Hanya Kau Yang Terakhir

By IzzatyRazak

74.7K 1.9K 39

"Kenapa mesti kau wujud dalam hidup aku? Kenapa?" Hari ini mungkin permulaan. Aku kena kuat, aku mesti kuat... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27

Bab 22

2K 58 2
By IzzatyRazak

BAB 22

Kini genap dua minggu Hairy pergi meninggalkannya . Dan sepanjang waktu itu , kenangan Hairy dan dirinya bagaikan tidak berhenti berputar di dalam fikirannya . Sarah mengeluh . Segala – galanya telah berubah , hidupnya bagaikan kosong tidak berseri . Belum sempat dia melabuhkan punggung di atas kerusi kecil di balkoninya itu , telefon bimbit di atas katil berdering kuat .

Nama ‘Ammar’ terpapar di atas skrin sentuh itu , Sarah pantas menekan icon ‘answer’.

“Assalamualaikum .”suara garau Ammar mula kedengaran .

“Waalaikumussalam.”jawab Sarah .

Busy ke?”tanya Ammar .

“Tak pun . Kenapa ?”balas Sarah .

“Err .. Saya ingat nak ajak awak keluar . Saya pernah janji dengan awak saya nak ajak awak keluar kan dua minggu lepas ? So ,hari ni saya tak berapa sibuk sebab tu saya nak ajak awak ni . Boleh ?”jelas Ammar lancar .

Sarah tergelak kecil dengan penjelasan Ammar yang sungguh lengkap itu . “Kalau saya cakap saya tak boleh ?”acah Sarah .

“Err .. Kalau awak dah tak boleh , apa saya boleh buat pun ?”ujar Ammar . Sarah terdengar Ammar mengeluh perlahan .

“Okay , okay . Saya freelah . Saja je nak test awak , pukul berapa nak keluar ni ?”tanya Sarah terus .

Around four , if you don’t mind ?”putus Ammar .

“Okay . Ambik kat rumah saya .”balas Sarah .

Yes ma’am .”tuturAmmar dan terus memutuskan talian selepas memberi salam. Memandangkan sekarang baru sahaja menginjak pukul dua belas tiga puluh tengah hari , jadi Sarah hanya menghabiskan masa membaca novel kegemarannya di dalam bilik .

**********

‘Pon pon’ bunyi hon kereta Toyota Vios Ammar mula berbunyi . Sarah menggapai beg tangannya dan pantas bergerak membuka pintu . Kasut Converse hitam kesukaannya disarung pantas .

“Fuhh.”Sarah mengeluh tatkala melabuhkan punggungnya di dalam kereta .

Ammar mengerling Sarah perlahan . “Macam penat sangat je ?”

“Mestilah penat . Menggelabah saya waktu awak cakap awak dah on the way tadi tau tak ?!”jawab Sarah pantas . Kereta Ammar mula meluncur laju meninggalkan bangle keluarganya .

“Kenapa pula ? Bukan saya memang dah cakap saya ambik awak around four something ?”tutur Ammar pelik .

Sarah tersengih . “Tapi tadi saya tertidur . Bangun bangun je dapat text dari awak , mana tak menggelabah ?”

It’s not my fault .”jawab Ammar selamba .

Sarah tersenyum . “So , where we wanna go now ?”tanya Sarah perlahan sambil membelek – belek Galaxy SIII nya .

“Mid Valley ? If you don’t mind ?”jawab Ammar yang masih fokus pada pemanduannya .

No prob .”balas Sarah ringkas . Tangannya lincah menaip , membalas mention di dalam Twitter .

Setelah agak lama berdiam diri , Ammar mula bersuara .

“Sarah .”panggil Ammar .

“Yea ?”

“Awak ‘U’ mana ek ?”tanya Ammar sambil menukar gear memandangkan trafik di kota metropolitan ini sungguh teruk .

University of Law Sheffield .”balas Sarah perlahan . Telefon bimbitnya diletakkan di atas riba . Dia mula teringatkan kenangan – kenangan bersama Hairy sewaktu di U.K dahulu .

“Sama dengan Hairy lah kan ?”tanya Ammar lagi .

Sarah mengangguk perlahan . Dia mendengus . “Kita nak pergi Mid Valley buat apa?” Sarah lantas menukar topik perbualan mereka sebelum sempat Ammar mengajukan soalan .

Ammar terdiam sejenak , dia pasti soalannya tadi telah membuatkan Sarah teringat akan arwah adiknya.

I’m sorry . I didn’t meant it . It jus...

“Saya tanya , kita nak pergi Mid Valley buat apa ?”tanya Sarah lagi , memotong kata – kata Ammar .

“Err.. Saya ingat nak ajak awak makan lepastu shopping sikit .”jelas Ammar .

“Okay .”

“Saya minta maaf .”tutur Ammar sejenak .

It’s okay . Not your fault .”balas Sarah sambil tersenyum .

**********

Toyota Vios milik Ammar pantas memasuki kotak parking yang kosong itu . Enjin dimatikan dan serentak lock terbuka .

Leggo.”ujar Ammar lantas membuka pintu kereta . Sarah tersenyum dan terus membuka pintu kereta , dia menuju ke arah Ammar yang sudah berada di belakang kereta .

Mereka berjalan seiring menuju masuk ke pintu lif yang terkuar luas . Butang 2 ditekan .

“Makan dulu ?”tanya Ammar .

Sarah berfikir sejenak . “I think I should say yes ?”jawab Sarah .

