Muzika Melodia

Oleh Merci_Misha

491K 41.1K 2.6K

Muzika Melodia. Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik... Lebih Banyak

💎1💎
💎2💎
💎3💎
💎4💎
💎5💎
💎6💎
💎7💎
💎8💎
💎9💎
💎10💎
💎11💎
💎12💎
💎13💎
💎14💎
💎15💎
💎16💎
💎17💎
💎18💎
💎19💎
💎20💎
💎21💎
🌸Pengenalan di tengah cerita🌸
💎22💎
💎23💎
💎24💎
💎25💎
💎26💎
💎27💎
💎28💎
💎29💎
💜Hai!💜
💎30💎
💎31💎
💎32💎
💎33💎
💎34💎
💎35💎
💎36💎
💎37💎
💎38💎
💎39💎
💎40💎
💎41💎
💎 42 💎
💎43💎
💎44💎
💎45💎
💎46💎
💎 47 💎
💎48💎
💎49💎
💎50💎
💎51💎
💎52💎
💎53💎
💎54💎
💎55💎
💎56💎
💎57💎
💎58💎
💎59💎
💎60💎
💎61💎
💎62💎
💎63💎
💎64💎
💎65💎
💎66💎
💎68💎
💎69💎
💎70💎
💎71💎
💎72💎
Gempita Raya 2020
💎73💎
💎74💎
💎75💎
💎76💎
💎77💎
💎78💎
💎79💎
💎80💎
💎81💎
💎82💎
💎83💎
💎84💎
💎85💎
💎86💎
Epilog
💝Dear Musicians💝
🎶Let's chill🎶
Susuruprise!

💎67💎

3.8K 404 3
Oleh Merci_Misha

Selepas menjalani latihan buat beberapa jam, kami semua diarahkan untuk berehat atau pergilah ke mana-mana selagi mana tidak melangkah keluar dari kediaman milik keluarga Aden ini. Sudahlah besar persis istana, aku boleh menjelajah satu rumah nilah kan maksudnya?

"Mana pula Faron ni pergi?" Bisikku sendiri sambil berlegar-legar di setiap lorong yang ada. 

Lydia tidak bersama aku sebab dia kata dia ingin melaporkan sesuatu pada Lady Beatrix. Aku tidak tahu apakah ia tapi mungkin tentang organisasi Zamrud?

Aku melangkah tangga yang berpusing-pusing bentuknya menuju ke atas. Hmm, pintu dan pembantu rumah sahaja yang aku banyak nampak.

"Hailey!" Panggil seseorang dari hujung lorong tersebut dengan riang sekali. Apabila menoleh, rupa-rupanya kakak sulung Faron iaitu Fayre Aden, yang menegur aku.

"Ya?" Balasku sebaik sahaja dia menghampiri aku dengan berlari.

Hyper betul kakak Faron yang seorang ini. Aku baru jumpa seorang. Belum adik-beradiknya yang lain.

"Apalah Faron ni tinggalkan awak. Saya call dia kejap." Ujarnya sebelum mengeluarkan telefon pintarnya dari poket. Butang pada telefon ditekan lalu diletakkan ke telinganya.

Aku mendiamkan diri sambil memandangnya yang berwajah serius melihat ke tempat lain.

"Mana kamu? Apa tinggal-tinggal si Hailey seorang diri? Datang sini sekarang! Dekat mana? Ummm, dekat tingkat tiga blok yang ada dewan perbincangan tu. Ha ya, dekat sini. Aduh cepatlah, tak payah membebel. Bukannya kakak yang bawa dia ke sini." 

Entah apa yang dibualkan oleh mereka berdua, aku hanya dapat mencuri dengar dari pihak Fayre sahaja. Dengar macam Faron akan datang ke sini tidak lama lagi.

[Skip]

"Kakak!" Faron muncul di hujung lorong sebagaimana aku bertemu dengan Fayre di sini.

Kami berdua yang sedang duduk di sebuah kerusi berdekatan tersentak dengan jeritan itu. Termengah-mengah dia mendekati kami setelah lama berlari.

"Hailey, dia ada buat apa-apa dekat awak? Tanya soalan pelik-pelik ke?" Soal Faron risau sambil cuba untuk menolak Fayre agar menjauhi aku.

"Apa kamu ni?! Kakak bukannya jahat. Mulut tu jaga sikit eh." Marah Fayre tidak puas hati. Dia membalas perbuatan Faron dengan tolakan.

Ah sudah, bergaduh pula di sini.

"Maaf ganggu tapi kenapa kak Fayre panggil Faron ke sini?" Soalku pura-pura tidak tahu. Walhal gaya aku tadi nampak sangat macam aku cari Faron.

Fayre berhenti mencekik Faron lalu menoleh ke arahku dengan senyuman. Dia segera menarik Faron agar berdiri di sebelahku.

"Faron, kamu bawa dia jalan-jalan. Nanti kalau dia jadi keluarga kita, tak pasal-pasal sesat dalam ni."  Arahnya tegas kemudian meninggalkan kami yang terpinga-pinga.

Kami berdua berdiri tegak di situ seketika sebelum Faron memecahkan kesunyian antara kami.

"Jom." Ajaknya sambil menghulurkan tangannya untuk aku sambut. Perlahan-lahan aku menyambut tangannya.

Selepa itu, kami pun mula meneroka bangunan keluarganya yang serba mewah ini.


~~~~~~~~~~~~


Aku betul-betul takjub dengan tempat ini. Besar dia, kalah rumah aku walaupun keluargaku antara yang terkaya dan terbesar di Ochestra World. Tempat yang paling menarik perhatian aku ialah perpustakaan, studio muzik, grand hall pementasan muzik dan teater, dan pastilah taman pokok serta bunga yang dipanggil Garden of Notes.

Kini, kami berdua sedang melepak di tembok yang mana belakangnya dipenuhi pepohon yang cantik dicantas dahannya. 

"So Faron, awak ada berapa adik-beradik?" Soalku setelah termenung memandang langit petang yang beraneka warna panas.

Faron turut mendongak memandang langit. "Dua kakak, seorang abang dan seorang adik lelaki." 

"Kakak dan abang saya ada yang sudah bekerja dan berkahwin. Fayre sibuk dengan kerjaya dia jadi dia tak kahwin lagi walaupun dia anak sulung. Adik lelaki saya pula tiada di rumah kerana dia ikut ayah saya ke Australia untuk performance pertama dia." Sambung Faron lagi.

Kagumnya aku. Kecil-kecil lagi sudah ke luar negara untuk membuat persembahan walhal aku terperap di rumah tika umur tersebut. Bila sebut tentang keluarga ni, aku rindu pula dengan ayah, abang, kakak dan mama.

Tu veux juste de l'attention,
Tu ne veux pas de mon cœur,
Tu n'aimes pas l'idée que je n'sois pas avec toi.

Telefon pintarku yang berdering mengganggu suasana aman itu. Aku mengeluarkan telefon tersebut dari poket seluarku maka terlihatlah nama yang tertera.

"Uh, Faron. Saya nak angkat panggilan ini ya?"

"Okey."

Aku turun dari tebing tersebut lalu menekan butang hijau. Tak sabarnya nak tahu hasrat kenapa abang menghubungi aku.

"Oui, allo!" Sapaku dengan gembira sekali.

"Hail- Hailey- ini abang. Buat masa ni, jangan balik Perancis. Tak kira apa pun yang terjadi." Tanpa membalas sapaanku, abangku Keane berkata cemas.

Aku mengerutkan dahi tanda tidak faham. "Eh, kenapa pula?"

"Ayah, kakak, Lilac, mereka- Prang!"

Tit! Talian terputus sebaik sahaja bunyi sesuatu menghempas lantai bergema di gegendang telingaku. 

"Abang? Abang?!" Suaraku hampir menjerit. Namun, aku tahan jua kerana Faron berada tidak jauh dari aku.

Tapi.... Apa yang sudah berlaku? Apa yang terjadi di Perancis? Kalau keluarga aku dalam bahaya macam mana?

Aku menyimpan semula telefon ke dalam poket lalu menghampiri Faron yang sedang duduk bersendirian. Matanya sedang tekun menatap telefon pintar hologram-nya.

"Eh, apa jadi?" Suaranya berbisik. Aku mengintai apa yang sedang dibacanya dari belakang.

Satu paparan berita sedang tular di media massa. 

"Keane Chanson hilang sewaktu latihan... Halley Chanson tidak hadir ke persembahan... Tiada khabar tentang Hilaire Chanson yang menjalankan perniagaan alatan muzik... Professor Lucas yang terkenal telah hilang dari tempat kerjanya..." Baca Faron setiap tajuk yang tertera. 

Mataku membulat. Setiap kali dia menggerakkan paparan itu ke bawah, setiap kali itu hatiku remuk dan retak seribu. Keluarga aku ke itu? Betul ke? Air mataku yang tertahan bagaikan tidak ingin mempercayai apa yang telah berlaku.

"Wait, what the... What happened to that family?!" Faron menyoal sambil membesarkan paparan itu. 

Keluarga yang paling disanjungi dan paling merendah diri telah hilang secara tiba-tiba seorang demi seorang. Perkara ini adalah perkara yang serius kerana penyumbang utama dalam industri muzik ini telah lenyap. Mereka hilang, dunia akan merudum.

"Kejap..." Faron memicingkan matanya bagi membaca lagi apa yang tertera. "Khabar angin berkenaan anak terakhir keluarga Chanson. Siapakah dia? Adakah dia benar-benar ada atau disembunyikan? Adakah ini ada kena mengena dengan kehilangan Katheriane Chanson?" Bacanya lagi dengan jelas. 

Nafasku turun naik bagaikan baru sahaja lepas berlari. Jantungku berdetak hebat. Bagaimana perkara ini boleh bocor? Pasal mama hilang pun pihak media boleh tahu. Adakah semua kerja Lilac di sebalik semua ini?

Apa yang terjadi sewaktu aku tiada di rumah?

Dan juga tentang aku... Kewujudan aku hanyalah satu khabar angin yang hanya sesetengah rakyat sahaja yang tahu. Mereka yang tahu pula, diarahkan untuk mengunci mulut setelah pemergian datuk aku dari dunia ini.

Kaki aku terasa lemah. 

"Faron..." Panggilku perlahan.

Dia berpaling ke belakang dengan riak terkejut. "Oh kau rupanya. Aku ingatkan siapalah tadi. Lamanya call. Call dengan siapa tu?" Soalnya setelah terlihat wajahku yang kian muram.

Aku mengigit bibir bawah sekejap lalu menguntum senyuman kecil. "Saya nak berehat ya di bilik. Saya pergi dulu." Pintaku lalu berjalan pergi.

Faron menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Okey?" Balasnya walaupun pelik dengan riakku yang tiba-tiba berubah.


~~~~~~~~~~~~~


Di ruang utama milik kediaman keluarga Aden, hanya lapan orang pelajar sahaja yang berada di situ untuk meluangkan masa bersama.

"Mana Hailey?" Tanya Mayu, risau. Kali terakhir dia nampak sahabatnya itu sewaktu latihan pagi tadi.

Faron menjongketkan bahu sebagai jawapan. "Lepas kami bersiar-siar di luar tadi, dia kata dia nak berehat."

"Ummm, kalian ada baca berita tak? Tular sungguh sekarang ini tentang keluarga itu." Sibuk Reuben yang baru sahaja menutup telefon pintarnya.

Semua mengangguk dengan wajah yang sedih. 

"Sebagai seorang warga Perancis, saya turut bersimpati terhadap perkara yang berlaku. Saya rasa Hailey, sebagai seorang yang agak rapat dengan keluarga tu, mesti sangat sedih terhadap perkara itu." Ujar Justin jujur.

"Mana awak tahu ni?" Soal Min Hyuk, hairan.

Justin tersenyum kecil. "Dia pernah beritahu." Balasnya tenang.

Justin menoleh ke arah Lydia yang sedang memandangnya. Cepat-cepat Lydia mengalihkan wajah sebelum menjeling Justin menggunakan ekor matanya. 

"Kalau macam ni, mesti sedih dia nak balik Perancis nanti." Duga Talha sambil menongkat dagu. Olivia yang berada di sebelah mengangguk mengiyakan.

Lydia meraup wajahnya. Hatinya panas dan dipenuhi dendam. Bukan dendam terhadap Darya yang merupakan anak kepada ketua organisasi Lilac, tetapi dendam terhadap apa yang telah terjadi terhadap keluarga yang harus dilindungi itu. Mujur sekali Hailey bersamanya ketika ini.

Logan yang bersama dengan keluarga Chanson itu... Buat apa pula?!

"Lydia..." Panggil Justin lembut.

Lydia berpaling ke arah Justin perlahan-lahan. Nampak sekali yang dia sedang cuba untuk menghilangkan resah di hati. Senyuman Justin yang manis itu mengurangkan sedikit rasa amarah yang bergelora.

"Awak sudah lakukan yang terbaik. Jangan risau." 


Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

7.2K 409 17
Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Faris Izakwan yang lemah dan selalu dibuli di sekolahnya. Pada suatu hari hidupnya mula berubah apabila F...
80.2K 8.8K 63
GENRE (FANTASY/MYSTERY/ROMANCE) [BOOK 1] Gadis biasa Meena yang telah kehilangan kakak kembarnya secara tiba-tiba kini bernekad untuk menyelesaikan m...
148K 1.8K 20
Selamat Datang Ke Kampung Celah Bedah Siri 4 , Adault Malay Scandel Story , kesinambungan dari siri siri sediada . Banyak berkisar peristiwa yang ber...
141K 15.6K 122
Darra Emerson untuk mereka yang tahu rahsia dia. Tapi untuk pandangan umum,nama yang dikenalkan ialah Darius Emerson. Sebelum tu jangan salah faham...