The Starry Sky + kth

By -channa

123K 20.8K 10.5K

2020 [completed] + between friendship and love More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Final Chapter
S2 | Chapter 1
S2 | Chapter 2
S2 | Chapter 4
S2 | Chapter 5
S2 | Chapter 6
S2 | Chapter 7
S2 | Chapter 8
S2 | Chapter 9
S2 | Chapter 10
S2 | Chapter 11
S2 | Chapter 12
S2 | Chapter 13
S2 | Chapter 14
S2 | Final Chapter
S3 | Chapter 1
S3 | Chapter 2
S3 | Chapter 3
S3 | Chapter 4
S3 | Chapter 5
S3 | Chapter 6
S3 | Chapter 7
S3 | Chapter 8
S3 | Final Chapter
EPILOGUE

S2 | Chapter 3

2.2K 418 394
By -channa


**************

Taehyung hari ni masuk ke tempat kerja sedikit lewat. Sebabnya tujuan utama sekarang adalah hospital. Check up. Sejak kes kemalangan bas tu Taehyung pun antara salah satu mangsa yang menjalani pembedahan normal cuma ada beberapa symptom yang masih memberi kesan dalam hidup dia. Entah kenapa jantung dia asyik berdegup laju walaupun dia tak kerja keras. Ini lah antara sebab kenapa Taehyung pilih kerja untuk duduk dalam pejabat dan kurang buat aktiviti lasak.

Lelaki itu memuncung bibirnya, menanti giliran. Setelah dipanggil dia langsung bangun lalu menapak ke arah bilik tersebut.

"Kim Taehyung." panggil doktor itu apabila tepat Taehyung menguak pintu. Mereka saling bertukar pandangan.

"Jimin?"

Jimin tersengih, "Irriwa. Meh duduk sini." panggilnya mesra seraya menepuk nepuk kerusi yang bersebelahan dengan dia.

Taehyung menghela keluhan ringan, pintu ditutup rapat. Punggung dilabuhkan di bangku berhadapan lelaki itu. Mungkin jodoh dorang boleh jumpa lagi, cuma dalam keadaan dan situasi yang berbeza.

"Aritmia. Kau jangan risau sangat pasal jantung kau ni, cuma kau kena lah kurangkan alkohol, kafein dan jangan lasak sangat. Kalau dah betul betul elok baru boleh. Kau merokok?"

"Tak."

"Bagus." Jimin menekan skrin telefon pintarnya, menunjuk beberapa jenis model jam. "Aku cadangkan kau pakai smart watch ni. Boleh kawal hipertensi jantung kau. Kalau dah bunyi tu maksudnya kau dah kena elak or berhenti buat sesuatu. Arraseo?"

"Eoh." Taehyung mengangguk kepala.

Topik pasal kesihatan dah habis. Sekarang ni dua dua pun berfikiran topik yang sama iaitu tentang Do Yun Jae.

"Bila kau balik sini? Kenapa tak bagitahu aku?" tanya Jimin.

"Kita bukan kawan."

Jimin tertawa halus, "Geuji? Dulu asal jumpa je nak settle pakai tangan. Padahal boleh je kita boleh sembang chill chill. Maklum lah dulu budak lagi. Tapi aku tak kisah pun pasal cerita lama. Lagipun semua tu kenangan zaman sekolah kan? Aku happy dapat jumpa kau lagi wahai musuhku paling handsome."

"Gurae.." jawab Taehyung tenang.

"Kau tinggal mana sekarang?"

"Rumah lama. Tak selesa tempat lain. Macam mana dengan Yunjae?" ujar Taehyung.

Lelaki itu menghela keluhan ringan, tangan diseluk ke dalam poket baju putihnya, "Macam tu lah. Aku pun tak pasti memandangkan dia selalu tolak nak buat check up sebab dia kata dia sihat je. Mianhae Taehyung-ah, aku cuma nak jaga dia."

Taehyung tersenyum kecil, "Aniya. Gomawo, aku harap kau dapat terus jaga dia." suara husky itu kedengaran sedikit sayu.

"Kenapa kau tak nak dia kenal kau? Hm?" tanya Jimin mengaju soalan yang asyik buat dia bingung.

"Geunyang.. dia tak perlu kenal siapa aku dalam masa lalu dia. Aku cuma.. kisah silam."

