The Starry Sky + kth

By -channa

123K 20.8K 10.5K

2020 [completed] + between friendship and love More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Final Chapter
S2 | Chapter 1
S2 | Chapter 2
S2 | Chapter 3
S2 | Chapter 4
S2 | Chapter 5
S2 | Chapter 7
S2 | Chapter 8
S2 | Chapter 9
S2 | Chapter 10
S2 | Chapter 11
S2 | Chapter 12
S2 | Chapter 13
S2 | Chapter 14
S2 | Final Chapter
S3 | Chapter 1
S3 | Chapter 2
S3 | Chapter 3
S3 | Chapter 4
S3 | Chapter 5
S3 | Chapter 6
S3 | Chapter 7
S3 | Chapter 8
S3 | Final Chapter
EPILOGUE

S2 | Chapter 6

2K 431 363
By -channa

************

Bibir dimuncungkan sedepa, kening berkerut bingung seraya memerhati emak aku yang tengah menangis di hadapan tv. Ini bukan kali pertama tapi selalu, jadi aku dah mula rasa sesuatu yang tak kena dengan mak aku. Sejak kebelakangan ni aku tak faham kenapa dia suka keluar rumah tanpa aku tahu pergi mana dan ada habit yang tak pernah dia buat tapi dah jadi kegemaran.

"Eomma."

"Tsk tsk. Eoh."

"Kenapa eomma suka layan drama? Bukan ke eomma lebih suka main game?"

Wanita yang sudah bertisu itu masih fokus di hadapan tv seraya menangis, "Biarlah.."

"Tak. Yun salah soalan. Kenapa eomma suka layan chinese drama? I mean, pelakon perempuan yang sama."

"Tak penting. Kamu pergi masuk tidur sana. Esok kan kamu kena kerja. Jangan hiraukan eomma. Eomma nak pulun lagi 16 episod ni." jawab wanita separa abad itu.

"Arraseo.."

Malas nak membahas aku pun terus bangun kemudian menuju ke bilik tidur. Tapi aku perasan yang comforter aku tak ada. Sah sah lah eomma yang basuh. Bila aku pergi tengok, malangnya belum kering. Sebabnya cuaca kebelakangan ni tak berapa elok, jadi jemuran pun lambat. Keluhan dihela. Kalau kacau eomma sekarang confirm dia palau aku. Jadinya aku melangkah kaki ke arah stor, dah lama jugak aku tak jejak stor kecik ni selalunya eomma simpan peralatan rumah or barang barang lama dekat sini.

Termasuk Bibo. Haih, tua dah Bibo. Dia dah rosak.

Maklumlah barang lama. Pernah hantar bikin, tapi ada komponen yang dah tak digunakan lagi untuk diganti. Jawapannya memang terkubur sendu lah Bibo dalam stor. Aku tersengih sendirian, teringat masa dulu aku pernah beria belajar dengan Kim Tae semata mata nak selamatkan Bibo. Dahi aku selalu jadi mangsa pukulan pensil dia. Ugh.

"Eomma mana comforter yang kaler biru tu?!" jeritanku sia sia. Mesti eomma tak dengar.

"Omo!" aku terpeleot dek kerana terpijak sesuatu. "Pedih siut." aku mengurut urut kaki, bila terpandang bawah. Aku terperasan album usang yang aku pijak tadi.

"Igae bwoya."

Album usang yang tak pernah aku lihat. Album aku memang lain, yang ini macam tak pernah wujud. Sekejap, tak pernah wujud atau aku yang tak pernah perasan? Pelik, aku mula selak helaian demi helaian. Kening aku bertambah bingung.

"Siapa ni.."

Ada gambar aku masa kecik, tapi ada dua orang.

************

Joo mendapat berita baik yang akan memberi secalit senyuman kepada pengarah yang disukainya itu. Dia mengetuk pintu seraya membetulkan sedikit rambutnya agar tampak cantik. Taehyung yang sedang membelek file itu menyedari kehadiran pembantunya lalu memberi arahan supaya dia masuk. Gadis itu menapak dengan riang ke arah Taehyung, tubuhnya dibongkok sedikit.

"Eoh, wae Joo-ssi?"

"PD-nim. Saya dapat email yang Bighit bagi pengesahan berkaitan Jungkook. Dia akan terima tawaran untuk berlakon dalam The Starry Sky." tablet milik syarikat itu dihulur.

Taehyung mengangguk, "Bagus."

"Oh ya. Tapi ada berita buruk pasal pelakon utama kita yang perempuan."

"Kenapa? Ada masalah dengan Seohwa Xi?"

"Eung. Berita pasal Seohwa Xi yang akan ikut serta berlakon untuk drama akan datang dah tersebar. Tak tahu macam mana boleh jadi. Tapi setakat ni dapat respon memberansangkan memandangkan Seohwa terkenal."

