COMPLETED - Double A: Azraff...

Per eforednin

26.3K 1.7K 212

Ini kisah tentang peluang kedua. Tentang masa. E dapat idea ni masa tengah mengeluh ketika PKP ni. Haha. And... Més

Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8

Bab 3

2.8K 194 20
Per eforednin

"YOU know what. Apa yang awak cakap semalam. Pasal saya tak bahagia tu, I think you're right. We need to talk."

Azraff yang baru saja habis solat Subuh itu berpaling pada Amalin yang tengah berdiri di muka pintu.

"Saya tak rasa kita nak benda yang sama, Mals."

"Want and need is a different thing, Azraff. Apa yang kita perlu sekarang ni penting untuk hubungan kita."

"Maksud awak?"

"I want an out. Saya dah penat berlakon okay, bila saya langsung tak okay."

Selamba Amalin menoktahkan kata. Entah berapa lama isterinya itu praktis agaknya. Sejak enam bulan lepas ke? Tak ada langsung gagap dan cacat cela. Fluent habis.

"Look at me, Mals."

Amalin langsung tak angkat muka.

"Is this because of what happened to Aqwam? Atau memang awak dah tak ada perasaan kat saya?"

Diam.

"Tolonglah. Saya dah ajak awak berbincang baik-baik ni. Lagipun awak mesti suka sebab dah ada perempuan lain kan?"

"Perempuan mana pula ni?"

Amalin membuat muka bodoh. Tapi sesungguhnya memang dia tak tahu apa-apa. Perempuan mana dia nak jumpa kalau dia ada dekat site je semedang.

Lepas tu Azraff mengangguk faham. Budak intern dia. Ni mesti sebab posting hari tu. Susah betul dunia sosial media ni. Mudah sangat tertipu.

"Kalau awak nak tahu, posting dalam FB tu adalah budak intern saya. She's not my taste, budak lagi."

Amalin angkat bahu. "It's okay, saya tak kisah pun."

"Mals, saya bukan kaki curang ya."

"Apa-apalah, Azraff tapi tolonglah fikir apa yang saya cakapkan tadi."

"Masa macam ni? Awak tak rasa ke masalah kita ni kecil je berbanding masalah dunia sekarang? Makhamah pun tak buka nak proses borang cerai, Mals."

"Separation for a time being?"

Azraff ramas rambutnya dengan kasar. Sakit kepala tiba-tiba.

"Tak cukup lagi ke saya bagi ruang kat awak selama ni? We have been separated since last October, just in case you hadn't noticed." perli Azraff.

Kadang-kadang boleh hilang sabar bila bercakap dengan orang yang tak nak terima jawapan lain ni.

"Is this how you will play?"

"Ya Allah, Mals. Saya tak buat main benda serius macam ni. Kalau betul awak nak juga berpisah, tolong tunggu lepas ni. Ini bukan cara yang betul..."

"Tapi..."

"At least during this time. Stay for Athea, please. I need you for her."

And I need you for me. Bisik hatinya.

Dan Amalin keluar dengan muka tak puas hatinya. Sekali lagi permintaan isterinya itu ditolak lagi.

----

"BERAPA kali saya cakap tak boleh keluar. Awak jangan nak pandai-pandai, kena tangkap dengan polis nanti. Kau duduklah diam-diam kat rumah tu, nak kerja apa lagi."

Amalin dan Athea berpandangan sesama sendiri bila suara kasar Azraff muncul. Lelaki itu terus meluru ke dapur sambil bercakap telefon. Mukanya ketat semacam.

Ini adalah kali pertama Amalin nampak Azraff menaikkan suara setinggi itu. Selalunya lelaki itu bersabar, tapi mungkin ini gaya Azraff ketika bekerja.

Tak lama lepas tu lelaki itu datang ke ruang tamu. Ambil tempat atas sofa, belakang Amalin.

"Siapa? Office?"

"Budak site. Dah cakap suruh stop kerja dok juga nak keluar. Tadi polis dah datang bising. Kita ingat susah nak kepong budak-budak, rupanya yang tua ni lagi susah nak faham benda mudah. Adult is really the biggest child here."

Amalin angguk dia setuju kata-kata tu. Cubalah tengok diri sendiri. Ha ha ha.

Azraff tunduk mendekati dia dan Athea. Hugo Boss menerjah hidungnya. Lelaki itu seolah-olah mengepungnya dengan dekat. Kalau dia bergerak ni, sah-sah bakal bersentuhan.

"Buat apa ni?" Suara itu betul-betul di cuping telinganya. Azraff peluk bahu Athea guna tangan kanan, dan bahu dia dengan tangan kiri.

Riak selamba diberi.

Athea sudah tarik buku di tengah mereka dan menayang pada Azraff.

"Colouring. Ini red..." Athea tunjuk baju Amalin.

"Baba wears blue." Pastu tunjuk baju yang Azraff pakai.

"Athea punya pula?"

