SAKIT ©️

Af _NaniRizal_

27K 1.8K 432

SAKIT merupakan sebuah mini novel pertama author, menceritakan tentang kisah cinta seorang gadis yang penuh l... Mere

Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Tujuh
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua Belas
Tiga Belas
Empat Belas (Final ep)

Satu

4.5K 160 23
Af _NaniRizal_

Disclaimer: Story ini hanyalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Sekiranya terdapat mana-mana persamaan, ianya hanyalah secara kebetulan sahaja.
Sebarang plagiat cerita ini adalah dilarang sama sekali.

...

Mengelamun di atas katil, pintu bilikku diketuk sebelum dikuak dari luar. Muncul wajah kakak keduaku, yang aku panggil Angah sahaja. Masih berbaju bengkel berlogo politeknik serta bertudung hitam, tersengih menayang barisan giginya yang tak berapa nak putih melepak.

"Weh! Buat apa?" Tegurnya seraya melabuhkan punggung di sebelahku.

"Masak.." balasku, sinis.

Angah menjulingkan biji matanya.

"Eh, Mina. Kau ingat tak Saiful?" Soal Angah tiba-tiba.

Mendengarkan nama lelaki itu, aku memandang wajah Angah.

"Saiful? Budak St Thomas tu?"

Angah mengangguk. Sengajalah tu nak buat aku tertanya-tanya.

"Hah, kenapa dengan dia?"

Angah membetulkan posisi duduknya. Menghadap aku.

"Guess what? Classmate aku rupanya kawan dia!"

Mataku membulat.

Saiful, rakan chattingku ketika zaman MIRC. Sekadar berkawan biasa. Pernah beberapa kali bertemu sebelum terputus hubungan beberapa tahun.

"Seriouslah?"

"Iye. Tadi masa aku buat kerja ukur, aku sembang dengan sorang budak group aku ni. Nama dia Nazim. Aku tanya sekolah mana dulu apa semua. Lepas dia bagitahu aku dia sekolah St Thomas, terus aku tanya pasal Saiful. Kot-kot dia kenal.."

Angah aku ni belajar kat politeknik. Baru semester satu. Aku pula tahun ni nak SPM. Umur aku dengan angah beza setahun je. Angah sebaya dengan Saiful. Aku kenal Saiful dulu pun Angah tahu. Malah, mereka pernah bersua muka.

"Then?" Soalku tidak sabar. Yelah, excited dapat jumpa balik kawan lama yang dah terputus hubungan kan?

"Nazim kata dia kenal sangat. Dorang tinggal kat taman yang sama. Rumah si Saiful tu lorong belakang rumah Nazim je. Kecil je dunia ni, kan?"

"Itulah, kecil je. Eh, Nazim tu tak pelik ke kau kenal dengan Saiful?"

"Ada juga dia tanya mana aku kenal. Aku cakap Saiful tu kawan adik aku. Lepas tu Nazim bagi nombor phone Saiful kat aku.."

Aku menjelingnya, tak percaya. Aku kenal sangat Angah aku ni.

"Kau tak payah kencing aku, Ngah. Aku tahu, kau yang minta nombor Saiful kan?"

Angah sengih. Tangan kanannya menggaru kepala yang sahih tak gatal.

"Alah, tak kisah lah macam mana pun. Janji dapat nombor dia, kan? Kau tak nak ke?"

Aku faham keterujaan Angah bersebab. Masa aku kenal Saiful dulu, Angah juga ada kenal someone. Melalui medium yang sama. Angah pernah jumpa lelaki tu pada masa yang sama aku bertemu Saiful. Sempat juga dia kutuk Saiful muka berkawah. Ceh! Mentang-mentanglah si Izad tu kacak.

Sejak kenal Izad, Angah mula menaruh hati. Tapi sayangnya cinta dia bertepuk sebelah tangan.

Kiranya, kemunculan balik Saiful ni sedikit sebanyak mengimbau kenangan zaman cinta pertama Angah pada Izad dulu lah. Kata Angah, mana tahu jodoh aku dengan si Saiful ni. Dia suka walaupun dia takda jodoh dengan Izad. Alahai, kasihan Angah.

Tapi bercakap soal jodoh, aku rasa nak hempuk je kepala Angah. Hey, aku baru 17 tahunlah! SPM pun tak lepas lagi.

Tentang Saiful, aku akui agak teruja kerana dah lama tak berhubung. Masih berkawahkah pipinya?

Beberapa hari berlalu, aku hanya menyimpan nombor Saiful tanpa memulakan langkah pertama menghubunginya.

Sehinggalah suatu hari, Saiful sendiri yang contact aku. Awalnya, aku terkejut menerima panggilan darinya. Yelah, dah lama kot tak dengar khabar apatah lagi bersua muka.

Saiful kini belajar di salah sebuah kolej swasta milik kerajaan negeri.

Bermula dari saat itu, hubungan aku dan Saiful semakin rapat dan akhirnya kami declare sebagai pasangan kekasih.

Mengenali Saiful, dia seorang lelaki yang matang. Bahkan, sepanjang tempoh percintaan kami, kami sangat jarang bergaduh. Berselisihan faham itu normal tetapi semuanya masih terkawal. Saiful memang seorang lelaki yang tenang mengawal emosinya. Kerana itu juga, aku selesa bersamanya.