Lelaki itu menyentuh sesuatu di permukaan skrin tablet di tangannya, mencari berkaitan gadis terkenal itu. "Dia memang mix korean?"

"Eung. Apa yang saya dengar, dia memang asli Korean. Tapi banyak rumor orang claim dia as chinese since dia lebih terkenal and banyak berlakon dekat sana."

"Cheotta. Populariti dia bagus untuk pemasaran." ujar lelaki bersuara husky itu tenang.

"Saya pun rasa macam tu."

Tablet dihulur kembali, "Ada apa apa lagi?"

"T..Tak ada."

Taehyung mengemas barangnya, jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. "Saya nak keluar ada urusan. Kalau tak ada apa apa lagi, awak pun dah boleh balik Joo."

"Em PD-nim nak pergi mana?"

Sebenarnya Taehyung ada appointment dengan Jimin berkaitan kesihatan dia. Tapi disebabkan tak nak pekerja dia risau dia elak untuk jawab yang dia akan ke hospital. Lagipun berkaitan penyakit dia, tak ramai yang tahu.

"Arr.. saya nak jumpa Do Yun Jae." bohong lelaki itu.

"Ah.. arraseo. Josimhae." Joo menunduk separa tubuh berselitkan senyuman. Sebaik sahaja dia berpaling serta merta senyuman hilang. Benci membuak selepas dengar nama gadis itu.

Setiba di mejanya Joo menghempas tablet di atas permukaan meja dek kerana terlalu geram. Apa yang dia fikir Taehyung akan dirampas dengan pesaing baru dia. Pesaing paling ketat dan tak disukai. Wajahnya membengis.

"Tunggu lah.. Do Yun Jae."

************

Selesai balik dari hospital, Taehyung memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya seraya berjalan tenang ke arah bukit yang menjadi tempat kenangan satu tika dahulu. Bukit ni akan jadi tempat lepak dia dengan Yunjae. Tempat di mana dorang berdua akan selalu bercerita, tak kisah lah cerita sedih atau gembira. Tapi kebanyakannya mereka akan pergi bila dilanda kesedihan. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

Anak matanya dikecilkan sesaat terlihat susuk tubuh figura yang dikenali sedang tekun duduk memeluk lutut seraya menghadap indah pemandangan di hadapannya.

Lelaki itu cuma berdiri dan memerhati dari belakang. Tertanya tanya, budak perempuan polos tu tengah sedih?

"Eoh.. Taehyung.."

Taehyung mengusap belakang tengkuknya, "Aku pergi dulu."

"Kajima.."

Langkah lelaki itu serta merta terhenti apabila terdengar suara redup Yunjae yang jarang sekali didengari.

"Awak.. ada masa?"

Taehyung menjatuhkan pandangannya sejenak, "Eoh.."

"Saya nak cakap sesuatu dengan awak."

"Benda apa?"

"Irriwa." Yunjae menepuk rumput disebelahnya beberapa kali, mengajak lelaki itu supaya melabuhkan punggung disebelahnya seketika. Lambat lambat Taehyung menurut walaupun dia nak elakkan situasi macam ni berlaku.

"Nak cakap apa?"

"Tentang kita."

Perit liurnya dalam diam ditelan kuat. Berdebar. Yunjae dah tak tahan nak menipu. Sebenarnya ingatan dia dah lama pulih. Dia memang tunggu lelaki sebelah dia tu balik. Tapi lelaki tu ego, dia masih nak salahkan diri dia pasal apa yang berlaku. Jadi Yunjae buat keputusan untuk bagi lelaki tu masa. Dia sengaja berlakon macam dia memang tak kenal pun siapa Kim Taehyung sedangkan dia selalu tahan bibir dari bercakap.

"Kita..?"

Dia bohong yang dia bercinta dengan Jimin cuma untuk tengok reaksi Taehyung. Tapi lelaki tu macam tak kisah dan tak buat apa apa pun. Padahal hubungan dorang berdua masih jelas bercinta. Tak ada kata putus pun yang diungkap sepanjang 6 tahun lamanya.

Jadi Yunjae buat keputusan untuk jujur. Dia sayang sangat dengan lelaki tu. Yunjae cemburu bila ada perempuan lain cuba untuk rebut dia.

Tak kan dia nak hilang Kim Taehyung lagi?

"Sebenarnya.."

Telefon pintar Taehyung berdering.

"Mian, jamsiman."

"Eung.."

Taehyung menjawab panggilan, bibirnya diketap perlahan seraya mengangguk kecil. Yunjae tertanya tanya panggilan dari siapa, tapi dia cuma mampu sabar menunggu.

