30 days : Don't Sleep.

By crushleus

59.8K 44.2K 11.2K

❝ Unethical Human Experimentation | Sleep Experiment ❞ Park Jimin, Kim Taehyung dan Jeon Jungkook. Tiga or... More

30 days : Don't Sleep.
prologue.
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28

01

3.1K 1.8K 804
By crushleus

Seodaemun-gu Prison, Seoul

Barisan manusia yang sedang beratur panjang membuatkan Kim Taehyung menenyeh mata buat sekian kalinya. Mengantuk. Bosan. Semua perasaan kini bercampur aduk.

Dia benci akan situasi sekarang di mana dia terpaksa menunggu lama hanya untuk mendapatkan sedulang makanan. Sudahlah perlu beratur pula tu.

Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sebelum melepaskan keluhan berat. Ketahuilah bahawa lelaki yang berusia 24 tahun itu tidak suka dengan perkara yang melecehkan seperti ini.

Bila agaknya dunia ini mahu maju? Kononnya abad ke-21, abad yang menjanjikan zaman serba canggih hasil daripada perkembangan sains dan teknologi yang hebat.

Dah tu, kenapa tidak menggunakan mesin robotik sahaja untuk mengendalikan makanan di kantin ini? Kenapa perlu menggunakan manusia-manusia yang lembab dan langsung tidak berkualiti dalam mengendalikan kerja?

Taehyung mengeluh buat sekian kalinya. Tiada gunanya jika dia memberontak begitu. Bukannya dia boleh mengubah apa-apa, kerana dia hanyalah seorang banduan.

Ianya malah akan menyerabutkan fikirannya sahaja jika berbahas tentang perkara itu. Jadi, Taehyung memilih untuk diam sahaja.

Setelah lama menunggu, akhirnya kesabarannya kian menipis bak kulit bawang.  Dia bukanlah seorang yang boleh bersabar dan menunggu lama. Sudahlah perutnya berkeroncong dari tadi minta diisi.

Akhirnya, tanpa secalit rasa belas kasihan, Taehyung menolak kasar lelaki di barisan hadapannya sehingga lelaki itu terdorong ke tepi.

Tolakannya yang kasar membuatkan lelaki itu terjatuh sehingga kepalanya terkena bangku yang berhampiran.

Taehyung kemudiannya melangkah setapak ke hadapan, mengambil barisan lelaki di hadapannya itu tadi.

"Bodoh, lembab."

Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada lelaki itu sebelum Taehyung mengalihkan pandangannya ke hadapan semula.

Jeon Jungkook, lelaki yang ditolak sebentar tadi hanya mampu diam tidak melawan.  Bukannya dia tidak tahu, kalau dia menengking nanti, ianya seolah-olah menempah keranda untuk dirinya sendiri.

Huh, siapa sahaja yang tidak kenal dengan Kim Taehyung? Banduan 1095 yang suka mencari pasal dengan banduan lain. Jika melawan, pasti akan dikerjakan oleh lelaki itu sehingga nyawa-nyawa ikan.

Jadi, dia lebih memilih untuk diam daripada melawan. Saat dia ditolak sehingga terjatuh tadi, ramai banduan yang bersorak keriangan malah ada juga yang bersiul tanda menyokong perbuatan Taehyung itu tadi.

Jungkook kini menjadi tontonan orang ramai. Banduan-banduan di hadapannya yang sedang berbaris tidak lepas dari memandang serong ke arahnya seolah-olah dia merupakan seekor anjing kurap.

"Bangunlah, sial. Kau nak duduk kat lantai tu berapa lama lagi?"

"Buat semak mata aku je."

"Bodoh, jantan lembik!"

Pelbagai kata makian dilontarkan oleh para banduan di situ. Langsung tiada secebis rasa simpati untuk menolong. Mereka malah menendang kaki Jungkook sehingga lelaki itu meringis kesakitan.

Jungkook cuba untuk mengelak namun, usahanya sia-sia. Dirinya ditendang berkali-kali oleh setiap banduan yang sedang berjalan di dalam barisan itu.

Giginya diketap rapat menahan rasa pedih yang mencucuk. Tangannya menggenggam kaki kirinya yang ditendang berkali-kali.

Ya tuhan, sampai bila dia perlu menghadapi dugaan sebegini? Dia serik.

Mereka akhirnya berhenti mengerjakan Jungkook apabila dimarahi oleh warden penjara yang kebetulan sedang menjaga di kawasan itu.

Masing-masing hanya menayangkan wajah tidak bersalah, seolah-olah dirinya memang layak diperlakukan sebegitu. Sempat juga, ada yang meludah tepat ke mukanya sebelum berlalu pergi.

