𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔

By aesheesh_

1.5M 27.2K 1.1K

• COMPLETE • Nur Hawa Maisarah gadis muda yang cekal dan kuat dalam menempuh segala dugaannya seorang diri. H... More

𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟒
SE❤️
SE🧡
SE💛
SE💙
𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐅𝐀𝐌𝐈𝐋𝐘ᴥ︎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟓

𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟐

19.4K 317 3
By aesheesh_


"Wey jom keluar jalan-jalan! Dah lama kita tak keluar.." Ajak Ruhailla ketika aku sedang mengemas meja makan.

"Keluar?"

"Haah lah, jom Hawa!" Ajak kak Sarah pula. Aku terus memandang suamiku yang masih menikmati makanannya.

"Sayang kalau nak keluar, pergi lah.."

"Biy tak halang, lagipun sayang mesti bosankan biy tinggal sayang dekat rumah.." Suamiku bersuara seraya memandangku.

"Hm mana ada bosan, sayang okayh jelah. Sayang faham biy busy kerja.." Balasku.

"Hm kalau camtu pergi keluar jalan-jalan okayh, kejap lagi biy bagi kad."
Danial mengusap pipiku buat aku tersenyum saat dia memerhatiku.

"Okayhlah kalau camtu.."

"Cael! Kau tolong jaga bini aku ni, harini kau takyah masuk kerja. Harini kau jadi driver bini aku.." Laung Danial memberitahu Cael yang sedang leka berbual dengan kembarnya.

"Orait-orait.." Balas Cael sambil mengangkat tangan tanda setuju.

"Jom sayang naik, biy nak tukar baju ni.." Danial menarik tanganku dan aku hanya mengikutnya dari belakang.

"Nanti pergi kerja tu rest juga tau sikit-sikit.." Kataku ketika sedang mengikat tali lehernya.

"Okayh sayang, sayang pun tau! Biy risau sayang muntah-muntah semalam.." Katanya dan merangkul pinggangku.

"I'm okayh, don't worry and just focus on your work.." Kataku setelah selesai mengemaskan baju di badannya.

"Biy pergi dulu eh.." Aku menyambut tanganya dan kucup lama.

Sekembalinya aku mendongak ke atas semula. Danial mengucup dahi aku dengan lama.

"Jaga diri tau sayang, I love you.." Katanya dan kami bersama-sama turun ke bawah untuk menghantarnya di depan pintu.

"Bye sayang! Cael jaga bini aku!" Teriak suamiku di dalam perut kereta yang dipandu oleh Kael itu sebelum beransur pergi.

"Okayh!"

"You pergi lah siap, I tunggu kat bawah.." Aku hanya sekadar mengangguk dan pantas naik ke atas untuk bersiap.

"Tunggu jap tau.." Kataku kepada mereka bertiga.

Lalu aku sesudahnya memakai baju untuk keluar dengan mereka. Kini kami sudah memulakan perjalan.

Ruhailla sudah mengajak aku untuk ke Sunway. Selepas itu Cael terus pergi ke Sunway Piramid untuk kami bertiga berjalan-jalan harini.

Hampir separuh hari aku keluar bersama mereka berjalan-jalan sana sini.

"Hawa, I kena pergi pejabat ni.." Cael mematikan langkahku yang hendak masuk ke dalam sebuah kedai.

"Urgent! Balik nanti naik grab eh.." Cael ingin mempamitkan diri.

"Okayh no problem.." Balasku dan membiarkan Cael pergi

"Pergilah cepat.." Kataku dan lelaki itu terus beredar meninggalkan perkarangan shopping mall ini.

"Hawa.."

"Akak pun nak kena balik ni.." Kak Sarah pula ingin pulang menandakan kami sudah hampir separuh hari di sini.

"Okayhlah, akak baliklah dulu.."

"Hawa balik dengan Ruhailla." Kataku dan Ruhailla mengangguk tanda setuju.

