𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔

By aesheesh_

1.5M 27.2K 1.1K

• COMPLETE • Nur Hawa Maisarah gadis muda yang cekal dan kuat dalam menempuh segala dugaannya seorang diri. H... More

𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟒
SE❤️
SE🧡
SE💛
SE💙
𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐅𝐀𝐌𝐈𝐋𝐘ᴥ︎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟓

𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟗

32K 500 6
By aesheesh_


Aku memasuki ke dalam rumahku yang hampir lama aku tinggalkan itu. Aku terus menuju ke dalam bilik untuk mengemas pakaian dan barang berhargaku ke dalam bagasi yang kelak aku bawa ke France lusa ini.

Hampir sejam aku mengemas. Loceng rumahku pula berbunyi. Aku lantas bangun dan membuka pintu itu untuk melihat gerangan yang datang.

"Kak Sarah!!" Teriakku dan memeluknya.

"Hmm.."

"Rindu ke?" Tanya Kak Sarah. Aku menarik tangannya untuk masuk ke dalam.

"Mestilah rindu!" Jawabku selepas menutup pintu.

"Ye lah tu! Ini nak tinggal akak dah ni.." Kak Sarah menunjuk wajah yang sayu.

"Sorrylah kak Sarah. Saya kena ikut Danial kalau free saya datang jenguk akak nanti okayh!" Pujukku.

"Yelah tu.."

"Yeee.."

"Danial kan selalu juga balik Malaysia nanti saya ikut lah sekali.." Pujukku lagi dan mengajaknya duduk di sofa.

"Bila nak kahwin?" Tanya kak Sarah membuat aku sedikit terperanjat.

"Eh apa akak merepek ni?" Aku membuka televisyen dan menoleh
dari memandangnya.

"Ye lah, betul apa akak cakap. Korang kan dah berjumpa balik. Takkan Danial tak??" Tanya kak Sarah lagi namun aku terus bangun dan menuju ke dapur untuk membuat air.

"Jemput minum kak air..." Aku memberi air yang dibuat olehku tadi.

"Thank you..." Balasnya kemudian loceng rumahku berbunyi lagi.

"Siapa pulak ni.." Selepas membuka pintu aku terdiam sejenak selepas melihatnya di depanku.

"Siapa tu Hawa?" Kak Sarah menghampiriku.

"Oh ni Danial datang.." Aku terus menoleh kebelakang memberitahunya gerangan itu.

"Ohh.." Kak Sarah sudah menuju ke pintu.

"Kenapa tak jemput masuk?" Kak Sarah memandangku.

"Haahlah, masuklah.." Danial terus masuk ke dalam rumahku. Aku pula ke dapur untuk membuat air untuknya.

"Awak air..."

"Thank you sayang.." Aku terus melabuhkan punggung dan duduk di sebelah lelaki ini. Kak Sarah hanya memerhati.

"So sweet!" Kak Sarah melihat kami berdua dengan wajah yang begitu ceria.

"Ada-ada je lah akak ni." Balasku lalu melarikan anak mata.

"Sayang, dah siap kemas barang?" Tanya Danial.

"Dah, baru je siap tadi." Aku memandangnya.

"Nice! Pergi siap, kita nak keluar." Kata Danial pula dengan sikit teruja.

"Awak.." Aku mendekatkan sedikit badanku dengannya.

"Kak Sarah kan ada ni.." Aku berbisik memberitahunya kedatangan kak Sarah dirumah aku. Kenapa pula aku harus keluar dengannya.

"Sayang.."

"Kak Sarah ikut sekali, semua dah siap tau! Awak je belum.." Danial mencuit hidungku. Kak Sarah hanya tersenyum di situ.

"Hah? Tak faham lah!?" Rengekku.

"Hish awak ni. Kita nak spend time lah dengan diorang untuk last day? Lusa kan nak pergi dah.." Terangnya lagi. Aku hanya sekadar mengangguk.

"Kalau macam tu saya masuk bilik dulu lah siap. Korang berbuallah dulu." Aku terus masuk ke dalam bilik dan menuju ke bilik air untuk bersiap.

Setelah aku memilih pakaian yang sesuai dipakai olehku hari ini iaitu aku hanya mengenakan blouse berwarna biru gelap. Lalu aku hendak memakainya seraya pintu bilikku diketuk oleh seseorang. Aku terus membukanya.

"Ye nak apa?" Tanyaku kepadanya.

"Lambatnya sayang siap.." Danial terus masuk ke dalam bilikku dan mengunci pintu.

"Awak.."

"Kak Sarah kat luar tu sorang-sorang." Kataku untuk menyuruhnya keluar.

"Don't worrylah, semua ada dekat luar. Diorang dah sampai so saya masuk sebab bosan duduk dekat luar tu.." Balasnya lagi dan terus berbaring di atas katilku.

"Mengada!" Aku terus mencapai pakaian yang dipilih olehku tadi lalu menyarungnya ke badanku. Aku menuju ke meja solek pula untuk bersolek sedikit agar wajahku tidak pucat. Rambutku yang terikat sanggul itu aku leraikan dan aku menyikatnya agar lebih kemas.

Aku menoleh kebelakang selepas habis bersolek dan membetulkan rambutku. Danial yang dari tadi senyap rupanya sudahpun tertidur di katilku.

"Hubby bangunlah! Sayang dah siap.." Kataku dan menampar-nampar dengan lembut pipinya itu.

"Hmm, dah siap?" Lelaki itu cuba membuka mata dan bangun dari pembaringan.

"Done! Let's go!" Aku menarik tanganya untuk bangun dari katil ini.

"Wait.." Katanya lalu mengikut langkah aku untuk keluar dari bilik ini.

"Lambatnya princess siap! Or buat benda lain ni!?" Teriak Ashriq apabila aku dan Danial sudah keluar dari bilikku.

"Kau merepek apa ni!? Dah jom lah!" Marah Danial kepadanya. Kami semua terus keluar dari rumahku untuk keluar bersama-sama hari ini.

Sampai sahaja di parkir kereta. Danial menyuruhku untuk naik keretanya dan yang lain menaiki kereta mereka. Katanya tidak mahu kongsi ganggu privacy.

"Kita nak pergi mana?" Tanyaku selepas Danial memecut keretanya keluar dari parkir condo.

"Entah, semua ikut awak sebenarnya." Aku memandangnya.

"Haih? Nak gi mana?" Aku menanyakannya semula.

"Haih sayang ni tanya saya balik pulak." Balas Danial yang fokus memandu.

"Manalah saya tahu nak pergi mana.."

"Nak pergi shopping?" Tanya Danial kepadaku.

"Mana ada duit nak shopping time macam ni.." Balasku lagi.

"Sayang, dah cakapkan pakai duit siapa.." Aku teringat yang lelaki ini hanya menyuruhku menghabiskan duitnya itu.

"Seganlah.." Namun Danial
tidak membalas dan meneruskan pemanduannya.

Akhirnya Danial membawa kami semua pergi ke Pavillion. Aku agak terkejut kerana aku tidak pernah langsung menjejaki kakiku di shopping mall ini. Malah beli pun mesti tidak.

"Yahoo sampai dah! Boleh shopping.." Teruja Ashriq apabila dia keluar dari kereta yang dinaiki olehnya. Aku juga turut keluar dari kereta Danial selepas lelaki ini memarkir keretanya.

"Pakai duit sapa kau nak shopping!?" Tanya Cael. Aku hanya melihat gelagat mereka.

"Pakai duit Nyell lah!?" Balasnya. Danial terus memerhati mereka.

"Banyak cantik! Duit kau mana!?" Tanya Danial pula. Mereka di parkir pun mahu bergaduh.

"Dah lah wey, dia ni takkan labur duit dia satu sen pun. Kalau dia labur tu maksudnya dia dah tak lama.." Sindir Kael dan memasuki ke dalam mall bersama dengan kak Sarah.

Aku dan Danial juga masuk ke dalam dan jalan seiringan.

"Awak nak beli apa?" Tanya Danial setelah lama kami berlegar-legar di mall mewah ini.

"Tak tahu lah, saya tak pernah pergi tempat mewah macam ni.." Balasku dan memandangnya.

"Jadi you kena biasakanlah.."
Balas Fadlan yang aku tidak
sedari pula sudah ada di sebelahku.

"Macam mana?" Aku memandangnya.

"Tu pergi jalan dengan kak Sarah tu, Kael tu bukan tau apa. Dia ikut je tu.." Kata Danial pula. Aku terus menuju ke sana di mana kak Sarah sedang berada di dalam kedai beg berjenama Channel itu.

"Kak Sarah.." Aku menghampirinya.

"Hawa!"

"Cantikkan beg ni!?" Kak Sarah menunjuk beg yang berwarna carol pink itu ke arahku.

"Cantik!" Pujiku sambik meneliti beg itu. Fadlan dan Danial menghampiriku. Kael pula sudah duduk di kerusi dalam kedai beg ini. Cael dan Ashriq jangan carilah mereka sedang berhuha-huha shopping guna duit laki aku.

"Ambiklah kak Sarah kalau nak, nanti saya bayar.." Danial bersuara dibelakangku.

"Betul ke ni!?" Kak Sarah teruja mendengarnya.

"Betul, ambik je lah apa yang kak Sarah nak. Sekali sekala belanja." Danial melemparkan senyuman kepada kak Sarah.

"Thank You cik Danial.." Balas Kak Sarah dan pergi melihat beg yang lain pula di depan. Aku terasa sakit kaki kerana berdiri terlalu lama terus aku melabuhkan punggungku dan duduk di sebelah Kael.

"You tak nak beli apa-apa ke?" Kael bersuara. Danial dan Fad pula sedang leka melihat beg di hujung sana.

"Nak beli apa? Saya tak tahu lah.." Balasku kepadanya.

"Sayang! Cantikkan!?" Danial mengambil sebuah beg yang memang cantik dan nampak elegan ditunjuk ke arahku ketika aku sedang duduk bersama Kael.

"Pergilah sana tengok-tengok." Aku terus bangun dan menuju ke arah Danial yang sedang meneliti beg itu.

"Sayang nak tak beg ni?" Aku mengambil beg yang dihulur
olehnya itu.

"Hm cantik!" Aku memang terpersona dengan beg itu kerana kena dengan ciri-ciri beg yang aku sukai. Aku pula cuba mencari harganya. Mata aku terbeliak selepas mendapat tahu harga beg itu.

"Mahalnya.." Aku meletakkan semula beg itu ke tempatnya. Danial dan Fadlan hanya memerhati perlakuanku.

"Kenapa you letak balik?" Tanya Fadlan.

"Taknak lah.." Balasku lalu cuba berjalan meninggalkan mereka.

"Kenapa ni sayang? Ambik jelah.." Danial memujukku dibelakang.

"Mahallah awak. Saya tak pernah beli beg semahal tu." Balasku kepadanya setelah aku menoleh kebelakang.

"Sayang..." Danial memujukku lagi.

"Susah sangat you ni nak biasa dengan benda cam ni." Aku mengerut dahiku dengan kata-kata Fadlan.

"Tu ah, aku nak buat apa ni bro." Tanya Danial kepada Fadlan pula. Aku hanya memerhati mereka berdua berbual.

"Aku ada jalan penyelesaian.." Kata Fadlan yang agak mencurigakan bunyinya.

3 JAM KEMUDIAN

"Eh jom kita pergi sana pulak princess!" Tanganku ditarik lagi oleh kak Sarah selepas Ashriq
menunjuk sebuah kedai yang
menjual perfume.

"Ahh bala apa lagi ni?" Aku hanya mengikut langkah mereka. 3 jam yang lalu Fadlan telah memanggil Ashriq dan Cael untuk membawa aku dan kak Sarah berjalan-jalan di dalam mall ini.

Habis semua kedai Ashriq dan Cael menarik aku dan kak Sarah masuk. "Boleh cerita beli satu malllah haduh." Tangan Danial, Kael dan Fadlan sahaja dua-dua sudah penuh dengan beg kertas. Semuanya duit Danial.

Lelaki itu telah amanahkan aku untuk memegang kadnya dan jangan memberi kad itu kepada Ashriq kerana mungkin dia akan lesap selepas mendapat kad itu.

Setiap kedai yang kami masuk. Keluar mesti ada beg kertas. Aku jadi biasa dengan apa yang dilakukan oleh Ashriq itu. Kadang-kala aku ada juga terasa malu berada di kalangan mereka. Setiap kali kami lalu mesti ada sahaja mata yang memandang. Mana tidaknya semua hensem berlaka lalu. Nasib aku dah dapat satu.

"Ashriq dah banyak ni, tak elok membazir.." Aku melarangnya lagi.

"Alah kejaplah you. Perfume I dah habislah.." Balasnya. Aku sudah penat melayan karenah lelaki itu.

"Princess! Sedaplah bahu perfume ni!" Cael menghampiriku dan memberi perfume itu kepadaku.

"Hmm sedap!" Balasku.

"Okay!! You must buy it!" Cael pergi menyambung meneliti kedai perfume ini semula. Aku sudah menepuk dahiku. Sudah banyak dibeli namun masih tidak puas.

"Penat ke sayang?" Danial menghampiriku setelah aku
duduk di kerusi yang ada di dalam kedai ini.

"Hm penatlah kalau shopping dengan diorang ni.." Rengekku.

"Hahaha chilllah.." Kata Fadlan pula.

"Lapar lah.." Pintaku kepada Danial.

"Jom lah kita pergi makan. Dah pukul 4 petang ni." Aku sekadar mengangguk.

"You tolong panggil diorang tu." Kael menujuk jarinya ke arah tiga manusia yang masih tekun memilih.

"Oi jom pergi makan!" Panggilku ketika mereka masih leka memilih perfume.

"Alaa kejap lah! I tak habis pilih lagi." Rengek Ashriq.

"Kejap!! Kejap!!" Cael pula bersuara. Aku sudah menggelengkan kepala.

"Jom sayang, tinggalkan je. Nanti diorang ikutlah tu." Danial menarik tanganku.

"Tapi.."

"Sat gi diorang datang. Jangan risau sebab diorang tak leh bayar pun semua tu. Kad dekat you, you berkuasa mutlak.." Potong Fadlan pula.

"Ey tunggulah!" Suara Cael dan Ashriq memanggil kami.

"Cepat lah! Lambatlah. Lapar tau ark!?" Marah Danial.

"Sabarlah jap.." Balas Ashriq dengan memonyokkan wajahnya.

Setelah habis menjamu selera disebuah restoran mewah yang dipilih oleh Kael tadi. Kami semua terus bangun dan berlalu pergi untuk
pulang ke rumah dan berehat.

Itupun sebelum mahu keluar dari restoran tadi Ashriq merengek tidak mahu pulang. Semua mereka tidak mahu melayannya kerana yakin dia tidak mahu mendengar kata dan hanya mendengar kata aku sahaja.

Selepas lama dipujuk akhirnya kami semua terus menuju ke parkir kereta.

"Cik Danial! Hawa! Thanks for today!" Kak Sarah melambaikan tangannya sebelum kereta yang di bawa oleh jejaka-jejaka itu beredar. Aku hanya membalas lambaian itu.

Danial pula masih tekun menyusun barang-barang yang dibeli olehku aka Ashriq yang paksa itu ke dalam bonet kereta.

"Banyak juga eh?" Tanya Danial dan menutup pintu bonet itu.

"Hm, that's all semua Ashriq yang suruh ambik. Awaklah campak saya dekat dia.." Kataku dan masuk ke dalam perut kereta.

"Haha sorrylah sayang.. Mana taknya, saya suruh ambik je awak taknak.." Balas Danial pula dah sudah juga masuk ke dalam kereta.

"Ey lepasni! Saya nak shopping sorang-sorang." Rajukku dan Danial hanya memerhati kemudian menyusul keluar dari Pavillion ini.

"Sayang awak dah penat ke?" Tanya Danial selepas memberhentikan keretanya ketika lampu merah menyala.

"Sikit lah, why?" Balasku.

"Nothing!" Balasnya dan meneruskan perjalan untuk pulang ke rumah. Disebabkan kepenatan itu aku tertidur ketika dalam perjalanan.

Continue Reading

You'll Also Like

39.8K 4.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
641K 9.7K 23
(2) perasaan ni akan tetap sama. then you change because of me again
7.6K 469 66
[COMPLETE] °| Karya Pertama - MY INNOCENT ERIKA- "Walaupun dunia dah tak percayakan sissy,abang akan tetap percayakan sissy abang ni...
470K 23K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...