𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂đĸ𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞đĢ...

By asunnaraa

1M 46.4K 2.5K

"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠đ™Ē đ™Ŧ𝙖đ™Ŗ𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞đ™Ŗ𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧đ™Ŗ𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃đ’ļ𝓇đ’ļđ’ļ īŧĨīŊ‰īŊīŊŽ īŧˇīŊīŊšīŊ‰īŊ† | īŧŦīŊ…īŊ„... More

Asunnaraa's quote
PROLOG
BAB 1
Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49

Bab 50

40.3K 1.1K 110
By asunnaraa

Memang benar, kehidupan ini adakalanya manis dan kadangkala pahit. Tiada kehidupan yang manis dari awal hingga ke pengakhiran cerita. Jika ada pun, pastinya tidak lengkap.

Mengapa?

Kerana dugaan yang didatangkan kepada setiap insan itu menjadikan kita lebih matang dalam memutuskan sesuatu perkara. Dugaan juga mengajar kita erti sebuah pengorbanan, penghargaan dan kesabaran. Kuncinya adalah terus melangkah dengan yakin tanpa perlu menoleh ke belakang semula.

Alhamdulillah, kini perkahwinan mereka hampir mencecah usia dua tahun. Dengan kehadiran puteri sulung mereka, hari-hari semakin bertambah ceria. Teringat kembali episod yang takkan dia lupakan sampai bila-bila iaitu ketika melahirkan anak yang dikandungkan hampir 9 bulan 10 hari. Anak yang sering bermain-main dalam perut akhirnya telah melihat dunia pada 24 Februari. Tarikh itu amat bermakna buatnya kerana dua hari sebelum itu merupakan hari lahir syurganya.

Bangunan gah di hadapannya saat ini dipandang redup bersama perasaan yang bercampur baur. Di sinilah dia bertemu dengan suaminya, di sini juga segalanya bermula. Pahit manis, suka dan duka semuanya bermula di sini. Siapa sangka pada awalnya bergelar pensyarah kini sudah menjadi suami dan ketua keluarga buatnya? Bermula ketika dia masuk lewat ke kelas suaminya, bibit-bibit manis mula timbul tanpa sedar.

Dia pejamkan mata. Tidak dihiraukan jika ada mata yang memandang. Saat ini semua kenangan menerjah rakus minda tenangnya. Sungguh, dia rakam setiap detik yang berlaku dalam hidupnya tanpa tertinggal satu pun.

"Mama." Mata dibuka perlahan. Suara halus itu menerbitkan rasa gembira di hati. Kepala ditunduk sedikit untuk memandang figura kecil yang memakai gaun seakan-akan bidadari bersama cekak di atas kepala.

"Sayang mama ni." Tubuh itu didukung walaupun sedikit susah memandangkan dia memakai jubah konvokesyen. Bibir Hara menguntum senyum saat tangan montel itu bermain dengan mortarboard di atas kepalanya. Bibir itu pula kelihatan sedang membebel dengan bahasa yang tidak difahami.

Alahai!

"Hara."

Hara menoleh.

Laju dia memeluk batang tubuh itu dengan erat bersama sebelah tangannya. Kasihan anaknya tersepit di tengah.

"Hara ingatkan mummy dengan daddy je ada. Rupanya mama dengan papa pun ada sekali!" Hara ketawa kecil.

Senang hatinya apabila melihat raut wajah yang membesarkan dia daripada dia sebesar telapak tangan hingga berjaya menjadi orang yang berguna. Hatinya lagi teruja dan terharu saat kedua-dua mentuanya turut ada bersama. Namun jauh di sudut hati dia agak terkilan apabila suaminya tiada di samping dia saat ini. Ramai yang bertanya sejak tadi dan banyak kali juga dia menjawab...

'Sir Eian ada seminar dekat Hulu Langat. Esok baru balik.'

Haih, hampa! Dia mahu menangkap gambar bersama suaminya.

"Hara dah tangkap gambar ke? Kalau nak daddy tolong tangkapkan." Dr.Jamaluddin siap mengeluarkan telefon pintar miliknya.

Hara menggeleng lemah. Senyuman paksa dipamerkan.

"Kan seronok kalau Eian pun ada sekali dengan Hara." Tanpa sedar keluhan mula terbit.

"Kan seronok kalau abang dapat tengok Hara senyum hari ni."