Jungkook mengelap wajahnya yang dicemari dengan air liur milik seseorang. Dia sendiri tidak mengenali siapa lelaki yang meludah ke arahnya tadi.

Entah apa motif lelaki itu berbuat sedemikian, Jungkook sendiri tidak pasti. Dia bukanlah seorang banduan yang suka mencari pasal dengan banduan lain.

Tambahan pula Jungkook merupakan seorang yang lebih suka bersendirian daripada bergaul. Baginya, tiada faedah jika dia berkawan dengan banduan-banduan di sini yang perangainya mengalahkan syaitan.

Tangan kirinya naik memegang kepala yang terasa berdenyut akibat hentakan pada bangku tadi. Jungkook sedaya upaya bangkit tanpa dibantu oleh sesiapa.

Warden penjara yang berada di pintu masuk dewan makan hanya memandang kosong ke arahnya. Tiada sekelumit rasa untuk menolong dirinya yang sedang menanggung kesakitan.

Huh, Jungkook sememangnya sudah lali dengan suasana di penjara ini.

Sudah 5 bulan lamanya duduk di dalam penjara, ianya cukup membuatkan Jungkook mengenali sifat-sifat para banduan yang tidak berhati perut, malah warden-warden penjara yang seringkali membutakan mata mereka apabila berlakunya pergaduhan sesama banduan.

Ya, dia sudah lali dengan suasana di penjara yang seakan-akan neraka baginya ini.

❐❐❐

"Woi, Jimin."

Jimin yang ketika itu sedang menghirup kuah samgyetang tersedak akibat bahunya tiba-tiba sahaja ditepuk dari belakang.

Kepalanya pantas menoleh, melihat gerangan yang kurang diajar itu. Segala makian sudah pun terkumpul di benak fikirannya untuk dihamburkan kepada si pengacau.

"Bodohlah, Taehyung. Aku nak makan pun tak senang."

Belakang tangannya naik mengesat bibirnya yang comot. Jelingan tajam diberikan kepada Taehyung sekilas sebelum fokusnya kembali tertumpu pada makanan.

Taehyung sekadar mengukirkan sengihan apabila melihat wajah cemberut Jimin. Dia kemudiannya melabuhkan punggung seraya meletakkan hidangan di atas meja.

"Aduh, rileklah. Yang kau emo semacam ni kenapa? Selalunya aku tepuk tak ada pula nak marah-marah." plastik chopstick yang berada di tangannya dibuka. Taehyung lantas menggaul hidangan samgyetang yang masih hangat.

Melihatkan wajah Jimin yang tanpa riak itu, dia kemudiannya menyambung. "Ini mesti ada masalah, kan?"

Taehyung mengangkat alisnya yang terbentuk sempurna, menanti jawapan dari Jimin. Namun, lelaki itu sekadar menggelengkan kepalanya. "Mana ada."

Taehyung mencebik apabila mendengar penafian dari rakannya. Huh, fikir dia percaya? Macamlah dia tidak tahu yang Jimin sedang menipu. Lihat sahajalah perilakunya ketika ini yang tidak henti-henti menguis makanan.

"Iyalah tu. Macamlah aku tak tahu apa yang mengganggu fikiran kau." hujung bibirnya terjungkit sedikit menayangkan senyuman senget. Kedua belah keningnya diangkat separa ke atas.

"Ini tak lain tak bukan, mesti pasal eksperimen tu, kan?" ujar Taehyung, menyerkap jarang. Dia yakin benar, rakannya ini pasti sedang risau tentang berita yang mengejutkan pagi tadi kerana dia juga ada menerimanya.

Riak wajah Jimin serta-merta berubah. Hampir terlepas sudu besi yang berada di tangannya namun pantas digenggam.

"E-eksperimen apa yang kau maksudkan ini?" soalnya gugup. Terkebil-kebil matanya berbalas pandangan dengan Taehyung. Jangan kata lelaki ini pun terlibat sama?

❏❏❏


Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 61.3K 58
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummyny...
1.4K 96 7
"Aku tak cintakan kau, aku cintakan orang lain!" - Che Bryan "Dan saya akan terus mencintai awak hingga akhir hayat saya" - Umaira Dzulaika
1.9K 61 17
Main character Jeon Jungkook Bts Lee Hana (Random name) Character Bts Bang PD Park Yena Lee Haren "Cinta yang tak disangka tapi telah diduga"...
3.3K 287 19
cinta. love. sarang. Mahal kita. Te amo. aishiteru. Wǒ ài nǐ