HER GUARDIAN ANGEL

By afiadz

185K 15.9K 1.4K

"Kenapa awak perlu buat semua ini?" - TENGKU HANNAH MEDINA "I'm your guardian angel. Bear in your mind, young... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
PROMOTE
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
EPILOG

BAB 7

4.4K 384 29
By afiadz

JAM di dashboard kereta menunjukkan pukul 10 malam. Hannah memandu dengan tenang menuju ke rumahnya. Malam ini, dia teringin sangat makan pizza dominos. Selepas menunaikan solat Isyak, dia menyuruh Fateh bersiap-siap untuk mengikutinya. Penghawa dingin bersama dengan bayu malam menambah kedinginan. Siaran radio Ikin FM dibuka memecah keheningan suasana. Mulut kecil Fateh mengikut rentak Selawat Fatih nyanyian kumpulan UNIC yang sedang dimainkan di radio. Begitu lancar dan jelas sekali setiap butir perkataan yang disebut. Tanpa sedar, bibir Hannah turut mengikut sama.

"Mama..." Fateh memulakan bicara.

"Ya, sayang..." Sahut Hannah. Matanya masih ditumpukan ke hadapan. Berhati-hati dia membawa kereta.

"Kalau Fateh tanya ni mama jangan marah tau." Lembut sahaja suara Fateh.

"Kenapa mama nak marah pula? Fateh tak buat salah apa pun." Balas Hannah.

"Memang sekarang Fateh tak buat salah. Tapi Fateh takut soalan yang Fateh tanya nanti buat mama marah."

Hannah kerut dahi. Pelik dengan sikap Fateh. Sejak bila dia sangat berhati-hati dalam mengutarakan soalan? Selama ini, jika perasaan ingin tahu dia membuak-buak, laju sahaja mulut kecilnya itu melontar soalan tanpa meminta kebenaran Hannah. Mata Hannah memandang Fateh di sebelahnya. Kanak-kanak itu yang sedari tadi memerhatikan Hannah serta merta mengalihkan bebola matanya.

Lantas tangan kiri Hannah menggenggam erat tangan Fateh. Dia yakin ada sesuatu yang mengganggu fikiran anaknya itu, "Kenapa Fateh? Tanyalah apa-apa pun. Kalau mama boleh jawab, mama jawab ya. Mama tak akan marah sayang pun."

"Betul ni mama tak akan marah Fateh?" Fateh meminta kepastian sekali lagi. Matanya tunak memandang Hannah.

"Ya Fateh..."

"Mama janji?"

"Ya, mama janji tak marah Fateh." Hannah mengangkat tangan gaya bersumpah untuk meyakinkan anaknya itu.

"Lelaki yang kita jumpa dekat kedai buku minggu lepas tu ayah Fateh kan mama?"

Hannah terpempan, tidak diduga soalan itu yang akan dikeluarkan dari mulut Fateh. Patutlah Fateh kelihatan begitu berhati-hati kerana dia tahu soalannya itu agak sensitif. Hannah sentiasa mengelakkan diri apabila Fateh mengutarakan soalan sedemikian. Dia tiada jawapan untuk itu dan dia juga tidak bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

"Bukan, tu bukan ayah Fateh..." Hannah menidakkan. Mana mungkin dia menjawab soalan Fateh andai dia sendiri tidak pernah melihat walau sekali pun raut wajah milik lelaki yang mempunyai darah yang sama mengalir ke dalam diri Fateh.

Apa yang dia pasti, Mr.Black bukanlah ayah kandung Fateh kerana ayahnya yang sebenar sudah lama meninggal dunia. Namun, dia juga tidak pasti sejauh mana kebenaran itu.

"Jadi, mana ayah Fateh?"

"Ayah Fateh kan kerja... Ayah Fateh kerja jauh... Mama pun tak tahu bila ayah Fateh akan balik." Hannah paksa dirinya untuk melakar segaris senyuman buat Fateh sambil tangannya mengusap lembut ubun-ubun Fateh demi memujuknya. Itulah jawapan yang sering diberikan andai Fateh bertanyakan soalan sedemikian. Jika Fateh diberitahu bahawa ayahnya sudah meninggal dunia, sudah pasti dia tiada jawapan jika Fateh bertanya di manakah kubur ayahnya itu.

