Isteri Teristimewa

By DyannRose

334K 21.5K 6.7K

Perpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam huj... More

DLM : 1
DLM : 2
DLM : 3
DLM : 4
DLM : 5
DLM : 6
DLM : 7
DLM : 8
DLM : 9
DLM : 10
DLM : IT
DLM : 11
DLM : 12
DLM : 13
DLM : 14
DLM : 15
DLM : 16
DLM : 17
DLM : 18
DLM : 19
DLM : 21
DLM : 22
DLM : 23
DLM : 24
DLM : Bantu Saya
DLM : 25
DLM : 26
DLM : Aidan
DLM : 27
DLM : 28
DLM : 29
DLM : 30
DLM : 31
DLM : 32
DLM : 33
DLM : Teaser 34
DLM : 34
DLM : 35
Love, IT
Happy Or Sad Ending?
DLM : 36
DLM : 37
DLM : 38
Trailer IT
DLM : 39
Pendapat
DLM 2 : 40
DLM 2 : 41
DLM 2 : 42
DLM 2 : 43
DLM 2 : 44
DLM 2 : 45
DLM 2 : 46
DLM 2 : 47
DLM 2 : 48
DLM 2 : 49
DLM 2 : 50
DLM 2 : 51
DLM : 52

DLM : 20

6.6K 425 217
By DyannRose

DANEEN mengucap syukur setelah selesai diijabkabulkan. Dengan sekali lafaz sahaja dia sah menjadi isteri kepada Ammar Aidan, ayah.

Dah 11 jam dia sah menjadi isteri Aidan. Alahai malunya!

Daneen berjalan mencari tempat berteduh di luar. Penat sengih, menyambut tetamu serta bergambar tadi. Rahangnya lenguh. Kakinya juga kebas.

Dia mengambil tempat di bawah kanopi. Kerusi kosong dirapatinya setelah mendapatkan segelas air sirap. Tekaknya yang kering dibasahkan pula dengan air sejuk, memang terasa lega.

Aidan menyeluk telefon ke dalam poket baju pengantinnya tadi. Sejurus teringat, Daneen mengeluarkan telefon tersebut. Skrin telefon ditenung lalu menilik wajahnya.

“Ada lagi make up, aku ingat cair dah.”

Daneen ketawa. Tak sangka tahan juga solekan Kak Andam ni.

Daneen angkat wajah. Pandangan matanya disapa seraut wajah Aisyah. Riak muka Daneen automatik berubah.

Siapa pulak jemput ni? Haisy! Mula la nak bukak silat! Nasib pakai kain je ni, kalau tidak makan penumbuk.

“Selamat pengantin baru, Daneen.” Aisyah bersuara.

“Sebenarnya Aidan yang jemput Aisyah, maaf kalau kehadiran Aisyah menggugat ketenangan Daneen,” terang Aisyah bersama ucapan maaf.

Dia mendekati Daneen lebih rapat.

“Eh, mestilah tidak. Aisyah datang dengan siapa?” tanya Daneen berbahasa. Tak mahu timbulkan pergaduhan di hari bahagianya ini.

“Aisyah datang dengan tunang, tapi tunang Aisyah tunggu luar,” jawab Aisyah juga berbahasa tutur katanya.

“Kenapa tak ajak masuk sekali? Aisyah panggil la masuk sekali, makanan pun ada lagi. Suami Daneen masak banyak,” ajak Daneen. Saja dia menekan perkataan suami itu. Namun beberapa saat kemudian apabila Aisyah tak menjawab membuatkan hatinya bertamu rasa bersalah.

Baru sahaja Daneen mahu mengutarakan ungkapan maaf, Aisyah bersuara.

“Aisyah dah agak dah dari mula yang Daneen ni sebenarnya bukan adik Aidan. Nampak sangat tau jauh beza muka tu,” tukas Aisyah dengan senyuman manis terhias di bibirnya. Tenang sahaja suaranya.

“Maaflah Aisyah, Aidan yang memperkenalkan Daneen sebagai adik perempuan dia. Ada la sebab tu,” terang Daneen.

“Daneen jangan risau ye, hati Aidan kat Daneen sorang je. Jaga Aidan baik-baik, you're the right person for him, Daneen.” Tangan Daneen disentuh lembut. Dia tak mahu jika Daneen berdendam dengannya. Dia tahu dari awal lagi Daneen tidak selesa setiap kali kehadirannya.

Daneen membalas dengan pelukan. Dia faham maksud tersirat Aisyah.

