Isteri Teristimewa

By DyannRose

335K 21.5K 6.7K

Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam huj... More

DLM : 1
DLM : 2
DLM : 3
DLM : 4
DLM : 5
DLM : 6
DLM : 7
DLM : 8
DLM : 9
DLM : 10
DLM : IT
DLM : 11
DLM : 12
DLM : 13
DLM : 14
DLM : 15
DLM : 16
DLM : 17
DLM : 18
DLM : 19
DLM : 20
DLM : 21
DLM : 22
DLM : 23
DLM : 24
DLM : Bantu Saya
DLM : 25
DLM : 26
DLM : Aidan
DLM : 27
DLM : 28
DLM : 29
DLM : 30
DLM : 31
DLM : 32
DLM : Teaser 34
DLM : 34
DLM : 35
Love, IT
Happy Or Sad Ending?
DLM : 36
DLM : 37
DLM : 38
Trailer IT
DLM : 39
Pendapat
DLM 2 : 40
DLM 2 : 41
DLM 2 : 42
DLM 2 : 43
DLM 2 : 44
DLM 2 : 45
DLM 2 : 46
DLM 2 : 47
DLM 2 : 48
DLM 2 : 49
DLM 2 : 50
DLM 2 : 51
DLM : 52

DLM : 33

4.9K 327 67
By DyannRose

“ABANG saja nak tambah kemarahan mama lagi ke?” soal Daneen mulai berang. Daripada tadi malam tahan marah, Aidan boleh pula lepas bisik dia terus masuk bilik dan tidur. Maka terpaksalah Daneen tidur juga dan menunggu matahari terbit.

“Buat apa kita buat majlis kalau abang tak pasti keselamatan Daneen terjamin ataupun tak? Listen me carefully, kita tunggu sampai polis dah tangkap penjenayah tu baru kita boleh buat majlis,” terang Aidan buat kali kedua. Boleh tekanan kalau menerangkan banyak kali. Ini baru kedua kali, kalau masuk ketiga, rasanya Aidan sendiri tak mahu layan.

“Senanglah abang cakap, mama mesti dah jemput kawan-kawan dia.” Bengis wajah Daneen. Dia bengang dengan Aidan kerana membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Aidan melepaskan bahu Daneen. Dengan perasaan geram, Aidan memegang wajah Daneen seraya menarik dekat ke wajahnya.

“Mustahil la kalau mama sendiri cakap lagi sebulan baru majlis kahwin kita berlangsung,” balas Aidan satu per satu. Bibir dilaga lalu melepaskan wajah Daneen.

Daneen menjegil mata. Aidan sengaja menganggu konsentrasinya ketika perbualan.

“Apa? Biar betul? Bila pulak mama cakap?” Daneen menekup sedikit mulutnya, dia meninggalkan ruang sedikit di celah-celah jarinya lalu bercakap laju.

Aidan tersenyum melihat telatah Daneen yang masih ingin fokus akan tajuk tadi. Seronok pula tengok perangai Daneen yang tak berubah-ubah.

“Masa abang kat wad, mama call abang beritahu majlis mama dah tangguhkan,” jawab Aidan kemudian mengatur langkah ke luar rumah. Sempat dia memetik sekuntum bunga mawar dan menuju ke bilik tepi dapur.

Daneen mendengus kasar, kakinya laju mengejar langkah Aidan.

“Habis kenapa kita tak duduk lama je kat kampung?”

“Sebab rancangan abang bukan balik KL ataupun stay kampung.” Hidung Daneen dikuis manja.

Daneen terpegun, mulutnya terhenti berbicara. Pipinya mula membahang. Mana tidaknya apabila Aidan mengucup sekali lagi pipinya sebelum melangkah keluar.

Senyuman yang memutik di bibir Daneen menambat senyuman Aidan.

“Dah-dah, jom ikut abang mandi.”

“Mandi? Eh tak, apa maksud abang rancangan abang bukan balik Kl ataupun stay kampung?”

Aidan buat muka sabar. Kalau dah panjang topik ni memang tak mandilah jawabnya. Aidan membuka bajunya.

“Alah, kita mandi dulu. Lepastu abang beritahu, lagipun abang beritahu dah pun tadi,” ajak Aidan sambil menyarung baju renang.

“Beritahu sekarang tak boleh ke? Kenapa perlu beritahu nanti?”

Tubuh Daneen ditariknya sekaligus berpusing-pusing tubuh ramping itu dan terus ke dalam dakapannya.

“Apa abang ni?” Daneen menyoal dengan mimik muka yang sudah mulai cemberut. Daneen cuba merungkaikan perlahan ikatan tangan Aidan di pinggangnya.

Melihat wajah cemberut Daneen itu membuatkan Aidan tersenyum. Kolam membiru yang terbentang luas itu dilihatnya sekali lagi.

Dahi Daneen tiba-tiba berkerut pelik apabila terpandang pada bibir suami berputik senyum tiba-tiba.

Langkah Aidan mula ke depan, sedikit demi sedikit tubuh badannya mendekati tubuh Daneen. Manakala Daneen makin panik. Apa dia nak buat dengan aku ni? Getus hatinya.
Daneen dengan sendirinya melangkah ke belakang untuk menjauhkan dirinya dari Aidan. Tetapi… Aidan makin mendekatinya.

“Apa ni abang? Jangan main-mainlah!” Daneen mula bersuara, tetapi Aidan hanya diam membisu dengan bibirnya masih lagi diukir senyuman. Senyuman yang bermakna baginya.

Langkah Daneen terhenti setelah merasakan tapak kaki kirinya sudah separuh dari hujung lantai. Jantungnya berdegup kencang bagaikan drum yang dipukul bertalu-talu.

“Abang, abang nak buat apa dengan Daneen, ha?” soal Daneen ketakutan.

Senyuman Aidan makin sinis, tubuh badannya makin mendekat, hampir sejengkal rasanya. Mata bertentang mata, dengan satu bisikan mula menjengah.

I want you.” Pipi Daneen dikucupnya.
Daneen terngadah lantas kakinya tergelincir ke kolam, tetapi Aidan sempat mencapai tangan Daneen lalu dengan sekelip mata, Aidan mengambil kesempatan dengan memeluk tubuh Daneen.

Daneen terkaku seketika. Fikirannya terbawa-bawa di awangan. Entah mengapa jadi begitu.

Sambil-sambil Daneen mengerling ke arah wajah Aidan. Ternyata, senyuman yang jahat Aidan mula membentuk. Daneen mula tercengang.

Lantas Aidan menarik nafas panjang kemudian menghayunkan tubuhnya bersama tubuh Daneen ke dalam kolam dan…

SPLASHH!

“Abang!” Jeritan Daneen bergema satu rumah. Aidan terus melepaskannya apabila jeritan itu menyambar gegendang telinganya.

“Hey sudah!” tegur Aidan seraya menampar lembut pipi Daneen.

“Lemas, lemas!” jerit Daneen. Dia dah cemas bagai nak gila.

“Bukak la mata tu! Masha Allah, Daneen!”

Daneen tak berhenti-henti menampar air seperti dia hampir lemas sedangkan kolam itu jika berdiri paras setengah lutut. Senang cerita, mereka sedang berada di dalam kolam bahagian kanak-kanak.

Aidan terus memegang bahu Daneen dan memaksa Daneen berdiri. Mata Daneen terbuka luas.

“Kita kat darat?”

“Tengok bawah tu, yang sayang menjerit melalak tadi 'lemas, lemas' tu. Tengoklah lemas ke?”

Merah muka Daneen bagai disembur sepaket darah. Alahai malunya!

Daneen tangkas menyusun langkah keluar dari kolam. Tangannya sebelah kanan sudah menapak di muka, menahan perasaan malu yang berkunjung tak berpenghujung.

“Malunya!” Daneen berdecit perlahan. Dia melajukan langkahnya walaupun berat hendak mengorak langkah di dalam air.