"Kenapa ayah tak nak jumpa Fateh? Ayah tak sayang Fateh ke?" Fateh teresak-esak kecil. Tangisan yang cuba ditahan sedari tadi akhirnya pecah. Hati Hannah turut dihambat rasa sayu. Jiwanya meruntun hiba melihat Fateh dalam keadaan begitu.

"Kawan-kawan di sekolah selalu cerita tentang ayah mereka. Ayah mereka jugalah yang selalu hantar dan jemput mereka dari sekolah. Dia orang selalu tanya Fateh mana ayah Fateh. Bila Fateh kata ayah kerja jauh, dia orang akan cakap yang ayah tak sayangkan Fateh. Ada juga orang cakap yang Fateh sebenarnya tak ada ayah." Tangisan Fateh semakin lebat. Akhirnya, dia menghamburkan segala yang terbuku di dada. Tidak pernah sekali pun Hannah tahu bahawa inilah yang dirasakan oleh Fateh selama ini. Wajahnya yang sentiasa tampak ceria bersama senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya berjaya mengaburi kesedihan yang telah lama dipendam.

Hannah menjadi tidak keruan. Matanya juga semakin kabur dek kerana air mata yang memenuhi empangan matanya. Lantas dia mengambil keputusan untuk memberhentikan keretanya di hadapan kedai 7-Eleven. Mustahil dia dapat meneruskan pemanduannya jika dia berterusan dalam keadaan begini.

"Sayang..." Hannah memujuk Fateh lembut. Dipeluknya anak kecil itu erat dengan harapan agar dia mampu memberikan sedikit kekuatan kepada Fateh. Tangisan Fateh semakin kuat.

"Shhh... Shhh..." Hannah masih cuba memujuk. Setitik air matanya gugur membasahi pipi. Tidak betah melihat anak kesayangannya itu mengongoi sebegitu. Dia lantas mengusap pergi air mata yang jatuh, tidak mahu andai Fateh melihatnya dalam keadaan yang lemah seperti ini.

"Mama kan ada. Mama sentiasa ada untuk Fateh. Mama tak akan tinggalkan Fateh. Fateh tak cukup ke kalau ada mama je? Fateh tak rasa cukup ke dengan kasih sayang yang mama bagi?" Hannah bertanya. Jari-jemarinya yang runcing mengesat setiap butir permata yang mencemari pipi Fateh.

"Cukup... Tsk... Tsk..." Meskipun dia masih teresak-esak, Fateh tetap menjawab persoalan Hannah.

"Cuma Fateh teringin sangat nak jumpa papa..." Sambungnya lagi.

Hannah tidak menyalahkan Fateh langsung dalam hal ini. Sedari kecil, tidak pernah sekali pun Fateh bersua muka dengan bapa kandungnya. Hannah sendiri tidak tahu sampai bila dia mampu memendam rahsia ini. Lambat laun pasti akan terbongkar juga. Fateh juga berhak tahu mengenai keluarga kandungnya.

"Fateh, dengar sini cakap mama." Hannah meletakkan tangannya pada kedua-dua belah pipi Fateh. Mereka beradu pandang, mengalirkan rasa kasih yang sekian lama bertaut sejak anak kecil itu berada dalam buaian lagi.

"Suatu hari nanti, Fateh akan jumpa papa. Jadi, Fateh jangan risau lagi ya sayang." Hannah tersenyum pahit, menabur janji manis yang dia sendiri tahu mustahil untuk dikotakan.

"Assobaru minal iman... Fateh masih ingat tak mama ajar Fateh benda ni?"

Fateh angguk.

"Cuba bagitahu mama apa maksudnya?"

"Sabar itu separuh daripada iman." Jawab Fateh dengan yakin. Tangisannya mula reda.

