Hati Untuk Cikgu

By hanaakhairul

242K 8.8K 1K

>> COMPLETED Cikgu Thaqief! Sebut nama je dah cukup untuk buat seorang pelajar bernama Niaa Syafina menggelib... More

P R O L O G 💃
C A S T 🐣
1 - B I S K U T 🍪
2 - I N T A I 👀
3 - M E M O R Y 🍃
4 - K A N T O I 💀
5 - L E T S G O 🌵
6 - M E L T I N G 😘
7 - S T O R Y 🍒
8 - F A I N T E D 💀
9 - S E D A R 🐢
10 - R E V E A L 🦋
11 - C O O K I N G 🍳
12 - P R O P O S E 💍
13 - D A T I N G 🎤
14 - P U L A N G 👋🏻
15 - A N S W E R 🌦
16 - L A S T M E E T 🍃
17 - R I N D U 💘
18 - N E W Y E A R 🐞
19 - G A D U H 🩸
20 - W A R D E D 💉
21 - S U R A T 💌
22 - F I T N A H 🌵
23 - C O N F E S S 🐝
24 - M O V E 🚗
25 - T R U T H 🌻
26 - R E G R E T 💔
27 - S E M A K 🌾
28 - A M A R A N ⚠️
29 - A N A K 👧🏻
30 - M E E T 👀
31 - H O S P I T A L 🏥
32 - P U J U K 🐊
33 - M A R R I E D 💍
34 - G A N G G U 🌾
35 - U G U T A N 🔪
36 - D U G A A N 🍂
37 - T A K D I R ☔
38 - P S Y C H O 🍁
39 - W O R S T 🍂
40 - B U N U H ⚠️
41 - B L E S S E D 💗
43 - W O R S T 🙏🏻
44 - W A R D E D 💉
45 - T A K D I R 🌾
46 - B A H A G I A 💘

42 - D I S C U S S I O N 😍

4.4K 160 42
By hanaakhairul

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k g u ~

♡♡♡

KANDUNGAN Syafina yang sudah menjangkau sembilan bulan itu semakin menambahkan kegusaran dalam hati Thaqief, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kakinya juga sudah sembuh sepenuhnya setelah beberapa bulan berlalu, isterinya benar-benar tabah menjaganya sehingga sembuh. Syafina berjalan ke hulu ke hilir mengelilingi halaman rumah Encik Khairil itu, gusar hatinya.

"Sayang, duduklah sini... Fina jalan ke sana ke sini, abang risau tahu tak. Perut tu, macam nak meletup dah abang tengok" tangan isterinya itu ditarik lembut, Syafina melabuhkan punggung di kerusi batu sebelahnya.

"Anak daddy okey ke tu?" perut Syafina diusap, isterinya itu tersenyum tipis.

"Anak daddy ok, mommy yang tak ok" Syafina mencebik, Thaqief menjongket kening.

"Sayang abang kenapa ni, hm?" rambut Syafina yang panjang mengurai dibelai lembut, wanita itu hanya diam.

"Nervous ea?" Thaqief cuba meneka, perlahan-lahan Syafina mengangguk.

"Jangan risau ok? Abang ada dengan Fina dekat mana pun even waktu lahirkan baby kita, I'll be with you all the time" ujar Thaqief, dia pula yang bimbang dengan isterinya itu.

"Mama baba mana?"

"Ada dekat ruang tamu atas dengan yang lain" balas Syafina, malas pula dia mahu turun. Mereka bermalam di rumah Encik Khairil buat beberapa hari sehingga dia bersalin, bimbang juga Thaqief ingin meninggalkannya di rumah.

"Urm abang, abang rasa nama apa yang sesuai untuk baby boy kita erk?" soal Syafina, perutnya diusap.

"Yaa about nama tu, abang pun lupa nak tanya. Kalau bab-bab nama ni, abang tak kisah. Fina rasa?"

"Dulu kan, Fina selalu berangan nak letak first name anak dengan nama Khaleef tau. Can I?" Syafina cuba menyoal, mana lah tahu suaminya tak setuju.

"Khaleef? Nice name, Khaleef Thaqief. How sweet!" balas Thaqief, muncul senyuman di wajah isterinya.

"Ok ok, urm Khaleef tu lock. Nama belakang?"

"What about-... Khaleef Idris?"

"MasyaAllah, sedapnya nama! Boleh, Fina lock tu!" teruja Syafina mendengarnya, Thaqief tersenyum.

"Khaleef Idris bin Muhammaf Thaqief, arh panjang-panjang nak ke mana sayang" perut Syafina diusap lembut, tergelak isterinya itu.

"Eh tapi kan abang, mama cakap kadang scan tu tak betul tau" ujar Syafina, Thaqief menjongket kening.

"Oh ye? Why?"

"Dulu kan, mama baba dapat tahu Fina ni baby boy tau waktu dalam perut. Tiba-tiba keluar, lah perempuan!"

"Uish, gitu pulak?"

"Ha!"

"Hahahah, ok ok. Kita stand by satu nama baby girl nak? Mana lah tahu, tiba-tiba terpesong kumbang jadi bunga" balas Thaqief, Syafina tergelak.

"Hadeh! Ok, kalau girl-... what's name?"

"Urm, nak tak kita letak nama anak kita Puteri Syaliza Natasha Ellika Sabrina Ijazah Sarjana-"

"Lah tiber!" pintas Syafina, melalut jauh sangat dah tu.

"Haahahahahaha! Ok ok, what if-... Mawar?"

"Mawar?" soal Syafina semula, Thaqief mengangguk.

"Mawar tu bukan haiwan yang terbang-terbang tu ke?" soal Syafina lagi, Thaqief berkerut dahi.

"Eh bukan! Itu kelawar"

"Ahah! Oh tu kelawar?"

"Itu kelawar, Mawar ni macam masakan yang kurang masin tu lah sayang"

"Itu tawar"

"Oh tu tawar?"

"Itu tawar! Mawar ni kan abang macam yang kalau kita sakit, lepas tu kita cari ubat. Ha yang tu Mawar" sambung Syafina, sampai ke sudah tak habis.

"Sayang itu penawar, bukan Mawar"

"Oh bukan tu?" Syafina menyoal, geli hatinya dengan kesanggupan Thaqief melayan karenahnya.

"Bukan yang bukan, Mawar ni macam kalau kita bosan kan-... lepas tu kita jalan-jalan tu"

"Itu keluar! Itu keluar, bukan Mawar" jawab Syafina, masing-masing menahan gelak. Cuba menonjolkan kebodohan dalam mencari maksud sebenar, masuk air dua-dua.

"Oh bukan?"

"Bukan bukan, Mawar ni macam fabrik yang kita pakai untuk tutup kaki tu lah abang"

"Itu seluar! Itu seluar sayang bukan Mawar" balas Thaqief, mujur saja dia melayan.

"Oh bukan ehh ahahaahhaah!!!"

"Bukan, Mawar ni macam yang kalau kita-"

"Ha sudah, Mawar tu nama orang! Jangan nak ditukar jadi binatang lah jadi seluar lah, haih pening anak menantu aku ni" celah Puan Lina dari tingkap dapur, tergelak besar pasangan suami isteri itu.

"Fina ni ma, tiba-tiba kelawar" ujar Thaqief, semakin galaklah mereka tergelak.

"Ok ok kali ni serious, apa tadi- penawar ea?"

"Mawar sayang Mawar" tegur Thaqief, Syafina tertawa lagi. Tahu lah, saja je.

"Ha Mawar, boleh jugak tu abang. Nak letak Mawar apa?"

"Abang tak kisah but yang penting ada nama bunga, I don't know why but sounds attractive if nama girl tu ada related dengan flower" Thaqief mencebik, bahu diangkat.

"Hihik! Fina tahu" balas Syafina, idea jahat mula mengembang.

"Apa dia?"

"Mawar Seroja Tulip Nur Orkid Teratai Bunga Tahi-"

"Astaghfirullahalazim, dah sampai mana tu? Agak-agak nak isi nama dekat borang daftar kelahiran anak kita ni tebal kamus ke?" tegur Thaqief, jauh sangat pergi dia tu. Syafina tergelak, mana pernah serious minah ni.

"Hahahaha ok ok lah kali ni betul, Fina berkenan nama Adeena lah. What if combine? So it's gonna be-... Mawar Adeena"

"Adeena? Sounds good, ok lock!"

"Yeshh!!! Mawar Adeena" Syafina mengukir senyuman, perutnya diusap.

"But if it's a boy, Khaleef Idris"

"Eh jap, Idris? Idris tu yang Hang Tuah punya tu kan abang?" soal Syafina, ha mula dah dia.

"Eh bukan, itu keris yang. Itu keris, Idris ni yang ada Eiffel Tower tu lah" balas Thaqief, dia pun melayan.

"Itu Paris, bukan Idri. Idris ni yang empat ekor tu, yang colour purple hijau oren merah tu lah abang"

"Lah bukan, itu cartoon teletubbies tu. Idris ni yang ikan kecik-kecik tu sayang, yang masuk dalam sambal tumis tu"

"Eh bukan tu, itu ikan bilis bukan Idris. Idris ni macam kalau kita nak something, mula-mula ada tapi lama-lama tak ada"

"Itu habis, itu habis sayang bukan Idris" balas Thaqief, masing-masing menahan gelak.

"Oh bukan ea?" soal Syafina sambil menahan gelak, Thaqief juga turut diam menahan gelak. Mereka berpandangan sebelum kedua-duanya menghamburkan tawa yang lama ditahan, Puan Lina yang berada di dapur itu hanya menggeleng dengan senyuman. Benarlah anak bongsunya itu tidak jatuh ke tangan lelaki yang salah, Thaqief memang suami yang baik.

"Ma?" tegur Miaa, bahu ibunya itu dipeluk.

"Tengok apa?"

"Tu tengok adik kamu tu, sejuk hati mama tengok dia bahagia dengan Qief" lembut Puan Lina menuturkan kata, Miaa tersenyum.

"Tu lah kan ma, ingat waktu dulu-dulu. Waktu Qief reject Niaa, menangis tak berlagu. Penat-penat lari, sekali jodoh" Miaa tergelak kecil, Puan Lina tersenyum.

"Dah jodoh dia, alhamdulillah. Yang kakak ni, bila nak kahwin? Niaa tu dah nak bersalin dah, kakak boyfriend pun tak ada ni macam mana?" soal Puan Lina, Miaa hanya tersengeh.

"Dia tunggu putera raja sumbang masuk mintak tu ma, tak kan tak faham lagi" celah Mikael yang sedang mengambil cawan untuk meminum air, Puan Lina tergelak.

"Lah ye kakak?"

"Ish ma, percaya je lah cakap abang tak guna ni! Macam ni lah ma, mama don't worry ok? Kakak ada dah calon cuma kakak nak pilih the best of the best je, berderet ma. Susah nak pilih" selamba Miaa menjawab, Puan Lina hanya tersenyum menggeleng kepala.

"Ikut kamu lah"

.

.

.

V o t e
&
C o m m e n t

.

.

.

I really appriciated if you guys vote and comment before read the next chapter , may God bless you ! Thankyou

🌵🌵🌵

- hanaakhairul -

Continue Reading

You'll Also Like

295K 15.4K 22
[ S H O R T S T O R Y ] - 1st | ROMANCE SERIES | [ Sejauh manapun kau berlari , kau akan tetapku kejar . ] Mengisahkan tentang seorang gadis bernama...
62.3K 1.3K 61
"Orang tua-tua kata, kalau anak dara duduk kat tangga nanti lambat dapat jodoh," kata Aqil tersengih. Iman hanya mencebik. Iye la tu. "Apa buat mulut...
248K 5.6K 66
Story Ranking #1 in CEO ( 22/4/24) #1 in hotel ( 22/4/24) #1 in crush #1 in romantic novel ‼️IN EDITING ‼️LOADING FOR SEASON 2 ‼️MY FIRST NOVEL DONT...
239K 6.2K 58
Auni Farisha bukan gadis belasan tahun. Umur dah menjangkau 26 tahun namun dia tak pernah lagi rasa jatuh cinta. Lagi 4 tahun dah nak masuk 30an. Aba...