Mulutnya Aidan melengkung membentuk senyuman. Segera kakinya diatur mendapatkan Daneen. Belakang tubuh Daneen dipeluknya, tangannya perlahan-lahan melingkari pinggang Daneen.

“Sayang nak pergi mana?”

“Nak... pe... pergi ma... mana lagi kan kalau tak ma... masuk dalam... rumah?”

“Jomlah teman abang mandi,” pujuk Aidan lalu melabuhnya dagunya di bahu Daneen.

“Abang mandilah dulu, Daneen nak buat sarapan,” jawab Daneen memberi alasan.

“Sayang nak secara paksaan ataupun rela?”

“Mak... maksudnya?” Aidan meleraikan pelukan dan merenung raut wajah Daneen. Dagu Daneen dipegangnya.

“Jom kita mandi sama-sama, okey?”

Daneen bagai diperintah, dia akur dan membuntuti Aidan. Tangan Aidan yang mengemaskan genggaman memutik senyuman di bibir Daneen.

“Ayah pimpin Daneen macam ni jugak tak sampai ke syurga nanti?”

“Ayah? Why sayang suka sangat panggil abang ayah?”

Are you curious?”

“Ya sayang, beritahu la sebab apa. Abang nak tahu.” Wajah Daneen direnung penuh kasih sayang.

“Sebab Daneen idamkan seorang ayah. Wajah abang, suara abang dan cara abang lindung Daneen malam tu mengingatkan Daneen akan ayah. Ciri-ciri yang ada pada abang, mesti ada kat arwah ayah jugak.”

“Abang mesti fikir Daneen budak terencat yang tiba-tiba panggil abang dengan panggilan 'ayah'. Daneen memang nak pergi lepas abang selamatkan Daneen, tapi hati Daneen macam terikat dengan abang. Mungkin sebab Daneen terlalu impikan memiliki ayah dan ibu.”

“Arwah ayah dan ibu meninggal disebabkan apa?”

“Daneen tak tahu. Pada mulanya Daneen ingat dia orang tinggalkan Daneen, tapi sebenarnya dia orang dah tak ada dekat muka bumi ni. Tu pun Daneen tahu arwah ayah dan ibu tak ada selepas jumpa dokumen tentang latar belakang Daneen daripada pejabat Umi Aesya.”

“Dokumen tu Daneen bawa sekali, lepas mandi nanti kita Daneen tunjukkan.”

“Perjanjian ketiga pulak?” Aidan mencuba nasib. Mana tahu Daneen sudah bersedia menceritakan.

“Daneen tak tahu.” Daneen mengemaskan rangkulan di leher Aidan. Dia menunduk.

“Abang faham kalau sayang masih belum bersedia, take your time okay?” bisik Aidan seraya mendaratkan kucupan di dahi Daneen.

Kucupan itu lama sehingga satu suara menyapa membuatkan Aidan terkedu manakala jantung Daneen berdegup pantas.

“Perjanjian ketiga adalah aku.”

___________
Writer's Comment : Okay tak bab ni? Uhu aye try😂

Guys, support Dia Penyembuh Rindu, buku baru saya, tekan je acc saya DyannRose ada kat bahagian work. Jemputlah baca dan support seperti korang support buku ni, okey? Okey kan?

Cover baru

Continue Reading

You'll Also Like

74.8K 2.9K 36
First story from sweethearttina🌹 Kisah sepasang sepupu yang disatukan tanpa kerelaan masing-masing hanya disebabkan satu peristiwa yang tidak diingi...
447K 702 12
Penjara Cinta Tuan Hayyan ©️ 2022 Status: Completed Hayyan Qarizh I Nur Warda Bermula dari satu perjanjian telah mengikat Warda ke dalam 'penjara cin...
154K 9.1K 25
RE-EDIT SOON! '' bila kuat sangat kita genggam, itu yang jadi titik kelemahan dalam diri. Learn to let go, if it return,its your, if it looked awa...
2M 88.2K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...