Hati Untuk Cikgu

By hanaakhairul

243K 8.8K 1K

>> COMPLETED Cikgu Thaqief! Sebut nama je dah cukup untuk buat seorang pelajar bernama Niaa Syafina menggelib... More

P R O L O G 💃
C A S T 🐣
1 - B I S K U T 🍪
2 - I N T A I 👀
3 - M E M O R Y 🍃
4 - K A N T O I 💀
5 - L E T S G O 🌵
6 - M E L T I N G 😘
7 - S T O R Y 🍒
8 - F A I N T E D 💀
9 - S E D A R 🐢
10 - R E V E A L 🦋
11 - C O O K I N G 🍳
12 - P R O P O S E 💍
13 - D A T I N G 🎤
14 - P U L A N G 👋🏻
15 - A N S W E R 🌦
17 - R I N D U 💘
18 - N E W Y E A R 🐞
19 - G A D U H 🩸
20 - W A R D E D 💉
21 - S U R A T 💌
22 - F I T N A H 🌵
23 - C O N F E S S 🐝
24 - M O V E 🚗
25 - T R U T H 🌻
26 - R E G R E T 💔
27 - S E M A K 🌾
28 - A M A R A N ⚠️
29 - A N A K 👧🏻
30 - M E E T 👀
31 - H O S P I T A L 🏥
32 - P U J U K 🐊
33 - M A R R I E D 💍
34 - G A N G G U 🌾
35 - U G U T A N 🔪
36 - D U G A A N 🍂
37 - T A K D I R ☔
38 - P S Y C H O 🍁
39 - W O R S T 🍂
40 - B U N U H ⚠️
41 - B L E S S E D 💗
42 - D I S C U S S I O N 😍
43 - W O R S T 🙏🏻
44 - W A R D E D 💉
45 - T A K D I R 🌾
46 - B A H A G I A 💘

16 - L A S T M E E T 🍃

3.9K 168 11
By hanaakhairul

P R E S E N T ;

~ H a t i U n t u k C i k g u ~

♡♡♡

PINTU KERETA dibuka, Syafina dan rakannya itu melangkah keluar. Beg baju Hana dibawa sekali, sempat Hana mengucapkan terima kasih kepada gurunya itu. Tangan Syafina ditarik, mereka berdiri di hadapan pagar rumah. Syafina pula menjongket kening, wajah rakannya itu dipandang memohon penjelasan.

"Aku dengar apa yang kau bualkan tadi" ujar Hana, Syafina mencebik.

"Bukan kau tidur ke?"

"Tak, aku pura-pura tidur. Fina, kenapa kau tak confess je? Peluang untuk kau confess tadi besar tau, tapi kau lepaskan macam tu je?"

"Kau tak kan faham selagi kau tak ada kat tempat aku Na, kalau kau betul-betul dengar apa yang dia cakap tadi... Kau akan tahu kenapa aku pilih untuk simpan benda ni, aku tak nak dia tahu" jawab Syafina, suaranya mula mengendur menahan sebak.

"Dah lah weh, kau jangan lah ambil benda ni as a big problem do. Tak elok lah, jangan sebab benda ni hancurkan senyuman kau. Chill, banyak lagi benda yang kita kena hadap lepas ni. Kau kuat ok?" pujuk Hana, rakannya itu mengangguk perlahan.

"Dah, kau take care tau. Make sure dia hantar kau sampai depan rumah, terus balik. Jangan melencong ke tempat lain, dah malam ni. Faham?"

"Faham sistur, bye! See you later" tubuh Hana dipeluk sebelum dia melangkah ke kereta, lambaian kecil diberi.

"Bye! Terima kasih cikgu" jerit Hana, lambaian diberi. Thaqief tersenyum, keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan rumah Hana.

"Fina, nak belok mana ni?" soal Thaqief, dia diberitahu bahawa rumah Syafina dan rakannya itu di taman sebelah saja. Bezanya, rumah Hana setingkat dan rumah Syafina pula dua tingkat.

"Oh, ha cikgu masuk kanan lepas tu jalan terus sikit and rumah paling hujung tu la rumah saya" terang Syafina, Thaqief mengangguk faham. Sekeliling taman itu dia pandang, boleh tahan cantik rumah banglo di taman itu.

"Fina, parents kerja apa?"

"Baba saya arkitek, mama ada bisnes butik"

"Oh" kereta dipandu sehingga sampai ke rumah pelajarnya itu, Syafina tersenyum tipis. Tali pinggang keledar dibuka, mereka berdua melangkah keluar. Thaqief mendekatinya, mungkin ada ucapan terakhir sebelum Syafina masuk.

"Cikgu, saya-..." Syafina menunduk mati kata, tidak tahu apa yang hendak dicakapkan untuk kali terakhir itu. Thaqief berkerut dahi, dia merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan pelajarnya ini cuma dia juga tidak tahu apa.

"Fina, saya perasan that there have something was not right with you. Apa yang jadi sebenarnya, cuba cakap" lembut Thaqief memujuk, Syafina sebak.

"Saya mintak maaf kalau ada buat awak tersinggung, saya tak tahu apa yang awak tengah fikir sekarang. Fina kalau awak ada masalah apa-apa, awak boleh cerita kat saya. Saya sentiasa ada, awak contact je. Ok?" pujuknya lagi, Syafina hanya tersenyum kelat.

"Tak ada apa lah cikgu, saya ok je. Cikgu tak ada salah pun dengan saya, terima kasih untuk saya sepanjang trip kita ni. Saya akan jadikan ini sebagai memori paling indah dalam hidup saya, terima kasih banyak" balas Syafina, Thaqief mengangguk dengan senyuman.

"Saya masuk dulu, cikgu drive elok-elok. Assalamualaikum" pamit Syafina, langkah diatur masuk ke dalam rumah. Thaqief pula masih berdiri tegak di tempatnya, langsung tak berganjak. Syafina berkerut dahi, dia mendekati gurunya itu semula.

"Kenapa, tak nak balik ke?" soalnya, Thaqief tersenyum tipis,

"Awak tak ada pickupline untuk saya sebelum saya balik ke?" soal Thaqief, muncul juga senyuman Syafina yang melebar itu. Haih la Encik Thaqief, you never failed make me smile.

"Ok, cuba tutup mata" arah Syafina, berkerut dahi Thaqief.

"For what?"

"Tutup jee" arahnya lagi, teragak-agak Thaqief menutup mata. Risau juga dia dengan pelajarnya ini, entah apa agendanya.

"Jangan bukak mata tu sampai bila-bila pun, no matter what happened-... all you have to do is closed your eyes" ujar Syafina, semakin ketara kerutan di dahi Thaqief. Kan dah cakap, meraban je Syafina ni.

"Habis tu, macam mana saya nak hidup dengan mata tertutup?"

"Tak boleh hidup kan?" soal Syafina, Thaqief menggeleng dengan mata yang masih tertutup.

"Macam tu lah hidup saya tanpa cikgu, semuanya gelap tanpa sikit pun cahaya. Saya hilang arah bila cikgu tak ada depan mata, seolah-olah saya hidup dengan mata yang buta" balas Syafina, Thaqief tersenyum.

"Lah, pickupline rupanya"

"Hahah, ye lah cikgu jugak yang mintak tadi kan. Now bukak lah mata tu, tak kan nak tutup sampai esok kot" ujar Syafina, Thaqief tersenyum seraya menggeleng.

"Tak nak" jawabnya, giliran Syafina pula berkerut dahi.

"Kenapa tak nak bukak pulak?"

"Sebab saya tak nak biarkan awak sorang-sorang hidup dalam kegelapan dunia, biarlah kita buta dan hilang arah bersama. Hidup saya akan ada sinar kalau awak di sisi saya even saya buta sekali pun, cukup awak menjadi cahaya untuk menerangi setiap sisi hidup saya" jawab Thaqief semula, ingat dia je pandai bagi pickupline? Encik Thaqief pun pandai lah!

Syafina tersenyum, crush bagi pickupline is another level of kebahagiaan. Tahap bahagia dia tu boleh terbang pergi negeri Ayah Pin, jadi pengasas Kerajaan Langit. Tiber!

"Ngarut lah cikgu, dah bukak mata tu" arah Syafina, Thaqief tergelak.

"Ok next, kenapa kita tak sempurna eh?" soal Syafina, Thaqief tersenyum. Dia pernah dengar pickupline ni, kacang je.

"Sebab kita memerlukan each other untuk saling melengkapi, sejujurnya saya perlukan awak untuk menyempurnakan hidup saya" jawab Thaqief, Syafina tercengang.

"Alaaa cikgu ni sibuk lah, tak jadi pickupline saya hm" Syafina memuncung, Thaqief tergelak.

"Ehh Fina, ada something lah dekat mata awak"

"Haa?!" Syafina mula gelabah.

"Tengok sikit-..." Thaqief mendekati pelajarnya, Syafina membesarkan mata.

"Ada apa?"

"Ada cinta, patutlah bersinar semacam je" balas Thaqief, dia tergelak. Syafina tersenyum lebar, memanglah ada cinta. Cinta untuk cikgu lah, ehek!

"Huh! Hari tu bukan main jual mahal, malam ni tiba-tiba murah dengan pickupline ni kenapa?"

"Saja, saya berjangkit dengan awak tau tak!" balas Thaqief, Syafina tergelak.

"Tak apa lah, boleh tambah knowledge. Nanti cikgu dah kahwin, boleh bagi pickupline saya dekat wife cikgu"

"Hm, saya takut awak jemu pulak hari-hari pickupline" jawab Thaqief, Syafina berkerut dahi.

"Apa kena mengena dengan saya pulak?"

"Awak kan future wife saya" balasnya selamba sebelum tergelak, Syafina menganga. Haih, alangkah bagusnya kalau betul. Thaqief kalau dah sweet, manis dia tu kalah gula selori tau!

"Hahaahah tak ada lah, saya gurau je. Tak kan lah saya nak kahwin dengan pelajar sendiri, awak pun tak kan nak kahwin dengan cikgu sendiri kan?" soal Thaqief, Syafina hanya tersenyum kelat. Ayat last tu- sakit weh!

"Ok lah, saya masuk dulu" Syafina melangkah masuk, malas nak berlama di situ walau hakikatnya mahu saja dia menghentikan masa.

"Kejap!" panggil Thaqief, Syafina menoleh.

"Buah durian buah berduri, assalamualaikum jaga diri" ujar Thaqief, Syafina tersenyum tipis.

"Buah epal buah pelam, walaikumsalam" jawabnya, Thaqief tersenyum. Dia melangkah ke kereta, pintu dibuka.

"C-cikgu!" panggil Syafina, terhenti perbuatan Thaqief yang hendak meloloskan diri ke dalam kereta itu.

"Ye saya?"

"Sebenarnya saya-..." kata-katanya terhenti, serta-merta kata-kata Thaqief berputar di minda.

"Kalau saya-... saya reject je lah sebab dia pelajar saya right? Tak kan saya nak bercinta dengan dia kot, macam nonsense je"

"Tak kan lah saya nak kahwin dengan pelajar sendiri"

"Fina?"

"Ha ye?" Syafina tersentak, Thaqief berkerut dahi.

"Awak ok tak ni?"

"O-ok cikgu"

"Tadi nak cakap apa?"

"T-tak, tak ada apa" tergagap Syafina menjawab, Thaqief menjongket kening.

"Sure?"

"Yaa sure" balas Syafina, biar lah dia batalkan saja niatnya untuk meluah. Teragak-agak Thaqief mengangguk lalu masuk ke dalam kereta, cermin tingkap dibuka.

"Take care Syafina, jaga diri. Saya akan rindu awak, nasi goreng awak, each one of your advices and the most important is-... your pickuplines. I'm gonna miss everything..." ujar Thaqief dengan senyuman kelat, berat hatinya untuk pulang.

Gadis itu benar-benar mencuit hati dengan caranya tersendiri, banyak yang dia belajar bersama pelajarnya yang satu itu. Syafina ada sesuatu yang tak ada pada pelajar lain, itu lah yang membuatnya tertarik.

"Drive safe my beloved teacher, I'm gonna miss you too" balas Syafina dengan senyuman tipis, Thaqief mencebik.

"Bless to meet you again" ujar Thaqief, semakin sebaklah Syafina dibuatnya.

"In Sya Allah" itu saja balasan Syafina, tak mungkin dia akan berjumpa gurunya itu seperti ini lagi.

"Urm cikgu!" panggilnya lagi, Thaqief menjongket kening.

"Sapu tangan cikgu hari tu pada saya"

"Tak apa, awak simpan je. Kalau rindu, ada lah jugak pengubatnya" usik Thaqief, Syafina mengangguk dengan senyuman.

"Bye cikgu"

"Bye" Thaqief tersenyum tipis, dia melambai kecil sebelum kereta dipandu meninggalkan kawasan perumahan itu.

"Sebenarnya saya-... cintakan cikgu" akhirnya ayat itu meniti di bibir Syafina, airmata yang tiba-tiba jatuh diseka. Kereta Thaqief yang semakin hilang dari pandangan itu ditatap dari jauh, sebak tak terkata. Perpisahan itu benar menyakitkan, bermacam perkara yang dia lalui.

"Kita akan ikut haluan masing-masing, keadaan akan kembali pada asal. Hubungan kita akan asing macam dulu, saya dengan life saya dan cikgu dengan life cikgu. Terima kasih untuk segalanya, terima kasih untuk kebahagiaan sementara ni. Saya bahagia, sangat bahagia" gumam Syafina sendirian, dia tersenyum kelat. Telefon pintarnya berdering, panggilan dari Puan Lina itu dijawab.

"Yes ma, Niaa dah balik ni" langkah diatur masuk ke dalam rumah, biarlah semuanya tinggal kenangan.

🍒 B E R S A M B U N G 🍒

.

.

.

.

.

🌵🌵🌵

Hii ,

Stay tune ; 🐝

Sincere ,
hanaakhairul

Continue Reading

You'll Also Like

578K 19.8K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
166K 14.4K 62
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
1.3M 29.9K 55
hai nama aku alyah dan aku anak yatim piatu. sedihkan ?. tapi aku tak kisah sebab mereka tinggalkab aku time aku masih kecik lagi. ok straight to the...
82K 3.4K 27
>> COMPLETED Kehadiran Rafeeq Adham sebagai guru di situ menarik perhatian Dhiya Aryanaa. Entah bagaimana dia boleh terpikat dengan ketampanan wajah...