30 days : Don't Sleep.

By crushleus

59.8K 44.2K 11.2K

❝ Unethical Human Experimentation | Sleep Experiment ❞ Park Jimin, Kim Taehyung dan Jeon Jungkook. Tiga or... More

30 days : Don't Sleep.
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28

prologue.

4.4K 2K 964
By crushleus

Seoul Medical Center,
Jungnang-gu, Seoul

Seorang saintis berumur lewat 20-an berjalan dengan penuh tergesa merentasi koridor yang sunyi sepi. Keadaan yang gelap-gelita dengan hanya bertemankan cahaya rembulan di sepanjang koridor ketika ini langsung tidak menghalang dirinya daripada bergerak dengan kadar pantas.

Lagipun, dia sudah tahu selok-belok kawasan ini jadi dia tidak perlu bimbang.

Jam di tangan ditelek sekilas. Terluncur dengusan kasar dari celah bibirnya apabila menyedari bahawa dirinya sudah lewat 20 minit.

Bibirnya terkumat-kamit mengeluarkan kata-kata cacian pada diri sendiri yang begitu cuai. Bodoh, macam mana boleh terlambat?

Langkahnya diatur laju menuruni anak tangga, menuju ke bawah. Dia tidak mahu terlambat kerana ada mesyuarat penting yang perlu dihadirinya.

Jika dia tidak turut menyertai mesyuarat itu, habis segala yang dirancangkan selama ini musnah begitu sahaja. Uh, dia tidak mahu perkara itu terjadi.

Kakinya berhenti melangkah apabila dirinya telah tiba ke destinasi yang dituju. Salivanya ditelan kelat apabila iris matanya tertumpu pada tulisan yang terukir pada pintu kayu itu.

Conference room.

Perlahan-lahan, lelaki itu menghela nafas. Cuba mengawal resah di dada. Jantungnya berdegup kencang akibat tergesa-gesa tadi ditambah pula dengan debaran yang menggila sekarang ini.

Titik-titik peluh yang membasahi dahi dikesat menggunakan belakang tangan. Kemudian, kot putih yang di pakainya dibetulkan sedikit bagi menampakkan kekemasan pada dirinya yang baru sahaja tergesa-gesa bagaikan dikejar hantu.

Setelah memastikan dirinya berada dalam keadaan yang sempurna, tombol pintu dipulas.

Apabila daun pintu dibuka luas, maka terpampanglah kesemua wajah yang mempamerkan pelbagai riak. Ada yang memandangnya dengan pandangan tidak puas hati, ada yang tersenyum lembut malah ada juga yang melemparkan pandangan maut ke arahnya.

Saintis muda itu menelan perit air liurnya saat matanya bertembung dengan setiap manusia di dalam bilik itu. Terasa benar kerongkongnya berpasir.

Ketahuilah bahawa lelaki ini sedang berhadapan dengan manusia-manusia yang paling berkuasa di Seoul malah di seluruh Korea Selatan.

"Sorry, I'm late." gugup saintis muda itu bersuara. Perlahan-lahan, tangannya menutup daun pintu.

"It's okay. Kamu boleh duduk, Jax."

Moon Byung Kwon, Ketua Saintis bersuara mempersilakan Jax untuk duduk. Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya melihat anak buahnya yang begitu gementar.

Mungkin ini kali pertama saintis muda itu berhadapan dengan pihak atasan sebegini. Dia juga pernah alami perkara yang sama seperti ini jadi dia amat mengerti apa yang dirasai Jax sekarang.

Jax mengangguk tanda akur. "Terima kasih, prof."

Kakinya lantas diaturkan ke satu-satunya tempat kosong yang masih ada. Matanya tertumpu pada papan nama yang terletak elok di atas meja itu.

'Jax Kyler.'

Ya, itulah namanya. Diukir cantik dengan warna kuning keemasan.

Sedang dia ralit memerhatikan namanya yang terukir indah itu, suara seseorang menjengah ke deria pendengarannya membuatkan dia kembali tersedar. Ah, Jax. Jangan leka!

"Kenapa kamu lambat? Sudah 20 minit kami menunggu."

Pertanyaan dari Kim Yong Gun, Ketua Pengarah Penjara itu telah mengundang debaran di dadanya.

Terkebil-kebil matanya berbalas pandangan dengan lelaki berwajah dingin itu. "Maafkan saya, Tuan Kim. Tadi saya ada hal yang perlu diselesaikan." kepalanya ditundukkan ke arah Tuan Kim.

"Jadi, boleh kita mulakan perbincangan sekarang?" soal Profesor Moon kepada semua ahli lembaga dalam bilik mesyuarat itu.

Apabila Jax memandang ke arah Profesor Moon, lelaki berambut putih itu seolah-olah memberikan isyarat pandangan kepadanya membuatkan dia berkerut tidak mengerti.

