HERO SEORANG REPORTER

By thectyyy

90.3K 5.9K 233

Wedding swordbearer! Kahwin dengan Leftenan! Itulah impian kecil yang sering diimpikannya. Siapa sangka dahu... More

HSR 1
HSR 3
HSR 4
HSR 5
HSR 6
HSR 8
HSR 7
HSR 9
HSR 10
HSR 11
HSR 12
HSR 13
HSR 14
HSR 15
HSR 16
HSR 17
HSR 18
HSR 19
HSR 20
HSR 21
HSR 22
HSR 23
HSR 24
HSR 25
HSR 26
HSR 27
HSR 28
HSR 29
HSR 30
HSR 31
HSR 32
HSR 33
HSR 34
HSR 35
HSR 36
HSR 37
TIOMAN ISLAND❀
HSR 38
HSR 39
HSR 40
HSR 41
HSR 42
HSR 43
PENGHARGAAN
BERITA CTYYY ❀

HSR 2

2.9K 192 6
By thectyyy

Sekolah Menengah Agama Kayu Cendana

Pagi yang tenang bertukar kelam kabut apabila waktu menginjak ke 7:15 pagi. Bagi semua pelajar Sekolah Menengah Agama Kayu Cendana atau SMAKC, sudah kebiasaan bagi mereka untuk berhimpun pada setiap hari di Dewan Mahkota.

Mereka akan memulakan pagi mereka dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang dipasang di speaker. Selalunya Surah Fatir memandangkan surah tersebut adalah antara surah syafawi ketika peperiksaan SMA nanti.

Kelihatan beberapa pelajar berlari-lari kerana tidak mahu ditahan oleh pengawas dan didenda dengan Umi Aida. Siapa Umi Aida? Kejap lagi kita cerita.

Selesai bacaan al-Quran, pengawas bertugas mempersilakan GPK HEM memberi ucapan kerana ada perkara yang hendak disampaikan. Melihat pada raut wajahnya, jelas menunjukkan bahawa dia sedang menahan amarahnya.
Adalah tu nak bebel lagi.

"Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi. Dah lama rasanya saya tak bercakap kat depan ni kan? Dan kamu semua pun sedap buat perangai ya? Kamu tau pukul berapa last masuk dewan? Dah berapa tahun kamu hidup kat sini. Tak kan tak ingat-ingat lagi. Apa la nak jadi dengan kamu ni blablablabla...... "celoteh Umi Aida serupa mecine gun.

Hish tak baik kutuk cikgu, tak berkat ilmu kau. Gagal periksa baru padan muka kau.

Seisi dewan yang dipenuhi pelajar SMACK itu hanya terdiam sahaja mendengar setiap kata-kata yang dilontarkan oleh GPK HEM tersebut.

"Apa la ustazah ni membebel. Yang pelajar pun satu, dah tahu peraturan tu, ikut jela. Bukan susah pun. Haih la," ujar Akamar perlahan. Dia memandang seisi dewan. Ada yang rajin catit apa yang Umi Aida cakap. Pengawas ada yang tulis nama pelajar yang bising. Pelajar biasa ada yang mata mulai memberat. Contohnya seperti rakannya di sebelah ini, Wani dan Yani. Bukan main lena lagi.

'Tak boleh jadi ni, aku kene tidur. Peluang depan mata jangan sis-siakan.' Mata yang ditahan-tahan sejak tadi mulai memberat apabila dia sendiri boleh menjangkakan bahawa bebelan Ustazah Aida lama lagi.

Belum beberapa waktu dia tiba di alam mimpi, tiba-tiba matanya segar apabila mendegar sebaris nama.

Muhaimin.

Ya nama dia. Apabila Akamar mengangkatkan wajahnya memandang ke hadapan dan ...

Deg!

Mata coklat gelap miliknya bertemu dengan wajah lelaki itu yang sedang memandang tepat ke arahnya.

Saat itu, dia merasakan ada perasaan halus yang mulai meresap ke dalam tangkai hatinya. Namun laju ditepis perlahan seraya mulut mengucapkan istighfar.

'Astaghfirullah,' disamping tubuh tinggi Muhaimin itu, ada juga Faris dan Aqif. Well apa namanya jika tak bersama. Ni mesti lambat masuk dewan lagi.

"Weyh, tu bukan Muhaimin crush kau ke? Apa la, perangai tak semenggah macam tu pun kau nak kan. Macam langit dengan bumi kot." Komen Izzah laju apabila melihat Muhaimin didenda di hadapan.

"Ehh kau. Kau nak komen lebih-lebih dah kenapa? Bukannya diorang couple ke apa. Muhaimin tu je yang minat kat Mar ni. Kau kenapa? Jealous? " Sembur Yani apabila melihat Izzah yang dari tadi asyik bercakap tentang Muhaimin. Akamar memandang ke arah Yani yang tiba-tiba menyampuk. Bila dia bangun?

Melihatkan Izzah yang hendak membalas laju Akamar terus memotong dahulu.

"Dah la korang ni. Macam budak-budak. Biar lah dia. Dia dah besar kan. Nak kena denda ke, kene rotan ke, aku tak kesah. Baik korang diam sebab aku tengok Ecah dah pandang-pandang sini. Nanti ada yang kene ambik nama. Silap-silap korang berdua join sekali mamat bertiga tu kena denda," ucapan Akamar menghentikan pertelingkahan antara mereka berdua.

Akamar kembali mengarahkan pandangannya ke arah depan semula. Dan ya, sepasang mata Muhaimin masih tunak memandang ke arah Akamar sebelum tertunduk sedikit.

Muka dia cukup bersahaja. Santai sangat masalahnya ni.

'Dia ni tak takut ke? Tak malu ke dia? Ke urat malu dia dah putus?'

Soalan itu berlegar-legar dalam kepala otak seorang Nureen Akamar. Sedikit sebanyak Akamar agak terusik dengan kata-kata yang keluar dari mulut Izzah tadi.

Ya memang. Memang Muhaimin pelajar bermasalah di sekolah ini. Dia sendiri pun tak nafikan. Tapi bagi dia, tak perlu nak tuding jari seolah-olah hanya dia seorang sahaja yang salah. Sedangkan jasa dia sebelumnya dilupakan begitu sahaja.

'Kau dah kenapa Mar? '

'Bukan main bela lagi,'

'Bukan lah. Bukan bela.'

'Dahtu? '

'Ishhhh! '

Otak dan hatinya berperang seketika. Malas dia nak degarkan kata hati dan kata akalnya yang tak berapa betul ni.

"Saya nak kamu bertiga bersihkan surau terbuka tu tiga hari berturut-turut bermula hari ini. Faham?"

Ketiga-tiga figura lelaki yang berada di depan hadirin itu hanya mengangguk perlahan.

"Ini ingatan keras pada pelajar lain juga ya. Jangan buat sekolah ni macam ayah kamu punya. Peraturan tetap peraturan. Tak susah pun untuk ikut. Kalau susah sangat, kamu call penjaga kamu, bungkus kain baju dan keluar cari sekolah yang peraturan dia kena dengan kamu. Itu sahaja. " Umi Aida mengakhiri ucapannya dengan denda yang diberikan kepada merekan bertiga.

Akamar hanya melihat muka selamba yang ditayangkannya dan berlalu ke kelas.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Setelah bacaan surah al-Asr dan tasbih kafarah, maka sesi rehat bagi para pelajar tingkatan tiga hingga lima pun bermula. Waktu rehat di sekolah ini terbahagi kepada dua waktu di mana waktu pertama untuk menengah rendah manakala seterusnya adalah menengah atas.

Mereka berpusu-pusu keluar dari kelas untuk menuju ke destinasi masing-masing. Ada yang ke pejabat, bilik guru, perpustakaan, surau dan kantin.

Kelihatan tiga orang pelajar perempuan menuju ke kantin. Mereka ialah Akamar, Aryani dan Annisa Syazwani. Alahh 3A je la senang.

Yani dan Wani menuju ke kaunter pembelian bagi membeli makanan untuk mereka bertiga manakala Akamar pula cop tempat untuk mereka. Maklumlah kantin ni kecil je, lambat memang tak dapat tempat la. Sedang Akamar elok termenung, tiba-tiba...

"Hai Mar. Mar tak makan ke? Nak makan apa? Meh Min belikan" suara lelaki yang sering mengganggunya lalu di tepi corong telinganya.

Wajahnya dialihkan memandang lelaki itu yang berdiri di sebelah mejanya. Mujur sahaja kedudukan mereka dipisahkan oleh tembok separas dada.

"Encik Muhaimin Iskandar. Kalau aku kat sini, that's mean aku nak makan la dan tak perlu susah-susah. Yani dengan Wani dah tolong belikan," balas Akamar acuh tak acuh. Sengaja dijawab begitu.

Senyuman di wajah Muhaimin masih tak lekang. Kedua rakannya di samping lelaki itu hanya mencebik sedikit melihat senyuman Muhaimin. Ginilah kalau abang rock jatuh cinta agaknya.

Akamar mengatur pandangan ke arah lain. Dilihat ada mata-mata yang memandang mereka. Dan sudah pasti mata junior.

'Confirm jadi isu ni! '

"Haa Muhaimin. Kau buat apa kat sini? Nak makan beli kat sana. Bukan di sini. Dah tepi sanalah." Halau Yani sambil menatang mangkuk sup di tangannya.

"Ok la Mar. Min nak pergi makan dulu ni. Bye," Muhaimin melambaikan tangannya dan berlalu pergi.

Wani dan Yani hanya menggelengkan kepalanya manakala Akamar sudah mula membaca doa dan menyuap makanan.

"Kau kalau makanan dah depan mata, lelaki handsome pun tak pandang ek. Kusyuk nau," kata Yani apabila melihat wajah Akamar yang sangat menikmati mi sup ayamnya.

"Bagus la kan. Menundukkan pandangan kan salah satu perintah Allah." jawab Akamar tanpa mengalihkan sedikit pun wajahnya.

"Yelah Mar. Nah ambik semua. Kau menang."

Akamar hanya tergelak sahaja melihat wajah cemberut gadis itu.

