Hati Untuk Cikgu

By hanaakhairul

254K 9.1K 1K

>> COMPLETED Cikgu Thaqief! Sebut nama je dah cukup untuk buat seorang pelajar bernama Niaa Syafina menggelib... More

P R O L O G πŸ’ƒ
C A S T 🐣
1 - B I S K U T πŸͺ
2 - I N T A I πŸ‘€
3 - M E M O R Y πŸƒ
4 - K A N T O I πŸ’€
6 - M E L T I N G 😘
7 - S T O R Y πŸ’
8 - F A I N T E D πŸ’€
9 - S E D A R 🐒
10 - R E V E A L πŸ¦‹
11 - C O O K I N G 🍳
12 - P R O P O S E πŸ’
13 - D A T I N G 🎀
14 - P U L A N G πŸ‘‹πŸ»
15 - A N S W E R 🌦
16 - L A S T M E E T πŸƒ
17 - R I N D U πŸ’˜
18 - N E W Y E A R 🐞
19 - G A D U H 🩸
20 - W A R D E D πŸ’‰
21 - S U R A T πŸ’Œ
22 - F I T N A H 🌡
23 - C O N F E S S 🐝
24 - M O V E πŸš—
25 - T R U T H 🌻
26 - R E G R E T πŸ’”
27 - S E M A K 🌾
28 - A M A R A N ⚠️
29 - A N A K πŸ‘§πŸ»
30 - M E E T πŸ‘€
31 - H O S P I T A L πŸ₯
32 - P U J U K 🐊
33 - M A R R I E D πŸ’
34 - G A N G G U 🌾
35 - U G U T A N πŸ”ͺ
36 - D U G A A N πŸ‚
37 - T A K D I R β˜”
38 - P S Y C H O 🍁
39 - W O R S T πŸ‚
40 - B U N U H ⚠️
41 - B L E S S E D πŸ’—
42 - D I S C U S S I O N 😍
43 - W O R S T πŸ™πŸ»
44 - W A R D E D πŸ’‰
45 - T A K D I R 🌾
46 - B A H A G I A πŸ’˜

5 - L E T S G O 🌡

4.4K 194 39
By hanaakhairul

P R E S E N T ;

~ H a t i   U n t u k  C i k g u ~

♡♡♡

SOALAN yang keluar dari mulut gurunya itu sungguh membuat jantungnya bagai terhenti seketika, tidak dia sangka berita itu bakal sampai kepada Fateha. Tunang dia sendiri tanya, hm sedia lubang kubur je lah. Syafina berdehem perlahan, dia cuba mengukirkan senyuman tipis.

"Apa ke situ pulak cikgu ni, tak ada lah. Saya ni jumpa dengan Cikgu Qief tu pun sangat-sangat lah jarang, lagi kan nak borak. Hm, lambet lagi. Lagi pulak saya ni kan pelajar dia and dia tu cikgu saya, tak kan lah saya syok kat cikgu sendiri" jawab Syafina, keyakinan itu penting ye.

"Oh, ye ke ni?"

"Ya. Urm cantik cincin cikgu ni, beli dekat mana?" soal Syafina, cuba mengubah suasana.

"Oh, ni cincin tunang" balas Fateha dengan senyuman, riak wajah Syafina berubah. Kalau dah nama cincin tunang, siapa lagi yang bagi kalau bukan Thaqief.

"Oh, cikgu dah tunang?" soal Syafina, pura-pura tak ambil tahu gosip murahan di sekolah itu.

"Alhamdulillah, hujung tahun ni saya kahwin. Awak doakan yang baik-baik tau" Fateha tersenyum memandang cincin di jari manisnya, senyumannya tambah melebar lagi apabila teringatkan buah hati.

"Aamiin. Cantik cincin tu, bertuah badan" puji Syafina, dia tersenyum kelat.

"Thanks "

"Kalau awak nak tahu, dia ikut sekali tau trip kita ni. Cikgu Am tu puas pujuk dia, finally ikut jugak" ujar Fateha, membuntang biji mata Syafina mendengarnya. Mampus kau Syafina! Hadap lah kau crush sendiri nge-date dengan orang lain, menyesal ikut.

"Oh... Gosip cikgu dengan Cikgu Qief tu betul kan?" dengan beraninya Syafina melontarkan soalan, Fateha berkerut dahi.

"Ha? Gosip apa?"

"Gosip dengan Cikgu Qief tu, betul lah cikgu tunang dia?"

"Eh memang saya dah bertunang tapi bukan-"

"Teha, cepat sikit! Kita dah lambat ni" jeritan Maya menghentikan kata-kata Fateha. Mereka berdua saling berpandangan sebelum berlari ke arah mereka yang sedang berkumpul, Syafina terus menerpa ke arah Hana.

"Tu" mulut Hana memuncung ke arah Thaqief yang berpeluk tubuh sebelum Fateha menghulurkan gitar kepadanya.

"Tahu, tunang dia dah bagitahu aku tadi" jawab Syafina, dia menunduk. Apa yang dia rasa saat itu? Macam nak balik je, batalkan trip tu.

Bayangkan...

Dah teruja nak pergi kem, tahu-tahu crush ikut sekali bawak tunang. Tak ke kerja gila? Kalau tak kuat iman, silap hari bulan boleh mati celup kepala dalam sungai.

