Babad Saribu Bhyangkara

By mynameismas

6.9K 830 328

Kaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan... More

BABAD 1
BABAD 2
BABAD 3
BABAD 4
BABAD 5
BABAD 6
BABAD 7
BABAD 8
BABAD 9
BABAD 10
BABAD 12
BABAD 13
BABAD 14
BABAD 15
BABAD 16
BABAD 17
BABAD 18
BABAD 19
BABAD 20
BABAD 21
BABAD 22
BABAD 23
BABAD 24
BABAD 25
BABAD 26
BABAD 27
BABAD 28
BABAD 29
BABAD 30
BABAD 31
BABAD 32
BABAD 33
BABAD 34
BABAD 35
BABAD 36
BABAD 37
BABAD 38
BABAD 39
BABAD 40
BABAD 41
BABAD 42
BABAD 43
BABAD 44
BABAD 45
BABAD 46
BABAD 47
BABAD 48
BABAD 49
BABAD 50
BABAD 51
BABAD 52
BABAD SARIBU BHYANGKARA: A LONG JOURNEY
GUNS AND ROSES

BABAD 11

151 12 2
By mynameismas

Sebuah pedati ditarik perlahan-lahan oleh seekor keldai melalui jalan tanah merah yang kering dan berdebu sedang pemiliknya pula berjalan di sebelah haiwan tersebut dalam langkah yang tenang.Derap tapak kaki haiwan tersebut menapak di atas permukaan jalan itu mengisi suasana.

Sang ayah yang berjalan di sebelah keldai tersebut melangkah sambil menarik tali kekang haiwan itu sementara dua orang anaknya Athreyu dan Kaii berada di bahagian belakang.Sesekali kedengaran kedua-duanya berbual sesama sendiri entah membicarakan perihal apa.

Kaii yang mengenakan sepasang pakaian daripada kain kapas berwarna cokelat gelap itu sepertinya bertanya itu ini kepada abangnya sementara abangnya pula sabar melayani semua pertanyaan si adik.

Sebenarnya mereka telah menyepakati hal tersebut diam-diam .Membawa Kaii ke ibu kota untuk bertemu dengan salah seorang daripada tabib yang terkenal di Pekan Annara bagi mendapatkan kepastian apa sebenarnya yang telah berlaku kepada anak tersebut sehingga dia tidak mampu mengingati apa-apa.

Walaupun selepas kejadian dia terjatuh ke dalam perangkap haiwan liar di belakang kebun tempoh hari Kaii tampak lebih tenang,sepertinya mereka semua merasakan ada yang tidak kena dengan anak itu terutama sekali bahagian di mana Kaii berjaya membuatkan Astra terjengkang ke belakang semasa Astra mencengkam bahunya dengan niat bergurau itu.

Bukan tidak menyenangi hakikat bahawa segala apa yang diajarkannya selama ini kepada Kaii sebenarnya diambil berat oleh anak itu namun sang ayah masih juga sedikit hairan.Sepanjang apa yang diingatinya,Kaii bukan tergolong dalam kategori anak yang terlalu menurut kata.

Pada awalnya, apabila Kaii langsung tidak memperlihatkan minat dan perhatiannya terhadap tunjuk ajar yang diberikannya kepada anak itu,ada ketikanya dia menanggap ia adalah satu kelakuan yang wajar.Di seluruh kawasan perdesaan,sebenarnya siapa juga yang mengambil langkah mengarut dengan mengajarkan anak perempuan mereka seni mempertahankan diri dan menggunakan senjata sepertinya?

Tidak ada !

Tetapi tindakannya bukan tidak beralasan.Kaii perlu tahu bagaimana hendak mempertahankan diri seandainya ada perkara luar jangka yang akan berlaku di masa hadapan kelak.

Anak-anak gadis sebayanya sejak kecil lagi telah dididik bagaimana untuk menjadi seorang wanita yang penuh dengan kelembutan dan sopan –santun.Barangkali melihat bagaimana rakan-rakan sebanyanya membesar sedikit sebanyak mempengaruhi anak tersebut.

Maka,jadilah setiap kali dia dan Athreyu diajari bagaimana hendak mempertahankan diri sama ada dengan tangan kosong ataupun dengan bersenjata,Kaii lebih suka untuk ponteng dan mengatakan bermacam-macam alasan sehingga pada satu tahap ayahnya berputus asa begitu sahaja.

Diajarkan bagaimana mengelakkan serangan musuh,Kaii lebih suka menghabiskan masa dengan rakan-rakannya menjemur kudup-kudup bunga liar yang akan dijadikan pewarna untuk pengikat rambut mereka.Ditunjukkan bagaimana menangkis libasan pedang,anak itu lenyap entah ke mana .