Percintaan aku dan Saiful diketahui kedua belah keluarga. Mak ayah aku merestui begitu juga kedua ibu bapa Saiful. Hubungan kami smooth je. Dan aku rasa sangat-sangat bahagia.

Lama. Sangat lama kami bercinta. Dari SPM, membawa hingga ke pengajian aku di politeknik selama tiga tahun. Ya, setelah tamat SPM, aku ditawarkan kursus diploma  di politeknik yang sama dengan Angah.

Kolej Saiful yang terletak tidak jauh dari poli juga menjadikan hubungan kami semakin mesra. Seringkali keluar bersama.

Kadangkala, aku menemani Saiful bermain futsal bersama kawan-kawannya. Saiful juga seorang lelaki yang tidak kekok bila bersama kawan-kawanku. Seperti mana yang aku nyatakan dari awal, dia lelaki yang matang termasuk dari segi pergaulannya. Baik bersama kawan-kawanku atau keluargaku sendiri.

Tamat diploma, Saiful tidak menyambung pelajarannya. Lelaki itu memilih untuk terus memasuki alam pekerjaan. Rezeki Saiful, dia diterima dalam bidang perkhidmatan awam. Kerja kerajaan.

Aku antara orang yang sangat gembira dengan berita tersebut. Walaupun bukan berjawatan besar, tetapi sekurang-kurangnya aku tahu masa depan Saiful akan terjamin bila bekerja dalam sektor awam.

"Sayang, saya dah dapat penempatan..," khabarnya suatu hari.

"Iya? Kat mana?"

"Jerantut.."

Tanpa sedar, aku mengeluh.

"Kuantan-Jerantut tak jauh mana, sayang. Setiap minggu saya boleh balik jumpa awak. Cuma sekarang ni, saya pening fikir rumah sewa. Next week saya dah kena lapor diri.."

"Hmm..yelah. Tentang rumah sewa, nanti saya minta tolong saudara saya. Dia duduk sana. Mungkin dia tahu," balasku.

"Betul ni?"

"Ya, betul..". Aku tersenyum.

"Thank you sayang.."

Tidak lama selepas itu, bermulalah perhubungan jarak jauh antara kami. Berbeza daerah walaupun masih dalam negeri yang sama.

Seperti yang dijanjikan Saiful, setiap minggu, lelaki itu akan pulang ke Kuantan. Bertemu keluarga dan juga aku. Ada kalanya, aku yang ke tempat Saiful. Menumpang bermalam di rumah saudara.

Bila hati dah sayang ni, apa sahaja kita sanggup, bukan?

"Awak, saya dapat sambung degree!" Aku memaklumkan dengan perasaan teruja ketika kami bertemu seperti biasa, pada hujung minngu.

Mendengarkan khabar itu, mata Saiful bagaikan bercahaya. Turut teruja, mungkin?

"Serious? Congrats, sayang! Tapi kat mana?" Soalnya.

Aku terdiam. Ini juga salah satu dilema aku sebaik sahaja tawaran itu aku terima.

"UTHM, Johor.." jawabku perlahan.

Saiful sedar perubahan riak wajahku ketika ini.

"Hey, kenapa ni? Sepatutnya sayang happy, kan? Impian sayang nak masuk universiti tercapai.."

Aku panggung kepala, memandang wajah lelaki yang aku sayangi sepenuh hati.

"Ya, memang impian saya. Tapi..macam mana dengan hubungan kita?"

"Kenapa dengan hubungan kita?" Soalnya.

"Awak kat sini. Saya jauh kat Johor. Jauh sangat. Boleh ke?"

Saiful tersenyum. Sepet matanya. Wajah Saiful persis anak cina. Putih melepak. Cuma kawah di pipinya masih bersisa.

"Kenapa pula tak boleh? Infact, sekarang pun kita memang berjauhan. Sayang, awak duduk sana bukan selama-lamanya. Habis belajar, awak balik sini semula, kan? Jangan risaulah. Banyak je long-distance relationship yang berjaya. Lagipun, Johor je. Tak jauh mana. Bila-bila masa saya boleh melawat awak kat sana. Okay?" Pujuknya.

Sedikit sebanyak, hati aku terpujuk juga.

"Awak janji setia dengan saya?"

Senyuman manis menghiasi bibir Saiful.

"Ya, sayang. Saya janji. Selagi ada cinta awak untuk saya, saya janji saya akan setia dengan awak sorang. Okay?"

Aku tersenyum. Yakin dengan janji Saiful. Yakin dengan hubungan jarak jauh yang akan berjaya.

...

Sedikit intro yang ringkas.

Suka sis ingatkan, disebabkan story ini adalah mini novel, so sis akan limitkan words untuk setiap chapter dalam 1k sahaja. Tak boleh terlalu panjang macam short story.

Story ini juga mungkin takkan lebih dari 15 or 20 chapter.

Bergantung pada idea menulis.

After all, sorry kalau hambar. Baru nak start engine🙈

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

3.2K 441 55
Bismillahirrahmanirrahim Mengandungi Himpunan kata-kata bijak dan penuh motivasi Sayyidina Ali r.a. (Gambar hanya hiasan).
101K 4.4K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
857K 34.7K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
233K 12.1K 57
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...