"Woi tapir, kau ada nak cakap apa-apa tak before gerak?" soal Maya kepada Amir, teruk nau perangai perempuan sorang ni. Thaqief dengan Fateha pun sudah terbiasa dengan layanan kasar Maya terhadap Amir, pantang jumpa.

"Tak ada babunku sayanggg" balas Amir meleret sebelum menayangkan riak wajah meluat, Maya menjeling.

"Anak-anak, attention! Listen carefully, either kereta saya, kereta Cikgu Qief or kereta Cikgu Am, you guys boleh letak barang-barang korang okeh?" ujar Maya, semua mengangguk.

"Baik cikgu!"

"Suruh Fina dengan Hana naik kereta Qief" bisik Fateha di telinga Maya, pelik juga yang lain melihat dua orang guru mereka berbisik-bisik sebegini.

"Kenapa?"

"Nanti dalam kereta Teha cerita" balas Fateha, Maya mengangguk setuju walau dia juga pelik.

"Ok guys, Hanis, Dhiya naik kereta saya. Ha Den dengan Acap naik kereta tenggiling tak cukup sifat ni!" arah Maya selamba, Amir melongo.

"Hanat betul! Eh selamba panggil aku tenggiling, kau tu? Dah lah macam badak air bunting, tak sedar diri!" balas Amir, Thaqief menyenggolnya.

"Tch dah lah, dengan perempuan pun nak gaduh ke?"

"Tak, masalahnya dia-"

"Dah..." pintas Thaqief, bahu Amir ditepuk.

Syafina pula terdiam, nama yang lain dah sebut habis tu macam mana pula dia? Kereta siapa je yang tinggal kalau bukan-...

Thaqief.

Say goodbye to Niaa Syafina!

"Qief, kau bawak Hana dengan Fina tau" arah Maya, Fateha tersenyum penuh makna.

"Ha boleh" balas Thaqief, konon muka tak kisah.

"Baik-baik bawa anak dara orang, tangan tu simpan elok-elok dalam kocek. Jangan merayap, iman kau tu dah lah senipis kulit bawang je" sindir Amir, terhambur gelaknya. Thaqief hanya memberikan jelingan sekilas, tahu lah!

Syafina masih diam, tak puas hati.

"Kenapa tu?" soal Thaqief kepada Hana, mulutnya dimuncungkan ke arah Syafina.

"Ahah! Tak ada apa cikgu, biasalah perempuan" jawab Hana, Syafina hanya menjeling.

"Oh yes, one of you kena duduk depan sebab belakang penuh barang" ujar Thaqief, Hana mengangguk.

"Aku duduk belakang!" ujar Hana, membuntang biji mata Syafina. Baru sahaja rakannya itu hendak meloloskan diri ke dalam kereta, dia sudah terlebih dahulu menarik Hana keluar semula.

"Shit! Asal aku kena duduk depan?"

"Tch alahai, aku bagi kau chance rapat dengan dia tau! Tak nak ke?"

"Nak tu memang lah nak, masalahnya tunang orang gila! Kau fikir apa, aku nak usha dia? Memang tak lah" jawab Syafina, dia menjeling sebelum masuk ke dalam kereta. Hana hanya mencebik, well you'll got the answer soon.

"Bismillahirrahmanirrahim" gumam Thaqief sebelum memulakan perjalanan, kereta rakannya yang bergerak keluar sekolah itu disusur.

"Fina aku nak tidur tau, dah sampai kejut" arah Hana, Syafina hanya diam. Mengangguk tidak malah menggeleng pun tidak, rakannya itu memang sengaja cari pasal.

15 minit kemudian...

"Kenapa senyap?" soalan Thaqief memecahkan kesunyian, Syafina tersentak.

"Tak, saya tak ada topik nak borak dengan cikgu" balasnya senada, cukuplah dia dituduh menggedik dengan cikgu sendiri. Tak mahu pula dia dituduh perampas tunang orang, tak bagus pula. Namun dia membuat kira-kira, apa kata kalau dia tanya. Boleh tak?

"Cikgu, saya nak tanya something boleh?" soalnya, Thaqief menjongket kening.

"Apa dia?"

"Cikgu Teha tu-"

"Bukan tunang saya" pintas Thaqief, Syafina melongo.

Hell, what?

🍒 B E R S A M B U N G 🍒

.

.

.

.

.

🌵🌵🌵

Hii ,

V o t e
¤¤¤
C o m m e n t

Thankyou ! 😘

Sincere ,
hanaakhairul

ThaqieFina

Continue Reading

You'll Also Like

492K 15.9K 56
#2020 Coverby:@nurshaziera Dia seorang gadis.Kelahirannya tidak diterima oleh bapa kandungnya hanya kerana dia bayi perempuan sedangkan si bapa terla...
127K 5.3K 31
Dari status sahabat, bertukar kepada status suami isteri ? Itulah yang dialami Ardell Dahlia dan Hariz Aiman. Persahabatan yang terjalin sejak berumu...
201K 6.2K 81
β„Œπ”žπ”©π”²π”°π”¦π”«π”žπ”°π”¦ π”œπ”žπ”«π”€ π”‡π”¦π”±π”žπ”¨π”‘π”¦π”―π”¨π”žπ”« π”…π”’π”―π”°π”žπ”ͺπ”ž, π”…π”¦π”‘π”žπ”‘π”žπ”―π”¦ π”–π”Άπ”²π”―π”€π”ž. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku...
370K 10K 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah...