The Starry Sky + kth

By -channa

123K 20.8K 10.5K

2020 [completed] + between friendship and love More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Final Chapter
S2 | Chapter 1
S2 | Chapter 2
S2 | Chapter 3
S2 | Chapter 4
S2 | Chapter 5
S2 | Chapter 6
S2 | Chapter 7
S2 | Chapter 8
S2 | Chapter 9
S2 | Chapter 10
S2 | Chapter 11
S2 | Chapter 12
S2 | Chapter 13
S2 | Chapter 14
S2 | Final Chapter
S3 | Chapter 1
S3 | Chapter 2
S3 | Chapter 3
S3 | Chapter 4
S3 | Chapter 5
S3 | Chapter 6
S3 | Chapter 7
S3 | Chapter 8
S3 | Final Chapter
EPILOGUE

Chapter 5

2.5K 406 35
By -channa


*************

Takut. Sekarang ni Taehyung akan masuk pejabat untuk tindakan disiplin. Ada pengetua, Eunhyuk saem, dengan beberapa pegawai pendidikan.

"Huwa Kim Tae awak tegakkan benda yang betul, arraseo? Jangan cakap benda yang awak tak buat!"

Taehyung menahan kepala aku, "Geokjongma. (Jangan risau.)"

Dia langsung masuk membuatkan jantung aku berdebar debar. Tak tahu apa nasib lelaki tu nanti. Sebab dengar cerita Ji Sung masih dirawat lagi dekat hospital.

Haih, dia tu bukan boleh percaya. Aku risau kalau dia cakap benda yang tak terjadi.

Satu sekolah dah bercakap pasal benda ni. Semua orang tak percaya Taehyung pukul orang, lepas tu mulalah membawang benda tak betul. Geram je aku.

"Budak nombor satu, tapi psiko. Tak pelik pun, tengok dah tahu dia tu something wrong."

"Kan! Handsome dah ada. Tapi kalau boleh bunuh orang, baik tak payah!"

"YAH! Jaga sikit eh mulut korang. Jangan cakap pasal Kim Tae kalau korang tak kenal dia!" tengking aku kepada dua orang perempuan yang sibuk kupas bawang.

Seorang bercekak pinggang dan seorang lagi berpeluk tubuh dengan riak angkuh.

"Yah Yunjae, kau fikir kau kawan dengan dia dari kecik kau kenal dia sepenuhnya ke? Lebih baik kau hati hati, nanti kang kau mangsa seterusnya!"

Peh naik berasap telinga aku dengar dia cakap macam tu.

"Yah! Cakap je lah korang jealous tak ada budak handsome nak kawan rapat dengan korang kan? Tak payah sibuk jaga urusan orang, pergi fikir macam mana nak dapat nombor satu lagi bagus!"

Kepala menoleh ke sisi, ternyata ahli Dream Club kesayangan muncul untuk tolong aku. Uhuk! Nak nanes!

"Entah, tengok muka pun dah tahu tak layak dapat nombor satu. Ada hati nak cakap pasal orang. Debik karang!" sambung Min Jung seraya mengangkat tangannya. Dia ni memang kasar sikit.

Selepas dah makan ayat pedas, cepat cepat dua orang perempuan tu berlalu pergi sambil berbisik bisik sesama sendiri.

Sowon memeluk bahu aku, "Yah gwaenchana?"

"Hmm, ani. Saya still risau dengan Kim Tae. Apa apa pun gomawo yeudeura. Saranghae!"

Min Jung mengetuk dahi aku, "Apa yang terjadi sebenarnya? Aku dah dengar jugak pasal benda ni."

"Molla. Saya tak ada dekat tempat tu. Jadi saya tak tahu apa yang terjadi. Hmm, saya percaya Kim Tae tak salah."

"Gurae, aku pun rasa Kim Tae tak salah. Jangan risaulah." sambung Sowon meredakan sedikit hati aku.

************

Sebenarnya aku tunggu Taehyung, tapi dia belum keluar lagi. Ke hulur ke hilir aku depan pejabat tu, terjengah jengah nak curi tengok. Tapi tak nampak apa apa.

"Eoh Jeong ahjussi! Meh saya tolong bawakkan."

"Aigoo, kamu ni Yunjae. Susah susah je."

Aku bertukar tangan, mengangkut kotak yang isinya susu coklat kegemaran aku. Ahjussi Jeong ni orang kilang yang setiap hari datang bawa susu. Disebabkan aku memang favourite benda ni, dah jadi kenal dengan dia. Hehe.

"Gwaenchana! Annyeong!"

"Eung annyeong!"

Alang alang tunggu Kim Tae lebih baik aku singgah kantin hantar benda ni. Kesian aku tengok ahjussi Jeong tu.

Tiba tiba langkah aku jadi perlahan.

Aku dengar ada satu suara di sebalik tembok belakang sana. Tidak jauhnya, tempat letak kereta. Dahi aku berkerut.

"Kamu ni memang tak pernah nak berusaha! Buat malu appa je!"

Bahu aku tersentak sesaat terdengar bunyi tamparan kuat. Dengan keberanian yang ada aku menjengah sedikit, terlihat Jimin sedang ditampar oleh seorang lelaki separuh abad.

"Omo.. eotthoke.."

Tak sanggup tengok Jimin kena pukul macam tu, aku buat keputusan untuk pura pura panggil nama Jimin.

"Jimin-ah! Park Jimin! Eodisseo?!"

Dapat aku lihat lelaki separuh abad yang kemungkinan ayahnya itu mula membetulkan coat lalu menapak masuk ke dalam kereta agam mewahnya.

Disebabkan tak nak kantoi dengan Jimin, aku terus lari terkedek kedek bawak kotak ni jauh dari tempat tu.

"Fuh, kalau Jimin tahu nanti dia mesti segan nak jumpa."

Setibanya di kantin aku meletakkan kotak susu tersebut di atas kaunter, "Ahjumma! Ini susu ahjussi Jeong tau! Yunjae gerak dulu!"

"Eoh, gomawo Yunjae-ah!"

"Nae!"

Hmm.

Hati aku berat tengok situasi tadi. Kesian sangat dengan Jimin. Kenapa sejak kebelakangan ni aku dikelilingi orang yang terluka? Sedih tahu tak. Mesti sakit.

*************

Di sebelah Taehyung, ada lelaki yang bergelar ayah. Sudi meluangkan masa sibuknya kerana dipanggil oleh pihak sekolah.

"Rakaman cctv menunjukkan segala bukti. Taehyung memang kena terima hukuman atas kesalahan mengasari pelajar lain." kata pengetua Choi.

"Ya, dia pelaku pertama yang memulakan pergaduhan. Lagipun kes ni agak besar apabila melibatkan pelajar cemerlang Maple." sokong pegawai pendidikan.

"Kim Taehyung akan digantung selama seminggu." keputusan diwartakan.

Lelaki separa abad itu menundukkan kepalanya, "Joseonghamnida. Maafkan kesalahan anak saya. Mungkin dia tak dapat kawal emosi."

Taehyung tertawa sinis.

"Kim Taehyung! Kamu ingat ini benda kelakar?!" pengetua Choi meninggikan suaranya.

"Kalau gyojangnim cuma nak dengar pendapat dia, kenapa panggil saya dekat sini?" lelaki itu terus bangun dari duduknya, "Saya akan bercuti dengan baik. Kamsahamnida."

Terus sahaja dia menggapai beg sekolah yang lalu keluar dari pejabat, masih dengan ekspresi wajah yang sama.

"Em, maafkan dia ya. Saya balik dulu." sempat ayahnya memohon maaf sekali lagi pada pengetua dan pegawai lain sebelum mempamitkan diri.

