambil mengusap kepala Daneen.

“Sakit,” adu Daneen lagi. Dia betul-betul terasa sakit. Matanya merah akibat menahan sakit yang terasa amat menyakitkan.

“Abang dah panggil nurse, sayang tahan sekejap.”

Dah tak ada cara lain, kalau dah banyak kali memang sakit sangat. Dia tekan butang memanggil jururawat banyak kali. Dia nampak lampu terang dicelah langsir menandakan butang itu mula berfungsi.

Aidan mengundurkan diri sebaik sahaja bantuan tiba, dia diminta keluar agar memberi ruang.

Jelas dimatanya air mata Daneen menitis, Aidan dah mula tak tentu arah. Dia juga dengar Daneen menangis. Sehingga kakinya menjejak lantai luar wad telinganya masih mendengar suara Daneen menangis.

“Isteri abang isteri yang kuat. Daneen isteri teristimewa abang, Daneen kena kuat.”

______________
Writer's Comment : Dah nak masuk bab konflik memang rumit sangat dah. So sorry kalau tak berkenan dengan ini bab. Mahu tak mahu kena terima jugak sebab ni kira scene terdapat dalam plot rancangan saya. Tunggu nanti saya ada suprise bersama bab akan datang😆😆

Tapi banyak scene pendek bab ni. Risau la pulak😭

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

143K 7.4K 23
" Apa yang jadi lepas kita putus bukanlah sesuatu yang indah, Riq. Aku cuba nak lupakan segalanya.Aku cuba untuk lari dari kau, dari rasa cinta yang...
447K 702 12
Penjara Cinta Tuan Hayyan ©️ 2022 Status: Completed Hayyan Qarizh I Nur Warda Bermula dari satu perjanjian telah mengikat Warda ke dalam 'penjara cin...
20.6K 1.8K 61
SINDIKET. Ada apa dengan sindiket? Menyeludup manusia entah ke mana demi sebuah keuntungan haram? Yang penting, keselamatan rakyst terutamanya gadis...
501K 15.1K 75
⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip m...