"Dah-dah tak payah membebel. Jom makan. Kang lambat pulak nak pergi library. Kau duty hari ini kan? " Wani menghentikan tawa Akamar dengan pertanyaan itu.

"Haah la. Aku lupa. Jom-jom makan. Tapi korang dua kene teman aku on duty hari ni. Okey? " tanya Yani sambil tersengih-sengih memandang Wani dan Akamar.

                      💗💗💗

Pejam celik pejam celik tanpa mereka sedar sebenarnya yang SPM semakin hampir.

Petang itu kelihatannya tiga orang gadis sedang duduk bersantai di kerusi batu setelah beberapa jam study.

Apabila mendekati bulan peperiksaan, pihak sekolah membenarkan pelajar asrama untuk mengulangkaji pelajaran secara bebas. Mereka dibenarkan untuk mengulangkaji di mana-mana sahaja asalkan masih di kawasan sekolah dan tiada percampuran antara lelaki dan perempuan.

"Tak lama lagi nak exam dah kan. Tak sangka kita nak besar. Nanti bila nak habis belajar. Aku nak kerja lepastu aku nak kaya pastu baru aku nak kahwin," suara Yani memecahkan kesunyian mereka bertiga.

"Itu betul," sokong Akamar dan Wani.

"Mar. Sebenarnya kan, aku lama dah nak tanya kau soalan ni," ucap Wani sambil memandang Akamar.

"Apa dia? Suspen je kau ni." Seram pula Akamar dibuatnya apabila Wani memandangnya dengan wajah yang tajam.

"Kau suka Muhaimin?"

Deggg! Soalan itu terlalu payah untuk dijawab Akamar. Dia tiada jawapannya sekarang.

"Aku tak tahu la Wani. Aku kadang-kadang keliru dengan diri aku sendiri." Akamar menundukkan kepalanya.

Yani dan Wani saling berpandangan. Yani mengusap perlahan bahu gadis itu.

"Sebenarnya kami nampak Mar yang kau cuba sembunyikan perasaan kau pada dia. Aku nampak Mar."

Akamar memandang kedua sahabatnya.

"Mungkin betul apa yang kau cuba sampaikan tu. Tapi aku mengharapkan lelaki yang baik dalam hidup aku. Lelaki yang ada wawasan hidup. Lelaki yang ada niat untuk berjaya di dunia dan akhirat. Lelaki yang berusaha keras untuk membahagiakan orang yang dia sayang. Tapi aku tak nampak benda tu kat dia. Dia selalu main-main. Dia tak serius. Dia tak bertanggungjawab. Dia tak jaga adab dia sebagai seorang lelaki. Walaupun selama ni aku nampak macam tak endah kat dia tapi aku sentiasa tahu apa yang jadi kat dia. Aku hanya mampu berdoa kat Allah agar seorang Muhaimin berubah ke arah yang lebih baik." Panjang lebar Akamar meluahkan rasa hatinya yang terbuku selama ni.

"Aku bukan apa. Aku cuma tak suka dengan attitude dia yang entah apa-apa. Kalau betul nak aku, then show me the effort. Kita ni dah besar. Bukan masanya nak main-main lagi."

"Dah la Mar. Aku rasa kau tak perlu nak serabutkan otak nak fikir semua tu. Jodoh pertemuan semua dah tertulis sejak azali. Kita sebagai manusia just follow the flow. Lagipun tak lama lagi nak exam. I think you need more fucos to your exam than him," Wani memberikan kata-kata semangat pada sahabatnya yang seorang itu.

Akamar hanya mengangguk dan tersenyum hambar. Tipu lah jika dia kata isu ini tidak difikirkannya. Saat umur begini, pasti masalah ini akan datang bertandang.

Masalah hati dan perasaan.

Tanpa mereka sedari sebenarnya, ada tiga pasang telinga yang mendengar butir bicara gadis bertiga itu.

Dia melangkah longlai meninggalkan kawasan mereka saat itu.

Dua orang sahabatnya juga hanya menundukkan kepala setelah terdengar segalanya.




_________________

Alhamdulillah. Doakan ctyyy terus berjaya hari esok, aamiin ❤

Continue Reading

You'll Also Like

102K 2.1K 17
SHAHRUL MATEEN x ALAILA SOFEA Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita. Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita y...
59.2K 3.1K 54
π‘Ίπ’†π’ƒπ’†π’π’„π’Š - π‘©π’†π’π’„π’Š π‘΄π’‚π’π’‚π’Œπ’‚π’‰ π‘«π’Šπ’‚ π‘·π’‚π’…π’‚π’Œπ’–, π‘¨π’Œπ’– 𝑻𝒆𝒕𝒂𝒑 π‘΄π’†π’π’„π’Šπ’π’•π’‚π’Šπ’π’šπ’‚ Ammar Firhan Haqeem | Tengku Adira Sofia S...
1.2M 43.5K 120
{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh...
3.3K 77 69
!SLOW UPDATE! BASKARA β†’ MATAHARI QAYYUM HAFIY | Seorang jejaka yang suka membaca buku. Dia juga seorang pendiam dan seorang CEO yang terkenal. Berum...