"Kalau kita sabar, apa akan jadi?" Soal Hannah lagi.

"Allah akan sayang kita. Dan kalau kita sabar, Allah akan bagi kita sesuatu yang menggembirakan pada masa akan datang."

"Pandai anak mama. Jadi kalau Fateh nak dapat rahmat dan kasih sayang Allah, Fateh kena sentiasa sabar." Ujar Hannah lantas ubun-ubun Fateh diusap dengan penuh kasih sayang.

Fateh angguk mengiyakan.

"Dah, jangan sedih-sedih lagi, okay? Fateh nak aiskrim tak? Jom kita pergi kedai depan tu dan beli aiskrim banyak-banyak." Hannah memulakan usaha untuk memujuk. Harap-harap berkesanlah.

"Jom, mama! Fateh nak aiskrim Unicorn yang baru tu." Bersinar-sinar matanya apabila disebut tentang aiskrim.

"Okay, jom!" Mereka bersama-sama melangkah keluar dari kereta lalu mengatur langkah ke kedai.

Nampaknya, taktik memujuk berkesan!



"MAMA!!!"

Jeritan Fateh bergema kuat. Hannah yang sudah terjelopok ke lantai dihampirinya.

"Tolong! Tolong!" Hannah menjerit sekuat hati, suaranya bergema memecah keheningan suasana. Namun, hari sudah malam, jadi tiada sesiapa pun di situ.

Dia cuba bangun, namun kakinya yang terpelecok menyukarkan dia untuk bergerak. Sebaik sahaja keluar dari kedai sambil berpimpinan tangan dengan Fateh, dia dihampiri seorang lelaki yang berlitup satu muka dengan topeng. Dalam sekelip mata, beg tangan Hannah diragut kasar. Dia bergelut namun apakan daya, tenaga seorang lelaki lebih kuat jika hendak dibandingkan dengan tenaga seorang perempuan yang lemah sepertinya. Dia ditumbuk kuat di perut dan ditolak kasar sehingga jatuh ke lantai.

Fateh di sebelah hanya kaku tidak bergerak kerana begitu terkejut dengan apa yang berlaku.

"Tolong! Tolong!" Hannah menjerit meminta tolong lagi. Air matanya mengalir, sungguh dia takut. Fateh di sebelah dipeluknya erat. Tuhan, dugaan apakah ini?

Suasana di luar kedai sunyi sepi.

Tiba-tiba, seorang lelaki berlari dengan begitu pantas mengejar peragut itu. Sepantas kilat hilang daripada pandangan Hannah.

Beberapa minit berlalu, lelaki yang mengejar peragut sebentar tadi berdiri di hadapan Hannah.

Mata Hannah terpegun pada wajah kacak lelaki di hadapannya itu, "Mr.Black..." Nama itu meniti di bibir Hannah lagi. Bau wood cologne yang begitu maskulin dan sangat familiar itu menerjah rongga hidung Hannah.

"Niall... Call me Niall..." Suara garau itu melontarkan kata. Tangan kanannya menyelak rambut yang menutupi separuh dahinya, manakala tangan kirinya diseluk ke poket seluar dengan gaya santai.

"Haven't I told you before, I am your guardian angel. Still remember me, young lady?" Lelaki itu mendekatkan bibirnya ke sebelah telinga Hannah dan membisikkan sesuatu. Wajah beku itu mengukir senyum segaris menampakkan lesung pipit yang menghiasi kedua-dua belah pipinya.

Mata hazel itu mengunci mata Hannah. Adrenalin menghentam pembuluh darah, rentak sistolik jantung menjadi tidak sekata. Rama-rama di dalam perut Hannah mula berterbangan.

Hannah rasa mahu pengsan!


Bersambung...

Drop your comment! I would love to read it. ^_^

Continue Reading

You'll Also Like

36.2K 4.1K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
1.5M 50K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
574K 23.9K 46
โ‹† หš๏ฝกโ‹†เญจเญงหš 2nd Cinta Series หšเญจเญงโ‹†๏ฝกหš โ‹† Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...
452K 22.2K 71
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...