"Hm okayh, jaga diri tau.." Kata kak Sarah dan beransur pulang.

"Kita nak pergi mana pulak ni?" Tanya Ruhailla selepas kelibat mereka berdua sudah tiada bersama kami.

"Coffee?" Cadangku.

"Cantik! Jom!" Ruhailla menarik tangangku dengan pantas selepas mendapat idea itu.

"Kita minum kat sinilah.." Aku hanya sekadar mengangguk dan ikutkan sahaja lalu masuk ke dalam Starbuck yang ditunjuk olehnya.

Seraya itu kami berdua terus memesan air untuk membasahkan anak tekak.
Lama kami berbual kosong sambil menikmati kopi yang dibeli. Tiba-tiba seseorang datang menegur aku dan Ruhailla di sini.

"Hawa!" Panggil gerangan itu. Lalu aku mencari suara itu.

"Eh Ghazie.. Buat apa dekat sini?" Tanyaku dan kelihatan dia sudah mengambil tempat duduk di sebelah Ruhailla.

"Ada kerja sikit, eh Ruhailla lama tak jumpa.." Sahabatku itu hanya memandangnya sekilas sahaja kerana aku tahu dia tidak menyukai lelaki ini.

"Oh.."

"So awak baru balik dari honeymoon lah ni?" Tanya lelaki itu.

"Haah baru jugalah balik, Danial ada kerja sikit dekat sini." Aku membalas pertanyaannya.

Ruhailla pula hanya diam membisu. Lama Ghazie mengambil masa duduk dengan kami. Dia juga masih di sini berbual kosong denganku, membuat aku ingin beredar pulang kerana jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.

"Ghazie saya nak kena balik ni.." Aku cuba mempamitkat diri.

"Awal lagi ni? Awak balik pakai apa?" Katanya sambil melihat jam yang ada di pergelangan tangannya.

"Pakai grablah, sibuk je nak tahu! Jom weyh balik.." Ruhailla pantas bangun dan menarik tanganku lalu hendak beredar.

"Kalau camtu biar saya je hantar korang.." Pelawanya dan menuju ke arah kami pula.

Aku sudah menggaru kepala. Ini kalau dilayan tidak akan aku pulang ke rumah.

"Aku nak gi tandas jap wey, semak doh jantan ni.." Ruhailla pula pinta mahu ke tandas.

"Eh takpelah, susah-susah je.." Aku ingin menolak permintaannya lalu aku keluar dari Starbuck ini.

"Ehh takpe, jom lah.." Pelakuan Ghazie menarik tanganku ketika keluar dari Starbuck ini mengejutkan aku. Pantas aku menepis tangannya.

"Why?" Tanyanya lelaki itu kepadaku.

"Tak perlulah awak hantar saya, tak selesa dan tak manis. Saya dah kahwin.." Aku memberi alasan kepadanya dan kini Ruhailla pula sudah datang semula selepas melepaskan hajatnya.

"Ruhailla kan ada ni.." Ghazie memegang tangan aku lagi.

"Please Ghazie! Don't touch me.." Aku menepis lalu terus aku merangkul lengan Ruhailla.

"Kau tak faham bahasa ke? Dia kata jangan pegang, janganlah!" Marah Ruhailla di hadapan Starbuck ini. Mata-mata orang yang minum di situ sudah melihat ke arah kami.

"Ruhailla jom lah! Orang tengah usha ni.." Bisikku dan aku menariknya agar situasi ini tidak bertambah teruk.

"Hawa!!" Panggil Ghazie lagi.

"Baliklah Ghazie. Saya nak balik naik grab.." Kataku dan terus Ruhailla membawa aku pergi dari situ.

Setelah kereta yang ditempah oleh Ruhailla untukku pulang sudah tiba. Aku mempamitkan diri kerana Ruhailla hanya dapat meneman aku sampai disini sahaja, dia perlu pulang kerana adiknya sudah menunggu di rumah.