Keningnya diangkat separa, tidak memahami mesej yang cuba disampaikan melalui pandangan itu. Namun, cepat-cepat dia tersedar. "Ah, ya. Maaf prof."

Dengan tergesa-gesa, Jax lantas berdiri. Sekeping kertas yang berada di mejanya segera dicapai lalu dibawa ke hadapan. Ah, bagaimana dia boleh terlupa yang dia perlu mengetuai perbincangan kali ini? Bodoh, Jax!

Profesor Moon hanya menggelengkan kepalanya lalu tertawa kecil. Hatinya tercuit melihat telatah anak muda itu.

Jax berdehem bagi menghilangkan rasa gugup. Kertas putih yang berada di pegangannya digenggam kuat sehingga menghasilkan sedikit renyukan.

Lelaki itu kemudiannya mengerling ke arah pembantunya yang sedang mengagihkan kertas cadangan pada semua hadirin.

Apabila selesai sahaja pembantunya mengagihkan kertas tersebut, dia memandang ke arah Jax lalu mengangguk menandakan tugasnya telah selesai.

"Baiklah. Hari ini, saya akan memperkenalkan satu eksperimen yang mungkin dapat membantu dan dijadikan sebagai satu strategi yang kukuh untuk anggota tentera Korea Selatan iaitu South Korean Special Forces, di medan peperangan."

Buat seketika, matanya mengerling ke arah Leftenan Jeneral Yun cuba menangkap reaksinya. Namun hampa, tiada sebarang riak yang terpamer di wajah lelaki itu.

Jax kemudiannya menyambung lagi.

"Eksperimen ini dinamakan sebagai '30 Days', di mana para subjek tidak akan dibenarkan tidur selama 30 hari. Eksperimen ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan tidak tidur kepada manusia.

Para subjek akan diberi gas stimulasi sepanjang mereka berada di dalam bilik tersebut. Gas stimulasi berfungsi untuk mengaktifkan sistem imun mereka agar mereka bergerak lebih aktif dan sentiasa terjaga.

Berdasarkan hasil pencarian yang saya lakukan, gas stimulasi ini mampu membuatkan mereka tidak tidur dalam jangka masa yang panjang.

Oleh itu, jika eksperimen ini berjaya dilaksanakan, para tentera dari pasukan khas juga akan menggunakan gas stimulasi ini semasa bertugas."

Buat sekian kalinya, iris mata kecoklatan milik Jax mengerling ke arah Leftenan Jeneral Yun. Kali ini, tentera berpangkat tinggi itu mula menunjukkan minat dengan idea yang dikemukakan oleh Jax Kyler.

Hujung bibir Jax terjungkit sedikit ke atas apabila ideanya mula mendapat sambutan.

"Jadi, saya telah memilih beberapa orang banduan daripada Penjara Seodaemun-gu untuk dijadikan subjek dalam eksperimen ini.

Antara yang saya pilih ialah Park Jimin, berumur 24 tahun. Kim Taehyung, juga berumur 24 tahun dan terakhir sekali, Jeon Jungkook 19 tahun. Mereka-"

"19 tahun? Bukan ke dia masih muda lagi?"

Suara seseorang mencelah membuatkan percakapan Jax terhenti seketika. Jax mengerling ke arah empunya suara. Ternyata, orang yang bersuara itu adalah Profesor Moon.

"Ya, prof. Tetapi jangan risau. Saya pilih dia bukanlah sekadar membabi buta. Saya telah pun melakukan pemerhatian terhadap dia dan yang lain. Mereka semua berpotensi untuk menjayakan eksperimen ini kerana mereka mempunyai fizikal dan mental yang kuat.

Yang menjadikan mereka bertiga ini istimewa adalah, mereka semua mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang luar biasa berbanding banduan yang lain."

Profesor Moon mengangguk tanda mengerti. Senyuman bangga tersungging di bibirnya apabila mendengar penjelasan Jax yang amat memuaskan hati itu.

"Jadi, apa ganjaran yang bakal mereka peroleh kalau eksperimen ini berjaya?" soal Kim Yong Gun, Ketua Pengarah Penjara diikuti dengan anggukan dari yang lain.

"Yalah, takkan tiada ganjaran untuk para banduan ni?"

Mendengarkan soalan itu, Jax tersenyum penuh makna.

"Itu terpulang kepada Tuan Kim ingin memberikan ganjaran apa kepada mereka. Tapi kalau menurut pandangan saya, ganjaran yang selayaknya diberikan adalah membebaskan mereka dan menggugurkan semua dakwaan terhadap ketiga-tiga banduan itu."

Idea yang dikemukakan oleh Jax itu ternyata mendapat tentangan dari mereka semua.

"Bebaskan mereka? Gila ke apa? Kalau mereka buat jenayah di luar sana, macam mana?" suara Tuan Kim Yong Gun sudah naik seoktaf. Dirinya membantah habis-habisan cadangan gila Jax itu.