Malahan Kaii gemar sekali bermalam di rumah Helia yang mana dua anak gadisnya merupakan rakan karib Kaii.Dan kini,tidak ada angina tidak ada ribut tahu-tahu sahaja Athreyu mengatakan bahawa sang adik hampir membuatkan wajah Astra berlumuran darah.

Bukan itu sahaja.Rambut Kaii entah sejak bila sudah dipotong pendek sehingga dalam pakaian begitu,sepertinya dia memiliki dua orang anak lelaki.Hanya sahaja Athreyu mempunyai susuk yang lebih tinggi berbanding adiknya.

Menyandang kampit berjahit di belakangnya ,mengikat sejalur kain pada dahinya bagi menahan anak-anak rambut daripada menjulai ke mata dan mengenakan penutup kepala daripada anyaman batang jerami ,meminta untuk menyarung pakaian lama kepunyaan Athreyu berupa sehelai seluar dan baju kapas berlengan pendek separas siku dengan alasan dia lebih selesa mengenakan seluar berbanding gaun panjang yang labuh sehingga ke mata kaki,mengenakan alas kaki yang diikat sehingga menghampiri paras lutut-sekali pandang tidak mudah untuk membezakan antara dia dengan sang abang.

Matahari tegak di atas kepala tatkala pedati yang sarat dengan kotak-kotak kayu berisi lembing sama ada yang telah dibuatkan hulu ataupun belum itu memasuki kawasan Pekan Annara yang sentiasa sibuk.Cuaca panas tetapi berangin membuatkan mereka bertiga menapak perlahan sambil mengesat peluh yang meleleh di pipi.

Mata-mata lembing yang ditempah oleh seorang saudagar besi dan peralatan senjata itu perlu segera dihantar dan barulah mereka akan mencari rumah tumpangan untuk bermalam sebelum bertolak balik semula ke Permukiman Lemuria keesokan harinya.Dan kerana Pekan Annara memang terkenal sebagai sebuah tempat tumpuan para pedagang dari segenap pelusuk kerajaan Darmenta,maka kehadiran mereka di situ tidak diendahkan sesiapa.

Kotak-kotak kayu segera dipunggah dan tiga uncang syiling tembaga bertukar milik.Argeia memberikan Athreyu dan Kaii beberapa keping syiling sementara dia sendiri menarik pedati kepunyaan mereka yang telah kosong itu menuju ke sebuah rumah tumpangan yang paling sederhana.Lelah berjalan sejak dua hari yang lepas dan terpaksa bermalam di pinggir jalan masih terasa dan kerana itulah dia memperingatkan kepada kedua-dua anaknya agar tidak terlalu berlama-lama mengitari Pekan Annara.

Berada di tengah-tengah Pekan Annara yang sibuk,Kaii buat beberapa ketika tercengang sendiri sebelum Athreyu menyambar lengannya pantas tepat ketika sebuah pedati kosong yang ditarik dua ekor kuda melalui lorong tersebut dengan laju dan hampir melanggar lutut Kaii.

Rumah-rumah kedai yang beratap genting dengan binaan lebih kukuh itu kelihatan menarik minat Kaii sehinggakan dia sedikit alpa dengan keadaan sekeliling.Susun atur dan binaan rumah-rumah serta kedai di Pekan Annara sangat asing pada hematnya tetapi anehnya dia seperti pernah melihat binaan tersebut sebelum ini.

Malahan tembok-tembok tinggi yang mengelilingi sesuatu di dalamnya itu seakan-akan tidak asing pada Kaii walaupun ia kelihatan sayup berada di kawasan yang paling tinggi daripada keseluruhan pekan tersebut.Begitu juga dengan panji-panji berwarna biru yang berkibar di atas menara peninjau tembok itu.Sepertinya Kaii biasa melihat lambang jata tersebut entah di mana.

Dan selepas mendapatkan apa yang dipesan oleh ayah mereka,Athrey juga Kaii kembali menapaki lorong pejalan kaki tersebut dengan Athreyu berada di hadapan sementara Kaii mengekorinya perlahan-lahan menuju ke tempat yang disebutkan oleh ayah mereka sebelum mereka berpisah sebentar tadi.

Kaii sebenarnya juga tidak berniat untuk menghabiskan masa petang begitu dengan melewati setiap lorong rumah-rumah kedai yang terdapat di Pekan Annara kerana jelas sekali masih ada rasa letih yang menggayuti tubuhnya sementelah sang ayah sudah berpesan agar mereka segera kembali ke rumah tumpangan dengan segera .