Athea tunduk tengok baju warna warni yang dipakainya itu. Keningnya berkerut memikir jawapan.

"Mine is red and blue. Ohhh, rainbow." 

Athea tunjuk gambar pelangi di tengah-tengah bajunya itu.

"Pandainya anak babah. Sini babah sayang sikit." Kepala itu tunduk lagi di tengah-tengah Athea dan Amalin.

Athea mengilai. Suka diusik.

"Sofa is grey. Hair is black. Pokok is green."

Athea dah mula berlari di sekeliling rumah sambil main pop quiz tunjuk setiap warna pada objek di rumah mereka.

Amalin masih lagi kekal membatu dan dia rasa Azraff pun sama-sama membatu menyedari keadaan mereka.

Kalau dulu, benda ini biasa... depan Athea pun Azraff boleh buat Public Display of Attraction (PDA).

Tapi itu kisah dulu la. Kalau sekarang Azraff buat perangai macam tu, dia dah tunjuk skill judo dia.

Tapi ye ke, Mals? Kenapa kau pula yang rasa berdebar.

Amalin menutup buku. Nampaknya Athea dah habis belajar bab mewarna hari ni. Terus dia bingkas bangun.

"Oh dah tengah hari, nak kena masak dah ni." Amalin memberitahu pada ruang tamu. Dan kalau orang lain nak dengar, dengarlah.

"Awak nak masak apa? Masakkan asam pedas boleh?"

"Tapi saya dah perap ayam nak buat nasi ayam. Athea minta."

Azraff angguk. Kemudian bersandar di atas sofa.

"Okay."

Amalin terus bergerak ke dapur. Tangannya membuka peti sejuk. Matanya terpandang ikan merah yang dibeli Azraff semalam. Que Azraff yang dia dah sedia faham. Tapi buat-buat tak faham.

Kan Azraff juga yang cakap tadi:

"Stay for Athea, please. I need you for her."

Dan buat apa dia nak ambil hati Azraff kan? Azraff perlukan dia hanya untuk Athea semata. Ternyata dia bukan siapa-siapa pun untuk lelaki itu.

Pintu peti sejuk ditutup lagi. Detik tu Amalin berjanji dia akan buat nasi ayam seumur hidupnya. Biar padan muka lelaki itu.

----

AZRAFF menepuk Athea supaya terus tidur. Rambut ikal mayang warna hampir keperangan itu dikuis guna tangan kiri. Langsung tak bergerak, punyalah penat bermain seharian. Nampaknya musim PKP ni hari yang indah ya buat Athea.

Dia?

Pagi-pagi tadi pun dah mula rasa bosan. Sebab hidupnya selama ini sentiasa pantas bergerak, bila kena hidup setempat ni dia rasa kureng sikit.

Telefon pintarnya berdering. Terus dia angkat tanpa banyak soal sambil menarik tangan kiri yang menjadi bantal Athea tadi.

"Assalamualaikum ibu."

"Waalaikumsalam, abang. Abang buat apa tu?"

"Baru selesai bagi Athea nap ni. Ibu buat apa?"

"Ibu buat apa lagi? Tengok TV la, sembang dengan abah, siram pokok..."

Azraff diam. Nampaknya ibu lebih produktif dari dia.

"Ni cucu ibu tu tengah tidur la ni. Baru ibu nak suruh abang buat video call. Rindulah dengan dia. Last tengok tiga miggu lepas."

"Nanti dia bangun abang buat video call."

"Abang tak pergi kerja la ni?"

"Haah ibu. Semua site kena tutup. Betul-betul teruk ni ibu. Ibu dan abah jaga diri."

"Ibu dan abah okay je ni. Sihat. Kamu pun jaga diri. Kamu tu ketua keluarga, kena sihat dan bertanggungjawab."

Azraff diam. Ibu bila dah masuk mod mak-mak mithali ni memang dia terpaksa dengar je.

"Amalin mana? Dia cuti tak? Wani, anak sulung kak Bia sebelah rumah kita ni baru balik semalam. Dia kata universiti cuti dan suruh balik..."

"Ada je kat rumah ni. Dia buat kerja dari rumah je ibu."

Tadi Azraff dah perasan Amalin dah setup barang dia dekat bilik belakang nak buat online learning. Okaylah juga tu sebab kalau dia memang tak jadi kerja nak buat kerja kat rumah.

"Kamu dengan dia macam mana? Okay ke?"

Azraff ambil jeda sebentar. Pandai je ibu tanya soalan waktu-waktu dia tak boleh lari ni.

"Okay je. Kenapa ibu tanya macam tu?"

"Ibu nampaklah. Hari tu dia balik sini pun ibu tengok dia lain macam, tak macam dulu. Kurus badan dia, kamu tak perasan ke?"

"Mals tengah diet kut."

"Diet dengan makan hati ke?"

"Ish ibu ni. Mana ada."

"Kamu jangan dok tipu ibu la. Ibu ni makan garam dari kamu semua. Sekilas ikan di kolam pun ibu tahu jantinanya."

Azraff diam. Mati kata.

"Dia masih sedih ke?"

"Mana tak sedih, ibu." Azraff menjawab. Dia sendiri pun sedih sebenarnya tapi nak buat macam mana. Hidup kena diteruskan. Dan dia tahu Amalin masih menyalahkannya lagi. Habis takkan dia nak redha ja tadah muka bila isteri sendiri benci dia?

"Pujuklah dia, abang. Perempuan ni hatinya lembut. Cuba pujuk elok-elok. Abang pun satu kerja tak ingat masa."

"Habis tu takkan nak berhenti kerja pula bu? Nak buat macam mana memang ini je gaya kerja abang."

"Kamu ni sayang tak kat bini kamu tu?"

Azraff menghela nafas. Ibu patut tanya soalan ni pada Amalin, bukannya dia. Yang bencikan pasangan itu Amalin.

Kalau dia je yang sayang sorang-sorang, mana nak berjalan kaedahnya. Penat wei nak pertahankan hubungan kalau dia saja yang sorang-sorang bergerak.

Bukannya sekali dua, Amalin minta nak bercerai. Berkali-kali. Sampai satu tahap, dia jadi malas nak berjumpa sebab dia tahu dia sanggup nak menceraikan isterinya itu. Dan akhir sekali, jadi macam ni la hubungan diorang. Dingin.

"Ini dah waktu PKP ni kan elok masanya untuk kamu berbincang dengan dia, ambil hati dia. Luahkan apa yang terbuku di hati kamu. Kamu dua-dua ni orang pandai, tapi tulah. Orang pandai selalu ego, suka fikir sendiri tu betul..."

Sempat ibu perli dia. Azraff garu kepala.

"Benda bukan senang ibu. Amalin tu bukannya macam adik, yang lemah lembut. Dia tu degil luar macam bu."

"Toksah kamu dok bandingkan Tila dengan Amalin. Lain dua orang tu. Degil degil Amalin tu pun ada lembutnya, abang."

Diam.

"Selama kamu kahwin dengan dia ni, ibu rasa ibu selalu jumpa dia dari jumpa kamu tau. Ibu ni bertuah dapat menantu macam dia. Kawan-kawan ibu selalu mengadu perihal tak semengah menantu diorang, tapi Amalin tu layan ibu macam dia layan mak dia sendiri tau. Abang tahu sebab apa?"

Azraff diam. Dia telan air liur.

"Sebab dia sayang abang. Apa lagi yang abang nak? Takkan sebab benda yang dah jadi ni abang nak biarkan semua ni terkubur."

Kalaulah ibu tahu apa yang jadi subuh tadi? Agaknya pengsan tak ibu bila menantu kesayangan dia sendiri yang minta berpisah.

"Ibu nak abang fikir betul-betul masa ni. Kalau dulu abang rasa abang sibuk, Allah dah bagi masa sepenuhnya pada abang sekarang. Cuba belajar berfikir sikit."

Azraff diam. Fikir? Memang pun dia tengah berfikir. Entah macam mana caranya... Sekarang ni bukan Amalin saja yang sedih, dia juga turut berduka. Perkahwinannya hampir berkecai, siapa yang suka. 

Kalaulah orang tahu yang patah hati itu sifatnya berdua, bukan satu pihak semata...

Aduh fikirannya runsing!
------------------------

P/s: Siapa Aqwam jeng jeng jeng. Hope you guys connect the dots. Enjoy and happy reading.

Lagu hari ni adalah Blue by Troye Sivan ft Alex Hope. One of my fav song! 

Love it's hard, I know
All your lights are red, but I'm green to go
Used to see you high, now you're only low
All your lights are red but I'm green to go

I want you
I'll colour me blue
Anything it takes to make you stay
Only seeing myself
When I'm looking up at you

I can't say no
Though the lights are on
There's nobody home
Swore I'd never lose control
Then I fell in love with a heart that beats so slow

I know you're seeing black and white...

Continua llegint

You'll Also Like

141K 11K 30
Sekuel Luth Mahfuz & Luth Hentian Akhir . BOOK #6 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 Chicklit ft. Tarbiyah [ Bahan bacaan 15+ tahun ke atas] Cover & ba...
Liliput ✔ Per suen

Novel·la juvenil

1.2M 67K 58
Senyuman itu, dia kenal sejak lahir. Tawa itu, dia dengar kecil. Tangisan itu, dia saksikan sehingga mereka dewasa. Lili dan Putra. Liliput di mata d...
165K 4.2K 64
Sinopsis DKR Betul ke kahwin mengikut pilihan keluarga boleh bahagia? Hurmmm kebanyakan orang akan bahagia kalau Allah hadirkan rasa cinta pada sese...
Bunga Saifuddin Per Neverland.

Literatura romàntica

2.9K 447 17
"You shouldn't play with fire." Pertemuannya dengan gadis berus gigi di tandas hospital membawa dia ke pertemuan yang seterusnya, walaupun setiap per...