Mana mungkin dia dapat menerima cadangan itu? Banduan di penjara Seodaemun-gu bukanlah banduan yang biasa-biasa, yang melakukan jenayah ringan. Mereka semua mempunyai rekod jenayah yang berat!

Tuan Kim menggeleng-gelengkan kepalanya tidak percaya.

Jax mengerling, memandang ke semua hadirin yang sudah mula membantah kata-katanya. Suasana yang sunyi sepi tadi bertukar menjadi riuh-rendah, bercakap sesama sendiri mengenai idea gilanya itu.

Dalam diam, Jax melepaskan dengusan kasar. Apa mereka pekak? Sudah sememangnya jelas tadi Jax mengatakan bahawa itu hanyalah cadangan dan pendapatnya sahaja.

"Tapi kalau kita buat sebuah perjanjian dengan mereka.. saya jamin, jenayah tidak akan berlaku lagi." kata-kata Jax itu membuatkan ke semua hadirin diam serta-merta. Tumpuan mereka kini kembali fokus sepenuhnya kepada Jax.

"Maksud kamu?"

"Maksud saya, kita perlu buat para banduan itu mengangkat sumpah sebelum menjalankan eksperimen ini. Mereka perlu berjanji yang mereka tidak akan melakukan sebarang jenayah lagi. Jika mereka ingkar? Maka, hukuman berat akan dikenakan."

Masing-masing menganggukkan-anggukkan kepala mereka tanda mengerti. Bila difikirkan semula, ada logiknya juga cadangan Jax itu.

Setelah befikir buat beberapa kali, Ketua Pengarah Penjara itu akhirnya bersuara. "Baiklah, saya akan pertimbangkan lagi idea tersebut."

Jax tersenyum puas mendengar jawapan dari Tuan Kim. Kini, pandangannya dialihkan pula ke arah Leftenan Jeneral Yun.

Eksperimen ini akan diluluskan jika mendapat persetujuan darinya. Leftenan Jeneral Yun merupakan orang yang paling penting dalam eksperimen ini.

Jika dia katakan tidak, maka bubarlah eksperimen ini sekaligus menghancurkan misi Jax yang selama ini ingin dijayakannya.

"Hm, baiklah."

Leftenan Jeneral Yun mula bersuara dan serentak itu juga, jantung Jax berdegup laju. Tangannya digenggam erat.

"Setelah mendengar idea yang dikemukakan oleh Encik Jax Kyler, saya bercadang untuk.." kata-katanya sengaja dijeda. Leftenan Jeneral Yun memandang wajah Jax yang seakan-akan terseksa ingin mengetahui keputusannya.

".. meluluskan eksperimen ini."

Sebaik sahaja mendengar kata setuju dari Leftenan Jeneral Yun itu, automatik Jax menghela nafas kelegaan.

Senyuman kegembiraan mula terhias di wajah saintis muda itu. Jax kemudiannya menunduk hormat ke arah Leftenan Jeneral Yun. "Terima kasih, tuan."

Tidak dapat digambarkan ketika ini perasaan Jax yang begitu gembira. Nampaknya, dia sudah berjaya melangkah setapak ke hadapan.

Dalam diam, hujung bibirnya terjungkit sedikit menayangkan senyuman sinis.

"Let the war begin."

•──────────

3 0 ᴅ ᴀ ʏ ꜱ : ᴅ ᴏ ɴ ' ᴛ ꜱ ʟ ᴇ ᴇ ᴘ

"The monster inside."

Name : Jax Kyler
Korean name : unknown
Age : 27 years old
Birthplace : Suffolk, England
Hometown : Lavenham, Suffolk +
Seocho-gu, Seoul
Nationality : England + Korean

•──────────

Ha, siapa pulak Jax Kyler ni? Hehe. Buat masa ni, identiti dia takkan didedahkan 😛

Maaf, kalau prolog ni agak membosankan. An cuma nak memperkenalkan dulu macam mana eksperimen ini ditubuhkan dan cara perbincangan diorang tu macam mana.

Tapi jangan risau. Watak-watak yang korang baca panjang-panjang semua tu hanyalah muncul kat prolog je selain Jax. Dia bawak watak penting dalam cerita ni.

Continue Reading

You'll Also Like

11.3K 814 41
He's my crush. My first love. My senior. But.. Does he ever know my existence ? Am I even visible to him ? His smile is just enough for me Sinc...
965 63 6
"Aku tak cintakan kau. Aku cintakan orang lain!" - Che Bryan "Dan saya akan terus mencintai awak hingga akhir hayat saya!" - Umaira Dzulaika
7.1K 235 8
You berkahwin dengan seorang lelaki because of arrangement. Lutfan Fahad Yusuf (Felix) is your toxic husband and benda yang paling dia suka is money...
1.4K 177 25
JEON JUNGKOOK FANFICTION STATUS = COMPLETED ✰ Joorin , seorang pelajar gred tiga , sering dibuli kerana berpakaian seorang nerd. dan , datang seoran...