Randomness in My Mind

By TomMarvolloRiddle

2.5K 94 28

Ini cerita pendek. Tulisan yang pendek. Hanya satu bab setiap cerita. Pada kamu yang mahu tersengih tersen... More

Holla
Kisah Dua
Kisah Tiga
Kisah Empat
Kisah Lima
Kisah Enam
Kisah Tujuh
Kisah Tujuh (2)
Kisah Tujuh (3)

Kisah Satu

554 21 15
By TomMarvolloRiddle

"Kamu, percaya pada cinta?"

Aku berpaling, melihat dia. Senyum yang mula menarik di pinggir bibir aku tahan. Dari cahaya bulan, dapat aku lihat, dia mengigit bibir.

'Comel' desisku dalam hati.

Aku diam. Tidak terus menjawab persoalannya. Sebaliknya pandangan aku bawa ke langit. Langit malam ini cerah, ada bulan purnama, dan penuh bintang. Angin juga berpupuk lembut, seakan memeluk tubuhku.

"Ya, aku percaya." ujarku perlahan.

Dia memandangku.

"Menurutmu, apa maksud cinta?" Soalan kedua dia tuju padaku.

Nafas panjang aku sela. Sedang dia di sebelah memandangku penuh tanya.

"Cinta itu ada banyak pandangan. Cinta yang bagai mana menurutmu? Dari segi apa?" Aku menyoal kembali.

"Maksud kamu?" Dahinya berkerut.

"Cinta dari seorang ibu, apabila melihat anak kecilnya buat kali pertama, itu cinta. Cinta bagi guru, apabila melihat wajah murid murid nya. Itu juga cinta. Jadi definisi cinta dari segi apa yang kamu maksudkan?" Aku menjelaskan panjang lebar padanya. Perlahan kerut di dahinya menghilang.

"Cinta sesama insan. Cinta sepasang kekasih." Jawabnya laju. Aku tersengih.

"Cinta sebegitu ya?" Aku membalas lalu tersenyum. Dia mengangguk laju.

"Bagi aku, apabila dia gembira, dan aku tersenyum kerananya, itu cinta. Apabila aku curi curi memandangnya saat dia leka, itu cinta. Apabila sesuatu yang baik berlaku padaku, dan dia orang pertama yang sangat ingin aku kongsikan, itu cinta. Disaat dia rapuh dan aku ada peluang untuk melangkah, tetapi aku tetap memilih dia, itu cinta. Dan..." aku jeda sebentar.

"Dan..?" Terus si dia bersuara.

"Di saat aku ada di masa ini, di tempat ini, bersama kamu. Itu cinta." Tangan aku bawa ke tangannya yang terletak elok di atas rumput lalu aku genggam erat dan aku bawa ke bibir sebelum mengucup perlahan.

"Kamu, kamu itu cinta."

2155
19042020

Continue Reading

You'll Also Like

8.4K 1.3K 84
We're back again! HAHAHA Ada antara korang yang perlukan cover tapi tak ada orang yang nak tolong buatkan? Cubalah singgah covershop kedua aku ni! โœจ...
6.3K 266 52
"๐ป๐‘–๐‘  ๐‘™๐‘œ๐‘ฃ๐‘’ ๐‘‘๐‘’๐‘’๐‘๐‘’๐‘Ÿ ๐‘กโ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐ด๐‘ก๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘" ๐„๐ซ๐ข๐ง๐ž ๐๐š๐ญ๐š๐ฌ๐ฒ๐š ๐Š๐ข๐ฆ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐’๐š๐Ÿ๐ข๐ž ๐๐š๐ณ๐ณ๐ฎ๐š๐ง, gadis kacukan Korea Se...
10K 1.4K 97
โ Kami menunggu kedatangan anda โž - RAIN SHOP 3 Hanya menerima lima request untuk setiap batch ^ . . . Guna cover&banner selama sehari Mention userna...
1.6M 60.2K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...