Lewat petang nanti mereka akan bertemu pula dengan seseorang lantaran itu dia tidak membantah apabila Athreyu bersegera kembali ke rumah tumpangan yang disebutkan ayah mereka setelah selesai membeli apa yang dipesan kepada mereka berdua.

Namun dalam keadaan Kaii sedikit leka bercampur hairan dengan persekitaran Pekan Annara yang seperti tidak asing kepadanya,tiba-tiba satu tangan berkuku tidak bersih mencengkam pergelangan tangannya membuatkan langkahan kakinya terhenti.

Satu bingkai wajah yang kelihatan tidak terurus dengan jambang dan janggut tumbuh meliar pada wajahnya menyeringai menyerlahkan deretan giginya yang berkarat dan lompong di sana-sini.Rambutnya juga panjang menggerbang dengan palitan debu pada wajah.Pakaian yang dikenakannya compang-camping sementara kakinya tidak beralas apa-apa.Tongkat kayu pada tangan kanan menunding wajah Kaii yang tergamam.

" Aaku tahuu kau bukan berasal dari
sini !! "

Kaii terundur-undur sehingga merasakan belakangnya membentur tubuh sang abang.

" Aaapaa makksudd kkauuu.?"

" Sepatutnya kauu tiddakk beradda di sini..Pulanglah..Di sini bukan tempat kauu !!"

" Ttappiii.."

" Saribu Bhyangkara akan kucar-kacir kerana kau.!! " Tempik susuk misteri itu sambil mencengkam kejap pergelangan tangan Kaii." Pergi dari sini sebelum terlambat .Pergi!!"

" Heii..!! " Tubuh lampai Athreyu tampil membentengi sang adik yang meronta-ronta cuba melepaskan pergelangan tangannya daripada cengkaman lelaki kumal itu " Lepaskan!"

Lelaki aneh itu melepaskan cengkaman tangannya sambil tertawa kasar sementara matanya melayangkan tatapan menakutkan kepada Kaii yang tergamam.Tergamam kerana terperanjat dengan kemunculan lelaki tersebut dan lebih daripada itu perkataan Saribu Bhyangkara juga pernah didengarnya entah bila dan di mana.

" Kaii.." Athreyu mengoncang bahu Kaii yang tergamam dengan wajah pucat lesi itu berkali-kali." Kaii tak apa-apa?"

Kaii mengerdipkan matanya beberapa kali dan tatkala dia menoleh lagi ke belakang, batang tubuh lelaki itu sudah tidak kelihatan lagi di situ.

*               *             *

Sementara itu, Argeia pantas menundukkan kepalanya serendah yang boleh apabila matanya menangkap sepasang kaki yang berbalut kasut daripada kulit itu  berjejer berhampiran kakinya sendiri. Menarik topi lebar daripada batang jerami itu lebih rapat menenggelamkan wajahnya.

" Maaf.. "

Begitu dia tunduk hormat. Dia tahu pemilik kasut tersebut bukan daripada golongan rakyat biasa kerana tidak ramai yang mampu memiliki kasut sedemikian.
Sambil tunduk, dia merafak hasrat dalam hatinya agar pemilik kasut tersebut segera pergi dari tempat itu.

"Saya tidak sengaja, tuan. Maafkan saya. "

Argeia pantas membuka langkah yang lebar tetapi bahunya pantas disambar dengan kuat.

" Tunggu.. " suara lelaki itu membuatkan Argeia tergamam " Bukankah tuan ini Panglima Argeia? "

Tanpa menyahut sama ada mengiya atau menidakkan pertanyaan lelaki itu, Argeia menepis tangan yang hinggap pada bahunya lalu menarik keldainya sepantas yang boleh di antara celah keriuhan pengunjung Pekan Annara. Laungan lelaki itu tidak diperdulikan sama sekali.

Tidak.Mereka mesti pergi dari Pekan Annara secepat yang boleh!

*               *                *

Continue Reading

You'll Also Like

678 169 12
สšษž หขสฐแต’สณแต— หขแต—แต’สณโฑแต‰หข สšษž ๐™šใ€Œ โœฆ ๐’๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐ข ๐ค๐จ๐ฉ๐ข, ๐œ๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š-๐œ๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐š๐ค๐ฎ ๐ฃ๐ฎ๐ ๐š ๐š๐๐š ๐ฉ๐š๐ก๐ข๐ญ ๐๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ง๐ข๐ฌ๐ง๐ฒ๐š โœฆ ใ€ โœŽ #7 sad...
9.7K 1.2K 18
It all started in one house. At first they just wanted to vacation there. But who would have thought? Other things happened to them. โIngatkan dat...
192K 474 3
Reen merupakan sepupu dan pasangan seksku...
Atin By mrk1921

Adventure

61K 518 4
Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua