𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂đĸ𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞đĢ...

By asunnaraa

1M 46.4K 2.5K

"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠đ™Ē đ™Ŧ𝙖đ™Ŗ𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞đ™Ŗ𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧đ™Ŗ𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃đ’ļ𝓇đ’ļđ’ļ īŧĨīŊ‰īŊīŊŽ īŧˇīŊīŊšīŊ‰īŊ† | īŧŦīŊ…īŊ„... More

Asunnaraa's quote
PROLOG
BAB 1
Bab 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50

Bab 48

23.2K 949 30
By asunnaraa

Hampir empat bulan sejak peristiwa dia disahkan berbadan dua, dia mahupun Eian masing-masing mendiamkan diri. Duduk satu rumah tetapi masih terasa sunyi. Sunyi yang paling sunyi yang dia pernah rasai. Adakalanya Eian cuba membuka topik agar mereka dapat bersembang, namun dia tidak mengendahkan. Dia juga pergi ke universiti menaiki kereta lelaki itu. Malas dia mahu bertekak tentang perkara yang kecil itu. Perutnya juga sudah semakin membukit dan ramai antara kawannya sudah mengetahui mengenai itu. Mujurlah ini merupakan semester terakhirnya maka tiada masalah ketika dia bersalin nanti. Tinggal lagi dua bulan dan dia akan menamatkan pengajiannya.

"Comelnya mak buyung hari ni!"

Hara tersentak dari lamunan.

"Dah lunch belum?"

Dia cuma menggeleng bagi menjawab pertanyaan Yana.

"Qis mana? Aku tak nampak pun dia."

Yana tarik kerusi.

"Dia ada class dengan Miss Elena. Kau faham-fahamlah andartu tu kalau mengajar memang tak ingat dunia!"

Hara tersenyum lucu. Ini kalau Miss Elena dengar, matilah Yana.

"Kau nak beli apa-apa tak? Aku tolong belikan." Yana sudah bangkit dengan memegang dompetnya.

Baru Hara ingin menjawab, dia menangkap haruman yang sebati dengan hidungnya.

"Sayang."

Mata Hara jatuh pada plastik yang diletakkan atas mejanya.

"Makan ni, abang dah belikan sayang nasi ayam hainan. Your favourite, kan?" Eian kerling ke arah Yana sebelum dia senyum nipis.

"Aku pergi beli makanan sekejap, Hara." Yana terus berlalu.

Eian mengambil tempat di sebelah isterinya. Wajah itu kelihatan pucat. Sejak kandungan memasuki 14 minggu, isterinya kerap muntah-muntah. Ada satu hari itu sampai Hara tertidur dalam bilik mandi.

Haih, sayang.

"Makan ni untuk isi perut." Eian membuka bekas plastik makanan itu.

Saat hidung menerima bau dari makanan itu, Hara loya. Tangan naik mengusap belakang tengkuk. Eian yang perasan akan aksi isterinya terus menoleh.

"Loya?"

Hara diam.

Eian mengambil sudu di dalam plastik merah itu. Hara cuma melihat tanpa bicara.

"Buka mulut." Hara pandang wajah suaminya dan sudu bersilih ganti.

Hara masih kekal berdiam diri.

"Sayang... Abang tahu Hara marahkan abang lagi, tapi tolak tepi dulu perasaan tu. Kesian baby tak makan dari pagi. Hara tak breakfast kan pagi tadi?"

Lama Eian menanti sebelum Hara membuka mulut. Surut sedikit perasaan risau Eian.

Sesudu.

Dua suap.

Masuk suapan kelima, Hara menolak.

"Saya dah kenyang."

Mana pula Yana ni? Lama betul beli makanan.

"Sayang ada mengidam nak makan apa tak? Tell me, nanti abang carikan." Kepala isterinya dilitupi hijab itu diusap. Namun cuma sekejap.

Eian hampa saat dia tidak mendapat reaksi daripada isterinya. Namun dia tidak tahu bahawa isterinya sedang mengidam sesuatu. Cuma ego itu meninggi.

"Hara!" Suami isteri itu mengangkat muka. Zarul?

"Nah, saya bawakan mi bandung untuk awak." Bungkusan plastik itu diletakkan di hadapan Hara.

Hara yang masih tidak perasan dengan pandangan tajam suaminya terus bersuara. Matanya jelas kelihatan bercahaya.

"Macam mana awak tahu saya tengah craving nak makan mi bandung?Thanks, Zarul!"

"Don't mention it. Saya pun kebetulan lalu depan gerai yang jual mi bandung favourite awak. Erm, saya kena gerak dulu. Ada class." Zarul terus berlalu.

Eian berpeluk tubuh dengan wajah mencuka.

"Seriously, Hara? I'm your husband tapi Hara sanggup suruh lelaki lain carikan makanan yang Hara mengidam?" Tidak dapat dinafikan bahawa dia kecil hati dengan isterinya.

Hara memandang wajah suaminya. Terbit rasa bersalah yang menghurung dadanya.

"You know what? Makanlah mi bandung tu puas-puas sampai kenyang. Abang pergi dulu." Kerusi ditolak kasar.

Hara mengeluh kecil sambil melihat suaminya yang sudah berlalu pergi.




"Makan."

Eian dongak.

"Saya dah masak. Awak nak makan, pergilah." Hara mencapai telefonnya yang berada atas meja kaca sebelum dia berlalu masuk ke dalam bilik tetamu yang kini sudah menjadi miliknya.

Badan dihempas perlahan atas katil. Tangan menepuk bantal sebelum menyandar di kepala katil. Perutnya yang membukit sedikit diusap. Spontan, bibirnya tercuit.

"What are you doing inside here, baby?Mama tak sabar nak tunggu awak keluar, nanti boleh kita main sama-sama. Mesti seronok kan? Nanti mama bawa pergi playground and if you are a boy, mama belikan kasut banyak-banyak. Kalau awak girl, mama ada geng shopping! I can't wait for that!" Hara tersenyum lebar.

Matanya seakan-akan bersinar. Dalam fikiran mula terbayang dia sedang memimpin anak gadisnya dan mereka menghabiskan masa bersama-sama untuk membeli belah. Pasti suaminya letih melayan kerenah mereka berdua.

Terus senyuman Hara pudar. Bagaimana saat ini dia boleh terfikir akan suaminya pula?

Tok Tok Tok!

Hara berpaling. Wajah menjadi beku taktala melihat suaminya sedang merapati katil bersama dulang. Punggung dilabuhkan di sisinya.

"Kenapa biarkan perut Hara kosong malam ni? Kan abang dah pesan, makan tu jangan skip. Yes, I know Hara marahkan abang sampai muka abang pun Hara tak nak tengok. Tapi, janganlah macam ni."

Telinga mendengar keluhan yang meluncur dari bibir suaminya.

"Abang tahu Hara tak nak abang suapkan, so nah, Hara makan sendiri."

Pinggan kaca berisi nasi putih berlaukkan gulai ayam cili padi itu disuakan kepada Hara. Sudu diletakkan atas pinggan.

"Abang letak sikit je kuah tu, tak elok Hara makan pedas." Eian masih memerhatikan isterinya yang belum menjamah makanan itu.

Tidak tahu mengapa, namun terbit suatu perasaan yang menyentuh halus hati Hara. Dia tidak dapat menjelaskan perasaannya pada saat ini.

"Hara..."

Hara pandang wajah itu sekilas.

"Abang suap boleh?" Eian menatap mata isterinya dengan penuh berharap. Tak lama itu dia tersenyum kecil apabila Hara mengangguk perlahan. Sudu dicapai.

Lega hatinya saat melihat ibu mengandung itu mula menjamah nasi. Dia risau jika isterinya kelaparan lebih-lebih lagi ketika berbadan dua.

"This is one of my dream bila isteri abang pregnant."

Hara yang sedang mengunyah makanan tidak menjawab jauh sekali ingin menunjukkan reaksi. Dia cuma memasang telinga mendengar bicara suaminya.

"...Suapkan Hara, sikatkan rambut Hara, peluk Hara waktu tidur, bacakan surah pendek dekat perut Hara before sleep, urutkan kaki dengan pinggang Hara kalau Hara lenguh, manjakan Hara and penuhkan permintaan Hara as in what you're craving of. Tu impian abang."

Hara tergamam. Perlahan tangannya menolak sudu yang disua oleh Eian. Gelas dicapai sebelum diteguk perlahan.

"Kenapa? Kenyang dah?" Eian meletakkan dulang di atas meja sebelah katil sebelum kembali menatap wajah kesayangannya.

Hara menunduk. Entah, hatinya libu. Hiba apabila mendengar tutur bicara suaminya sebentar tadi. Tiba-tiba dia teringat soal tengahari tadi.

"Bukan saya yang suruh dia belikan mi bandung. Kebetulan dia beli and saya mengidam pula time tu. Bukannya saya nafikan hak awak sebagai ayah kepada anak ni pun." Mendatar.

Giliran Eian pula terdiam. Sesaat, dia senyum nipis.

"It's okay sayang. Abang tak marah pun cuma abang ralat bila abang sebagai suami Hara tak peka. Apa yang Hara mengidam, apa yang Hara tak suka waktu pregnant."

Eian usap kepala isterinya. Dah lama dia tidak berbuat seperti itu.

"Nak apa-apa nanti panggil abang dekat bilik kita. Jangan tidur lagi tau, Hara baru lepas makan. Bacalah buku dulu ke tengok tv ke. Goodnight, sayang."

Eian bangkit. Selangkah dia bergerak, Hara memanggil.

"Malam ni tak nak tunaikan impian awak?" Perlahan namun telinga Eian masih dapat menangkap. Dia menoleh.

"I wish I can tapi abang tahu Hara tak selesa." Dia cuba ukir senyum.

Hara angkat wajahnya memandang Eian.

"Mungkin malam ni saya patut bagi anak dalam perut saya dengar baba dia bacakan surah."

Eian terkedu sebentar.

Ya Allah...

Syukurlah aku dapat peluang ini!

"Abang pergi basuhkan pinggan ni sekejap, nanti abang masuk balik."

Hara angguk perlahan sebelum suaminya hilang dari pandangan. Tangan jatuh atas permukaan perut yang sudah membukit.

"Malam ni kita tidur dengan baba, okay?"

Tanpa ditahan, bibirnya tersenyum.

Continue Reading

You'll Also Like

12K 1.4K 15
[SHORT STORY] "Dari kecil, nasib baik jarang menyebelahi aku," -Ratu Alana "Dari kecil juga, aku tak pernah faham apa itu kasih sayang,"-Elaine Dua...
15.1K 1.4K 30
"Live a happily ever after? Ayat itu hanya wujud dalam cerita dongeng barat. Tidak semua cerita berakhir dengan bahagia. Mungkin hidup kita serba ser...
6.2M 176K 96
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan te...
1.3M 59.1K 57
" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diab...