"Mian. Aku kena pergi. Joo masuk hospital."

"Eoh.. Joo pembantu awak tu?"

"Eung. Mianhae, nanti kita cakap lagi."

"Arraseo. Gwaenchana, awak pergilah. Mesti dia perlukan awak." ujar Yunjae walaupun sebenarnya dia tak okay.

"Kau.. nak ikut?"

************

Mereka berdua menuju ke hospital menggunakan kereta milik Taehyung. Tak tahu kenapa tapi bila nampak Taehyung tergesa gesa nak cari wad pembantu dia tu, hati Yunjae jadi berat. Bukan cemburu cuma sedih. Dah lama dia tak dapat perasaan tu. Perasaan bimbang dari Kim Taehyung. Terlalu berharga.

"Joo." Taehyung masuk ke dalam wad pesakit, tubuh gadis itu diterpa bimbang.

"Eoh, Taehyung-ssi.."

"Macam mana boleh jadi macam ni, hm?"

Joo perasan kehadiran Yunjae yang cuma berdiri dari jauh, dah jengkel bertambah. Dia rasa nak marah tapi dia kawal. Benci sangat tengok muka Yunjae, memang betul Taehyung keluar dengan perempuan tu. Walaupun sebenarnya ia kebetulan.

"Tak tahu lah. Tiba tiba sakit perut. Tapi doktor kata okay je. Tak ada masalah. Rasanya dah okay cuma pening sikit." Joo mengambil tangan lelaki itu kemudian ditekap pada dahinya.

"Mungkin saya nak demam? Panas tak?"

"Em tak.."

"Boleh tak awak teman saya?"

Yunjae yang dari tadi jadi penonton dah mula rasa mual tengok aksi aksi manja Joo dengan Taehyung jadi dia buat keputusan untuk tunggu dekat luar. Lagipun dia lega lepas dengar yang pembantu Taehyung tu tak ada apa apa, cuma dia kecewa sebab terlepas good-timing.

"Yunjae."

"Eoh? Em macam mana keadaan dia?"

Taehyung menutup pintu semula, "Arr.. doktor kata dia okay. Mian.. aku rasa aku tak dapat hantar kau balik."

"Ohh, tak apa. Awak teman lah. Mungkin dia perlukan awak. Gwaenchana, pasal yang saya bagitahu tadi awak lupakan lah. Tak penting."

Lelaki itu mengangguk perlahan, "Eoh.."

"Kalau macam tu, saya balik dulu." mereka berdua menunduk sedikit tanda perpisahan.

Beg galas yang hampir terlorot jatuh Yunjae tarik semula sebelum melangkah pergi. Entah kenapa benda kecik macam tu boleh buat dia rasa sedih yang besar sangat. Bercampur baur dengan perasaan sedih, kecewa.

Dia berdiri tepat di hadapan pintu keluar hospital seraya mendongak ke langit yang gelap. Hujan turun menyapa bumi. Malang sungguh nasib budak perempuan ni. Yunjae menghela keluhan berat.

"Hujan.." tangan dihulur sedepang. Membiarkan titisan air hujan membasahi tangannya.

"Langit yang berbintang macam Kim Taehyung.. tapi.. bila hujan pun macam Kim Taehyung. Ada masa terang dengan senyuman.. ada masa sejuk dilanda kedinginan.." ujar Yunjae perlahan, bibirnya menguntum senyuman kecil.

Tidak lama dia tersedar ada tangan lain yang turut menadah hujan. Yunjae berpaling ke sisi, tubuhnya sedikit tersentak melihat gerangan di sebelahnya. Tenang turut mendongak ke langit bersama sebelah lagi tangan di dalam poket seluar.

"Kim.. Taehyung.."

Lelaki itu memandangnya, "Jom balik."

"Awak.. tak teman dia?"

"Eoh."

"Wae?"

"Doktor dah kata dia tak ada masalah, kenapa aku kena pilih untuk lindung orang yang tak ada masalah. Kan?"

Yunjae mengukir senyuman, "Jadi.. awak pilih untuk lindung saya?"

"Ya.. sebab kau.. lebih penting dari dia."

_________________________

Continue Reading

You'll Also Like

103K 9.9K 50
Park Himi. Gadis yang tidak percayakan cinta. Jiwanya kasar. Hatinya keras. Menjadi secret agent bagi Brisden memang kemahiran gadis licik ini. Angka...
159K 13.1K 36
• dia seorang yang pendiam dan sombong • • jungkook × readers •
1.2M 89.2K 51
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
20.9K 1.7K 33
~When your parents force you to married with your bestfriend~ Tak semestinya kawan baik tahu semuanya yang tersirat dalam hati kita. Kawan baik akan...