Suara itu membuatkan mata Hara membuntang. Saat kepala ditoleh, muncul seraut wajah kacak di hadapannya. Tanpa tunggu lagi anaknya diserahkan kepada Datin Kirana dan dia segera mendakap tubuh tegap itu.

"Happy graduation, sayang! Tercapai juga impian sayang nak sambung degree. After this continue dengan master pula ya sayang." Eian berseloroh sambil mengusap kepala isterinya.

Pelukan dirungkai.

Pap!

Eian menyeringai sambil menggosok bahunya.

"Kenapa tipu Hara? Kemain malam tadi cakap abang tak boleh join hari ni. Kesian tahu tak dengan isteri abang ni?Eii, benci!"

Kedua-dua orang tua mereka sekadar ketawa lepas. Ada sahaja yang ingin digaduhkan oleh pasangan itu.

Eian menarik tangan isterinya. Mortarboard yang senget itu dibetulkan sebelum matanya menikam lembut mata Hara.

"Abang saja je nak bergurau dengan Hara. Promise you yang abang takkan tipu lagi."

Tak lama itu Hara mula tersenyum. Lega hati Eian apabila melihat senyuman itu. Dia pandang mummy nya yang sedang mendukung anak mereka.

"El Leria. Sini dekat baba." Mendengar suara Eian sahaja sudah membuat El Leria tergedik-gedik dalam dukungan Datin Kirana. Anak manja baba lah katakan.

Eian mendukung tubuh itu sebelum dikucup pipi anaknya. Dr.Jamaluddin sudah siap memegang telefonnya.

"Nak papa tolong tangkapkan gambar?"

Eian mengangguk laju sebelum menarik Hara berdiri di sisinya. Pinggang itu dirangkul kemas bersama El Leria didukung olehnya. Semua mata yang berada di kawasan lapang itu teruja melihat satu keluarga kecil pensyarah mereka. Sekarang sudah bergelar baba pun masih hot!

Saat itu dunia bagaikan terhenti. Mereka ibarat berada dalam dunia mereka sendiri. Dunia ciptaan Eian Wazif dan Ledy Hara.





"El Leria! Awak dah mandi ke belum ni? Busuklah sayang mama ni." Hara mengacah-acah gigit pipi tembam itu. Geram!

"Baba dah mandikan lah. Mama yang tak mandi lagi."

Hara pandang suaminya yang sedang turun dari tangga itu. Dia menjeling tajam saat Eian sudah melabuhkan punggung di sisi.

"Abang jangan macam-macam eh! Hara dah mandi dulu. Siap masak lagi." El Leria ketawa mengekek atas ribaan mamanya. Entah apa yang melucukan.

"Sayang..."

Hara kembali memandang wajah tanpa cela itu.

Maskulin! Perfect!

Bebola mata Eian meliar ke segenap wajah mulus isterinya. Spontan, tangan mengelus pipi itu.

"It might be cliche for you but..."

Jeda.

"...Terima kasih sayang sebab terima abang semula. Yes, walaupun kesalahan yang abang buat tu besar but still sayang maafkan abang." Hara cuma diam tanpa berkutik. Dia mahu dengar luahan hati suaminya setelah hampir beberapa bulan mereka tidak membangkitkan soal ini.

"Abang bersyukur isteri abang sanggup maafkan abang. Kalau perempuan lain, abang rasa mesti dia akan bencikan abang sampai bila-bila. Tapi sayang, abang nak cakap yang abang betul-betul cintakan Hara. Demi Allah, hanya Hara dekat hati abang.Bukan perempuan lain."

Eian tarik sebelah tangan isterinya.

"Abang tak pernah bagitahu Hara rahsia ni. Wanna hear?"

Hara mengangguk kecil, Eian tarik nafas perlahan.

"Abang tak tahu bila tapi apa yang abang pasti, perasaan sayang tu dah wujud bila abang nampak Hara pakai cincin dalam class. Remember?" Eian pandang lembut wajah isterinya.

Hara angguk. Mana mungkin dia lupakan episod itu?

"Waktu tu abang rasa terkilan, kecewa dan marah. Abang takut kehilangan sayang. Kan dulu kita rapat? So bila abang nampak Hara pakai cincin bertunang, abang takut. Bukan sebab abang takut hilang Hara sebagai teman waktu susah abang.."

Bibirnya melekap di dahi mulus Hara. Hara sekadar pejamkan mata.

"...Tapi abang takut hilang Hara sebagai jiwa abang. Tanpa Hara sedar, Hara dah tarik separuh jiwa abang waktu mula-mula kita kenal dulu."

Mata Hara berkaca. Tubir matanya terasa panas. El Leria yang berada atas ribaannya sudah tertidur. Dia baringkan anaknya di sebelah. Bantal yang sememangnya tersedia di situ dicapai sebelum diletakkan di tepi El Leria. Dia kembali memandang suaminya.

Eian ukir senyum.

"Sayang nak tahu apa jadi dekat abang bila sayang keluar dari rumah dulu?"

Hara tidak menjawab namun matanya memohon penjelasan.

"Abang rapuh. Sakit yang abang tak mampu nak jelaskan. Saat Hara pergi, baru abang sedar. Abang memang cintakan Hara. Tapi abang junjung ego. Ego tu akhirnya makan diri abang balik. Abang takut sangat kalau Hara tak kembali semula dekat abang."

Hara pejam mata. Automatik, mutiara jernih menitis satu persatu.

"Abang..." Hara buka mata. Dia senyum manis.

"Jujur Hara katakan, Hara tahu abang sebenarnya cintakan Hara. Cuma Hara nak dengar sendiri dari mulut abang. Tapi, abang tak pernah nak luahkan sampailah kita jumpa semula hari tu. Terkilan tu memang ada tapi abang.." Hara genggam kembali tangan suaminya erat.

"...perasaan cinta Hara dekat abang melebihi semuanya. Sampaikan rasa sakit yang abang tinggalkan pun Hara tak tahu nak rasa macam mana. Demi Allah, Hara tak pernah bencikan abang. Hara pun nak minta maaf sebab tak nak dengar penjelasan abang. Hara terlalu ikutkan kata hati Hara. Ampunkan Hara, abang." Air matanya mengalir lagi. Kali ini lebih deras.

Eian tarik tubuh itu ke dalam dakapan. Dia pejamkan mata saat mengelus rambut isterinya.

"Setiap malam abang ampunkan dosa sayang dekat abang. Abang nak kita sama-sama masuk syurga nanti. Lepas subuh, abang akan selalu doa..Ya Allah, andai hari ini isteriku meninggikan suara terhadapku, Engkau ampunilah dia. Andai hari ini dia membenciku, Engkau hapuskan rasa dendam dia. Andai hari ini dia membelakangiku, Engkau berilah peluang kepada dia. Jangan Engkau biarkan Ledy Hara menjadi isteri yang derhaka buatku."

Makin bercucuran air mata Hara bersama tersedu-sedan. Bahunya terhibut akibat esakan.

"Sayang janji dengan abang boleh?"

Jari menolak dagu Hara agar memandangnya. Air mata yang mengalir itu diseka lembut.

"Janji dengan abang yang kita sama-sama jaga hubungan ni. Memang hubungan kita takkan sempurna, tapi kita jadikan lebih baik dari semalam. Cintakan abang kerana Allah. Sayangkan abang kerana Allah. Layan abang kerana Allah. Dan abang yakin, syurgalah buat sayang."

Hara angguk laju walaupun air matanya masih mengalir.

"Hara janji, abang. Hara janji. Terima kasih sebab izinkan Hara jadi bidadari dunia buat abang. Doakan supaya Hara akan jadi bidadari di Sana nanti juga."

Eian ukir senyum.

"In sya Allah sayang."

Belakang tengkuk Hara ditarik lembut sebelum sebuah kucupan ditinggalkan di dahi dan pipi isterinya.

Terima kasih atas semua ini Ya Allah. Aku bersyukur kerana Engkau telah menyusun cantik aturan hidupku.

Love,asunnaraa.

*
*
*
*
*

.....Bukan Cinta Pertama signed out 20.18 pm.


Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 90.6K 82
~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ ❄ Amir Jayden dan Kayla Sofea. Kerana satu kejadian, m...
5K 283 16
[COMPLETE] 2nd MILIK SERIES AZREEYA x LUTH AUFAT Dalam diam, suka sama suka ❤ī¸ Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ring...
1.7M 61.9K 72
🌸 Previously known as DIA. 🌸 My First Romance Story. 🌸 100% completed. 🌸 No copy, no plagiarism. I'm watching you --- "Kalau kau nak tahu, hidup...
185K 12.2K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 đĻ𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩đĢ𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞đĢ đĻ𝐨đĢ𝐞 𝐭𝐡īŋŊ...