Babad Saribu Bhyangkara

By mynameismas

6.9K 830 328

Kaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan... More

BABAD 1
BABAD 2
BABAD 3
BABAD 4
BABAD 5
BABAD 6
BABAD 7
BABAD 8
BABAD 9
BABAD 10
BABAD 11
BABAD 12
BABAD 13
BABAD 15
BABAD 16
BABAD 17
BABAD 18
BABAD 19
BABAD 20
BABAD 21
BABAD 22
BABAD 23
BABAD 24
BABAD 25
BABAD 26
BABAD 27
BABAD 28
BABAD 29
BABAD 30
BABAD 31
BABAD 32
BABAD 33
BABAD 34
BABAD 35
BABAD 36
BABAD 37
BABAD 38
BABAD 39
BABAD 40
BABAD 41
BABAD 42
BABAD 43
BABAD 44
BABAD 45
BABAD 46
BABAD 47
BABAD 48
BABAD 49
BABAD 50
BABAD 51
BABAD 52
BABAD SARIBU BHYANGKARA: A LONG JOURNEY
GUNS AND ROSES

BABAD 14

158 16 1
By mynameismas

Sementara itu,satu susuk tubuh berjalan tergesa-gesa dalam kegelapan malam tanpa memperdulikan hujung jubah yang dipakainya meleret membawa bersama butir embun dinihari yang bergayutan di hujung rumput.

Gubuk reyot yang mencuar samar dalam temaram pucat cahaya bulan tua di tengah langit dihampiri dengan langkahan kaki separuh berlari anak.Jika tidak hafal benar kedudukan pondok tersebut,tidak akan ada yang menduga bahawa terdapat sebuah pondok di hujung hamparan padang rumput begitu.

Pada waktu siang,padang rumput tersebut tampak luas saujana mata memandang dengan rumput yang menghijau serta bunga-bunga Sieve yang menguntumkan kudup kecil berwarna putih .Malahan jika ia sedang berada pada kemuncak musim bunga,kudup-kudup kecil keputihan itu akan kembang sempurna lalu menebarkan bau yang mirip seperti harumnya bunga Sitrus.

" Neleus.."

Suaranya yang serak melaungkan satu nama sebaik sahaja kepalanya melepasi gerbang kayu yang tergantung senget pada salah satu daripada tiang itu.Jika tidak memikirkan akan kemungkinan dia bakal mengganggu tuan rumah yang pasti sedang lena diulit mimpi menjelang pagi begitu,tidak teragak-agak dia akan menggedor sahaja pintu kayu tersebut.

" Neleus !!"

Bunyi kersak-kersik dari dalam rumah meresahkannya tetapi dia menunggu dengan sabar sambil  mengejapkan serkupan mantel pada tubuhnya.Angin dinihari semakin lama semakin sejuk mengigit kulit dan ditemani pula oleh butir embun yang halus berguguran menimpa kepalanya.

" Oileus.." satu bingkai wajah yang jelas berkerut sedikit hairan tersembul di antara daun pintu yang dikuak perlahan dalam biasan warna kuning keputihan daripada lilin yang dipegangnya " Apa tidak akan adakah hari esok sehingga kau membangunkan aku daripada tidur jauh malam begini?"

Oileus tidak perduli wajah kurang senang Neleus malahan tanpa bertangguh,tangan ringkih lelaki itu dicengkam kejap lalu diheretnya menuju halaman sempit di hadapan rumah usang tersebut.

" Lihat !" telunjuk Oileus menunding langit Timur" Apa kau melihatnya?"

Selajur itu,dua pasang mata tersebut mencerlang ke sebelah langit Timur.Jutaan gugus bintang seperti mutiara yang ditaburkan sekehendak hati ke atas hamparan baldu hitam dan pada saat gumpalan awan tidak merajai dada langit,kerlip bintang-bintang tersebut jelas kelihatan pada pandangan mata kasar sesiapa pun.

