Our Memories [SU]

By waneyouu

4.4K 450 134

malaystory by waneyouu , Our Memories #1 šŸ•Šļøā¤ Mengisahkan tentang Airina Sofiya, seorang pelajar Tingkatan... More

OM || 01 šŸ’—
OM || 02 šŸ’—
OM || 03 šŸ’—
OM || 04 šŸ’—
OM || 06 šŸ’—
OM || 07 šŸ’—
OM || 08 šŸ’—
OM || 09 šŸ’—
OM || 10 šŸ’—
OM || 11 šŸ’—
OM || 12 šŸ’—
OM || 13 šŸ’—
OM || 14 šŸ’—
OM || 15 šŸ’—
OM || 16 šŸ’—
OM || 17 šŸ’—
OM || 18 šŸ’—
OM || 19 šŸ’—
OM || 20 šŸ’—
OM || 21 šŸ’—

OM || 05 šŸ’—

244 26 4
By waneyouu

"I love you. You annoy me more than I ever thought possible. But I want to spend every irritating minute with you". - Unknown.


🍟🍟🍟

KOTAK yang berada di bawah katil ditarik keluar dengan keluhan berat. Perlahan-lahan tangannya membuka kotak tersebut. Beberapa keping gambar polaroid diambil dengan mata yang berkaca. Empangan matanya kini dipenuhi dengan air mata. Hanya tinggal tunggu masa sahaja untuk ianya mengalir.

"Sofiya, aku rindu kau" ujar Izz sambil memegang sekeping polaroid yang terpampang gambarnya bersama seorang gadis yang dicintai, Sofiya. Air matanya yang mengalir di pipi dibiarkan.

Gambar polaroid tersebut diletakkan di atas katil. Tangannya beralih pula kepada beberapa pucuk surat yang ditulisnya. Setiap surat ditulis dengan tarikh yang sama, iaitu 23 Oktober 2003.

Ya, tarikh tersebut ialah tarikh lahir gadis itu, Sofiya.

"Sofiya, aku mintak maaf sebab aku tak dapat nak wish birthday kau dan tak mampu nak ada bersama- sama untuk raikan hari lahir kau. Yang aku mampu hanyalah tulis surat untuk kau setiap tahun dan simpan dalam kotak ni. Aku tak mampu Sofiya nak jumpa kau, aku tak mampu". ujar Izz tersedu-sedan sambil tangannya menggenggam erat sekeping surat.

Perit. Hanya itu sahaja perasaan yang dapat diungkap ketika ini. Perasaan rindunya kepada Sofiya merupakan rindu yang paling susah untuk dia sendiri ubati.

"Aryyan, dah siap kemas barang belum ? Nanti dah siap turun bawah ya kita breakfast sama-sama". ujar Puan Liza, ibu kepada Izz sambil mengetuk pintu anak terunanya itu.

Izz menarik nafas dalam-dalam sebelum membalas pertanyaan ibunya itu.

"Ha, kejap Mama. Lagi sikit je ni. Nanti Aryyan turun ya" balas Izz perlahan, mengawal getaran suaranya.

Tanpa berlengah, dedaun pintu bilik Izz dibuka oleh Puan Liza. Kemudiannya dia mengatur langkah ke arah anaknya yang sedang duduk di birai katil sambil meriba sebuah kotak itu.

"Haih Aryyan. Kenapa anak Mama ni ? Pagi-pagi lagi dah nangis" ujar Puan Liza prihatin sambil tangannya mengusap kepala anak terunanya itu dengan penuh kasih sayang.

Bukan dia tak perasan suara anak terunanya yang sorang itu baru lepas menangis semasa menyahut panggilannya tadi.

"Eh mana ada nangis Mama. Ni ha kotak ni banyak betul habuk dia Ma" balas Izz cuba untuk menutup kesedihan sambil menyapu sisa air mata yang mengalir.

"Eleh anak Mama ni. Dah menangis tak nak mengaku pula"

Izz hanya tersenyum kelat.

Puan Liza menarik Izz ke dalam pelukan sambil menepuk belakang badannya seperti budak kecil.

"Aryyan, semua yang jadi ada hikmah. Terima dengan hati terbuka. Kalau ada jodoh adalah. Jodoh kan tak kemana. Sabar ya" ujar Puan Liza.

"Ma, Aryyan dah jumpa dia". balas Izz perlahan.

"Bila ?"

"Semalam. Tapi.."

"Mama dengan Abang Ngah ni lama betul ar borak. Yaya dah lapar ni" potong Yaya yang menerjah masuk ke dalam bilik Izz dengan muka cemberut dan mulut yang dicebik.

Yaya mengatur langkah ke arah ibu dan abangnya yang duduk di birai katil setelah terperasan sesuatu.

"Abang Ngah ni monyok pulak kenapa ? Dah, mulai sekarang Abang Ngah kene ikut cakap Yaya. Mulakan hari anda dengan senyuman". sambung Yaya mendekat sambil kedua-dua jari telunjuknya diletakkan di tepi bibir Izz dan menarik senyuman.

HAHAHAH korang paham tak penjelasan author ni ? Erm, kalau tak paham, paham-pahamkan jela ya apa author tulis ni hshshs.

Puan Liza dan Izz kemudiannya hanya tergelak kecil melihat gelagat Yaya itu.




🍟🍟🍟

Pagi-pagi lagi muka Harizz dah menjadi pemandangan indah aku sewaktu kaki melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah.

Oh ya lupa nak bagitau. Harini Harizz kene jaga pagar depan. Tapi, takdelah jaga tercongok kat depan ni. Dia just pantau je. Anak buah kan ramai, apa nak risau ? Ceh.

Walaupun dari jauh, muka Harizz aku boleh nampak dah dengan jelas. Kalau nak tahu cara dia jalan sekarang ni ala-ala macam cerita Goblin yang scene Grim Reaper dengan Goblin datang secara slow-mo tu , time nak selamatkan Eun-Tak. Eh, termasuk scene kdrama pulak. Hehehe.

Bila aku perhatikan betul-betul penampilan Harizz harini kan. Fuh! Dengan baju pengawas berwarna biru dan tali leher yang dipakai kemas. Blazer hitam yang tak berbutang. Seluar slack hitam. Dipadankan pula dengan kasut hitam. Ha semua hitam ! Aku ni dahlah selalu lemah setiap kali tengok Harizz pakai macam ni. Nak-nak pula aku ni peminat tegar warna hitam. Hm, memang boleh pengsan aku macam ni.

Tiupan nafas seseorang dimuka mematikan lamunanku. Terkelip-kelip mata aku bila dihembus macamtu.

"Lama betul berangan. Nampak putera kacak jatuh dari langit ke ?" ujar Harizz sambil tergelak.

Haah, kaulah tu puteranya. Omelku di dalam hati.

Aku mengundurkan kaki ke belakang sikit apabila tersedar jarak di antara kami agak dekat. Mana taknya, dia ni bukan takat tiup nafas dia je, tapi sampai membongkokkan badan dan mukanya didekatkan dengan muka aku pulak tu, haih.

Kau nak aku pengsan kat sini ke apa Harizz ? Eeee !

Pen yang berada ditangan digunakan oleh Harizz untuk mencucuk-cucuk pipi kanan aku.

"Ee apa cucuk-cucuk pipi orang ni. Takde pipi ke ? Tumbuk kang"

"Eleh takkan dapat punya. Sebab aku ada kuasa terbang ke langit macam Superman haa hebatkan ?" ujar Harizz sambil menjongketkan sebelah keningnya.

"Ergh banyak lah kau Riz. Merepek je tahu. Tula banyak tengok movie terus terpangaruh. Lain kali kau tengok cerita kartun The Rabbids jela. Mana tahu kau boleh tolong capai cita-cita diorang pergi ke bulan ? ". balasku sambil tersengih.