“Thank you Aisyah. Ya Aisyah, jemputlah masuk, jamah sikit hidangan. Ajak tunang Aisyah sekali.” Daneen mempelawa lagi lalu merungkaikan pelukan.

“Betul ke ni boleh ajak tunang Aisyah sekali? Tak keberatan ke?”

“Sure not.”

“Okey Daneen, Aisyah panggilkan tunang Aisyah.”

“Aisyah,” panggil Daneen perlahan.

Aisyah kalih.

“Ya Daneen?” sahut Aisyah kemudian menghampiri Daneen.

“Boleh kita jadi kawan?” tanya Daneen sambil menghulurkan tangannya.

Of course. Be friends!”

Daneen membalas dengan senyuman. Aisyah ni baik orangnya. Cepat betul hati ini bersangka buruk bila rasa tergugat. Daneen, Daneen.

“Hai sayang, what are you doing here?” Pipi Daneen dicuit.

Aidan mengambil tempat duduk di sebelah Daneen lalu merapatkan kedudukan.

“Duduk rehat sekejap, penat. Abang kenapa datang sini? Pergilah layan tetamu abang, tak baik tau tinggal tetamu.”

Aidan menongkat dagu depan Daneen sambil matanya meliar ke segenap wajah Daneen.

“Abang rindukan sayang la, entahlah baru tinggal sekejap hati ni dah bertamu rasa rindu.” Tangan Daneen dikucupnya.

“Awkward la Daneen dengan ayah ni.”

“Hey, kenapa ayah?” Aidan bulat mata.

“Opss terlepas la Encik Abang Sayang! Janganlah marah.” Pipi Aidan diusapnya dengan penuh kasih sayang.

“Tak boleh nak marahlah.”

“Kenapa?”

“Hati ni tak sanggup marah insan yang dicintai.”

Daneen menampar lengan Aidan.

“Nakal la abang ni!”

Dalam matanya sibuk melihat wajah sang isteri, matanya tertancap pada figura seseorang perempuan bersama seorang lelaki. Dia kenal perempuan tu.

“Sayang, tu bukan ke Aisyah?” tanya Aidan meminta kepastian.

“Ya! Itu Aisyah.” Daneen menjawab kemudian menghalang pandangan Aidan.

“Sayang tepilah, abang nak tengok dia datang dengan siapa.”

“Kenapa? Abang cemburu?”

Aidan ketawa. Comel la isterinya ni, baru je tengok perempuan sikit dah melenting.

“Nampaknya sayang yang cemburu ni.” Pipi Daneen yang gebu dicucuknya. Daneen biarkan, dia suka.

“Abang suami Daneen dah tau, cemburu tu patut sangat dah!” Daneen naik angin.

Satu cubitan ketam singgah di paha Aidan.

“Cemburu membawa padah sayang, ha macam sekarang ni. Tengoklah tangan sayang cubit-cubit kulit abang. Cuba bayangkan abang hilang kulit sebab sayang. Sendu sayang di malam pertama,” usik Aidan kemudian disusuli ketawa.

Daneen menekup mulut Aidan. Gatal la!

“Tak tahu malu ke? Hisy, miang sangat!”

“Nak miang dengan siapa lagi kalau bukan isteri Aidan seorang ni?”

“Miang tu kena berpada-pada ye suami Daneen.”

“Erm... boleh isteri Aidan beritahu kena berpada-pada macam mana?” Aidan mendekatkan mukanya.

“Jangan sampai isteri Aidan korek biji mata suami Daneen ni tau!”

“Demi isteri Aidan, Aidan sanggup serahkan biji mata, ambil la sayang.” Dia mendekatkan lagi dan sebelah matanya dikenyit. Berselang-seli kenyitan.

“Tak sangka ini perangai sebenar suami Daneen ni, gatal tu tak boleh dikawal!”

“Gatal dengan isteri rasanya tak apa, kan?”

“Jangan ikut isteri Aidan, isteri Aidan tak suka. Isteri Aidan tengah merajuk tau ni!” rajuk Daneen kemudian bangun dan menarik tangan Aidan mengikutnya. Aidan nak tergelak.

Aduhai sayang ni... Kata merajuk tapi tangan pegang jugak. Tapi comellah 'isteri Aidan, suami Aidan'. Geram!

“Tengah merajuk la kena ikut, kalau melepas macam mana?” Aidan melayan karenah Daneen. Jika hendak dihitung kegembiraan hatinya bersama dengan Daneen, memang tak terkira. Gembira sangat!

“Orang tengok tau, tak suka la abang ni,” protes Daneen sedangkan suka.

“Biarlah orang tengok, bukan dorang boleh marah pun. Sayang dah sah jadi isteri abang, kekasih halal abang dan bidadari abang.” Lembut suara Aidan menampar gegendang telinganya. Romantis intonasi dituturkan. Gembira tak terkata hati Daneen.

Stop! Nak makan ke tak?” jerkah Daneen. Dia saja nak cari alasan bergaduh manja. Asyik nak sweet je kerja, nak jugak bergaduh.

“Nak! Tapi sayang suap,” bisik Aidan sambil mengemaskan rangkulan di pinggang Daneen. 

Daneen menampar tangan Aidan yang memeluknya dari belakang. Aidan terus meleraikan.

Daneen pusing mengadapnya.

“Dah tak ada tangan ke nak makan sendiri?” Daneen membulatkan matanya besar seraya bercekak pinggang.

Terkejut Aidan tengok mata Daneen bulat besar. Hampir sahaja jatuh angkara kedudukan mereka sangat dekat.

Daneen cepat membantu.

“Sayang ni nasib abang tak terjatuh.” Aidan sempat berpaut di meja ambil makanan dan sebelah tangannya menyambut tangan Daneen.

Daneen ketawa kecil. Suaminya ni gelabah tu tetap tak hilang.

“Itulah, usik lagi. Kan dah kena padah.” Dagu Aidan dicuit.

“Sayang, do you love me?” tanya Aidan sambil mendaratkan dagunya di bahu Daneen. Dia memeluk lagi tubuh kecil itu.

“Ya, I love you abang...” balas Daneen bersama ungkapan sayang.

Aidan rasa nak pengsan. Tak boleh, tak boleh. Kena tanya lagi!

“Sayang, do you miss me?”

“Ada depan mata, buat apa nak rindu?” Daneen menyindir. Nakal sangat Aidan ni, ada je tangan tu nak menjalar merata tempat.

Senduk ditangan Daneen tak tersentuh makanan angkara kenakalan Aidan tak sudah-sudah.

“Kenalah rindu, baru kira romantik sayang.”

“Ya suami Daneen, I miss you.” Daneen menyentuh lauk kemudian mendaratkan di pinggan. Pinggan Aidan dan dia.

Jelas kedengaran di telinga Aidan. Tersenyum lebar Aidan yang masih berkepit dengan Daneen. Kali ini rasa nak rebah. Daneen ni, suka buat iman dia alami gempa bumi.

“Kita makan dalam satu pinggan la sayang, baru sweet,” usul Aidan masih kekal dalam intonasi romantis.

“Tapi ni dah letak sikit,” jawab Daneen lalu jarinya menunjukkan ke arah pinggan yang sudah terisi lauk dan nasi.

“Tak apa, bawa je sekali. Kalau habis dah boleh tambah, tak payah bangun.”

Daneen mengangguk tanda faham. Baru sahaja dia mahu mengangkat kedua-dua pinggan itu, Aidan pantas menghalang.

“Bagi abang bawa, sayang tunjuk arah je.” Aidan menawar diri kemudian mengenyitkan matanya.

“Suami Daneen ni sweet tau, geram Daneen!”

“Abang pun geram sangat dengan Daneen!”

Daneen laju melarikan wajah dan memulakan langkah. Bahaya betul Aidan ni.

Aidan senyum melihat Daneen laju melarikan diri. Takut la tu. Baru nak manja sikit.

“Letak sini.”

“Hey sayang, nak pergi mana?” soal Aidan laju setelah mendaratkan pinggan di atas meja. Dia tangkas menangkap tangan Daneen.

Aidan bangun.

“Nak ambil air.” Ringkas Daneen menjawab.

“Biar abang ambilkan. Sayang, dah banyak jalan nanti lenguh, dahlah sayang ni gemuk,” ujar Aidan seraya menarik kerusi untuk Daneen. Mukanya selamba mendekat dengan Daneen dan menekan bahu Daneen duduk.

“Apa? Apa abang cakap, cakap sekali lagi!” Daneen bangun walaupun Aidan masih menyuruhnya duduk.

“Sayang gemuk tu? Ha, sayang gemuk. Kenapa sayang?”

Terbelalak mata Daneen. Terkejut mendengar penyataan ulangan itu.

“Boleh pulak abang tanya kenapa?”

“Yela, kenapa sayang?” Aidan saja bertanya dengan intonasi mencabar. Tahu dah Daneen mula nak naik angin.

Berdesup Aidan membuka langkah melarikan diri apabila melihat riak muka Daneen berubah.

Daneen tak tahan. Aidan ni memang cari pasal. Bajunya tak dapat disinting bukan menjadi penghalang dia mengejar. Dia juga membuka langkah. Dengan hati yang membara, dia mengejar Aidan yang sudah laju berlari dengan ketawa kuat.

“Abang tak berhenti lari Daneen merajuk, baik berhenti!” tempik Daneen dalam nada ugutan. Panas hati betul.

“Sayang nampak gemuklah lari, jangan larilah sayang dahlah gemuk, nanti bertambah pulak gemuk.” Aidan sengaja mengejek.

Daneen sudah menikam anak mata Aidan yang memandangnya dengan ekoran mata nakal. Geram betul! Dengan mata helangnya, Daneen melontar jelingan tajam.

“Sampai hati abang cakap Daneen gemuk.”

“Sayang merajuk ke? Alah janganlah...” Aidan memujuk. Manja saja suaranya mengusik Daneen. Sukalah tengok Daneen merajuk sebab nampak comel sangat.

“Nak merajuk jugak!”

“Okey, okey. Abang minta maaf, sayang tak gemuk la. Cuma sayang debab je. Debab tu tak banyak pun gemuk, ada la dalam lingkungan 'sangat gemuk'!”

Hayden sekadar memerhati dan menyaksikan adegan romantik itu. Sinis senyumannya setiap kali bait perbualan itu singgah di lubang telinganya.

“Perkahwinan korang takkan kekal lama.”

Hayden berlalu masuk bersama keretanya ke halaman di ruangan garaj. Pak saudara selaku membantu mengetuai majlis menyambut mesra kehadiran Hayden.

“Dua pasangan tu gembira je Hana. Bertuah anak Hana dapat isteri yang hormat tutur bicaranya. Suka mengusik dan nakal tu biasalah, sekurang-kurangnya tak sunyi rumah Hana ni,” puji Puan Hasnah sambil senyum gembira.

Puan Sri Hana hanya menyambut kata-kata pujian itu dengan senyuman kurang menyenangkan. Dengar dari mulut Hayden, gadis yang bersama along iaitu Daneen pernah dikenali ramai sebagai gadis lorong. Tapi dia tak percaya kerana daripada penceritaan Aidan, Daneen berasal dari rumah anak yatim.

Dia sendiri buntu dengan pertembungan penjelasan daripada kedua anak lelakinya. Kalau percaya penjelasan Hayden seperti tidak adil, jika dia berada di tempat Hayden dia juga boleh buat spekulasi yang sama. Aidan? Aidan sendiri pun seperti tidak tahu tentang latar belakang isterinya sendiri.

Dia tidak mahu mempersoalkan hubungan sah anaknya dengan menantunya itu. Mereka ditakdirkan berjodoh, jadi dia sebagai hamba Allah, tidak layak menyoal takdir yang telah ditetapkan.

“Mungkin aku perlu tanya Daneen sendiri.”

___________________
Writer's Comment: Saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya bab ini terlampau over sweetnya😭😂kalau sweet terlalu sweet weh, aku tklehlah😂😂😂

Okey belanja gambar Aidan🤭❤️

Poyo😂

Berlagak hensem sikit😂

Mat bunga❤️😂

Try jadi kacak😂

“Tengah memasak untuk Daneen ni, engkorang hado?” Aidan menjungkit kening dengan bangga.

Gambar Daneen

Eh tersesat😂

Ehhh muncung

“Ayah jangan nakal-nakal!” Daneen marah.

“Daneen dah kahwin, anda bila lagi?” Muka gembira.

“Daneen tak gemuk, ayah cakap Daneen cuma debab je.”

Gambar Hayden

Nampaknya Hayden lagi kacak ni!

Okey, hensem lagi dripada Aidan.

Sangat hensem😢

Publish : 16 April, 6:08 p.m.

Continue Reading

You'll Also Like

205K 4.8K 45
" Uncle, Auliq tu kan anak angkat uncle. Jadi, tak eloklah kalau dia jadi menantu mama nanti, " balas Shah apabila Encik Khai membayangkan mereka ber...
17.9K 586 28
Assalamualaikum wbt. Ini adalah karya saya, Fateh Arvile . Karya ini tidak sempurna masih ada kesalahan tatabahasa dan ejaan . Termasuk juga susunan...
206K 6.7K 44
"Saya dah muak jadi istri awak. Saya rasa cukup sampai di sini lah hubungan kita Aryan Qalish." Tengku Daryna Sofia&Tengku Aryan Qlish as long as I'...
318K 14.7K 78
Karya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari kelu...