The Starry Sky + kth

By -channa

123K 20.8K 10.5K

2020 [completed] + between friendship and love More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Final Chapter
S2 | Chapter 1
S2 | Chapter 2
S2 | Chapter 3
S2 | Chapter 4
S2 | Chapter 5
S2 | Chapter 6
S2 | Chapter 7
S2 | Chapter 8
S2 | Chapter 9
S2 | Chapter 10
S2 | Chapter 12
S2 | Chapter 13
S2 | Chapter 14
S2 | Final Chapter
S3 | Chapter 1
S3 | Chapter 2
S3 | Chapter 3
S3 | Chapter 4
S3 | Chapter 5
S3 | Chapter 6
S3 | Chapter 7
S3 | Chapter 8
S3 | Final Chapter
EPILOGUE

S2 | Chapter 11

2.2K 436 175
By -channa

***********

Disebabkan sekeping gambar, Yunjae menangis teresak esak. Ini kali pertama dia tengok Taehyung buat perkara macam tu tanpa pengetahuan dia. Yunjae kenal Kim Taehyung, lelaki dingin tu takkan senang senang keluar dengan perempuan lain apatah lagi buat benda tak senonoh. Tapi entah, sejak Taehyung sendiri yang cuba untuk jadi kejam lepas dorang berjumpa balik. Kepercayaan dekat Kim Tae makin lama makin pudar. Boleh kata terhapus, cuma belum sepenuhnya.

Keluhan dihela, air mata yang terus terus mengalir dibiarkan.

"Sebab ni ke awak berubah.."

Hampir berejam berendam dengan air mata, gadis itu buat keputusan untuk bersihkan diri. Terasa tenang lepas bersentuhan dengan air jernih. Hati yang membara pun boleh terpadam.

Selesai mandi Yunjae langsung keluar dari biliknya menuju ke balkoni untuk mengambil baju yang sudah kering. Kening Yunhee berkerut bingung melihat wajah kakaknya yang sembap. "Yunjae, eomma suruh kau makan sarapan ni sebelum keluar." kata Yunhee yang sibuk mengikat rambutnya.

Namun ayat dia tergantung sepi dek kerana dipalau oleh Yunjae. Makin tertanya tanya dibuatnya, sebelum ni tak pernah pulak kakak dia tu abaikan dia sampai macam tu sekali. Mungkin mood dia tak berapa baik, desus hati kecilnya.

Pantulan cermin memaparkan raut wajahnya yang sembap, terlalu lama menangis. Sedih. Jari menyentuh sedikit kelopak mata yang terlihat seperti mengantuk tu. Keluhan dilepaskan. Yunjae menggapai beg sandangnya bingkas menapak keluar dari bilik. Pintu rumah dikuak perlahan, tiada tenaga.

Serentak pintu rumahnya terbuka, mereka berdua bertembung mata. Kelihatan lelaki dingin di hadapan rumahnya yang berwajah sedikit bengkak turut beransur keluar. Taehyung sedar jam 3 pagi dia masih tertidur dekat pejabat, dia pun tak ingat macam mana dia boleh terlelap lama. Mungkin dilanda kepenatan. Tapi malangnya dia sendiri tak tahu apa yang jadi. Kening lelaki itu berkerut bingung.

Gadis itu tidak menegur ceria seperti selalu, dia langsung mengunci pintu dan berjalan pergi. Taehyung mengekori dari belakang, masuk ke dalam lif yang sama.

"Kau okay?"

"Eoh."

"Macam tak je?"

Yunjae memandangnya sekilas, "Tak penting." sejurus itu dia mengatur langkah pergi menjauh sesaat pintu lif terbuka. Meninggalkan Taehyung dengan mata yang terkebil kebil dungu.

Apa yang Yunjae tahu, dia perlukan masa untuk terima semua benda tu dan percaya dengan Taehyung.

**************

Papan slate dipukul kuat. Tamat scene terakhir untuk hari ini. Semua orang mula mengemas untuk pulang. Yunhee menyeka peluh di dahi dengan hujung lengan seraya memerhati reaksi pengarahnya iaitu Taehyung. Ragu ragu tapi nak tahu. Tak ada motif kuat, cuma tertanya tanya dan mungkin ada secalit kerisauan? Langkahnya diorak ke arah lelaki yang sedang menyelak helaian kertas dengan tekun itu.

"PD-nim.."

"Eoh?"

"Boleh saya cakap sikit? Privacy."

Lambat lambat Taehyung mengangguk, mereka mencari ruang lain untuk bersuara. Sementara dari jauh Jungkook sempat mengerling cemburu ke arah mereka berdua. Apa pulak yang si pengarah tu nak buat dengan Yunhee? Entah entah dorang ada hubungan? Itulah yang bermain dalam fikiran budak lelaki tu.

"Apa?"

Yunhee menggaru belakang tengkuknya, "Macam ni. PD-nim ada hubungan dengan kakak saya kan? Do Yunjae."

"Huh?"

"Saya tahu korang ada hubungan sebab saya pernah nampak album dalam bilik Yunjae ada gambar korang berdua. Erm, bukan nak masuk campur, tapi sejak kebelakangan ni Yunjae nampak pelik. Pucat semacam. Ada apa apa ke?"

Taehyung turut memberi riak berfikir, "Ani.."

"Em mungkin nampak macam saya masih orang asing dengan Yunjae. Tapi dia still kakak saya, and saya risau bila dia senyap macam tu. Tak makan."

Lelaki dingin itu masih sibuk berfikir. Dia pun tak tahu dia ada buat salah apa dengan Yunjae sampai budak perempuan tu asyik nak elakkan diri dari dia. Lagipun Taehyung sedar kalau Yunjae makan hati dengan perangai dia yang asyik kejam dan dingin memanjang. Tapi pelik bila Yunjae jadi tak layan semua orang.

"Saya harap lepas saya bagitahu ni saya tengok ada lah perubahan dekat Yunjae. Em itu je. Kamsahamnida." Yunhee menunduk separa tubuh seraya mengatur langkah pergi.

"E..eoh."

***********

Aku bermain dengan chopsticks, digaul dengan nasi tanpa masukkan ke dalam mulut. Sekarang tengah duduk elok dekat kedai makan seorang diri. Belum ada mood nak balik rumah. Aku fikir selera makan dekat rumah dah tak ada, jadi aku pun try makan malam dekat luar. Hampeh.

"Tak elok main dengan nasi tu."

Kepala didongak, ada seorang lelaki berpakaian hitam bersama mask dimulutnya mengadang wajah dari terlihat. Dia menurunkan sedikit seraya melambai ramah.

"Hehe, saya lah noona."

"Eoh Jungkook...?"

Lelaki itu terus melabuhkan punggung di hadapan aku tanpa diajak atau disuruh. Cergas memanjang budak ni, tak penat agaknya. Siang shooting, dengan jadual konsert lagi. Tapi bibir tu asyik senyum je. Ini kenapa aku minat dia dari dulu. Acewah. Kehadiran Jungkook memberi sedikit pancaran sinar semangat dalam diri aku.

"Em Kook datang sorang je cari makan. Lagipun hyung semua dah makan kat rumah, tu yang datang sini. Ternampak pulak noona. Hehehe asyik tak sempat je nak bertegur lepas kejadian hari tu."

Aku tertawa halus, "Ahh jinjja? Gwaenchana. Noona faham kamu busy."

"Mianhae. Tak sempat nak mintak maaf sebab salah orang. Kook betul betul ingatkan noona memang Yunhee."

"Yah tak apalah. Noona pun tak expect yang kamu kenal dengan si Yunhee tu sampai boleh silap. Kamu dah lama ke kenal dengan dia?"

"Eoh. Since 6 tahun lagi. Yunhee tu sombong dulu susah nak dekat. Dia tak ada kawan sebab buat hal dia sendiri. So Kook kawan dengan dia and membesar dengan dia. But yeh, disebabkan jadi trainee kitaorang terpisah and Yunhee pun ikut appa dia pindah China. Itu yang Kook happy sangat dapat jumpa noona masa tu. Mati mati Kook fikir itu Yunhee." ujar Jungkook penuh reaksi sendu.

"Ahh.. algaesseo."

"Dulu Kook tahu yang Yunhee ada kakak, dia pernah cerita. Tapi korang berdua terpisahkan, happy tak dapat jumpa balik?"

Kening aku bertaut, "Yunhee tahu dia ada kakak?"

"Eoh. Dia kata appa dia cerita and dia ada gambar korang berdua. Dia pernah kata dia teringin nak jumpa noona tau. Tapi disebabkan dia kena pindah tak sempatlah nak cari noona."

Maksudnya, memang aku sorang yang tak tahu aku ada adik. Patutlah Yunhee langsung tak terkejut lepas dapat tahu aku kakak dia. Siap boleh leklek tenang je duduk sebumbung. Aku sorang je yang dungu tak pernah tahu pasal hal keluarga sendiri. Heol, aku kakak tak guna.

"So, macam mana hubungan kamu dengan Yunhee?"

"Ah molla. Dia tu garang betul. Mungkin dia marah sebab Kook tinggalkan dia dulu. Geundae gwaenchana, Kook happy dapat jumpa dia hari hari." Jungkook tersengih panjang seraya menyedut air minumannya.

"Jangan mengalah. Yunhee tu sayang dekat kamu lagi. Tapi dia ego. Biasalah ajet ajet je tu. Tapi pasal keychain pun jealous macam apa."

Jungkook tertawa besar, "Jinjja?"

"Eoh. Ala noona dulu memang suka simpan keychain kamu. Kekadang sampai sanggup pergi rumah member nak ngemis benda tu. Tapi peristiwa senapang tin dengan Seungneung tu memang bukan kaleng kaleng ah." aku pun dah ketawa teringat kisah silam. Zaman kebuduhan masih menyelubungi diri.

"Tahu takpe. Eh tapi noona pun boleh menarilah maksudnya kan? Dulu noona menari gempak lah. Kook jadi juri misteri masa tu dengan hyung lain."

"Hekhek yashe yashe je. Dah lama tak menari. Dulu aktif kelab dekat sekolah tu yang boleh menari sikit sikit."

************

Mata Taehyung masih setia menjengil tajam ke arah kaca restoran berdekatan tempat kereta yang dia letak tepi jalan. Dia memerhati tanpa jemu. Dah berejam jugak dia tengok drama Jungkook dengan Yunjae dari dalam kereta tu. Maklumlah dia pergi follow Yunjae sejak budak perempuan tu balik kerja lagi tanpa pengetahuan dia. Nak tahu apa yang tak kena tapi segan nak tegur, inilah padahnya. Hati dah membuak buak nak pergi serang. Tapi disebabkan tak nak jatuh martabat sebagai seorang lelaki yang dingin, terpaksalah dia tunggu.

Lama lama perbualan dorang berdua makin mesra. Siap ketawa bertampar tampar lagi. Makin panas lah hati Kim Taehyung.

"Buat apa seh."

Akhirnya hampir Taehyung terlelap, dia tersentak dari lenanya. Jungkook dan Yunjae jalan seiringan keluar dari kedai. Lelaki tu terus pandu kereta mengekori mereka berdua, dari naik bas sehingga ke destinasi.

Struggle is real.

Yunjae berlambaian dengan bas yang ditingkapnya ada Jungkook turut menghayun tangan. Itu kalau orang dalam bas tahu ada idol dekat situ mahu runtuh.

Taehyung masih setia mengekori Yunjae yang berjalan kaki tenang menyusuri jalan untuk pulang ke apartment mereka. Disebabkan dah tak sabar, Taehyung letak kereta dekat tepi jalan, tali pinggang dicabut kasar sebelum berlari anak keluar dari perut kereta. Tangan gadis itu diraih, Yunjae berpaling dengan riak terkejut.

"Kamchagiya!"

"Yah Yundo.."

"E..Eoh.. Taehyung-ah.."

Tanpa mempedulikan apa apa Taehyung mendakap tubuh gadis polos itu. Erat. Dia buang segala ego yang menggunung, perasaan takut menerkam diri. Takut kalau dia terpaksa hilang Yunjae lagi.

"Kenapa kau jauhkan diri dari aku.." suara garau itu kedengaran redup di telinga.

Yunjae memejam mata seraya menolak tubuhnya jauh dari pelukan, "A..Awak nak apa. Kita tak ada urusan. Macam yang awak cakap."

"Ada. Aku tak suka kau macam ni."