Hm, sebenarnya kan aku tengah cuba cakap macam biasa sebab taknak awkward dengan dia sejak kes sakit perut tu . Cakap dengan crush kan. Siapa je tak awkward ? Hehe, tapi sebab Harizz ni crush aku merangkap kawan baik, jadi rasa awkward tu boleh cover lagi la hehehe.

"Eh budak kecik ni dia pulak sambung merepek. Tak adanya aku nak tolong The Rabbids tu. Tak ada masa aku. Dah dah pegi dataran cepat. Perhimpunan pagi nak mula. Tulis nama tahu la" ujar Harizz sambil menolak-nolak beg aku supaya aku terdorong ke depan. Nasib baiklah beberapa buah buku teks yang berada di tangan aku ni tak jatuh eish.

Eh dia ni tolak-tolak beg orang pulak.

"Ish yela yela. Kot ya pun janganla tolak eeee" ujar aku tak puas hati tanpa memandang mukanya sambil tangan membetulkan beg setelah Harizz berhenti menolak.

"Eh, kejap-kejap" ujar Harizz tiba-tiba sambil menarik kembali beg aku aku berjalan sehingga terdorong dan berpusing ke belakang.

Eh dia ni, tadi tolak pastu tarik balik. Ada yang kene kaki kang. Eh tapi ada ke yang sanggup nak kakikan crush dia ? Ehhek.

"Eee apa lagi !" balasku sambil menayangkan muka cemberut. Geram pulak aku eish.

Tangan Harizz yang mula naik seakan mendarat ke muka membuatkan mata aku automatik terpejam.

Aduh, dia nak buat apa pulak ni ?

Tak semena-mena dahi aku dijentik. Automatik mata terbuka kembali sambil menggosok dahi yang terasa sakit.

Eeee main jentik-jentik dahi pulak. Ingat aku jentik-jentik ke ? Eh !

"Yang kau pejam tu kenapa ? Ingat aku nak cium ke ? Tulah banyak tengok kdrama. Terpengaruh !" ujar Harizz serkap jarang.

"Eee pervert !" baru sahaja ingin memusingkan badan, tangan Harizz menghalang.

"Eh kejapla. Tudung kau tak betul ni. Biar aku repair sikit jap ada gelembung ni" ujar Harizz tersenyum nakal.

"Weh yeke ! Ha cepat la aku nak masuk dataran ni". pantang betul aku tudung tak betul ni. Boleh hancur mood seharian aku.

"Haaaa ni dia. Dah siap. Dah cepat pegi masuk dataran" ujar Harizz sambil tergelak terbahak-bahak.

"Harizz Danial ! " jeritku sedikit kuat sambil tangan ligat memukul bahunya dengan buku teks yang dipegang tadi. Dia ni bukan betulkan tudung tapi makin rosakkan tudung. Boleh pulak dia pergi tarik tudung aku kedepan lepastu pegi gosok kuat-kuat. Buat penat je aku bangun awal pagi tadi sebab nak betulkan tudung sampai breakfast pun tak sempat sebab takut Baba tinggal.

Dasar budak bertuah ! Nasib baik la kau crush aku eeyy.

Dalam diam, seseorang memerhatikan mereka dari jauh dengan mata yang penuh kebencian.


TBC 💙

1284 words.

vote and comment seikhlas hati ya HAHAHA.
sayanghae 🙈💗.

Continue Reading

You'll Also Like

746K 30.6K 89
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
32.5K 3.3K 15
š”š§ššžš« šŒš¢š„š¢š¤ šƒš¢šš š’šžš«š¢šžš¬ š•šØš„ šŸ šš®š«šžšžš§ š‘ššš®šš”ššš” | šŒš®š”ššš¦š¦ššš š™ššš²š«ššš§ "š“ššš¤š”š­šš š²ššš§š  š­šžš«š®š§š š ...
2.6M 242K 85
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
38.5K 1K 52
Megat Iskandar,dikatakan memang idaman para wanita yang di luar sana.Dengan wajahnya yang macam pak Arab,bertubuh Sasa,tampan,kacak,tinggi.Tapi garan...