Jimin menepuk bahu lelaki dingin itu, "Yah. Dulu aku selalu cemburu dengan kau. Sebab apa? Sebab aku teringin nak ada kawan macam Yunjae, yang selalu ada dengan aku time aku happy, sedih or tak kira masa. Kau tahu tak kau tu orang yang penting dalam hidup dia? Kalau nak dihitung, kau ni separuh dari hidup dia."

"Tak. Aku harap aku tak akan ada kaitan dengan dia lagi."

*************

Hanya ada satu tujuan yang berada di dalam kepala otak Yunjae, iaitu mengganggu hidup jiran depan rumahnya sehingga lelaki tu terpaksa terima skrip dia walau apa pun cara sebab ini satu satunya peluang yang tinggal. Entah berapa lama lagi agaknya dia nak kena tunggu peluang macam ni datang. Kalau tak ditayangkan jugak, mahu menangis penjuru bilik je lah.

Hari ni cadangnya nak mulakan operasi mengganggu hidup si lelaki dingin.

"Yunjae, kamu nak ke mana? Kan cuti?" tanya si emak yang sibuk bermain dengan permainan video. Amboi maklum lah makcik makcik zaman modern ni memang tak kenal dek usia.

"Ada mission. Nanti Yunjae roger roger eomma okay. Annyeong!"

Pantas dia berlari keluar melepasi pintu rumah. Tubuh disandar pada dinding sambil berpeluk tubuh menanti sehingga lelaki tu keluar. Lama jugak dia tunggu, hampir setengah jam. Sebelum tu sempat dia buat tour ke instagram, youtube dengan weverse.

Kedengaran bunyi pintu dikuak, akhirnya muncul susuk tubuh figura yang dinanti nanti.

Yunjae mengukir senyuman lebar.

"Annyeonghaseyo Encik Kim Taehyung. Heee, macam mana hari awak? Menenangkan? Kusam? Sendu?" dia mula mengekori lelaki itu tanpa disuruh. Taehyung macam biasa lah palau dia, apalagi dia boleh buat. Memang itu yang dia cadang kalau dia terpaksa bertembung dengan gadis polos tu.

Yunjae tersenyum palsu sambil memegang dada, sabarlah wahai diri ini semua dugaan. Bisiknya dalam hati.

"Nak dengar cerita tak? Semalam lepas balik jumpa awak tu saya terjatuh longkang. Peh sumpah sakit ilorr. Tapi okay je, mungkin sebab broken sangat awak tak layan saya." ayat dia seperti biasa masih di palau walaupun mereka dah keluar lif.

Taehyung menuju ke kereta agam hitamnya, punat kunci ditekan berbunyi. Gadis itu dalam diam mengekori seraya terbongkok bongkok tanpa deruan tapak kaki. Tak nak bagi dia perasan punya pasal. Pintu kereta bahagian tempat duduk penumpang dibuka, dengan kelajuan maksima Yunjae menerjah masuk ke dalam kereta tersebut.

"Yah!" jerit Taehyung yang terkejut dengan kehadiran Yunjae yang dah macam penjenayah tu.

"Hehee, eleh kasi ah tumpang. Awak ni kedekut ek?"

Mata dia terkebil kebil jengkel, "Keluar. Jigeum."

"Shireo." gadis itu menarik tali pinggang kemudian dikunci sendiri sesambil berpeluk tubuh. "Saya takkan keluar selagi awak tak nak tumpangkan saya."

"Michin yeoja." cemuh lelaki itu perlahan. Dia tak ada pilihan selain hidupkan enjin kereta, tak cukup masa kalau dah tambah dengan melayan karenah budak perempuan tu.

"Hehe macam tulah ciri ciri jiran yang baik. Okay awak ikut je tau jalan yang saya suruh awak belok. Ha nanti kita sampai dekat tempat tu. Awak bawak jangan laju laju tau. Biar lambat asal selamat. Agituh." tak henti henti mulutnya bercakap.

Taehyung menghela keluhan perlahan. Sepatutnya dia tak ada urusan dengan minah ni tapi nak buat macam mana sekali sekala kena lah juga ikutkan.

"Huh?" Taehyung mendekatkan tubuhnya pada stereng kereta hanya untuk menjengah tempat yang mereka sudah tiba, "Dah sampai. Turun."

"Yey!" Yunjae membuka tali pinggang miliknya, namun dengan pantas dia turut menekan butang tali pinggang Taehyung supaya terbuka tanpa lelaki itu sedar. Cepat cepat dia berlari keluar dari perut kereta untuk buka pintu kereta Taehyung.

"Tak terima kasih pulak tu." omelnya perlahan. Sebaik sahaja dia ingin menarik gear, gerakannya terbantut.

"BAA! Hah! Alang alang dah sampai sini jom ah turun!" Yunjae menerpa lelaki itu sehingga badannya turut tersentak kuat. Kedua tangan lelaki itu ditarik sepenuh hati walaupun dia enggan.

"Yah. Aku tak ada masa nak layan kau." dia mengelak dengan tenaga yang ada.

"Awak akan buat orang tengok awak pelik bila awak buat macam ni dekat saya." ugut Yunjae bila dia dah termengah mengah tak ada tenaga nak melawan.

"Aku buat apa?"

"Kalau awak berambus, saya akan menangis dekat sini. Hah. Saya dah hafal nombor plate kereta awak. Lagipun awak yang bawak saya pergi sini."

Taehyung semakin sebal, "Kau yang masuk kereta aku."

"Awak yang memandu."

"Suka hati kau lah." Taehyung kembali menutup pintu kereta miliknya, tanpa menghiraukan lagi kebebalan Yunjae dia terus buat keputusan untuk biarkan dia seorang diri.

"Yah! Kalau awak tinggalkan saya, saya nak balik macam mana? Saya tak bawak beg!"

"Yah! Yah! Kim Taehyung!"

Kereta dipandu laju menghilang. Terjerit jerit sekarang pun tak guna sebab Taehyung dah tinggalkan budak perempuan sendu tu. Bibir Yunjae memuncung pilu. Dah lah rancangan gagal, lepas tu terpaksa duduk dekat taman tu sensorang.

"Yaish. Dasar hati keras macam batu."

Nak tak nak Yunjae bawak diri, dia menapak satu per satu langkah ke arah sungai Han. Pemandangan senja yang indah. Langit semakin ingin menyapa malam untuk berubah gelap. Dia mendepang tangan, membiarkan angin menampar wajahnya tenang.

"Cheotta.." ujarnya menikmati.

"Yaish Kim Tae. Dasar kejam." dia melabuhkan punggung di atas rumput sesambil memeluk kedua belah lututnya, "Gwaenchana. Lepas ni saya akan pastikan saya menang. Huh."

***********

"Baiklah PD-nim, nanti saya akan usahakan. By the way, awak okay ke?" tanya Joo yang merupakan pembantu terdekat lelaki itu.

"Ah, okay. Joo dah boleh balik. Selebihnya saya uruskan." kata lelaki itu yang masih fokus dengan komputer di depan mata.

Joo tersenyum manis, "Saya.. sebenarnya nak ajak awak makan malam memandangkan kita pun dah habis kerja. So how?"

Taehyung mengalih pandangan ke arah gadis itu, "Arr.." dia ingin menjawab tetapi matanya terlari pada jarum jam 'baru' yang dia beli disebabkan oleh arahan Jimin tu.

"Si sengal tu dah balik belum?" bisik hatinya perlahan. Walaupun dingin tapi tetap tercalit perasaan risau. Maklum lah hati masih sayang, bibir je kata tidak.

"So how uri PD-nim?" tanya Joo sekali lagi. Dah lama juga dia simpan perasaan dekat pengarah dia tu, garang macam singa pun tak pernah buat hati tawar. Orang lain semua lari, tapi dia masih setia di sisi.

"Urm. Mian. Ada urusan. Lain kali?"

Joo mengukir senyuman palsu, "Ah. Eung, algaesseumnida. Saya tuntut tau." dia tertawa kecil. "Josimhae, annyeong."

"Eoh.. josimhae."

Lelaki itu menghela keluhan lelah. Dia mengemas barangnya kemudian kunci kereta digapai. Tujuan utama sekarang ialah Hangang Park, tempat yang dia sendiri pandu petang tadi untuk bawa budak perempuan degil tu ke sana. Sekarang ni jiwa dia bercelaru. Tak tahu kenapa dia mengharap yang Yunjae masih dekat situ, sedangkan sepatutnya Yunjae dah boleh balik.

Tapi macam mana kalau Yunjae betul betul tangan kosong? atau dia sengaja menipu?

Selesai meletakkan kereta, Taehyung turun mencari bayang Yunjae. Walaupun suasana malam, masih meriah dengan manusia. Ada yang busking, ber-dating, dan macam macam lagi.

Kepala tersengguk sengguk menilik setiap wajah. Bola mata dikecilkan berhampiran sungai, dengan tenang Taehyung berjalan ke arahnya. Patutlah dia tak boleh nampak kalau dah Yunjae dengan selamba tengah terbaring tidur dekat sini. Lena kemain, tak sedar agaknya.