"Aku balik dulu tau."

"Ha dah sampai call aku.." Katanya dan aku mengangguk tanda faham.

Sampai sahaja di rumah aku terus masuk ke dalam. "Asal gelap ni?" Kataku ketika melihat rumah ini gelap gelita. "Danial belum pulang ke rumah ke?" Bebelku berjalan mencari suis lampu.

Lalu setelah ketemu suisnya aku terus membuka lampu ruang tamu. Sesusuk tubuh muncul di hadapanku apabila lampu sudah dibuka.

"Ya allah biy! terkejut sayang.." Kataku dan mengusap dada. Namun wajah lelaki ini nampak bengang akan sesuatu.

"Puas keluar dengan jantan!" Jeritnya membuat bahu aku terangkat. Tiba-tiba sahaja dia menjerit lalu menuduhku.

"Apa maksud biy ni? Kan sayang keluar dengan Ruhailla dengan kak Sarah tadi." Tiba-tiba sahaja Danial melemparkan beberapa keping gambar di tangannya ke arahku.

"Kau takyah nak tipu aku lah! Dah tu gambar tu apa!?" Marahnya lagi dilepaskan kepadaku. Pantas aku mengutip gambar yang sudah berjatuhan di lantai itu. Mataku mula berkaca saat ini.

"Biy salah faham ni, let me explain first.." Aku menarik tangannya namun Danial menepis.

"Kau nak cakap apa lagi! Dah puas keluar dengan jantan tu kau nak cakap apa lagi!? Memang aku dah agak kau ada hubungan dengan dia!" Bentak Danial dengan kuat.

"Biy, sayang bersumpah apa yang biy tengok gambar ni tak macam yang biy maksudkan. Sayang takda niat pun nak curang belakang biy.." Aku cuba memujuknya lagi. Lengan sasa lelaki itu cuba aku dapatkan.

"Dah lah! Kau ni memang tak sedar diuntung! Aku bagi betis kau nak peha!" Aku cuba mengejarnya saat Danial sudah naik ke bilik.

Baru sahaja aku mahu masuk ke dalam. Danial pantas menghempas pintu dan menguncinya dari dalam.
"Biy, sayang tak buat apa yang biy fikir.." Air mataku sudah gugur kerana pergaduhan terbesar dalam mahligai aku sudah berlaku.

"Biy, open the door.." Aku mengetuk pintu bilik ini berkali-kali.

"Bagi sayang cerita dulu apa yang jadi, lepastu biy nak tengking sayang, just do it. Jangan buat sayang macam ni.." Kataku dan cuba mengutuk pintu lagi.

Danial masih tidak melayanku. Aku sudah menangis di hadapan pintu ini. Kepenatan aku hari juga masih belum rebah ditambah lagi dengan situasi sebegini.  Aku mengalah dan bangkit menuju ke ruang tamu untuk rehatkan diri.

Badanku sedangkan beberapa hari ini sering sakit dan aku mudah berasa letih. Lalu akhirnya aku lelap di sofa tanpa memikirkan lagi tentang apa yang berlaku hari ini selepas berjam-jam aku mengalirkan air mata.

Continue Reading

You'll Also Like

5.3K 360 6
"He's married. And he has a son." "Good. I want them." "Who?" "His wife and son." Disangkakan panas berpanjangan. Rupanya hujan di tengahari. Rumah...
548K 14.2K 33
Dia kaum adam yang mampu menundukkan para gadis di bawah kaki nya, dia memiliki segala2 nya di dunia ini katakan sahaja apa yang tidak ada pada lelak...
257K 6.5K 84
⚠️ #Rank No.1 in action #Rank No.1 in Cruel #Rank No.2 in perempuansimpanan #Rank No.3 in tuan #Rank No.2 in brutal #Rank No.2 in bestfriend #Rank No...
38.4K 4.6K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...