Ammar tergelak perlahan . “Nando’s ?”

Of course !”jawab Sarah teruja . Kali terakhir dia menikmati keenakan ayam dan chocolate larva di restoran itu adalah sewaktu dia keluar bersama Ain di Subang Parade .

Mereka berjalan beriringan namun terhenti seketika tatkala Ammar berhenti .

“Sarah . Saya rasa wallet saya tinggal dalam kereta . Awak tunggu sini dulu kay ? I’ll be right back .”jelas Ammar dan terus berjalan menuju ke arah lif .

Sarah menggeleng perlahan melihat telatah jejaka tampan itu . Dia mula berjalan – jalan di sekitar itu . Setelah penat , dia mula mengambil tempat di atas bangku yang disediakan di hadapan kedai – kedai di sekitar pusat membeli – belah itu .

Jam tangan dikerling . ‘Dah nak dekat lima belas minit mamat ni pergi . Ambik wallet ke buat wallet ?’ Sarah bermonolog sebentar .

‘Baik aku pergi tengok . Mana tahu ada apa – apa jadi ke ? Eh , kau ni Sarah ! Tak fikir bukan – bukan tak boleh ke ?’ Sarah mula berperaang dengan diri sendiri . Seketika kemudian dia terus bangun dan pantas berjalan menuju masuk ke dalam perut lif .

Sewaktu pintu lif itu terbuka di aras tempat letak kereta yang menempatkan kereta Ammar , Sarah pantas berjalan menuju ke kereta . Dia mula ternampak kelibat Ammar yang sedang mengunci keretanya menggunakan remote .

“Lambatnya awak ambik wallet ?”tegur Sarah mengejutkan Ammar yang baru sahaja berpaling .

Ammar melepaskan nafasnya perlahan dek terkejut dengan teguran Sarah sebentar tadi . “Lif stuck kejap tadi . Tu yang lambat . Sorry .”terang Ammar . Sarah mengangguk perlahan .

“Okay . Shall we go now ?”tanya Ammar .

Yes .”Sarah menjawab .

Mereka melangkah semula ke arah lif itu namun terhenti pabila satu susuk tubuh mula berdiri tegak di hadapan mereka . Sarah memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu .

“Apa lagi kau nak ni Farhan ?”tanya Sarah kasar .

“Kan saya dah cakap , saya nak awak .”jawab Farhan lembut . Ammar hanya diam melihat pertelingkahan kecil mereka berdua .

“Dan aku pun dah cakap yang aku tak nak dekat kau kan ? Apa lagi yang kau tak faham sebenarnya hah?!”jawab Sarah tegas .

“Jap jap . Farhan , boleh tak kau tak kacau dia . Apa lagi kau nak buat dekat sini ? Pergilah !”celah Ammar.

Farhan tersentak . “Kan aku dah cakap aku nak Sarah balik ! Ada masalah dengan kau ke ?”tengking Farhan .

“Mestilah ada masalah dengan aku . Sarah sekarang tengah keluar dengan aku , keselamatan dia semuanya atas tanggunggjawab aku dan sekarang dia dah tak nak cakap dengan kau . Yang kau sibuk nak kacau dia lagi apahal ? Tak cukup ke aku bagi kau sebiji hari tu ?”jawab Ammar keras .

Farhan mula berang dengan kata – kata Ammar itu . Mata lelaki itu dipandang tajam ,Sarah yang melihat reaksi Farhan itu mulai risau . Farhan tanpa menunggu lama terus melayangkan sebiji penumbuk tepat di pipi kiri Ammar . Ammar yang masih belum sedia itu terus terduduk di atas lantai itu .

Sarah mula membantu Ammar untuk bangun . Dia berdiri tegak di hadapan Farhan . Mata Farhan direnung tajam .

“Kau dah kenapa ? Tak faham bahasa dah ? Aku dah cakap , aku tak nak dekat kau . Tak faham ke ?! Nasib kau lah , siapa  suruh kau tinggalkan aku dulu ? Ni lah yang kau dapat ! Tak payah tergedik – gedik nak dapatkan aku balik lah , sebab kau takkan pernah dapat aku !

Dengar sini Farhan Aizril , kau tu dah kahwin ! Dah ada anak dah pun , so berhentilah kejar aku . Aku tak nak dekat kau ! So , stop it ! Because of one thing , and the one thing is , I HATE YOU DAMN MUCH !” ujar Sarah separuh menjerit . Ammar memegang lengannya erat untuk menenangkan dirinya yang dilanda kemarahan .

Farhan terdiam . Sarah mula menitiskan air mata di hadapan lelaki itu . “Dah Sarah , jangan nangis . Jom, saya hantar awak balik .”tutur Ammar sambil memaut tangan Sarah kembali semula ke kereta Ammar .

Ammar menjeling tajam ke arah Farhan sewaktu dia sedang berjalan sambil memaut lengan Sarah ke kereta . Semoga dengan penjelasan lengkap Sarah sebentar tadi akan menyedarkan Farhan .

Continue Reading

You'll Also Like

1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
100K 2K 17
SHAHRUL MATEEN x ALAILA SOFEA Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita. Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita y...
2.6K 253 55
Pertemuan demi pertemuan,terdetik sesuatu rasa di hati Umar.Perasaan yang sukar ia jangkakan.Hatinya juga mengatakan bahawa Bunga adalah jodohnya. Bu...
3.9M 158K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...