𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔

By aesheesh_

1.5M 27.2K 1.1K

• COMPLETE • Nur Hawa Maisarah gadis muda yang cekal dan kuat dalam menempuh segala dugaannya seorang diri. H... More

𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟒
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟓
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟔
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟕
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟖
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟗
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟏
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟐
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟑
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟒
SE❤️
SE🧡
SE💛
SE💙
𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 𝐅𝐀𝐌𝐈𝐋𝐘ᴥ︎
𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓𝟓

𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏

87.5K 1.1K 52
By aesheesh_


Hari ini hari yang amat sukar buatku. Seketika tadi aku baru sahaja pulang dari kedai untuk membeli barang yang di pesan oleh ibu.

Lalu sesuatu perkara sudah terjadi diantara kami. Aku tidak tahu menahu langsung pada mulanya. Setelah ibu memberitahu mengapa dia begitu marah akanku. Aku terkejut saat ibu dapat beberapa gambar aku sedang berbogel bersama lelaki.

Aku menangis dan merayu pinta ibu mempercayaiku. Namun sebaliknya, dengan perasaan amarahnya, ibu sudahpun menarik aku dan membawa barang-barang aku keluar dari rumahnya.

"Kau keluar!! Keluar dari rumah aku! Aku tak ada anak macam kau!!" Kata ibu lalu mencampak beg sandangku dan pakaian-pakaian aku di hadapan pintu rumah.

Yang hanya ada dalam perasaan aku adalah tangis yang amat sakit merasuki hati ini. Mengapa aku dilayan sebegini. Hanya tuhan yang tahu apa yang aku sedang rasakan.

"Ibu , dengarlah penjelasan Hawa dulu. Apa yang ibu dapat itu semua cuma nak kenakan Hawa ibu.." Rayuku dengan esakan. Namun ibu menepis tanganku yang sedang memeluk kakinya untuk memohon belas kasihannya itu.

"Keluarlah Hawa.. Kau pergilah mana kau nak pergi. Aku dah tak nak ambik tahu.." Lalu ibu masuk ke dalam rumah dan menghempas pintu itu.

Aku tidak tahu lagi apa yang hendak aku lakukan. Ibu mempercayai berita itu sebulat-bulatnya tanpa memeriksa dahulu. Aku sungguh terkilan atas sikap orang yang berdendam dengan aku itu sehingga ingin melihat orang yang aku sayangi menangis kerana muslihatnya.

Aku melipat semua pakaian yang dicampak oleh ibu tadi dan masukkannya ke dalam beg sandangku. Aku bangun lalu keluar dari perkarangan rumah yang sudah aku tinggal selama 18 tahun ini.

"Mengapa engkau mengujiku ya Allah.." Tangisanku sudahpun membasahi pipi dari tadi dan aku tidak tahu hendak ke mana untuk berteduh malam ini. Rumah yang aku tinggal selama ini aku tatap buat kali terakhir sebelum beransur pergi dari situ.

Aku berjalan dan terus berjalan tanpa arah. Kadangkala terasa penat, aku akan berhenti di tepi jalan untuk berehat dalam masa yang sama perutku juga sudahpun ingin diisi.

"Ya allah laparnya.. Mana nak cari makanan ni, duit pun takda.." Sambil tanganku memegang perut yang sudah kosong. Keadaan sekeliling highways ini sudah menggerunkan aku dengan kereta yang banyak lalu lalang. Fikiran aku ligat memikirkan ke mana aku harus pergi.

Aku bangun semula untuk berjalan lagi sebelum larut malam. Niat aku hanya ingin mencari tempat berteduh.

Hampir lama aku berjalan tanpa sedari ketika itu berkumandang azan menandakan waktu mahgrib sudah masuk. Aku bergegas mencapai tudungku di dalam beg yang aku bawa dan melangkah masuk ke dalam masjid yang paling hampir denganku.

Seusai aku mengambil wudhuk. Aku terus mengambil ruang untuk menunaikan ibadatku sebagai hambanya di dunia ini. Habis sahaja aku menunaikannya aku terus menadah tangan untuk membaca doa.

Ya allah, sesungguhnya kau ampunkanlah segala dosaku..
ya allah, bantulah aku di dalam kesusahan ini, berikanlah petunjuk mu kepada hamba mu ini ya allah, kuatkan lah hati ku untuk menghadapi segala dugaan yang engkau berikan.. Amin allahumma amin ya allah..

Aku mengaminkan doaku dengan air mata yang sudahpun mengalir lagi. Aku terus menguatkan hatiku untuk terus hidup. Aku yakin ini adalah ujian sementara buatku dan aku harus tunjukkan kepada mereka yang aku boleh mengatasinya.

Setelah kain solat itu aku simpan semula ke tempatnya. Lantas aku keluar dari masjid ini untuk teruskan perjalan.

Sedang aku leka berjalan sehingga berada di hadapan pagar masjid. Ada pula seekor kucing yang terbaring ingin meminta tolong di tengah-tengah jalan.

Aku memerhatinya dari jauh dan belas kasihanku. Aku terus menuju ke arah kucing itu tanpa melihat kiri dan kanan kerana merisaukan keadaannya yang seperti kesakitan.

"Hai, kenapa dengan awak? Kenapa awak baring dekat sini?" Aku mengusap kepala kucing itu. Kakinya berdarah, kemungkinan terlanggar sesuatu itulah sebabnya dia terbaring di sini. Sifat simpatiku terhadap haiwan sudahpun muncul. Aku memang tidak boleh melihat haiwan dalam keadaan sebegini dan aku akan berasa sebak.

Kucing ini harus dirawat. Aku terus bangun dan mengangkatnya ke dakapanku. Kemudian kelihatan ada cahaya yang mengganggu penglihatanku di sebelah kanan. Lantas aku lihat sebuah kereta yang sedang menyusul laju.

Aku terpaku dan hanya berdiri di tengah jalan itu sambil memeluk erat kucing tadi didakapan.

PONNN...PONNN..PONNN..

Kedengaran kereta itu sudah menekan hon selepas memberhentikan keretanya betul-betul hampir denganku. "Fuh, aku fikir aku nak mati tadi!" Bisikku dan memandang ke arah pemandu kereta itu.

"Hoi! Kau nak mati ke diri dekat tengah jalan ni!?" Teriak lelaki yang agak matang dan sedang menghampiriku.

"Sorry, saya tak sengaja. Saya cuma nak selamatkan kucing ni je tadi.." Jawabku dan menunjuk kucing tadi ke arahnya.

"Nyawa sapa lagi penting ni? Kucing ni ke kau? kalau dah ajal kucing ni mati dekat tengah jalan ni biar jelah! yang kau pergi ambik dia apahal!? tak sayang nyawa ke!?" Jerit lelaki itu lagi.

"Hey! Mulut tu jaga sikit eh. Dia mahluk tuhan.. Manusia yang ada belas kasihan je yang nak selamatkan dia. Awak memang manusia kejam tau! Sedangkan orang yang bawak kereta laju nampak dia dekat tengah jalan pun akan berhenti lah! Manusia jenis apa awak ni!? Kenapa tak langgar je saya tadi hah!?" Amarahku kerana sikapnya yang begitu kejam.

"Eyy kau ni perempuan! Tak bersyukur aku berhenti!!" Katanya lagi dan tangannya sudahpun naik ingin menamparku.

"You sudahlah. Tak perlulah kita nak layan perempuan gila ni.." Teriak seorang perempuan yang berada di dalam kereta yang dari tadi memerhati kami.

Lelaki itu tidak jadi menamparku. Aku pula hanya tertunduk dan memeluk kucing itu dengan kuat kerana ketakutan.

"Kau masih berhutang dengan aku." Bisik lelaki itu di telingaku lalu melemparkan not 50 beberapa keping kepadaku.

Aku hanya memerhati langkahnya yang sedang menuju semula ke arah kereta Mercedes merah miliknya itu lalu melambai tangannya kepadaku sebelum berlalu pergi.

"Ambik je lah duit tu. I tengok orang gila macam you perlukan je. Bawa kucing tu sekali pergi beli ubat yaa.." Kata perempuan itu pula. Lalu kereta itu terus menyusul laju membelah jalan.

Aku mengutip duit yang dilempar olehnya tadi di atas jalan ini.
"Hish, biadab betul. Taulah kaya tak payah lah campak duit ni. Takpa lah alhamdullilah rezeki. Boleh saya bawak awak pergi klinik kan.." Kataku dan mengusap kepala kucing bersama denganku ini.

     ***

"Hey! Aku geram betullah dengan perempuan tadi, dahlah aku hampir langgar dia. Boleh tak rasa bersalah pun!? Punya aku gelabah nak terlanggar dia tadi kau tau tak!?"

Aku menceritakan perihal tadi kepada sahabatku. Selepas aku menghantar Shasha pulang ke rumahnya. Aku tidak pulang ke rumah kerana sudah berjanji untuk ke club malam bersama Ashriq.

"Chilllah bro. Biasalah perempuan. So mana minah tu?" Tanya Ashriq sambil meneguk airnya.

"Aku tinggalkan dia kat situ je.. Nyaris aku nak lempang dia tadi.."

"Woo janganlah kasar.." Ashriq memukul-mukul bahuku sambil ketawa.

"Kau fikir kelakar lah?" Jawabku dan mengangkat kening sebelahku ke arahnya.

"Oppppss! HAHAHA.." Gelak Ashriq dan bangun meninggalkanku selepas ditarik oleh beberapa gadis di club ini untuk menari bersamanya.

Aku hanya sekadar memerhati. Makin lama aku disitu makin terasa bosan. Tiada yang seronok pun disini. Aku datang pun kerana Ashriq.

Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 148 84
_Sebuah karya Eirlynn Margary~. _ Bila keluarga kau ada rules pelik dalam setiap perkara be like : " Mommy dah buat keputusan untuk kahwinkan tiga or...
5.3K 360 6
"He's married. And he has a son." "Good. I want them." "Who?" "His wife and son." Disangkakan panas berpanjangan. Rupanya hujan di tengahari. Rumah...
1.5M 50.1K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
86.4K 2.3K 16
Cerita yg sama utk Aku Milik Mr Dino by WaniEllyz dan authornya sama saja cuma sambungan utk novel itu (BAB 53) disambung di account ini disebabkan m...