Lelaki separuh abad itu melihat anaknya dari belakang seraya menggelengkan kepalanya. Hati lelaki berdarah muda itu masih lagi beku. Mereka berdua menuju ke tempat letak kereta untuk pulang.

Kebetulan Yunjae yang ingin ke pejabat terlihat bayang si Kim Ketaem.

"Yah Kim Tae!" laungnya kemudian berlari mendekat, namun dia berhenti sesaat terlihat lelaki yang jarang muncul itu.

"Eoh.. Kim ahjussi! Annyeonghaseyo!"

"Annyeong Yunjae-ah. Kamu apa khabar?" rambut anak gadis itu dielus lembut. Mereka berjalan seiring menuju ke arah Taehyung.

"Hehehe, saya baik baik je. Ahjussi macam mana? Sihat tak?"

"Eung, sihat. Kamu berdua jumpa lah dulu. Ahjussi masuk kereta ya."

Yun Jae menunduk separa tubuh, "Nae, annyeonghaseyo. Hati hati."

Taehyung menanti mereka berdua dengan riak wajah bosan. Sehingga bayang ayahnya tidak lagi kelihatan, Yun Jae terus memukul bahunya.

"Yah! Awak nak pergi mana ni?! Kelas dekat dalam!"

"Aku kena gantung. Kau balik sorang seminggu ni. Arraseo?"

"BWO?! Andwae! Yah Kim Tae macam mana boleh jadi macam ni! Awak mesti cakap yang awak bersalahkan?!"

"Aku tak cakap apa apa. Na khanda~ (Pergi dulu~)" tenang dia berjalan menuju ke arah kereta agam miliknya tanpa menoleh sekilas pun.

"Tsk.. dasar Ketaem.."

*************

Dah tersebar gosip Taehyung kena gantung sekolah. Dekat mana pun, topik yang sama. Gantung sekolah tu tak adalah perkara yang orang kena kisah pun, tapi disebabkan lelaki famous yang kena gantung. Besar hal jadinya.

"Eoh Jimin-ah!" panggil Yun Jae.

Lelaki itu berpaling seraya tersenyum, "Eung Yunjae. Wae?"

Lambat lambat gadis itu menarik kerusi kemudian duduk berhadapan dengan Jimin. Ubat luka dengan plaster yang dia ambil dekat bilik rawatan tadi dikeluarkan dari dalam poket.

"Irriwa." dagunya didongakkan sedikit ke atas sebelum Yun Jae mencalit ubat luka pada hujung bibir yang terlihat kesan merah.

Tersentak lelaki itu dibuatnya apabila disentuh. Matanya langsung tidak berkedip melihat Yun Jae yang sedang fokus. Perit liur ditelan dalam diam.

"Siap. Lepas ni hati hati."

Dahi Jimin berkerut, "Mana awak tahu.."

"Awak terlanggar dinding kan? Saya nampak masa dekat bawah tadi awak dah luka. Ni mesti jalan tak tengok depan." bohong Yun Jae.

Lelaki itu tertawa halus, "Eung, maja."

"Aigu aigu. Macam mana lah jalan pun tak fokus! Ni mesti terbayang muka saya kan? Tibeh."

"Betul tu."

___________________

Continue Reading

You'll Also Like

169K 20.6K 66
" And if there is such a thing as "PERFECT ", then, baby, it's you. You're my definition of perfectly perfect" Perfectly Perfect + Kim Taehyung _____...
877K 85.7K 200
"Hi sayang. Kerja sekolah semalam dah siap?" Park Jimin duduk dihadapan aku lalu membelek buku latihan aku. "Tak payah sibuklah!" Add to your readin...
3.5K 776 32
Kim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah kebahagiaan dalam perpisahan?
1.8K 140 16
Kisah si Abang yang telah jatuh cinta kepada adiknya. Bahkan itu adalah adik kandungnya. Akankah cinta itu direstui atau ia akan kekal sebagai cinta...