" Rasi Narcusia" Oileus menoleh ke arah wajah Neleus yang mendadak kaku " Bukankah sepatutnya ia tidak kelihatan sehingga timbulnya Rasi Siarus ?"

Neleus mendesah gusar sebagai jawapan kepada pertanyaan Oileus kepadanya sebentar tadi lalu perlahan-lahan dia menoleh.

" Bagaimana mungkin bintang Shlis yang menjadi pusat Rasi Narcusia tiba-tiba sahaja ada dua butir? "

" Rahsiakan hal ini sehingga kita benar-benar memastikannya,Oileus."

Kedua-dua Marais itu mendiamkan diri sambil mata mereka tunak menatap langit dinihari yang gelap ketika itu. Mereka menahan nafas tatkala melihat dua butir bintang berwarna biru terang mengerlip sedangkan beberapa butir bintang berwarna putih kekuningan pula tampak mengelilingi bintang aneh tersebut.

Mungkin bagi orang lain kerlip bintang nan jauh di dada cakerawala itu hanyalah salah satu daripada keajaiban malam namun bagi suku penerawang bintang seperti Oileus dan Neleus-taburan bintang bukan sekadar itu.

Setiap gugus bintang membawa makna dan tafsiran yang tersendiri dan mereka sudah lama bergantung kepada bintang sebagai petunjuk arah, petunjuk musim dan membawa khabar-khabar yang hanya diketahui oleh Suku Marais.

Dengan hanya memerhatikan gugus buruj yang terhampar di dada langit, mereka tahu bila masanya ikan Afe sedang berada dalam kemuncak musim ataupun bila masa mereka patut keluar untuk berburu seladang liar di padang ragut Utara.

Namun malam itu tatkala dinihari mulai sampai ke penghujung, bukan buruj Tsay yang menandakan bunga Elsder sedang mekar dan akan mengumpan rusa berbintik merah untuk keluar meragut melainkan satu gugus bintang yang terbilang sangat aneh dan membawa tanda ada pertumpahan darah yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Kali terakhir mereka melihat Rasi Narcusia pada penghujung malam puluhan tahun silam, khabar yang dibawa buruj tersebut menyaksikan pergolakan besar-besaran dalam istana sehingga menyebabkan berlaku pertumpahan darah.Bukan sahaja menggoncang pemerintahan beraja Kerajaan Darmenta malah jauh lebih dahsyat daripada itu- ia menyebabkan sesiapa sahaja yang dipercayai mempraktikkan ilmu sihir menerima akibat yang mengerikan.

Tanpa sebab dan alasan yang jelas, mereka dijatuhi hukuman mati dan mereka yang terselamat melarikan diri.Rumah kediaman dibakar dan apa sahaja ritual ataupun simbol yang berkaitan dengan pengamalan ilmu tersebut dianggap sebagai suatu bentuk penderhakaan kepada istana.

Antara yang terpalit sama dalam pembersihan suku tersebut termasuklah Suku Marais. Mereka walaupun tidak berkaitan langsung dalam pengamalan ilmu terlarang itu, tetapi kemampuan mereka menerawang bintang dan membaca khabar alamat yang dibawa oleh gugusan buruj juga dianggap sebagai salah satu cabang praktik ilmu salah tersebut.

Lalu, Suku Marais dibantai habis-habisan sementara bagi mereka yang tergolong dalam golongan bernasib baik seperti Oileus dan Neleus, mereka hidup dalam ketakutan sebagai pelarian dan menyembunyikan diri bertahun-tahun lamanya.

Mereka menunggu dalam diam. Membaca khabar yang dibawa gugus bintang dalam senyap ketika mereka sedaya-upaya untuk menyembunyikan identiti masing-masing.

" Bukankah sepatutnya pertumpahan darah di dalam istana akan berakhir dengan kematian putera mahkota dan pemakzulan Permaisuri Adhreya?"