"Yundo." Taehyung mengetap bibirnya kerana terlepas sebut kebiasaan, "Yunjae. Yah. Ireona."

Kaki digunakan untuk menggerakkan gadis yang dibuai mimpi tu. Malangnya langsung tak dapat jawapan, "Dia ni tak sejuk ke?" omel Taehyung perlahan.

Lambat lambat dia turun juga duduk di sebelah seraya menolak lengan gadis itu berulang kali menggunakan satu jari. Tak ada tanda tanda yang gadis polos tu akan bangun.

Entah kenapa Taehyung terpukau menilik segenap wajah gadis itu sejenak. Rindu yang tersemat di dada seperti semakin lama semakin pulih. Walaupun asyik bersikap kasar dan dingin tapi hatinya sangat 'soft'. Jari naik menyentuh lembut rambut yang mengadang matanya yang tertutup, dia selit di celah telinga. Dulu dia selalu nampak ada air mata mengalir pada pipi budak perempuan ni, cinta kena tolak menangis, nampak dia terluka menangis, bila lelaki tu menangis dia pun join menangis. Rasanya dah lama tak tengok benda tu.

Sebab, dulu cuma lah kisah silam.

"Ireona.. kau buat aku takut.." sebutnya perlahan. Terimbas ketika Yunjae terbaring tidak sedar beberapa tahun lalu di atas katil pesakit. Serupa seperti sekarang.

Yunjae mencelikkan matanya, terkebil kebil dari kabur sehingga jelas wajah Taehyung memenuhi ruang mata. Bibirnya menguntum senyuman, jari telunjuk menyentuh hujung hidung milik lelaki itu.

"Aiguu, saya dah agak awak datang." ucapnya tidak berapa jelas.

Tit tit tit tit tit. Bunyi jam 'baru' Taehyung berdering kuat. Matanya terus terbuntang luas, dia alih posisi duduk menghadap tempat lain. Jam dekat pergelangan tangan tu dia sentuh banyak kali supaya berhenti mengeluarkan bunyi yang memalukan itu.

"Shit." carutnya perlahan. Ini petanda degupan jantungnya berada dalam keadaan 'tidak normal'.

Yunjae mengangkat tubuhnya duduk seraya berpeluk lutut, "Yah. Awak berdebar ke dengan saya?"

Taehyung berpaling, "Michyeosseo?"

"Tu bukti. Ayy, awak suka saya eh? Iyakan iyakan iyakan.." jarinya digerak gerak mengusik.

"Yah gwaenchana. Apa salahnya suka saya? Apa orang kata pes lope? First love? Hah. Tak pun love at first sight? Cinta pandang pertama agituh. Lagipun saya ni bukannya huduh sangat. Sexy tak ada tapi baik orangnya." dia tertawa terkekeh kekeh sendirian.

"Yah. Jawab lah. Ey bosan betul asyik cakap sensorang."

Jam berhenti berbunyi. Suasana sunyi malam ditemani bintang terang. Angin meniup lembut menyapa wajah mereka berdua. Berani Taehyung berganjak maju sedikit kemudian mengunci kedua pergelangan tangan Yunjae, tubuhnya sengaja mendekat sehingga gadis itu terpaksa berbaring semula di atas rumput. Tapak tangan dia sulamkan bersatu dengan jari jemarinya. Digenggam erat. Mata berkedip kedip tersentak dengan tindakan mengejut si lelaki dingin.

Kali ini 'giliran' jantung dia pula dipermainkan.

Sekarang Taehyung tepat berada di atas Yunjae yang nafasnya sudah tidak keruan dek kerana terkurung. Perit liur ditelan dalam diam. Anak matanya bersatu dengan bola mata hazel yang menggoda itu.

"Y..Yah.."

"Gurae, aku berdebar dengan kau. Kalau betul, kau nak jawab apa?"

___________________________

Continue Reading

You'll Also Like

4.9K 501 43
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
14.1K 1.7K 71
Selepas peristiwa hitam itu.Aku sunyi.Aku dicaci.Aku dipinggirkan.Aku dibenci.Aku dianggap 'pembunuh'. 'Bukan aku bunuh dia ! Bukan aku !' -Do hwe ji...
111K 10.5K 40
Kisah Kim Taehyung si idol dan Y/n si pengemis. "Dik, bodoh eh? Sian eh sian" - Kim Taehyung "Tak, saya memang sukakan abang handsome!" - Y/n Highest...
56.2K 259 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur