My Adore, Dr. Annoying

By liayurina

128K 6.8K 3.1K

Hazwini Raihana, seorang gadis ceria pada setiap masa. Suka menyakat lima orang sahabatnya yang sentiasa bera... More

PEMBETULAN❗
🤍 PROLOG I
🤍 PROLOG II
🤍 BAB 1
🌼 Bab 2
🌼Bab 8
🌼Bab 9
🌼Bab 14
🌼Bab 15
🌼Bab 16
🌼Bab 17
🌼Bab 20
🌼Bab 21
🐯🐣Bab 22
🌼Bab 23
🌼Bab 24
🌼Bab 25
🌼Bab 26
🌼Bab 27
Bab 28🤍
Bab 29🤍
Bab 30🤍
Bab 32🤍
Bab 33🤍
Bab 34🤍
Bab 35🤍
Bab 36🤍
BAB 37🤍
Bab 38🤍
Bab 39🤍
Bab 40🤍
Bab 41🤍
Bab 42🤍
Bab 43🤍
Bab 44🤍
Bab 45🤍
Bab 46🤍
Bab 47🤍
Bab 48🤍
Bab 49🤍
Bab 50🤍
Bab 51🤍
Bab 52🤍
Bab 53🤍
Bab 54🤍
Bab 55🤍
Bab 56🤍
Bab 57🤍
Bab 58🤍
Bab 59🤍
Bab 60🤍
Bab 61🤍
Bab 62🤍
Bab 63🤍
Bab 64🤍
Bab 65🤍
Bab 66🤍
Bab 67🤍
Bab 68🤍
🌼Bab 10
🌼Bab 3
🌼Bab 4
🌼Bab 5
🌼Bab 7
🦋Bab 18
🦋Bab 11
🦋Bab 13
🦋Bab 19

Bab 31🤍

1.6K 100 6
By liayurina

Suria KLCC, Kuala Lumpur.

Adriana mencebik bibirnya. Dia memandang wajah kakak sulungnya dengan muka tidak puas hati.

"Please......!" Rayu Afrina kepada Adriana.

"Ya lah! Cepat sikit... Kita penat-penat datang kat sini nak cuci mata tapi akak sibuk je nak cuci mata dalam tandas. Erghhh!" Bebel Adriana lalu melangkah keluar dari tandas awam perempuan.

"Jangan selfie dalam tandas.. Banyak benda pelik kat situ" tambah Adriana lagi.

"Tahulah! Kau tunggu akak kat depan tandas."

Adriana mengeluh perlahan. Orang datang sini nak membeli-belah, tapi sibuk nak masuk dalam tandas. Ada apa eh dalam tu? Pelik tapi benar. Itu lah satu perangai kurang baik Afrina ketika baru menjejak kaki di shopping complex. Adakah anda begitu? Belum sampai ditingkat atas sudah jejak di tandas awam.

Dia kemudian mengambil keputusan untuk duduk dibangku panjang bersebelahan di depan tandas awam perempuan sementara menunggu kakaknya itu.

Tiba-tiba ada sesuatu getaran panjang di dalam beg silangnya. Pantas dia menyeluk beg silang itu lalu mengeluarkan telefon pintarnya yang sedang berdering.

Winnie the pooh😚 is calling...
Terukir senyuman gembira terpalit dibibirnya.

"Assalamualaikum... warahmatullahiwarokatuh! Weii, rindu kau Wini... Huhuhu, bila lah nak habis cuti sem ni?" Kata Adriana senafas. Laju. Boleh kalah dengan bunyi tembakkan machine gun!

"Waalaikumussalam... Huh, sejak bila kau pandai cakap laju ni Yana? Setahu aku, aku sorang je lebih pro dalam bab tu."

"Alaaaaa, sekali sekala. Ni, tak ada ribut, tak ada tsunami tak ada salji turun kat Malaysia.. Kau pahal tetiba nak call aku? Kau dah call Liana belum? Karang merajuk orang tua tu...."

"Saja aku call kau. Nak tanya khabar... Bosan gila kut cuti sem ni.... Hm, pasal orang tua tu aku dah call tadi dah. Dia sekarang dekat Melaka. Abang sulung dia nak bertunang. Kau kat mana Yana? Aku dengar bunyi bising-bising je? Haaaaaaa! Kau pergi berdisko ke? Ya Allah tak sangka aku..!" Kata Hazwini di dalam talian sana.

Adriana menepuk dahinya. Aku pergi disko? Erghh memang tak lah. Haram. Dosa. Tak tahu perkataan ini sila tanya insan bernama google.

"Kepala otak kau! Aku dekat KL. Jalan-jalan dekat Suria KLCC. Sebab kakak aku dapat kerja sebagai akauntan dalam satu syarikat ni kat sini. Woii, agak-agak lah aku yang comel, pendek bahkan lebih warak ni nak pergi kat tempat perlombongan najis tu? Eeeee.... "

Berdekah-dekah ketawa Hazwini didalam talian. Mendengar bebelan Adriana. Sungguh dia rindu mengusik sahabatnya itu.

"I'm just kiddinglah! Kau ni bukan boleh percaya sangat.... Entah-entah kau pergi kat situ ke.....? Tahulah tempat bernama Kuala Lumpur ni banyak benda-benda pelik. Cara hidup, sosial, kehidupan seharian.. "

"Kau ni.....! Haihh, sabar jelah.. Nak bagi taskirah tunggu lah waktu yang sesuai. Time  ni juga kau nak bagi ceramah free kat aku! Aku tengah sakit hati dengan kakak aku ni tau.. Belum sampai tingkat atas dah pergi masuk tandas," ujar Adriana. Nadanya ketika ini amat serius.

"Ohhh! Hehe. Maaf la ye terbagi ceramah free kat kau! Dah-dah aku nak call Aisya pula. Apa lah.. khabar dia kat Korea tu. Huhu, ni mesti kes jumpa mamat Korea.. Lepastu tak nak balik-balik Malaysia..."

"Haaa, call cepat! Kata Adriana yang cemburu tahap kuasa tiga ni kirim salam! Kalau terselisih mana-mana mamat Korea yang handsome. Sila kata Adriana comel from Malaysia say saranghae!"

"Ya lah..! Tu je ke? Tak nak cakap kau ni pendek sekali?" Usik Hazwini lagi.

"Winiiiiiiii!!"

"Hahahaha... okey-okey. Bye-bye Assalamulaikum..! Muahhhh banyak-banyak,"

"Waalaikumussalam. Muah banyak-banyak juga!" Kemudian talian terus dimatikan.
Boleh jadi pesakit mental bila cakap dengan Hazwini. Haihh...

Nur Adriana binti Zaidi disahkan mendapat penyakit mental setelah berkawan rapat dengan sahabatnya. Huhuhu.. tak nak!

Malas melayan kata hatinya, telefon pintar masih dalam pengangan diletakkan kembali dalam beg silang.

"Lama betul lah akak ni.. Pergi tandas ke? Buat tandas?" Rungut Adriana perlahan. Ikutkan hatinya nak aje dia menjerit nama kakaknya. Sakit hati betul lah!

"Haish, tak boleh jadi ni... Kau kena masuk juga kat dalam. Kut-kut lah kaki kakak tersekat dalam lubang tandas ke.." Katanya pada dirinya.

Baru sahaja kakinya mengorak langkah, tiba tiba dia terlanggar sesuatu benda yang keras dan tegap.

"Hey! Are you blind? Or are you that short until you can't even see me right infront of you?"

Adriana terkedu dengan jerkahan itu.  Perlahan-lahan dia mendonggakkan kepalanya melihat wajah si penjerkah itu. Handsome! Wahhh! Dia telah terlanggar seseorang lelaki barat. Huhuhu.... agaknya orang mana ye? American guy? Italian guy? Spanish guy? Lagi-lagi?

Lelaki itu hanya membuat muka smirk kepada Adriana. Huh, perempuan....

"Aku tahu lah aku ni handsome.. Tak payah la pandang aku macam esok nak mati!" Lelaki itu terus memecah lamunan Adriana setelah dia hanya memberi reaksi merenung kepada lelaki itu sahaja.

"Haaa?" Adriana terpinga-pinga. Langsung dia tak dengar bicara lelaki itu. Dia terlalu asyik memandang wajah itu.

"Errr... Sorry. Could you please repeat? because i can't hear you."

"Pendek. Lepastu pekak pulak tu..."

Adriana melopong. Bb..boleh cakap Melayu? Seriuslah?!

Kelihatan lelaki itu mendengus geram.

"Kau ni nak kata rabun dah pakai spek. Aku yang besar depan mata takkan kau tak nampak?! Nak cari pasal ke apa? Pendek.. pekak sesuai untuk kau!" Kata lelaki itu dengan kasar. Suara bukan main kuat pula tu!

"Basically, you are the one who didn't see me in the first place. Don't blame me."  Jawab Adriana mudah. Terbalik. Sepatutnya lelaki itu kena speaking bukan dia. Arghhh kesah apa aku?

"Malas layan kau! Dasar budak pendek, pekak!"

"Jangan nak kurang ajar boleh tak?!" Adriana mula naik angin. Dada bidang lelaki itu berlapikkan sweater hitam di tolak kasar.

"Who care?"

Adriana berundur ke belakang. Sungguh dia takut lelaki yang ditolaknya semakin hampir ditubuhnya. Akhirnya badannya betul-betul tersandar di dinding bersebelahan surau yang terdapat di shopping complex.

"J..jangan..!" Ujar Adriana tergagap-gagap. Ya Allah tolonglah hambamu ini.

"Remember my name, Dyaz. Cau!" Terus lelaki itu beredar dari situ setelah berbisik halus-di telinga Adriana yang berlapikkan shawl.

Adriana menarik nafas lega. Syukurlah!

"Yana! Ya Allah...!! Penat-penat akak cari kau.. Kat sini rupanya..." bebel Afrina. Adriana hanya mencebik.

"Eleh..Yang akak tu buat apa dalam tandas? Lama tau Yana tunggu!"

"Ehehehe... Perempuan biasalah kan? Membetulkan tudung mengambil masa yang lama.."

"Dah lah! Malas Yana nak layan akak. Kita datang sini nak jalan-jalan. Bukan jalan-jalan dalam tandas."

"Laaa, tak habis lagi ke pasal tandas ni? Okey, hm. Sebagai tanda maaf akak belanja  Yana makan... baskins robbins nak tak?" Pujuk Afrina. Kedua-dua belah tangan Adriana digoyang-goyangkan. Gaya memujuk zaman prasejarah.

"Okey..! Lepas makan aiskrim kita makan KFC?"

"Amboiii melebih nampak?"

Adriana tergelak besar. Kemudian dua adik beradik ini bergerak jalan naik ke tingkat atas menggunakkan ekslator.

"We will meet again, dear..."

"EH, baru nak muncul Dyaz Lanzo Mark! Berejam gila aku tunggu kau..! Kalau macam ni baik tak payah jumpa! Bongok arghh," marah Jimmy sambil menyekeh kepala Mark.

"Hoii aku datang ni kira bersyukur tau!" Kata Mark selamba. Air minuman green tea milik Jimmy diambil lalu menghirup dengan senang-lenang.

Jimmy mendengus geram. "Kau pergi lah order air lain! Nak juga rembat air aku apahal? Nak makan penyepak aku ke?"

Mark menggeleng perlahan. Kedua-dua kelopak mata dikedip banyak kali. Membuat muka comel. Jimmy hanya mengetap giginya dengan aksi Mark itu.

"Kau kan jutawan.... Setakat air kat starbuck pun berkira..."

"Masalahnya... Kau ada duit jugak kan?!"

"Kena ragut tadi."

"Seriuslah?!" Kata Jimmy dengan wajah terkejutnya.

"Haah, tapi bukan duit.... Ianya hati."

Sekali lagi Jimmy menyekeh kepala Mark.

"Stres aku cakap dengan kau ni!"

"Jangan cakap."

Jimmy malas hendak melayan Mark. Beberapa saat kemudian dia berdehem. Menyedarkan Mark yang leka melihat telefon.

"Aku nak kau perhati je dia... Ada problem, just call me. And...."

"And?" Sambung Mark.

"Aku tidur dekat condo kau boleh?"

"Kenapa pula? Kau kan ada rumah.."

"Hm, tulah.. Ryan oustation kat Jerman. Papa dan mama aku mana ada duduk KL. Takkan kau lupa?"

"Ouh..! Boleh-boleh. Malam ni kita buat benda 'tu' nak tak?" Usik Mark. Lengan Jimmy yang terletak elok di meja di elus dengan lembut. Buat-buat menggoda. Eeuww..

"Mark.. Kau rasa berapa lama kau tak makan kaki aku?" Tanya Jimmy serius.

"Huhuhu.. 4 bulan yang lepas."

"So, kau nak rasa tak?"

"Nak.. tapi bukan kaki.. Aku nak.."

Terus Jimmy menyekeh kepala Mark untuk kali ketiga.

Tak lama kemudian Mark menghambur ketawa. Terlupa seketika pasal gadis pendek dan pekak itu.

Done! Vote and comments😚❤

Sorry naa, chap kali ni amat menghambarkan.Huhu.

By the way... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-KARIM. BULAN YANG PENUH MULIA, MEMPERBANYAKKAN BUAT AMALAN YANG MENDATAMGKAN PAHALA.

SEKIAN, DARI SAYA🙂
HANNA YANG COMEL🙂

Eh jap! Saya nak promote sesuatu

Tidak Kenal Pasti
@tulisansofia

My adik punya story huhu. Cerita yang penuh dakwah. Aku pula? Cerita penuh menghambarkan..

Continue Reading

You'll Also Like

57.6K 3.8K 49
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
857K 85.4K 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripad...
152K 13.5K 59
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
375K 11.8K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...