"Habis awak nak yang macam mana?"

"Macam dulu.."

Mata mereka berdua kian berkaca namun masih memendamnya. Nafas ditarik sedalam dalamnya sebelum dihela kasar. Bawah bibir sempat diketap kuat. Menahan perit.

"Awak.. orang yang cuba padam kisah dulu."

"Mian.. aku tahu.. aku tahu kau dah ingat aku. Jimin datang jumpa aku lepas kejadian tu. Tapi aku masih dengan perangai yang sama. Mianhae."

Yunjae tertawa palsu, "Wah.. awak tahu tak berapa lama saya tunggu awak? 6 tahun Taehyung.. 6 tahun.. saya menderita. Saya cuba untuk sembuh seorang diri. Sebab saya tahu saya ada kisah silam yang berharga. Saya tak menyesal saya ingat awak semula sebab awak orang yang berharga dalam kisah silam saya." air mata jatuh mengalir sebak.

"Tapi awak? Awak masih dengan sikap awak yang macam ni lah. Tak tentu."

"Perasaan aku tetap sama. Aku tak pernah.. lupakan kau."

"Saya tahu. Saya cuma kecewa dengan awak. Saya cuba faham awak sebab saya kenal awak, tapi makin hari saya tak kenal awak.. Kim Tae."

Air mata Taehyung mula menyapa wajah mulusnya, "Aku takut.."

"Aku takut.. setiap kali jumpa kau.. aku tak tahu macam mana aku nak tebus salah aku. Aku cuba untuk lari dekat kau, peluk kau, kata aku rindu kau. Tapi aku tak boleh.. aku takut.." luahan kali pertama yang berkurun terbuku di dada. Perit liurnya ditelan dalam diam. Hidung merona merah bersama air mata yang mencurah. Bibirnya pula bergetar.

Yunjae mengukir senyuman nipis. Ini lelaki dingin yang sebenar, lelaki yang dia kenal. Dia tahu lelaki di hadapan dia sekarang memang Kim Taehyung. Budak dingin yang tak pernah nak cakap apa yang dia rasa.

"Yah.. uljima.." Yunjae merapati tubuhnya perlahan lahan, "Kenapa awak nak takut, saya tak pernah salahkan awak. Saya selalu kata saya percaya dengan awak. Eoh?"

"Habistu.. kenapa kau jauhkan diri.."

Gadis itu menghela keluhan perlahan. Ini semua salah gambar yang Joo hantar dekat dia beberapa hari lepas. Hampir buat kepercayaan dekat Taehyung rapuh. Jari Yunjae naik menyentuh wajah lelaki itu, menyeka air matanya.

"Tak ada apa lah. Mianhae."

"Tipu."

"Betul."

"Kau.. ada apa apa ke dengan Jungkook?"

"Ish tak ada lah."

Taehyung melepaskan jam tangan pintar yang dipakainya setiap hari pada pergelangan tangan kemudian diseluk ke dalam poket seluar. Lelaki itu merangkul pinggang kecil Yunjae sehingga merapati tubuhnya dengan jarak sejengkal. Mata gadis polos itu terkebil kebil bingung, sekarang dia faham kenapa Taehyung cabut jam tangan dia. Nak elakkan bunyi tak guna tu keluar disebabkan degupan jantung dia akan meningkat. Perit liur ditelan kuat sebaik sahaja Taehyung mula menyatukan dahi mereka.

"B..Bwo?"

"Maksudnya aku dah boleh cium kau."

_____________________________


Continue Reading

You'll Also Like

72.2K 6.4K 17
"jinu unnie ! kookie nak biskut tu !" -jeon jungkook "kenapa la aku kena jaga orang dewasa lagi berbulu tapi perangai macam budak-budak ni"-park jinu...
1.8K 140 16
Kisah si Abang yang telah jatuh cinta kepada adiknya. Bahkan itu adalah adik kandungnya. Akankah cinta itu direstui atau ia akan kekal sebagai cinta...
5.9K 548 44
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
28.6K 1.6K 49
Mengisahkan Alicia yg merupakan seorang anak yatim piatu. Dia tlh kehilangan G. Rama dn uncle2nya disbbkan terkorban dlm satu misi. Sjk dripd hri itu...