Suara tenggelam timbul Oileus membuatkan Neleus menoleh sekali lagi dengan wajah yang pucat lesi.

*                 *              *

Pagi belum terlalu terang ketika tiga beranak itu mulai bertolak meninggalkan Pekan Annara. Pedati yang kosong terasa lebih ringan membuatkan langkah keldai yang menarik pedati kayu tersebut lebih laju daripada ketika pedati masih dipenuhi barang-barang dagangan.

Argeia senyap sahaja sementara Athreyu masih melayan sisa kantuk yang bergayut pada kelopak matanya ketika pedati tersebut melalui jalan tanah merah di antara barisan rumah kedai dengan daun pintu yang bertaut rapat.

Lelaki dalam usia hujung lima puluhan itu sesekali akan menundukkan wajah atau menarik hud jubah pengembara yang dikenakannya ketika itu apabila melihat para peronda Riet yang lengkap bersenjata bergerak tergesa-gesa sama ada dalam kumpulan ataupun secara bersendirian.

Maka, tahulah Argeia telah berlaku sesuatu di ibu kota sehingga menyebabkan Balai Temenggung menjadi sibuk lebih daripada hari-hari biasa.

Daun pintu daripada batang kayu yang kukuh di Gerbang Timur hanya dibuka separuh manakala di atas pondok peninjau tembok yang mengelilingi seluruh ibu kota termasuklah Pekan Annara, jelas kelihatan kelibat para pengawal yang mundar-mandir dengan siaga beserta tombak dan panah masing-masing.

Argeia segera turun daripada pelana kuda tunggangannya tatkala melihat beberapa orang sedang melakukan pemeriksaan di pintu keluar tersebut. Daripada pakaian yang dikenakan mereka, dia tahu susuk-susuk tubuh nan sangar itu merupakan antara anggota pasukan tentera yang terletak dalam kuasa Balai Temenggung.

Jika tentera dalam bidang kuasa Balai Temenggung telah dikerahkan untuk memperkuatkan kekuatan anggota garrison Istana Darmenta, pasti sesuatu yang besar telah berlaku.

Di hadapan mereka ketika itu, sebuah pedati tanpa atap yang ditarik seorang lelaki sedang diperiksa dengan ketat. Walaupun jelas kelihatan pedati tersebut hanya membawa muatan berupa bongkah-bongkah jerami yang diikat,salah seorang daripada tentera yang menjalankan pemeriksaan itu menombak ikatan jerami tersebut dengan lembing bermata tiga di tangannya bagi memastikan pedati tersebut benar-benar membawa ikatan jerami sahaja.

Sementara menunggu giliran mereka untuk melalui pemeriksaan, Argeia menarik kekang kuda tunggangannya perlahan setelah membangunkan Athreyu yang masih terkuap-kuap mengantuk.Kaii dibiarkan tidur melingkar berhampiran kotak kayu kosong bekas anak-anak panah yang
telah dijual itu disimpan.

Dua orang anggota tentera yang menjalankan pemeriksaan terhadap sesiapa sahaja yang keluar daripada ibu kota itu menatap tajam ketika Argeia menurunkan serkupan mantel pengembara yang dipakainya dan dalam masa yang sama dia mengeluarkan plat kecil tanda pengenalan mereka bertiga serta gulungan papirus yang mencatatkan kebenaran mereka untuk berdagang di ibu kota.

" Buka pedati "

Arahan tegas daripada tentera tersebut tidak ditanggapi Athreyu tetapi dia menyingkap helaian kain lusuh yang menutupi pedati tersebut.

Kaii membuka matanya apabila kedengaran suara garau yang menanyakan sesuatu kepada sang abang tetapi tatkala melihat Kaii bingkas bangun,lelaki tersebut tidak mengatakan apa-apa.

" Ada sesiapa yang melihat seseorang dalam keadaan mencurigakan?"

Soalan lazim dalam nada yang lazim ditanyakan tentera tersebut sambil menyeluruhi isi pedati tersebut dengan pandangan mata setajam helang.

" Setakat ini tidak ada sesiapa, Tuan. "

" Balik ke mana? "

" Permukiman Lemuria. " sahut Athreyu tanpa bertangguh.

Lelaki tersebut meneliti sekali lagi sebelum melangkah menjauhi pedati tersebut namun dalam langkahan yang ke tiga atau ke empat, matanya mencerlang tajam dan pantas mengacu pedang ke arah Kaii sehingga mengakibatkan Athreyu tergamam.

" Darah? " tajam lelaki itu menatap Kaii meminta penjelasan.

Tidak mahu merumitkan keadaan, Kaii bingkas bangun lalu keluar daripada pedati tersebut menyisakan selimut tebal yang menyerkupinya sebentar tadi.

Melihat lelaki tersebut mengacu mata pedang ke arah Kaii, Athreyu sudah menggenggam penumbuk dan Argeia yang terdengar kekecohan itu melangkah pantas ke arah mereka.

Tanpa mengatakan apa-apa, Kaii menanggalkan jubah luar yang menyerkupi tubuhnya dan mengangkat wajah ke arah lelaki tersebut.

" Perlukah saya menjelaskan hal begini kepada Tuan? "

Kaii balas menatap tajam wajah lelaki tersebut dalam riak sangat tidak selesa seraya memusingkan tubuhnya sekilas dan sepantas kilat Athreyu menanggalkan jubah luarnya lalu membentengi tubuh sang adik daripada tatapan tajam lelaki tersebut.

" Mmaafkan saya.." lelaki tersebut segera tunduk lalu membuang wajah ke arah lain melihat tompokan kemerahan pada bahagian belakang jubah yang dikenakan Kaii. " Saya cuma menjalankan tugas."

Menyedari kesilapannya, lelaki tersebut tunduk seketika sebelum bergegas menuju ke arah hadapan dan dengan segera mengarahkan Argeia untuk bergerak semula dengan bingkai wajah Athreyu mulai memerah geram. Menatap kasihan pula wajah pucat sang adik yang melangkah perlahan di sebelahnya.

" Kaii berehatlah."  ujar Athreyu sambil mengejapkan balutan jubah ke bahu adiknya. " Kita akan singgah sebentar ke Perkampungan Thori.Nanti abang kejutkan kalau kita sudah sampai."

Sedikit mengangguk, Kaii sekali lagi menaiki pedati tersebut lalu menurunkan tabir kain. Derap langkah Athreyu jelas kedengaran
di sebelah kanannya. Tidak lama berselang,terasa pedati ditarik semakin laju dan Kaii tahu abangnya mulai memacu keldai penarik pedati itu lebih laju.

Setelah yakin gemertak berat bunyi roda kayu pedati yang kosong akan menenggelamkan suaranya, Kaii mendekatkan kepalanya ke arah bonggolan kain di sebelah kotak kayu kosong di dalam pedati tersebut lalu berbisik.

" Kita sudah keluar dari ibu kota."

*               *            *

Continue Reading

You'll Also Like

2.4K 521 158
Kenapa? Kenapa selalu dirinya? Apa yang sudah terjadi pada dunia? Kenapa begitu kejam? Semakin hari, semakin ramai yang menderita Entah itu takdir a...
1.8K 298 64
Zia merupakan seorang gadis yang bersekolah di smk pecinta alam. Dia dulunya seorang pendiam dan apa yang ingin dikatakan lain pula yang keluar dari...
192K 474 3
Reen merupakan sepupu dan pasangan seksku...
38K 8.2K 147
[BAD BOY PRINCE S2] Ha, dah baca ke belum BBP S1? Kalau belum baca, ha silalah pergi baca yang tu dulu. Takkan nak baca S2 dulu pula kan? "π“˜π“― 𝔂𝓸...